Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Wacana

Total questions: 20

Worksheet time: 3mins

Name
Class
Date
1.

Berikut merupakan definisi wacana KECUALI......

a)

Satu kesatuan yang berurutan dan lengkap.

b)

Unit bahasa yang melebihi batasan ayat.

c)

Terdiri daripada satu ayat sahaja.

d)

Mempunyai dua ciri penting, iaitu kohesi dan koheren.

2.

Apakah ciri-ciri penting dalam wacana?

a)

Kohesi dan koheren

b)

Penanda penghubung

c)

Penanda rujukan

d)

Ayat yang panjang

3.

Berapakah jenis penanda penghubung?

a)

3

b)

5

c)

4

d)

6

4.

Fungsi penanda penghubung tambahan adalah untuk _______.

a)

menambah maklumat

b)

menyatakan maklumat yang berlawanan

c)

menunjukkan rumusan sesuatu perkara

d)

menunjukkan urutan atau siri berlaku sessuatu perkara

5.

Punca keruntuhan akhlak remaja ialah ibu bapa kurang memberi kasih sayang kepada mereka. Selain itu, punca keruntuhan akhlak remaja ialah pengaruh rakan sebaya yang negatif.

Dalam pernyataan di atas, penanda penghubung yang digunakan ialah ______.

a)

penanda penghubung tentangan

b)

penanda penghubung kesimpulan

c)

penanda penghubung tambahan

d)

penanda penghubung tempoh

6.

Kini, teknologi maklumat semakin berkembang sehingga mampu mempercepatkan urusan harian manusia. Namun begitu, penggunaan teknologi maklumat yang berlebihan akan menjejaskan kesihatan kita.

Dalam pernyataan di atas, penanda penghubung yang digunakan ialah ______.

a)

penanda penghubung kesimpulan

b)

penanda penghubung tentangan

c)

penanda penghubung tempoh

d)

penanda penghubung tambahan

7.

Mula-mula, sediakan semua peralatan seperti bikar, termometer, penunu Bunsen dan air suling. Pastikan peralatan berada dalam keadaan bersih dan selamat digunakan. Kedua, tuangkan air suling ke dalam bikar sehingga mencapai paras yang ditetapkan. Kemudian, ukur suhu awal air tersebut menggunakan termometer.

Berdasarkan kenyataan di atas, jenis penanda penghubung yang digunakan ialah______.

a)

penanda penghubung tempoh

b)

penanda penghubung tentangan

c)

penanda penghubung tambahan

d)

penanda penghubung musabab

8.

Yang manakah contoh penanda penghubung tambahan?

I. Selain itu

II. Secara ringkasnya

III. Sementelahan itu

IV. Walaupun demikian

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

II dan IV

9.

Yang manakah contoh penghubung tentangan?

I. Oleh hal yang demikian

II. Meskipun

III. Walaupun begitu

IV. Maka

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

10.

Berikut merupakan contoh penghubung musabab KECUALI

a)

Oleh itu

b)

Lantaran itu

c)

Akhir sekali

d)

Oleh sebab itu

11.

Remaja pada masa kini perlu menguruskan masa dengan bijak bagi memastikan kejayaan dalam pelajaran. Tindakan membazir masa dengan aktiviti yang tidak bermanfaat seperti bermain telefon secara berlebihan akan menjejaskan tumpuan belajar. Tegasnya, pengurusan masa yang berkesan merupakan kunci utama untuk mencapai kecemerlangan akademik.

Penanda wacana " tegasnya" merupakan_______.

a)

penanda penghubung tambahan

b)

penanda penghubung musabab

c)

penanda penghubung tempoh

d)

penanda penghubung kesimpulan

12.

Penggunaan teknologi dalam pendidikan memberikan banyak faedah kepada pelajar, seperti mempercepat proses pembelajaran dan memudahkan pencarian maklumat.__________, teknologi akan mendatangkan kesan negatif jika tidak dimanfaatkan dengan baik.

Apakah penanda wacana yang sesuai digunakan dalam pernyataan di atas?

a)

Dalam pada itu

b)

Seterusnya

c)

Kesimpulannya

d)

Namun begitu

13.

Harga barangan keperluan semakin meningkat sejak kebelakangan ini.________, masyarakat perlu berbelanja secara berhemah untuk mengelakkan pembaziran.

Apakah penanda wacana yang sesuai digunakan dalam pernyataan di atas?

a)

Selain itu

b)

Kemudian

c)

Begitu juga

d)

Lantaran itu

14.

Pelajar digalakkan membaca pelbagai bahan ilmiah untuk menambah pengetahuan. ________, mereka juga perlu melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum untuk membina kemahiran insaniah.

Apakah penanda wacana yang sesuai diisi dalam tempat kosong tersebut?

a)

Sebaliknya

b)

Pendek kata

c)

Lebih-lebih lagi

d)

Mula-mula

15.

Ramai yang beranggapan bahawa subjek Matematik adalah sukar untuk dikuasai.________, jika pelajar berlatih menjawab soalan dengan kerap dan memahami konsep asas, subjek ini boleh menjadi salah satu mata pelajaran yang paling mudah dan menyeronokkan.

Apakah penanda wacana yang sesuai diisi dalam tempat kosong tersebut?

a)

Pertama

b)

Oleh itu

c)

Sebenarnya

d)

Di samping itu

16.

Apakah fungsi penanda penghubung rujukan?

a)

Untuk menambah maklumat

b)

Untuk menyatakan maklumat yang bertentangan

c)

Untuk menggantikan unsur sesuatu dalam sesebuah wacana

d)

Untuk merumuskan sesuatu perkara

17.

Pemakanan yang seimbang merupakan salah satu langkah untuk menjaga kesihatan kita. Amalan ini harus diterapkan dalam kehidupan harian kita agar kita dapat terus sihat.

Apakah penanda wacana penggantian yang terdapat dalam petikan di atas?

a)

amalan ini

b)

kita

c)

kehidupan

d)

sihat

18.

Murid-murid digalakkan membaca sekurang-kurangnya satu buku setiap bulan bagi menambah ilmu pengetahuan.______ bukan sahaja memperluas kosa kata mereka, malah dapat meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis.

a)

Mereka

b)

Amalan baik ini

c)

Tabiat buruk ini

d)

Sifat mulia ini

19.

Pelajar perlu menjaga kebersihan kelas setiap hari. Tabiat tersebut akan membentuk disiplin diri yang tinggi.

Apakah fungsi frasa tabiat tersebut dalam ayat ini?

a)

Menjelaskan sebab

b)

Menggantikan unsur sebelumnya

c)

Membuat perbandingan

d)

Membuat rumusan

20.

Kerajaan memperkenalkan pelbagai inisiatif untuk memupuk budaya membaca. Usaha ini seharusnya disokong oleh semua pihak.

Apakah perkataan yang digantikan oleh penanda wacana usaha ini?

a)

Budaya membaca

b)

Memupuk budaya membaca

c)

Inisiatif kerajaan

d)

Semua pihak