NEW
Font size
WorksheetsDMB 3213 KUIZ
Total questions: 30
Worksheet time: 15mins
1. Apakah fungsi utama perisian Autodesk Inventor?
A. Pengiraan beban struktur
B. Reka bentuk 2D dan 3D
C. Pengaturcaraan kod sumber
D. Penjanaan elektrik
2. Antara berikut, yang manakah alat lakaran asas dalam 2D Sketch?
A. Extrude
B. Spline
C. Line
D. Loft
3. Apakah nama bahagian Inventor yang memaparkan ikon-ikon arahan?
A. Graphics Window
B. Browser
C. Ribbon
D. Navigation Bar
4. Fungsi “Circle” dalam Autodesk Inventor adalah untuk:
A. Membuat bulatan 3D
B. Menukar dimensi model
C. Melakar bulatan dalam 2D
D. Memusingkan objek
5. Apakah fungsi “Vertical Constraint”?
A. Memanjangkan objek
B. Memastikan objek tegak
C. Membesarkan diameter
D. Menukar warna objek
6. “Fillet” digunakan untuk:
A. Membuat lubang
B. Memutar objek
C. Melengkungkan tepi objek
D. Menyalin objek
7. Antara berikut, yang manakah bukan alat dalam persekitaran 3D?
A. Extrude
B. Revolve
C. Sweep
D. Line
8. Apakah jenis fail utama untuk lukisan bahagian (part) dalam Inventor?
A. .iam
B. .idw
C. .ipt
D. .ipn
9. “Geometric Constraint” digunakan untuk:
A. Menetapkan bahan
B. Menyusun komponen
C. Menetapkan hubungan geometri
D. Mengira jisim
10. Apakah ikon yang digunakan untuk melihat model dari pelbagai arah?
A. Ribbon
B. ViewCube
C. Fillet
D. Browser
11. Apakah kelebihan menggunakan “Mirror” dalam lakaran?
A. Mengubah warna model
B. Menyalin bentuk secara simetri
C. Membuat pandangan 3D
D. Menukar fail
12. Fungsi “Dimension Constraint” adalah untuk:
A. Menetapkan sudut pandangan
B. Mengawal dimensi lakaran
C. Menambah objek
D. Mewarna permukaan
13. Kenapa perlu menetapkan “Fully Constrained Sketch”?
A. Untuk tujuan hiasan
B. Supaya model boleh dipusing
C. Untuk kestabilan bentuk dan kawalan dimensi
D. Untuk membuat animasi
14. Apakah kegunaan “Revolve”?
A. Mengubah arah pandangan
B. Membuat lubang
C. Membentuk 3D daripada putaran lakaran 2D
D. Menyalin objek
15. “Rectangular Pattern” digunakan untuk:
A. Meniru objek dalam bentuk bulatan
B. Menambah material
C. Meniru objek secara baris dan lajur
D. Menukar warna objek
16. Ciri “Shell” digunakan untuk:
A. Memadatkan model
B. Mengosongkan isi model
C. Menambah lapisan warna
D. Memutarkan model
17. Apakah kelebihan menggunakan teknik lakaran bersaiz tetap (parametric)?
A. Lukisan lebih mudah dipadam
B. Model boleh berubah berdasarkan nilai dimensi
C. Boleh dicetak warna
D. Boleh digunakan tanpa komputer
18. “Sweep” memerlukan:
A. Satu profil dan satu laluan
B. Dua garis lurus
C. Tiga titik
D. Garisan lengkung sahaja
19. Jika anda mahu membuat lubang berulir (thread), anda perlu guna:
A. Fillet
B. Hole
C. Loft
D. Shell
20. Antara berikut, yang manakah digunakan untuk melengkungkan bucu tajam model?
A. Loft
B. Shell
C. Fillet
D. Hole
21. Anda mahu menghasilkan komponen berongga dengan ketebalan 3mm. Arahan yang sesuai ialah:
A. Fillet
B. Extrude
C. Shell
D. Mirror
22. Apakah kombinasi perintah yang sesuai untuk membuat botol air daripada lakaran bulatan?
A. Extrude → Hole
B. Loft → Chamfer
C. Revolve → Shell
D. Sweep → Fillet
23. Untuk menghasilkan kipas dengan bilah simetri, anda boleh guna:
A. Mirror dan Circular Pattern
B. Fillet dan Sweep
C. Shell dan Hole
D. Extrude dan Loft
24. Apakah proses terbaik untuk membina skru dalam Autodesk Inventor?
A. Spline + Shell
B. Revolve + Thread
C. Sweep + Hole
D. Mirror + Shell
25. Untuk menghasilkan bentuk kompleks dari dua profil berbeza, gunakan:
A. Extrude
B. Shell
C. Loft
D. Fillet
26. Jika anda mahu membina susunan bolt dalam barisan panjang dan lebar, anda guna:
A. Mirror
B. Revolve
C. Rectangular Pattern
D. Sweep
27. Anda ingin hasilkan objek berongga dan licin di bucu. Gunakan kombinasi:
A. Shell + Fillet
B. Loft + Pattern
C. Hole + Sweep
D. Chamfer + Mirror
28. Setelah melakar bentuk asas, bagaimana anda hasilkan objek 3D daripadanya?
A. Extrude
B. Fillet
C. Constraint
D. Spline
29. Ciri mana berikut paling sesuai untuk buat lubang tepat dengan ukuran ditetapkan?
A. Fillet
B. Hole
C. Loft
D. Pattern
30. Untuk menghasilkan bentuk paip melengkung, kombinasi paling sesuai ialah:
A. Loft + Mirror
B. Spline + Sweep
C. Revolve + Pattern
D. Shell + Chamfer
