WorksheetsKUIZ INTERAKSI REKA BENTUK ELEKTRONIK 2.4.1 & 2.4.2
Total questions: 10
Worksheet time: 10mins
Apakah nama bagi peranti kawalan dalam satu cip yang mengandungi CPU, memori dan Input/Output?
Mikropemproses
Peranti Input
Mikropengawal
Unit Proses
Peranti yang bertindak sebagai otak utama dalam komputer dan memerlukan cip ingatan yang berasingan dipanggil apa?
Mikropengawal
Mikropemproses
Peranti Output
Litar Bersepadu
Manakah antara berikut bukan bahagian utama dalam mikropengawal?
Input
Proses
Sensor
Output
Bahagian mikropengawal yang berfungsi untuk menerima isyarat daripada persekitaran adalah ...
Input
Proses
Output
CPU
Fungsi utama bahagian Proses dalam mikropengawal ialah...
Menerima isyarat dan menghantarnya.
Menghasilkan arahan untuk peranti output.
Memproses maklumat dan membuat keputusan.
Melaksanakan arahan yang diterima.
Bahagian mikropengawal yang bertanggungjawab melaksanakan arahan yang telah diproses ialah...
Input
Proses
Output
Sensor
Antara peranti berikut, yang manakah merupakan contoh peranti yang menggunakan mikropengawal?
Komputer peribadi
Kipas automatik
Telefon pintar
Laptop
Sebuah mesin basuh automatik direka untuk melakukan satu fungsi spesifik. Oleh itu, ia menggunakan...
Mikropemproses
Mikropengawal
Peranti Input
Litar Integrasi
Jika sebuah termometer digital digunakan untuk mengukur suhu, apakah bahagian mikropengawal yang terlibat dalam mengesan suhu?
Output
Proses
Sensor (Input)
Kipas
Mengapakah mikropemproses tidak sesuai digunakan dalam penggera keselamatan yang ringkas?
Ia terlalu mahal dan kompleks.
Ia terlalu perlahan.
Ia tidak boleh berinteraksi dengan sensor.
Ia hanya boleh mengawal satu fungsi.
