wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SPMC Putrajaya 2023 Set B

Total questions: 20

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Apakah takrif kedaulatan dalam bahasa Yunani?

a)

Kuasa tertinggi dalam negara

b)

Negara yang bebas dan merdeka

c)

Kuasa pemerintahan sesebuah kerajaan

d)

Negara berkuasa penuh terhadap pemerintahan

2.

Setiap negara yang berdaulat mempunyai sistem perundangan yang menjadi asas kepada peraturan negara.

Apakah badan yang bertanggungjawab menentukan sistem perundangan negara kita?

a)

Parlimen

b)

Dewan Negara

c)

Dewan Rakyat

d)

Yang di-Pertuan Agong

3.

** Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957

  1. Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan pernyataan di atas?

a)
  1. Digubal oleh Parlimen

b)
  1. Diambil berdasarkan Hukum Kanun Melaka

c)
  1. Dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman

d)
  1. Disesuaikan dengan model Westminster

4.

Apakah DUA perkara yang terlibat dalam Pindaan Perlembagaan 1963?

a)

Struktur mahkamah

b)

Jawatan Yang di-Pertua Negeri

c)

Pengagihan kekayaan

d)

Peranan bahasa kebangsaan

5.

Apakah status Raja-raja Melayu semasa pendudukan Jepun?

a)

Ketua hakim

b)

Ketua pentadbir negeri

c)

Ketua keselamatan dan keamanan

d)

Ketua hal ehwal agama Islam

6.

Majlis Raja-Raja merupakan institusi beraja di Malaysia.

Apakah peranan yang dilaksanakan oleh Majlis Raja-Raja?

a)

Penasihat kerajaan

b)

Pakar perlembagaan

c)

Pengimbang sistem demokrasi

d)

Penggubal undang-undang negeri

7.

Apakah DUA peruntukan kuasa yang lebih besar diberi kepada Kerajaan Persekutuan?

a)

Menjamin kestabilan negara

b)

Mewujudkan kerajaan Persekutuan yang kuat

c)

Menggubal undang-undang negara

d)

Mengurus hal ehwal agama Islam

8.

Sejak tahun 1994, sebanyak 42 buah pulau di perairan negara telah diwartakan sebagai Taman Laut.

Mengapakah langkah tersebut diambil?

a)

Menarik minat pelancong

b)

Memulihara khazanah laut

c)

Mewujudkan identiti negara

d)

Mendapatkan pengiktirafan UNESCO

9.

Maklumat berikut berkaitan tindakan A.M Azahari.

** Parti Rakyat Brunei yang dipimpin oleh A.M Azahari menentang pembentukan Malaysia

Mengapakah A.M. Azahari bertindak seperti di atas?

a)

Melindungi hak peribumi Borneo

b)

Menyokong gabungan dengan Indonesia

c)

Membentuk kesatuan Kalimantan Utara

d)

Menyekat penguasaan ekonomi

10.

Indonesia melancarkan dasar konfrontasi terhadap Malaysia melalui kempen "Ganyang Malaysia" pada 20 Januari 1963.

Apakah tindakan Indonesia melalui kempen tersebut?

a)

Melancarkan serangan gerila

b)

Memusnahkan bandar

c)

Mengadakan demonstrasi

d)

Membakar rumah kediaman

11.

Nyatakan DUA sebab Mesyuarat Khas Kabinet Malaysia bersetuju dengan rancangan pemisahan Singapura dari Malaysia

a)

Menjaga kepentingan rakyat

b)

Mengelakkan ketegangan kaum

c)

Menguatkan pertahanan Singapura

d)

Menyukarkan kerjasama dengan Singapura

12.

Apakah DUA langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menangani Peristiwa 13 Mei 1969?

a)

Mengisytiharkan darurat

b)

Menubuhkan Majlis Gerakan Negara

c)

Membatalkan keputusan pilihan raya

d)

Menangkap dalang yang mencetuskan rusuhan

13.

Bagaimanakah kedudukan bahasa kebangsaan diperkukuhkan dalam Akta Pendidikan 1996?

a)

Program pendidikan bersepadu diperkenalkan

b)

Kurikulum sekolah KBSR dan KBSM dilaksanakan

c)

Mata pelajaran wajib di semua institusi pengajian

d)

Diiktiraf sebagai bahasa pengantar di sekolah

14.

Penganjuran Mailis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) telah diadakan secara bergilir-gilir sejak tahun 1974.

Apakah kesan daripada penganjuran sukan tersebut?

a)

Mempertingkatkan sektor pelancongan

b)

Menggalakkan integrasi antara negeri

c)

Mendapat pengiktirafan banyak pihak

d)

Melibatkan kerjasama sektor swasta

15.
  1. Senarai berikut ialah agensi yang berkaitan dengan program pembangunan wilayah.

• Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA)

• Lembaga KemajuanPahang Tenggara (DARA)

• Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR)

Apakah tanaman komersial yang diusahakan oleh agensi tersebut?

a)

Nanas dan kopi

b)

Kelapa dan koko

c)

Tembakau dan teh

d)

Getah dan kelapa sawit

16.

Apakah matlamat kerajaan memperkenalkan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) pada tahun 1991?

a)

Mencapai perpaduan negara

b)

Menyekat kemasukan imigran

c)

Menyeragamkan sistem kewangan

d)

Memperkukuh sektor pertahanan

17.

Pilih pasangan yang betul berkaitan faktor-faktor penggubalan dasar luar Malaysia.

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

18.

Pasukan pengaman PBB telah dibentuk di negara bergolak di Lubnan, Somalia, dan Kemboja.

Mengapakah situasi di atas berlaku?

a)

Mengembalikan kedaulatan undang-undang

b)

Memastikan pembangunan ekonomi

c)

Mengadakan rundingan

d)

Menjaga kebajikan rakyat

19.

Kempen antiminyak kelapa sawit yang dilancarkan oleh negara maju telah menggugat ekonomi negara sedang membangun.

Apakah DUA iktibar daripada peristiwa tersebut?

a)

Gigih dalam pekerjaan

b)

Waspada terhadap anasir luar

c)

Berani membuat penerokaan

d)

Toleransi sesama masyarakat

20.

Maklumat berikut menjadi sejarah penting bagi Langkawi.

** 2006 --> Mengisytiharkan Langkawi sebagai geopark.

Mengapakah tindakan di atas dilakukan?

a)

Memodenkan pengurusan perhutanan

b)

Memajukan kawasan pelancongan

c)

Menggalakkan pembinaan saliran

d)

Menjamin kelestarian alam