wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAB 10 Pengangkutan Dalam Manusia dan Haiwan

Total questions: 25

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Arteri yang manakah mengangkut darah dengan kepekatan oksigen yang paling rendah?

a)

Arteri renal

b)

Arteri hepar

c)

Arteri mesenteri

d)

Arteri pulmonari

2.

Rajah 1 menunjukkan sejenis sel darah manusia

Manakah yang berikut adalah benar mengenai sel di atas?

a)

Sel mengandungi hemoglobin

b)

Sel mempunyai hayat selama 89 hari.

c)

Terdapat 7000 sel dalam setiap 1 mm3 darah.

d)

Sel mengandungi nukleus

3.

Rajah 2 menunjukkan mekanisme pembekuan darah.

Apakah struktur P?

a)

Fibrinogen

b)

Fibrin

c)

Protrombin

d)

Kolagen

4.

Antara keterangan berikut yang manakah benar tentang sel-sel darah?

a)

Eritrosit

Berbentuk dwicekung supaya boleh berubah bentuk termasuk kapilari darah

b)

Platlet

Tanpa nukleus dan terlibat dalam mekanisme

pembekuan darah

c)

Monosit

Dihasilkan di sumsum tulang dan menghasilkan antibodi untuk memusnahkan patogen

d)

Neutrofil

Tanpa granul dan memusnahkan pathogen secara fagositosis

5.

Pernyataan berikut merujuk kepada beberapa kejadian dalam kitar kardium dalam manusia

J: Impuls tersebar serentak ke kedua-dua atrium K: Impuls dihantar menuruni Berkas His

L: Impuls sampai ke nodus atrioventrikel (nodus AV) M: Nodus sinoatrium mencetuskan impuls elektrik

N: Gentian Purkinje menghantar impuls ke dinding ventrikel

Urutan manakah yang betul mengenai kitar kardium?

a)

M , L, J, N, K

b)

M, J, L, K, N

c)

L, J, M, N, K

d)

L, M, K, J, N

6.

Sistem limfa disambung kepada sistem peredaran melalui

a)

duktus toraks

b)

duktus limfa kanan

c)

vena pulmonari

d)

vena subklavikel

7.

Rajah 7 menunjukkan satu keadaan berkaitan tentang pembekuan darah yang mungkin menyebabkan serangan jantung atau strok

Keadaan ini disebut sebagai

a)

Arteriosklerosis

b)

Serangan jantung

c)

Hemofilia

d)

Thrombosis

8.

Rajah 5 menunjukkan jantung manusia

Apakah yang akan berlaku jika aliran darah tersumbat dalam X?

a)

Angin ahmar

b)

Hipertensi

c)

Tekanan darah rendah

d)

Penginfarkan miokardium

9.

Rajah 10 menunjukkan aliran darah normal dan tidak normal

Apakah Y

a)

Trombus

b)

Trombosisi

c)

Embolus

d)

Embolisme

10.

Rajah 8 menunjukkan proses yang melibatkan satu leukosit.

Apakah proses yang ditunjukkan?

a)

Pengaglutinatan

b)

Lisis

c)

Fagositosis

d)

Peneutralan

11.

Semakin tinggi nisbah JLP/I

Semakin sukar proses pertukaran bahan berlaku

a)

Betul

b)

Salah

12.

"Sistem peredaran terbuka"


Pernyataan di atas merujuk kepada sistem peredaran dalam organisma?

a)

Ikan

b)

Amfibia

c)

Serangga

d)

Manusia

13.

Darah beroksigen dan terdeoksigen bercampur di sebahagian sistem.


Pernyataan di atas merujuk kepada?

a)

Sistem Peredaran Tunggal

b)

Sistem Peredaran Ganda Dua Lengkap

c)

Sistem Peredaran Ganda Dua Tidak Lengkap

d)

Sistem Peredaran Terbuka

14.

Rajah menunjukkan keratan memanjang jantung manusia.

Apakah injap R dan U?

a)

R - Bikuspid, U-Trikuspid

b)

R - Trikuspid, U-Bikuspid

c)

R - Bikuspid, U-Sabit

d)

R - Trikuspid, U-Sabit

15.

Darah bercampur, tekanan darah tidak stabil dan penghidap cepat penat.


Pernyataan di atas, merujuk kepada kesan sekiranya berlaku kerosakan pada bahagian _______ di jantung.

a)

Atrium

b)

Ventrikel

c)

Septum

d)

Aorta

16.

Tiada antigen pada permukaan eritrosit, dan mempunyai antibodi jenis Anti-A dan Anti-B dalam serum darah.


Pernyataan di atas merujuk kepada kumpulan darah jenis?

a)

A

b)

B

c)

AB

d)

O

17.

Tindak balas antibodi apakah yang akan berlaku sekiranya, darah yang diterima tidak sepadan dengan darah penerima.

a)

Pengopsoninan

b)

Pengaglutinan

c)

Peneutralan

d)

Penguraian

18.

Leukosit yang manakah berfungsi dalam mencegah pembekuan darah daripada berlaku?

a)

Eosinofil

b)

Neutrofil

c)

Basofil

d)

Monosit

19.

Berfungsi untuk mengekalkan darah mengalir dalam satu arah.


Pernyataan di atas merujuk kepada salur darah?

a)

Vena

b)

Arteri

c)

Kapilari

20.

P, Q, R dan S adalah peringkat-peringkat dalam mekanisme pembekuan darah.


P - Platlet bergumpal pada luka

Q - Eritrosit terperangkap

R - Trombokinase menukarkan protrombin kepada trombin

S - Trombin menukarkan fibrinogen kepada fibrin


Apakah urutan yang betul dalam mekanisme pembekuan darah.

a)

P,Q,R,S

b)

P,R,S,Q

c)

Q,P,S,R

d)

Q,R,S,P

21.

Otot-otot pada jantung adalah bersifat miogenik.


Apakah yang dimaksudkan dengan miogenik?

a)

Proses pengecutan dan pengenduran tidak melibatkan sistem saraf

b)

Proses pengecutan dan pengenduran melibatkan sistem saraf

c)

Proses pengecutan dan pengenduran berlaku secara antagonis

d)

Proses pengecutan dan pengenduran berlaku secara serentak

22.

Serangan jantung juga dikenali sebagai?

a)

Strok

b)

Angina

c)

Hipertensi

d)

Penginfarkan miokardium

23.

Peranan sistem limfa adalah seperti berikut kecuali

a)

Menyerap vitamin A,D,E,K

b)

Mengekalkan isi padu dan tekanan

c)

Mengangkut oksigen ke seluruh tubuh badan

d)

Menapis mikroorganisma daripada masuk dalam darah

24.

Isu kesihatan berkaitan dengan sistem limfa ialah?

a)

Edema

b)

Angina

c)

Anemia

d)

Hematoma

25.

Padanan manakan benar?

a)

Penerima universal - AB

Penderma universal - O

b)

Penerima universal - O

Penderma universal - AB

c)

Penerima universal - A

Penderma universal - B

d)

Penerima universal - B

Penderma universal - A