wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Akaun Go For A (1)

Total questions: 20

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Buku Catatan Pertama --- Lejar ----- Y

Apakah Y?

a)

Pelarasan

b)

Imbangan Duga

c)

Buku Tunai

d)

Catatan penutupan

2.

Pernyataan berikut menerangkan suatu subbidang perakaunan.

  1. 1. Menyediakan maklumat perakaunan untuk pengguna dalaman

  2. 2. Skop kerja termasuk kawalan, perancangan dan pengurusan pegeluaran.

a)

Perakaunan Kewangan

b)

Perakaunan Pengurusan

c)

Percukaian

d)

Pengauditan

3.

Yang manakah antara berikut merupakan kesan pelanggran kod etika perakaunan ketika Penyata Kewangan disediakan terhadap pelabur?

a)

pelabur akan berasa yakin terhadap kemampuan perniagaan untuk menjana dividen

b)

Pelabur akan menambahkan modal ke dalam perniagaan untuk memperoleh keuntungan yang lebih banyak

c)

Pelabur akan membuat keputusan yang kurang tepat kerana Penyata Kewangan tidak menggambarkan prestasi sebenar perniagaan

d)

Pelabur tidak akan berasa curiga terhadap penyata kewangan kerana semua perkara dalam perniagaan dilaporkan dalam kedaan baik

4.

Badan penggubal piawaian perakaunan di Malaysia ialah....

a)

MASB

b)

CIMA

c)

MIA

d)

CPA

5.

Perbadanan profesional perakaunan di Malaysia:

  1. 1. Memberikan khidmat sokongan kepada ahli-ahli dan para pelajarnya sepanjang kerja perakaunan mereka

  2. 2. memberikan pendedahan tentang peraturan dan undang-undang yang berkaitan dengan amalan perakaunan, kod amalan perakaunan dan etika

  3. Apakah badan profesional perakaunan dimaksudkan?

a)

Malaysian Institute of Accountants (MIA)

b)

International Federation of Accountants (IFAC)

c)

Malaysian Accounting Standard Board (MASB)

d)

Association of Certified Chartered Accountants (ACCA)

6.

Luca Pacioli diberikan gelaran "Bapa Perakaunan" kerana beliau telah...

a)

mencipta kaedah Venice

b)

memulakan Sistem Catatan Bergu

c)

menerbitkan pelbagai karya perakaunan

d)

memperkenalkan Sistem Catatan Bergu secara bertulis

7.

Apakah kepentingan sistem maklumat perakaunan pada sesebuah perniagaan?

a)

mengurangkan kebergantungan pada sumber tenaga kerja manusia dalam perakaunan

b)

Membolehkan pemantauan proses perakaunan berjalan lancar dalam perniagaan

c)

Menjamin peluang pekerjaan yang lebih baik dalam bidang perakaunan

d)

Meningkatkan kod etika pada akauntan dalam perniagaan

8.

Ciri-ciri kualitatif Penyata kewangan termasuk....

I kebolehbandingan

II Kebolehfahaman

III Keseragaman

IV pemasaan

a)

I, II dan III

b)

I , II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

9.

Maklumat dalam Penyata Kewangan mestilah bebas daripada kesilapan material dan tiada unsur berat sebelah serta pelaporannya tidak mengelirukan.

Apakah ciri kualitatif Penyata Kewangan yang dimaksudkan?

a)

kebolehbandingan

b)

Perwakilan benar

c)

Kebolehsahan

d)

Kebolehfahaman

10.

Encik Sammy mengambil inventori alat tulis untuk kegunaan anaknya. Beliau tidak merekodkan ambilan itu.

Berpandukan situasi di atas, apakah andaian perakaunan dipatuhi?

a)

Wang sebagai ukuran

b)

Tempoh perakaunan

c)

Entiti berasingan

d)

Usaha berterusan

11.

Pengguna dalaman penyata kewangan ialah....

a)

Pelabur

b)

Bank Negara

c)

Firma pengauditan

d)

Ahli lembaga pengarah

12.

Berikut merupakan ciri-ciri sebuah perniagaan:

Liabiliti tidak terhad

Cukai pendapatan individu dikenakan oleh pemilik

Untung atau rugi perniagaan diagihkan kepada semua pemilik

Berdasarkan pernyataan di atas, apakah entiti perniagaan memenuhi semua ciri di atas?

a)

Kedai Dobi kancil

b)

Bestari Sdn Bhd

c)

Klinik Suzain dan Haslina

d)

Lim Penang Prawn Mee

13.

Apakah maksud liabiliti tidak terhad?

a)

Perniagaan mempunyai kapasiti hutang yang besar

b)

Perniagaan mendapat pembiayaan tanpa terhad

c)

Pemilik diberi kepercayaan untuk membuat pinjaman dari bank

d)

Pemilik membayar perniagaan dengan harta peribadi jika aset perniagaan tidak cukup

14.

Komisen yang masih belum diterima pada akhir tempoh perakaunan perlu diselaraskan dalam Akaun Komisen sebelum untung bersih dapat ditentukan.

a)

Pengiktirafan hasil dan belanja

b)

Entiti berasingan

c)

Prinsip kos

d)

Ketekalan

15.

Encik Safuan ingin membuat siasatan atas kecurian wang tunai sebanyak RM250

dalam mesin daftar tunai. Walau bagaimanapun, beliau tidak mahu menyiasat

sebab kehilangan wang tunai tersebut selepas mengetahui kos siasatan yang perlu

dibayar ialah sebanyak RM500.

Apakah konsep perakaunan yang terlibat?

a)

Ketekalan

b)

Kos Manfaat

c)

Prinsip kos

d)

Entiti berasingan

16.

Di manakah bermulanya Sistem Catatan Bergu?

a)

Itali

b)

Mesir

c)

England

d)

Babylonia

17.

Maklumat kilang telah membuat keputusan untuk membeli sebuah mesin untuk memproses ais yang lebih canggih dan dijangka meningkatkan keuntungan kilang untuk beberapa tahun yang akan datang.

Apakah prinsip, andaian dan batasan perakaunan dalam perakaunan yang dipatuhi?

a)

Tempoh perakaunan

b)

Entiti berasingan

c)

Kos manfaat

d)

Prinsip kos

18.

Ka Kaet merekod ambilan barang niaga yang digunakan oleh keluarganya sebagai ambilan. Apakah konsep perakaunan yang telah diamalkan oleh Ka keat?

a)

Ketekalan

b)

Prinsip kos

c)

Entiti berasingan

d)

Usaha berterusan

19.

Urusniaga berikut diperoleh daripada Perniagaan Rizky.

Merekodkan gaji RM 1900 dalam penyata kewangan perniagaan termasuk gaji belum bayar RM 300.

Apakah andaian atau prinsip perakauna yang dipatuhi?

a)

pengiktirafan hasil dan belanja

b)

Prinsip kos

c)

Usaha berterusan

d)

Wang sebagai ukuran

20.

Antara berikut, yang manakah merupakan ciri berkaitan dengan Klinik Fatehah?

a)

Modal disumbangkan oleh rakan kongsi

b)

Modal disumbangkan oleh pemegang syer

c)

Liabiliti tidak terhad

d)

Liabiliti terhad

Similar Resources on Wayground