wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pendidikan Moral Unit 11: Kerajinan

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut, manakah contoh mengamalkan nilai kerajinan terhadap jiran?

a)

Membiarkan halaman rumah jiran penuh dengan sampah

b)

Menolong jiran membersihkan halaman rumah mereka

c)

mengelakkan diri daripada bertegur sapa dengan jiran

d)

Menyembunyikan alatan berkebun daripada jiran

2.

Mengapakah kita perlu rajin membantu jiran yang sedang sakit?

a)

Untuk mendapatkan ganjaran wang tunai

b)

Supaya jiran tidak marah kepada kita kerana memecahkan pasu bunganya

c)

Untuk memupuk hubungan yang erat antara jiran

d)

Supaya jiran membalas bantuan kita dengan segera

3.

Apakah kesan buruk jika kita malas membantu jiran yang memerlukan?

a)

Hubungan kejiranan menjadi renggang

b)

Jiran menjadi lebih berdikari

c)

Jiran semakin gembira

d)

Kawasan kejiranan menjadi aman

4.

Pilih situasi yang menunjukkan kerajinan terhadap jiran.

a)

Menyiram pokok bunga jiran ketika mereka bercuti

b)

Menutup pintu rumah apabila jiran memerlukan bantuan

c)

Mengadu tentang jiran kepada ketua kampung

d)

tidak menegur jiran apabila berjumpa di tepi jalan

5.

Antara berikut, yang manakah bukan kepentingan mengamalkan nilai kerajinan terhadap jiran?

a)

Mempereratkan silaturahim

b)

Mewujudkan suasana harmoni

c)

Memupuk sikap mementingkan diri sendiri

d)

Meningkatkan rasa saling percaya

6.

Apakah contoh sikap rajin terhadap jiran ketika majlis gotong-royong?

a)

Hanya memerhati jiran bekerja membersihkan kawasan

b)

Mengambil bahagian membersihkan longkang bersama jiran

c)

Duduk berehat di rumah ketika jiran sedang bekerja membersihkan kawasan

d)

Menyuruh jiran membersihkan kawasan rumah kita sahaja

7.

Mengapakah nilai kerajinan terhadap jiran penting untuk diamalkan?

a)

Supaya dapat menjadi terkenal di TikTok

b)

Agar dapat menjaga keselamatan dan kebersihan bersama

c)

Supaya jiran bergantung sepenuhnya kepada usaha kita

d)

Agar ramai orang memuji usaha kita

8.

Sikap malas membantu jiran boleh menyebabkan..........................

a)

hubungan menjadi lebih kukuh

b)

jiran merasa tersisih dan tidak dihargai

c)

Jiran berasa lebih bersemangat untuk membantu kita

d)

Kawasan kejiranan menjadi lebih selamat

9.

Jika kita malas membersihkan kawasan kejiranan, apakah akibatnya?

a)

Kawasan menjadi lebih cantik dan bersih

b)

Hubungan bertambah erat

c)

Persekitaran menjadi kotor dan tidak selamat

d)

Semua jiran berasa gembira

10.

Antara berikut, manakah menunjukkan nilai kerajinan terhadap jiran semasa mereka menghadapi kecemasan?

a)

mengabaikan panggilan jiran

b)

menawarkan diri untuk membantu membawa mereka ke hospital

c)

menutup pintu rumah dan berdiam diri

d)

meminta jiran untuk cari orang lain untuk tolong mereka