Font size
WorksheetsPENGAJIAN AM PENGASINGAN DAN PEMBAHAGIAN KUASA SIRI 1
Total questions: 85
Worksheet time: 43mins
Apakah maksud pengasingan kuasa dalam sistem pemerintahan?
Pemisahan fungsi antara eksekutif, legislatif dan kehakiman
Pemisahan kuasa antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri
Perkongsian kuasa antara parti politik
Pemisahan kuasa antara sektor awam dan swasta
Antara berikut, yang manakah bukan tujuan pengasingan kuasa?
Mengelakkan penindasan kuasa
Menjamin kecekapan pentadbiran
Menghalang campur tangan antara badan
Memusatkan kuasa kepada eksekutif
Apakah tujuan utama pengasingan kuasa?
Memusatkan kuasa kepada eksekutif
Mengelakkan penyalahgunaan kuasa
Mempercepatkan proses undang-undang
Mengurangkan jumlah badan kerajaan
Badan perundangan di Malaysia dikenali sebagai:
Kabinet
Parlimen
Mahkamah
Suruhanjaya Pilihan Raya
Parlimen Malaysia terdiri daripada:
Dewan Negara dan Dewan Rakyat
Dewan Rakyat dan Kabinet
Dewan Undangan Negeri dan Dewan Rakyat
Dewan Negara dan Majlis Raja-Raja
Badan eksekutif di Malaysia diketuai oleh:
Yang di-Pertuan Agong
Perdana Menteri
Ketua Hakim Negara
Speaker Dewan Rakyat
Peranan utama badan eksekutif ialah:
Menggubal undang-undang
Melaksanakan dasar kerajaan
Mentafsir undang-undang
Menentukan kesalahan jenayah
Badan kehakiman di Malaysia diketuai oleh:
Yang di-Pertuan Agong
Perdana Menteri
Ketua Hakim Negara
Speaker Dewan Negara
Badan yang bertanggungjawab mentafsir undang-undang ialah:
Parlimen
Kabinet
Mahkamah
Suruhanjaya Pilihan Raya
Konsep pengasingan kuasa diperkenalkan oleh:
Aristotle
John Locke
Montesquieu
Thomas Hobbes
Konsep semak dan imbang (check and balance) bermaksud
Saling mengawasi antara badan kuasa
Semua badan bebas tanpa kawalan
Perkongsian kuasa secara mutlak
Pemusatan kuasa pada satu badan
Ketua Hakim Negara dilantik oleh
Perdana Menteri
Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri
Majlis Raja-Raja tanpa nasihat
Speaker Dewan Rakyat
Antara berikut, yang manakah contoh campur tangan badan eksekutif terhadap badan kehakiman?
Perdana Menteri meluluskan akta baharu
Menteri memberi arahan kepada hakim
Hakim menjatuhkan hukuman kepada pesalah
Parlimen membahaskan rang undang-undang
Jika tiada pengasingan kuasa, kesan yang mungkin berlaku ialah
Pentadbiran lebih cekap
Kuasa terpusat dan penyalahgunaan meningkat
Perundangan lebih cepat
Rakyat lebih bebas
Siapakah Ketua Negara dalam konteks pengasingan kuasa di Malaysia?
Perdana Menteri
Yang di-Pertuan Agong
Ketua Hakim Negara
Speaker Dewan Negara
Peranan badan legislatif termasuk
Menggubal dan meminda undang-undang
Melaksanakan dasar kerajaan
Menyampaikan arahan kepada mahkamah
Mengurus kewangan negara
Yang di-Pertuan Agong melantik Perdana Menteri berdasarkan
Pilihan rakyat terus
Sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat
Cadangan Ketua Hakim Negara
Undian Majlis Raja-Raja
Ahli Dewan Rakyat dipilih melalui:
Lantikan oleh Perdana Menteri
Undian dalam Dewan Negara
Pilihan raya umum
Perlantikan oleh Yang di-Pertuan Agong
Apakah maksud pembahagian kuasa?
Pemisahan fungsi antara eksekutif, legislatif dan kehakiman
. Pembahagian bidang kuasa antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri
Perkongsian kuasa antara parti politik
Pemisahan kuasa antara sektor awam dan swasta
Apakah tujuan utama pembahagian kuasa?
Memusatkan kuasa kepada kerajaan pusat
Memastikan pentadbiran lebih teratur dan cekap
Memberi semua kuasa kepada negeri
Mengurangkan jumlah badan kerajaan
Jika berlaku pertindihan dalam Senarai Bersama, keutamaan diberi kepada
Kerajaan negeri
Kerajaan pusat
Majlis Raja-Raja
Badan kehakiman
Senarai Bersama membolehkan
Negeri sahaja melaksanakan undang-undang
Pusat sahaja melaksanakan undang-undang
Pusat dan negeri berkongsi kuasa melaksanakan undang-undang
Tiada undang-undang digubal
Negeri di Malaysia yang mempunyai peruntukan khas dalam pembahagian kuasa ialah
Perlis dan Kedah
Sabah dan Sarawak
Melaka dan Negeri Sembilan
Johor dan Terengganu
Apakah maksud raja berperlembagaan?
