wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Soalan Tajwid ASNI-ATAS

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.
1. Apakah yang dimaksudkan dengan Izhar Halqi?
a)
A. Menyembunyikan sebutan Nun Sakinah dengan dengung.
b)
B. Memasukkan sebutan Nun Sakinah ke dalam huruf selepasnya
c)
C. Menjelaskan sebutan Nun Sakinah atau Tanwin tanpa dengung.
d)
D. Menukarkan sebutan Nun Sakinah kepada Mim.
2.
2. Berikut adalah huruf-huruf bagi hukum Idgham Bi Ghunnah, KECUALI:
a)
A. ي
b)
B. ل
c)
C. م
d)
D. و
3.
3. Apabila Nun Sakinah (نْ) bertemu dengan huruf Ba' (ب), apakah hukum tajwidnya?
a)
A. Ikhfa' Syafawi
b)
B. Idgham Mithlain
c)
C. Iqlab
d)
D. Izhar Halqi
4.
4. Apakah tindakan yang paling tepat apabila seorang pembaca Al-Quran bertemu dengan tanda waqaf (م) di dalam mushaf?
a)
A. Harus berhenti dan boleh juga menyambung bacaan.
b)
B. Disunatkan untuk berhenti seketika tanpa melepaskan nafas (saktah).
c)
C. Wajib berhenti kerana menyambung bacaan boleh mengubah makna asal ayat.
d)
D. Lebih utama untuk menyambung bacaan (wasal)
5.
5. Pada potongan ayat حَبْلٌ مِنْ, hukum tajwid yang berlaku pada tanwin tersebut ialah...
a)
A. Izhar Halqi
b)
B. Ikhfa' Haqiqi
c)
C. Idgham Bi Ghunnah
d)
D. Iqlab
6.
6. Berapakah kadar harakat yang dibenarkan untuk bacaan Mad Jaiz Munfasil mengikut riwayat Hafs an 'Asim melalui Toriq Syatibiyyah?
a)
A. 2 harakat sahaja
b)
B. 6 harakat sahaja
c)
C. 4 atau 5 harakat
d)
Option 4
7.
7. Apakah hukum tajwid pada perkataan شَرٍّ apabila diwasalkan dalam ayat مِن شَرِّ مَا خَلَقَ?
a)
A. Ra' Tafkhim
b)
B. Ra' Tarqiq
c)
C. Idgham
d)
D. Iqlab
8.
8. Berhenti pada kalimah "لَقَدْ كَفَرَ" dalam ayat "لَقَدْ كَفَرَ الَّذِينَ قَالُوا" dianggap sebagai Waqaf Qabih (الوقف القبيح) kerana...
a)
A. ayat tersebut terlalu panjang untuk dibaca dengan satu nafas.
b)
B. ia memberikan makna yang sangat buruk dan tidak lengkap yang bertentangan dengan maksud sebenar ayat.
c)
C. ia merupakan tempat berhenti yang ditentukan oleh ulama qiraat.
d)
D. tanda waqaf tidak diletakkan pada kalimah tersebut.
9.
9. Ibtida' (memulakan semula bacaan) selepas melakukan Waqaf Hasan (الوقف الحسن) adalah paling baik jika dimulakan...
a)
A. dari kalimah selepas tempat berhenti.
b)
B. dari kalimah sebelum tempat berhenti untuk menyempurnakan makna.
c)
C. dari mana-mana kalimah yang disukai pembaca.
d)
D. dari awal ayat atau surah
10.
10. Apakah syarat utama yang menyebabkan berlakunya hukum Mad Lazim?
a)
A. Huruf Mad bertemu dengan huruf Hamzah dalam satu kalimah.
b)
B. Huruf Mad bertemu dengan huruf sukun yang mendatang kerana waqaf (berhenti).
c)
C. Huruf Mad bertemu dengan huruf bertanda sukun asli (bukan kerana waqaf) dalam satu kalimah.
d)
D. Huruf Mad bertemu dengan huruf Hamzah dalam dua kalimah berasingan.
11.
11. Hukum Mad Lazim pada kalimah "ٱلصَّاخَّةُ" atau "ٱلضَّالِّينَ" dikategorikan sebagai...
a)
A. Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf (مثقل كلمي مخفف)
b)
B. Mad Lazim Kalimi Muthaqqal (مثقل كلمي مثقل)
c)
C. Mad Lazim Harfi Mukhaffaf (حرفي مخفف)
d)
D. Mad Lazim Harfi Muthaqqal (حرفي مثقل)
12.
12. Manakah antara berikut merupakan satu-satunya contoh bagi Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf di dalam Al-Quran?
a)
A. الم
b)
B. ق
c)
C. آلْآنَ
d)
D. الطَّامَّةُ
13.
13. Manakah antara kalimah berikut mengandungi hukum Mad Badal?
a)
A. جَاءَ
b)
B. السَّمَاءِ
c)
C. أُوتُوا
d)
D. يُرَاءُونَ
14.
14. Mengapakah hukum ini dinamakan "Badal" (بَدَل)?
a)
A. Kerana bacaannya boleh digantikan dengan bacaan qasar.
b)
B. Kerana huruf Mad tersebut pada asalnya adalah pengganti kepada huruf Hamzah yang kedua.
c)
C. Kerana Hamzah tersebut menggantikan kedudukan huruf Mad yang asal.
d)
D. Kerana ia menggantikan semua hukum Mad yang lain apabila ia wujud.
15.
15. tidak semua keadaan "Hamzah bertemu Huruf Mad" dikira sebagai Mad Badal. Manakah antara kalimah berikut yang BUKAN Mad Badal kerana Hamzahnya adalah huruf asli dan bukan gantian?
a)
A. ءَامَنُوا
b)
B. إِيمَانًا
c)
C. مَسْئُولاً
d)
D. أُوذُوا
16.
16. Berapakah kadar harakat bagi bacaan Mad Badal mengikut riwayat Hafs 'an 'Asim melalui Toriq Asy-Syatibiyyah?
a)
A. 6 harakat
b)
B. 4 atau 5 harakat
c)
C. 2, 4 atau 6 harakat
d)
D. 2 harakat
17.
17. Apakah definisi hukum Mad Tamkin?
a)
A. Apabila huruf Wau (و) yang sukun bertemu dengan huruf Wau (و) yang berbaris.
b)
B. Apabila huruf Ya' (ي) yang bersabdu (bertasydid) dan berbaris kasrah bertemu dengan huruf Ya' (ي) yang sukun.
c)
C. Apabila huruf Hamzah (ء) berada sebelum mana-mana huruf Mad.
d)
D. Apabila mana-mana huruf Mad bertemu dengan huruf yang sukun kerana waqaf.
18.
18. Manakah antara kalimah berikut yang mengandungi hukum Mad Tamkin?
a)
A. الَّذِي يُوَسْوِسُ
b)
B. آمَنُوا وَعَمِلُوا
c)
C. فِي يَوْمٍ
d)
D. حُيِّيتُمْ
19.
19. Berapakah kadar panjang bacaan (harakat) bagi Mad Tamkin?
a)
A. 6 harakat
b)
B. 4 atau 5 harakat
c)
C. 2 harakat
d)
D. 4 harakat
20.
20. Bacaan Mad Tamkin pada kalimah "النَّبِيِّينَ" berlaku pada pertemuan huruf...
a)
A. Nun (ن) dan Ba' (ب).
b)
B. Ba' (ب) dan Ya' (ي)
c)
C. Ya' (ي) yang pertama (bertasydid) dan Ya' (ي) yang kedua (sukun).
d)
D. Ya' (ي) dan Nun (ن).