wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

HINDARI KHURAFAT

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

"Cerita rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang daripada ajaran Islam."

Pernyataan ini berkaitan dengan

a)

Syirik

b)

Sihir

c)

Khurafat

d)

Karamah

2.

Apakah hukum mempercayai khurafat?

a)

Wajib

b)

Sunat

c)

Haram

d)

Harus

3.

"Percaya apabila ular masuk ke dalam rumah ada kecelakaan yang akan berlaku"

Kenyataan ini mengenai

a)

Kesan Khurafat

b)

Contoh Khurafat

c)

Jenis Khurafat

d)

Bahagian khurafat

4.

Berikut adalah contoh khurafat KECUALI

a)

Meletakkan kain putih atas batu nisan

b)

Meletakkan payung untuk memayungi kubur

c)

Membaca doa untuk orang yang meninggal dunia

d)

Percaya apabila burung gagak berbunyi menandakan ahli keluarga meninggal

5.

Pilih kesan mempercayai khurafat

a)

Disayangi Allah dan Rasul

b)

Jiwa tenang dan tenteram

c)

Menjadikan seseorang bertaqwa

d)

Melemahkan iman dan boleh merosakkan akidah.

6.

Bagaimanakah cara mengatasi dan menghapuskan amalan khurafat?

a)

Mengadakan gotong royong

b)

Memberi penerangan melalui akhbar,media massa dan poster

c)

Melanggar undang-undang dan peraturan

d)

Mengadakan kelas tambahan

7.

Berikut contoh pengajian ilmu bagi mengatasi amalan khurafat KECUALI

a)

Halaqah

b)

Konsert

c)

Forum Perdana

d)

Tanyalah Ustaz

8.

Manakah BUKAN contoh khurafat

a)

Memuja pantai

b)

Mandi wajib

c)

Percaya kepada tuah burung

d)

Percaya kepada sial burung hantu

9.

Bagaimanakah cara untuk menjauhi perkara khurafat dalam kehidupan ?

a)

Tidak mendalami ilmu agama

b)

Istiqamah mengamalkan ajaran Islam

c)

Tidak suka berdoa

d)

Mendekati individu yang melakukan khurafat

10.

Contoh amalan khurafat adalah:

(Boleh pilih lebih daripada 1 jawapan)

a)

Percaya kepada tangkal untuk mendapatkan keberuntungan.

b)

Berdoa kepada dewa-dewa untuk mendapatkan rezeki.

c)

Percaya kepada ramalan bintang untuk menentukan masa depan.

d)

Menggunakan minyak wangi tertentu untuk menarik cinta.

11.

Encik Fattah mempunyai masalah kewangan kerana perniagaan beliau mengalami kerugian yang banyak. Jadi, rakannya meminta beliau agar pergi ke kubur untuk memohon rezeki daripada roh nenek moyang.

Apakah kesan yang boleh berlaku jika beliau melakukan perbuatan tersebut?

a)

Merosakkan akidah dan melemahkan iman.

b)

Mendapat pahala dan diberkati

c)
Mendapatkan rezeki yang melimpah tanpa usaha
d)

Dibenci oleh Allah dan masyarakat

12.

Mengapa kita digalakkan untuk berdoa agar diberi taufiq dan hidayah dalam usaha menjauhkan diri daripada khurafat?

a)

Supaya kita dapat mengikuti amalan khurafat dengan lebih baik

b)

Supaya kita dapat lebih mendalami ilmu khurafat

c)

Supaya hati kita tetap teguh dengan ajaran Islam

d)

Supaya kita mudah terpengaruh dengan adat yang bercanggah dengan Islam

13.

Objek apakah yang sering dikaitkan dengan perbuatan khurafat?

a)
Buku
b)

Kubur dan pokok

c)

Sekolah

d)

Al-Quran

14.

Gambar tersebut menunjukkan pesta "Pemujaan Pantai" yang bertujuan memohon perlindungan dan keselamatan. Apakah hukum melakukan aktiviti tersebut?

(a)  

15.

Perbuatan khurafat biasanya melibatkan kepercayaan karut yang...

a)

berdasarkan fakta yang benar dengan merujuk al-Quran dan Hadis.

b)

dihasilkan oleh manusia seperti kepercayaan nenek moyang terdahulu.

c)

mengajak kepada kebaikan.

d)

diterima dalam agama Islam.