wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

abcd

Total questions: 20

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Masyarakat tempatan berjaya menghasilkan kraf tangan yang indah dan menarik daripada sumber alam.

Apakah nilai yang boleh dicontohi?

a)

Kreatif

b)

Kerajinan

c)

Kesungguhan

d)

Kebijaksanaan

2.

Apakah persamaan antara Jerman dan Perancis pada tahun 1870-an?

a)

Memajukan sistem pendidikan

b)

Memodenkan sistem pentadbiran

c)

Melaksanakan ekonomi dagangan

d)

Melaksanakan Revolusi Perindustrian

3.

Pada tahun 1641, Melaka dikuasai oleh Belanda.

Apakah peranan pelabuhan Melaka ketika itu?

a)

Pusat perdagangan utama

b)

Pusat pangkalan tentera laut

c)

Pusat pengumpulan hasil bijih timah

d)

Pusat pentadbiran Belanda di Timur

4.

Apakah syarat Perjanjian London 1824 terhadap British?

a)

Berundur dari Sumatera

b)

Mengiktiraf pelabuhan Singapura

c)

Menyerahkan Melaka kepada Belanda

d)

Bersedia membuka petempatan baharu di Johor

5.

Mengapakah British gagal memaksa Sultan Pahang menerima perlindungan British pada peringkat awal?

a)

Pembinaan kubu pertahanan di persisiran pantai

b)

Pemodenan pentadbiran negeri terlaksana

c)

Kebijaksanaan pembesar mentadbir negeri

d)

Kekacauan antara pelombong Cina dapat dielakkan

6.

Apakah ciri-ciri Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang ditubuhkan pada tahun 1896?

a)

Sultan sebagai ketua pentadbiran

b)

Gabenor sebagai penasihat sultan

c)

Agama Islam sebagai agama rasmi

d)

Kuala Lumpur sebagai pusat pentadbiran

7.

Istiadat pengisytiharan diadakan di Istana Arau selepas Maharaja Siam mengiktiraf Syed Hussin Jamalullail sebagai Raja Perlis pada tahun 1843.

Apakah tujuan istiadat pengisytiharan tersebut dilaksanakan?

a)

Pengukuhan kuasa raja

b)

Pengesahan sebagai raja

c)

Pemberitahuan kepada rakyat

d)

Penyelesaian perebutan kuasa

8.

Apakah DUA sebab Perjanjian Sulit 1897 ditandatangani pada 6 April 1897?

a)

Mengakui hak pertuanan Siam

b)

Menduduki Negeri-negeri Melayu Utara

c)

Menjalinkan perdagangan dengan Siam

d)

Menyekat perluasan kuasa Barat yang lain

9.

Bagaimanakah sistem Ketua Bebas muncul dalam sistem pentadbiran di Sabah?

a)

Kebebasan yang diperjuangkan rakyat

b)

Kebangkitan rakyat menentang pemerintahan beraja

c)

Keberanian individu mencabar kewibawaan sultan

d)

Ketaatsetiaan terhadap pemerintahan beraja

10.

Mengapakah Pengiran Raja Muda Hashim meminta bantuan James Brooke?

a)

Mengatasi serangan perompak di Sungai Rajang

b)

Membantu pembinaan infrastruktur di pedalaman

c)

Melakukan pemodenan sistem pentadbiran tempatan

d)

Menyelesaikan masalah di Sarawak

11.

Apakah matlamat British memperkenalkan sistem ekonomi moden di Tanah Melayu?

a)

Menggalakkan pelaburan

b)

Memajukan pengangkutan

c)

Mementingkan keuntungan

d)

Memperbanyak pekerjaan

12.

Pilih DUA kesan pembinaan jaringan jalan raya pada tahun 1939 yang menghubungkan seluruh negeri?

a)

Petempatan baharu dibuka

b)

Kewujudan kawasan perindustrian

c)

Kemajuan sistem pengangkutan awam

d)

Pembukaan kawasan perladangan getah yang baharu

13.

Mengapakah perkhidmatan telekomunikasi diperkenalkan di Sarawak pada abad ke-19?

a)

Memajukan pertanian

b)

Melicinkan pentadbiran

c)

Menggalakkan perpaduan

d)

Menjalankan perdagangan

14.

Antara berikut, yang manakah DUA faktor penentangan Mat Salleh di Sabah terhadap SBUB?

a)

SBUB tidak menepati janji

b)

Masyarakat tempatan dianggap lanun

c)

Menghapuskan petempatan orang Iban

d)

SBUB mengambil alih hak memungut cukai

15.

Apakah DUA faktor Yamtuan Antah gagal dalam penentangan terhadap British di Negeri Sembilan?

a)

Kehabisan peluru

b)

Kekurangan ubat bedil

c)

Kehabisan makanan

d)

Kerosakan meriam tembaga

16.

Apakah nilai yang boleh dicontohi daripada masyarakat tempatan dalam usaha menentang British?

a)

Kesyukuran

b)

Keberanian

c)

Kegigihan

d)

Ketaatan

17.

Mengapakah Sultan Muhammad IV di Kelantan menentang Perjanjian Bangkok 1909?

a)

Diturunkan takhta

b)

Kehilangan wilayah

c)

Diserang oleh British

d)

Keselamatan terancam

18.

Apakah DUA tindakan yang dilakukan oleh pemerintah Johor bagi menyekat kemaraan British?

a)

Meminta bantuan Portugis

b)

Memperkenalkan Sistem Kangcu

c)

Memodenkan pentadbiran negeri

d)

Melakukan penentangan bersenjata

19.

Siapakah DUA pembesar yang mendapat gelaran "Tokoh Korporat Melayu Terulung" di Tanah Melayu?

a)

Long Jaafar

b)

Ngah Ibrahim

c)

Munshi Abdullah

d)

Tunku Mahmud

20.

Apakah sumbangan Dato' Muhammad Salleh Perang dalam pemodenan negeri Johor?

a)

Mewujudkan pentadbiran moden

b)

Membina terusan untuk aktiviti pertanian

c)

Menghasilkan peta lengkap pertama negeri

d)

Mewajibkan pegawai British memakai pakaian rasmi kerajaan