wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Amalan 5R

Total questions: 15

Worksheet time: 4hrs 45mins

Name
Class
Date
1.

Mengapakah amalan ‘reduce’ dianggap sebagai langkah paling penting dalam 5R?

a)

Menjimatkan wang

b)

mengelakkan pembaziran sumber dari awal

c)

membantu pelajar lebih rajin

d)

meningkatkan jualan barangan kitar semula

2.

Bagaimana tindakan membaiki kasut yang rosak boleh mencerminkan nilai bertanggungjawab?

a)

Tidak membuang masa membeli kasut baharu

b)

Menunjukkan kepandaian membaiki barangan

c)

Mengurangkan pembaziran dan menjaga sumber

d)

Supaya kasut nampak cantik

3.

Kamu melihat rakan membuang botol plastik ke dalam tong sampah biasa. Apakah tindakan yang paling wajar

a)

Menyuruh guru menegur rakannya

b)

Mengambil botol itu dan letak di tong kitar semula serta menasihati rakan

c)

Tidak kisah kerana itu bukan urusan kamu

d)

Ketawakan rakan tersebut

4.

Pilih perasaan yang sesuai apabila seseorang berjaya mengamalkan semua 5R dalam kehidupan:

a)

Marah dan cemas

b)

Gembira dan bangga

c)

Letih dan malas

d)

Bingung dan sedih

5.

Antara berikut, yang bukan contoh amalan 5R ialah:

a)

Membeli botol minuman baru setiap hari

b)

Mengitar semula kertas lama

c)

Menggunakan semula kotak hadiah

d)

Membaiki kipas rosak

6.

Bagaimanakah amalan 5R boleh memberi kesan kepada kesejahteraan masyarakat?

a)

Menggalakkan pelancongan asing

b)

Menyebabkan ramai tidak mahu membeli barang

c)

Mewujudkan persekitaran bersih dan sihat

d)

Membuat semua orang kaya

7.

Jika kita mengabaikan amalan 5R, apakah kesan jangka panjang kepada alam sekitar?

a)

Harga barang menjadi murah

b)

Lebih ramai orang bekerja sebagai pemungut sampah

c)

Berlaku pencemaran dan kerosakan alam

d)

Lebih banyak tanah kosong dibuka

8.

Mengapakah penting untuk kita rethink sebelum membeli sesuatu barang?

a)

Supaya dapat beli lebih banyak

b)

Supaya tidak terbeli barang yang tidak perlu

c)

Supaya dapat simpan barang lama

d)

Supaya dapat gunakan semula beg

9.

Bagaimana sekolah boleh menggalakkan pelajar mengamalkan 5R?

a)

Memberikan denda jika tidak mengitar semula

b)

Menyediakan tong kitar semula dan aktiviti kitar semula berkala

c)

Menyuruh pelajar bawa botol plastik dari rumah

d)

Membuat pertandingan kutip sampah sahaja

10.

Apakah nilai murni yang boleh dipupuk melalui amalan reuse?

a)

Sabar dan tabah

b)

Tanggungjawab dan berhemat

c)

Hormat dan patuh

d)

Cergas dan rajin

11.

Mengapakah membaiki alat elektrik rosak lebih baik daripada membuangnya?

a)

Supaya boleh dijual dengan harga mahal

b)

Supaya kelihatan bijak

c)

Supaya tidak membazir dan kurangkan sampah elektronik

d)

Supaya tidak perlu beli yang baharu

12.

Kamu menggunakan semula kertas yang hanya dicetak sebelah muka. Apakah nilai yang kamu amalkan?

a)

Jujur

b)

Hemat dan prihatin

c)

Berani

d)

Berdisiplin

13.

Apakah langkah pertama yang perlu kita lakukan untuk mengamalkan 5R?

a)

Memaksa orang lain mengitar semula

b)

Membeli barangan baharu

c)

Mula dengan diri sendiri dan ubah sikap terhadap penggunaan

d)

Tunggu arahan guru

14.

Apakah ciri utama pengguna bijak berkaitan amalan 5R?

a)

Sentiasa membeli barangan promosi

b)

Mengguna dan membuang dengan cepat

c)

Memilih barangan tahan lama dan boleh guna semula

d)

Tidak suka berkongsi barang

15.

Jika anda menyusun program kitar semula di sekolah, apakah nilai yang anda sedang amalkan?

a)

Kepimpinan, tanggungjawab dan cinta akan alam sekitar

b)

Keberanian dan kekuatan fizikal

c)

Kesetiaan dan semangat patriotik

d)

Kreativiti dan kebendaan