Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Peribahasa Melayu

Total questions: 15

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Azmi tidak pernah menghulurkan bantuan kewangan kepada sesiapa, walaupun dia mempunyai simpanan yang banyak. Dia dikenali sebagai seorang yang __________.

a)

ringan tulang

b)

murah hati

c)

tangkai jering

d)

panjang tangan

2.

Walaupun dicemuh dan diperlekehkan, Ali tetap berusaha untuk membuktikan kemampuannya. Dia ibarat orang yang __________.

a)

seperti tikus membaiki labu

b)

harapkan pagar, pagar makan padi

c)

genggam bara api biar sampai jadi arang

d)

sudah jatuh ditimpa tangga

3.

Fatimah sentiasa menjaga adik bongsunya dengan penuh kasih sayang dan berhati-hati. Dia menjaga adiknya bagai __________.

a)

isi dengan kuku

b)

menatang minyak yang penuh

c)

mencurah air ke daun keladi

d)

durian runtuh

4.

Fikri tidak tahu apa-apa tentang projek itu tetapi masih mahu memberikan arahan kepada orang lain. Sikapnya seperti __________.

a)

seperti kera mendapat bunga

b)

seperti labah-labah di hujung benang

c)

bodoh sombong

d)

lepas tangan

5.

Zainal bercakap besar tentang kemampuannya, tetapi apabila tiba masa bekerja, dia tidak tahu berbuat apa-apa. Dia hanya seperti __________.

a)

cakap siang pandang-pandang

b)

tin kosong

c)

mandi tak basah

d)

kacang lupakan kulit

6.

Walaupun Sara tidak menonjolkan diri, dia sering mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Sara seperti __________.

a)

buih di permukaan air

b)

air dicincang tak akan putus

c)

diam-diam ubi berisi

d)

ringan tulang

7.

Satu keluarga itu hidup dalam keadaan yang sangat susah. Mereka hanya makan sekali sehari. Kehidupan mereka seperti __________.

a)

kais pagi makan pagi, kais petang makan petang

b)

bagai aur dengan tebing

c)

ada udang di sebalik batu

d)

bagai menatang minyak yang penuh

8.

Fahmi menyiapkan laporan tersebut tanpa memasukkan gambar-gambar serta mengikut format yang betul. Dia diibaratikan sebagai

a)

harapkan pagar, pagar makan padi

b)

melepaskan batuk di tangga

c)

ringan tulang

d)

terang hati

9.

Siti sanggup menipu dan memperdaya sahabat baiknya demi kepentingan sendiri. Dia ibarat __________.

a)

kacang lupakan kulit

b)

gunting dalam lipatan

c)

seperti api dalam sekam

d)

marahkan nyamuk, kelambu dibakar

10.

Siti dan Mariam sentiasa sehaluan dalam tindakan mereka. Apa sahaja aktiviti dilakukan, pasti mereka akan bersama-sama dan tidak pernah berselisih pendapat. Hubungan mereka boleh diibaratkan sebagai __________.

a)

seperti durian dengan mentimun

b)

seperti aur dengan tebing

c)

bagai anjing dengan kucing

d)

seikat bak sirih, serumpun bak serai

11.

Genggam bara api biar sampai jadi arang. Ayat manakah paling tepat?

a)

Dia berhenti belajar selepas gagal dalam ujian percubaan.

b)

Walaupun dia diuji dengan pelbagai kesulitan, dia tetap berpegang pada cita-citanya sehingga berjaya.

c)

Pelajar itu meminta bantuan guru kerana tidak mampu menyiapkan tugasan sendiri.

d)

Selepas gagal sekali, dia terus bertukar aliran tanpa pertimbangan.

12.

Peribahasa: Seperti kaca terhempas ke batu. Pilih ayat paling tepat.

a)

Nurin menerima kritikan itu dengan tenang dan terbuka.

b)

Hatinya hancur apabila melihat sahabat karibnya membocorkan rahsianya kepada orang lain.

c)

Dia tidak berasa apa-apa walaupun dikhianati oleh rakan.

d)

Aiman berasa lega selepas dipuji oleh gurunya.

13.

Peribahasa: Alah bisa tegal biasa. Yang manakah penggunaan paling tepat?

a)

Pada awalnya dia sangat mahir, tetapi lama-kelamaan menjadi lemah.

b)

Walaupun pada mulanya sukar, dia akhirnya menjadi cekap dalam melaksanakan tugas tersebut.

c)

Dia menyerah kalah sebaik sahaja menerima kritikan.

d)

Dia tidak mahu mencuba kerana takut gagal.

14.

Peribahasa: Seperti tikus membaiki labu. Ayat paling sesuai ialah:

a)

Encik Kamal membaiki meja rosak dengan penuh berhati-hati.

b)

Ali cuba membaiki mesin basuh walaupun dia tidak begitu mahir.

c)

Siti memperelokkan projek seni dengan bantuan kakaknya.

d)

Usaha pelajar itu membaiki sistem komputer tanpa kemahiran hanya menyebabkan kerosakan lebih teruk.

15.

Tanpa pengalaman dalam bidang perniagaan, Faris terus memulakan projek berskala besar dengan modal yang kecil serta pengetahuan yang terbatas. Akibatnya, dia mengalami kerugian besar. Soalan: Apakah peribahasa yang paling tepat menggambarkan tindakan Faris?

a)

Gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah

b)

Harapkan guruh di langit, air tempayan dicurahkan

c)

Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga

d)

Seperti tikus membaiki labu