WorksheetsPop Kuiz Bahasa Melayu Tahun 4
Total questions: 37
Worksheet time: 14mins
Mak Som_______________ Adib supaya makan ubat.
memujuk
merayu
memaksa
mendesak
Pondok lama di hujung kampung telah_____________penduduk kampung.
dihancurkan
dimusnahkan
dirosakkan
dirobohkan
Aziz tidak mahu memakai kasut itu______________ dipujuk oleh kakak.
selagi
meskipun
lantaran
selain itu
Gelanggang bola tampar itu tidak boleh digunakan _______________ mendapat kebenaran daripada guru besar.
sebelum
selagi
sehingga
sementara.
Encik Borhan _______________ biolanya untuk menghiburkan para penonton.
memalu
Memetik
Meniup
mengesek
Peristiwa _______________ itu benar-benar membuatkan Aiman tidak berani merayau seorang diri pada waktu malam.
menakutkan
penakut
ditakutkan
ketakutan
Pilih perkataan seerti bagi perkataan bergaris
Kamil berasa kecewa kerana kandas dalam kuiz Matematik itu.
pintar
elok
gagal
johan
Jalan menuju ke kampung Sungai Dua _________________ kerana jalan belum diturap lagi.
incang- incut
lekak- lekuk
pontang- panting
bolak- balik
Orang ramai___________________ untuk mencari tampat berteduh apabila hujan turun dengan tiba- tiba.
bergerak- Gerak
berlari- larian
berkejar- kejaran
terpinga- pinga
Encik Dollah membeli _____________dawai dan dua __________ tiang besi untuk dijadikan ampaian.
sejambak… lembar
segulung… batang
sebuku… kaki
seberkas… batang
. ______________________ itu sedang melatih pasukan bola sepak di padang.
Jurubina
Juruhias
Jurukimpal
Jurulatih
Samsul yang__________________itu tidak mahu langsung mendengar nasihat orang.
buruk siku
panas baran
kepala batu
lepas tangan
Malik anak angkat Encik Daniel_________________ dia amat disayangi oleh Encik Daniel seperti anak kandung sendiri.
lebih- lebih lagi
tambahan pula
oleh itu
namun begitu
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi soalan yang diberikan.
Bilakah Ahmad meminjam gitar kamu?
Ahmad meminjam gitar saya
Ahmad meminjam gitar saya semalam
Ahmad dan Rasul meminjam gitar saya
Ahmad dipinjamkan gitar saya semalam
Pilih soalan yang paling sesuai bagi soalan yang diberikan.
Pertukaran kakak saya ke Labuan telah dibatalkan oleh pihak atasan.
Siapakah yang membatalkan pertukaran kakak awak ke Labuan?
Siapakah yang akan bertukar ke Labuan?
Siapakah yang pergi ke Labuan?
Bilakah awak akan ke Labuan?
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
.“Saya akan pergi ke Singapura pada hujung minggu ini,” kata Aziz kepada Hamid.
Hamid diberitahu bahawa Aziz hendak ke Singapura pada hujung minggu ini.
Aziz memberitahu Hamid bahawa dia akan ke Singapura pada hujung minggu ini.
Aziz hendak pergi ke Singapura pada hujung miggu ini.
Hamid memberitahu Aziz bahawa dia hendak ke Singapura.
Cikgu Johari sedang________________sajak semasa majlis sambutan Hari Guru.
melagukan
menyanyikan
menyampaikan
mendeklamasikan
. " Bukan_______________ yang melukis mural pada dinding itu tetapi Azmi dan kawan_______________," kata Nadim dan Zaim kepada Azhan.
kita … awak
kami… nya
mereka … beliau
saya… dia
"Pasu bunga yang berwarna biru itu diperbuat_______________ apa?"tanya puan Aida kepada penjual itu.
daripada
antara
oleh
dari
"Cuba ingat ________________ di mana kamu simpan buku itu,"kata ibu kepada adik.
