wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

AP015-BAB 2-SET 2

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.
Apakah definisi pengurusan menurut Robbins dan Daft?
a)
Mengurus bajet dan pekerja sahaja
b)
Menyelia staf bawahan sahaja
c)
Merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal sumber untuk capai matlamat organisasi
d)
Mengurus jualan dan belian
2.
Manakah antara berikut ialah peringkat dalam pengurusan?
a)
Pengurusan Sederhana
b)
Pengurusan Atasan, Pertengahan, Bawahan
c)
Pengurusan Rendah dan Tinggi
d)
Operasi, Pelanggan, dan Pentadbiran
3.
Fungsi utama pengawalan dalam pengurusan ialah…
a)
Mengupah pekerja baharu
b)
Mengarah dan memimpin staf
c)
Membuat pembetulan terhadap pencapaian yang tidak capai matlamat
d)
Merancang struktur organisasi
4.
Pengurus pertengahan biasanya…
a)
Membuat keputusan strategik organisasi
b)
Menyokong pelaksanaan dasar dan menyelia pengurus bawahan
c)
Menentukan gaji pekerja
d)
Mengarah pengurus atasan
5.
Gaya kepimpinan demokratik…
a)
Mengawal semua keputusan tanpa penyertaan staf
b)
Melibatkan subordinat dalam proses membuat keputusan
c)
Membenarkan pekerja bertindak bebas tanpa sempadan
d)
Berdasarkan hanya kepada perintah mutlak
6.
Dalam struktur organisasi fungsian, jabatan diatur mengikut…
a)
Kawasan
b)
Produk
c)
Fungsi seperti pemasaran dan kewangan
d)
Tahap pelanggan
7.
Carta Gantt digunakan untuk…
a)
Menyusun hierarki staf
b)
Menyusun langkah projek dan tempoh masa pelaksanaan
c)
Menggambarkan struktur organisasi
d)
Menetapkan titik pulang modal
8.
Apakah maksud autoriti lini?
a)
Kuasa untuk memberi arahan terus dalam rantaian organisasi
b)
Nasihat daripada jabatan luar
c)
Autoriti berkaitan undang-undang
d)
Kuasa membuat bajet sahaja
9.
Dalam teori motivasi Herzberg, faktor motivasi termasuk…
a)
Keselamatan pekerjaan
b)
Polisi syarikat
c)
Penghargaan dan peluang kenaikan pangkat
d)
Peraturan tempat kerja
10.
Dalam teori Mintzberg, jurucakap ialah…
a)
Pekerja yang menyambut pelanggan
b)
Pengurus yang memberi maklumat organisasi kepada pihak luar
c)
Wakil syarikat untuk audit
d)
Pegawai komunikasi dalaman
11.
Perancangan strategik biasanya dijalankan oleh…
a)
Ketua Unit Operasi
b)
Penyelia Pengeluaran
c)
CEO atau pengurus atasan
d)
Staf pemasaran
12.
Dalam pengurusan, kemahiran kemanusiaan merujuk kepada…
a)
Keupayaan bekerjasama dan berkomunikasi dengan orang lain
b)
Kebolehan menggunakan jentera
c)
Kepakaran menganalisis laporan kewangan
d)
Menyediakan kertas kerja teknikal
13.
Apakah tujuan utama pengorganisasian?
a)
Menguruskan bajet
b)
Menentukan promosi pekerja
c)
Menyusun dan mengagih sumber secara sistematik
d)
Mengurangkan jumlah pekerja
14.
Keperluan aktualisasi diri menurut Maslow ialah…
a)
Keinginan dihormati
b)
Keselamatan tempat kerja
c)
Capai potensi penuh & kepuasan diri
d)
Menerima gaji tinggi
15.
Visi organisasi merujuk kepada…
a)
Matlamat jangka pendek
b)
Pernyataan ideal dan jangka panjang organisasi
c)
Perancangan bulanan
d)
Prosedur kerja harian