betul- betul
tenang- tenang
masak- masak
akan- akan
Mak Esah _____________ sedikit gula halus ke atas donat- donat itu.
ditaburkan
bertaburan
menaburkan
taburan
. Beberapa________________ baju yang dijemur di ampaian itu masih lembap.
pasang
helai
bentuk
lembar
________________ rambutan dan__________________ buah durian dibeli oleh Azman di gerai buah itu.
Setandan… sebuah
Segugus… selonggok
Seikat… sebuah
Sebutir… segugus
. "Usahlah kamu meminjam wang daripada__________________ itu kerana kadar bunganya sangat tinggi,"kata Pak Tam kepada Abu.
kepala angin
lintah darat
kepala batu
nyiur gading
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Baju kebaya yang dipakai oleh kakak itu dijahit oleh ibu.
Ibu telah menjahit baju kebaya itu untuk kakak.
Kakak memakai baju kebaya yang telah dijahit oleh ibu.
Kakak menjahit baju kebaya yang dipakai oleh ibu itu.
Kakak memakai baju kebaya ibu itu.
Pilih ayat- ayat yang betul
Pensel warna Adib dipinjam oleh Tahir.
Asiah dan Anis nasihati guru disiplin kerana datang lewat.
Sebanyak tiga orang murid sekolah Halimah terpilih ke peringkat akhir pertandingan itu.
Buku latihan abang pesan itu telah posmen hantar semalam.
Roslan berjalan _________ di halaman rumah sambil memikirkan sesuatu.
lalu-lalang
bolak-balik
mundar-mandir
jengkang-jengkot
Dia terpaksa ____________basikalnya yang rosak itu pulang ke rumah.
mengheret
memimpin
menuntun
menarik
Pak Abu ______________ melihat burung kesayangannya terlepas dari sangkar.
sakit mata
gelap mata
putih mata
rambang mata
Walaupun Atan yang bersalah, namun kami turut didenda oleh guru besar. Bak kata pepatah ______________________.
rambut sama hitam, hati lain-lain
lembu punya susu, sapi dapat nama
seekor kerbau membawa lumpur, habis semuanya terpalit
sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jug
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.
Polis telah mengenal pasti pemandu-pemandu yang melakukan kesalahan lalu lintas.
A Polis yang telah melakukan kesalahan lalu lintas telah dikenal pasti oleh pengguna- pengguna jalan raya.
B Pengguna-pengguna jalan raya yang telah melakukan kesalahan lalu lintas telah dikenal pasti oleh polis.
C Pengguna-pengguna jalan raya telah dikenal pasti melakukan kesalahan lalu lintas oleh polis.
D Polis telah mengenal pasti kesalahan lalu lintas yang dilakukan oleh pemandu- pemandu.
Seorang kanak-kanak berusia empat tahun cedera parah akibat __________ oleh seekor harimau di Kuala Balah baru-baru ini.
A digigit
B dibaham
C dimamah
D digonggong
Pengawal keselamatan yang bertugas di gedung membeli-belah yang terkenal itu telah kehilangan __________ kunci.
A segugus
B sebatang
C setangkai
D segenggam
Encik Noor ______mengusahakan kebun sayurnya dengan pelbagai jenis tanaman.
A mandi peluh
B mandi darah
C mandi lumpur
D mandi kerbau
Jika Pak Samad tidak turun ke sungai, dia akan menggunakan masa terluang itu untuk __________ jalanya yang koyak.
A menyirat
B menenun
C menyulam
D menampung
“Saya tidak tahan akan bau __________ apabila berada di tandas awam itu.” Kata Sani kepada kawannya.
A tengik
B hanyir
C haring
D masam
Kita hendaklah mematuhi peraturan di tempat yang kita diami.
Peribahasa yang sesuai dengan maksud di atas ialah
A berdiri sama tinggi, duduk sama rendah
B berani kerana benar, takut kerana salah
C sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan
D di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