Raja memerintah dengan kuasa mutlak
Raja memerintah berdasarkan perlembagaan
Raja memerintah tanpa peraturan
Raja memerintah mengikut kehendak rakyat
Siapakah Ketua Negara Malaysia?
Perdana Menteri
Yang di-Pertuan Agong
Ketua Hakim Negara
Speaker Dewan Rakyat
Yang di-Pertuan Agong dipilih oleh
Parlimen
Majlis Raja-Raja
Dewan Rakyat
Kabinet
Apakah maksud Majlis Raja-Raja?
Pertubuhan ketua negeri sahaja
Badan yang dianggotai oleh semua Raja Melayu dan Yang di-Pertua Negeri
Majlis yang menguruskan pilihan raya
Dewan yang menggubal undang-undang
Majlis Raja-Raja ditubuhkan pada tahun
1948
1957
1963
1971
Yang di-Pertuan Agong turut menjadi ahli Majlis Raja-Raja sebagai
Pengerusi tetap
Ketua majlis
Raja pemerintah negeri baginda
Pemerhati sahaja
Fungsi utama Majlis Raja-Raja ialah
Menggubal undang-undang
Memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong
Mengurus kewangan negara
Menentukan dasar luar
Majlis Raja-Raja berkuasa memberi persetujuan kepada perubahan dalam
Semua undang-undang
Perlembagaan yang menyentuh hak istimewa Melayu, agama Islam dan bahasa kebangsaan
Akta Parlimen berkaitan cukai
Semua polisi kerajaan
Siapakah yang menjadi setiausaha Majlis Raja-Raja?
Ketua Setiausaha Negara
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja
Ketua Hakim Negara
Perdana Menteri
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bertanggungjawab untuk
Mengurus mesyuarat dan hal ehwal pentadbiran Majlis Raja-Raja
Mengawal kewangan Majlis Raja-Raja
Mengurus pilihan raya
Mengurus hubungan diplomatik
Dalam Majlis Raja-Raja, Yang di-Pertua Negeri tidak boleh
Menghadiri mesyuarat
Mengundi dalam pemilihan Yang di-Pertuan Agong
Memberi pandangan
Menyertai perbincangan
Kepentingan Majlis Raja-Raja adalah untuk
Memusatkan kuasa politik
Memelihara institusi raja dan keseimbangan kuasa negara
Mengurus kewangan kerajaan negeri
Menghapuskan sistem demokrasi
Yang di-Pertuan Agong tidak boleh didakwa di mana-mana mahkamah semasa menjalankan tugas rasmi kecuali
Mahkamah Syariah
Mahkamah Majlis Raja-Raja
Mahkamah Khas
Mahkamah Persekutuan
Yang di-Pertuan Agong boleh memanggil mesyuarat Majlis Raja-Raja untuk
Membincangkan hal ehwal politik parti
Membincangkan soal agama, adat, perlembagaan
Membincangkan ekonomi dunia
Meluluskan undang-undang antarabangsa
Badan perundangan di Malaysia dikenali sebagai
Kabinet
Parlimen
Majlis Raja-Raja
Suruhanjaya Pilihan Raya
Parlimen Malaysia terdiri daripada
Dewan Negara, Dewan Rakyat dan Yang di-Pertuan Agong
Dewan Negara dan Dewan Rakyat sahaja
Dewan Rakyat dan Kabinet
Dewan Negara, Kabinet dan Mahkamah Persekutuan
Tempoh Parlimen boleh berlangsung sehingga
3 tahun
4 tahun
5 tahun
6 tahun
Ahli Dewan Rakyat dipilih melalui
Perlantikan
Pewarisan
Pilihan raya umum
Undian dalam Majlis Raja-Raja
Tempoh jawatan seorang ahli Dewan Rakyat ialah
3 tahun
5 tahun
Seumur hidup
10 tahun
Had umur minimum untuk menjadi ahli Dewan Rakyat ialah
18 tahun
21 tahun
25 tahun
30 tahun
Seseorang ahli Dewan Rakyat boleh hilang kelayakan jika
Tidak hadir mesyuarat lebih 3 hari berturut-turut
Didapati muflis
Menukar parti politik
Tidak hadir upacara rasmi
Bilangan maksimum ahli Dewan Negara ialah
50
70
100
222
Tempoh jawatan seorang senator ialah
2 tahun
5 tahun
6 tahun
4 tahun
Seseorang senator boleh dilantik semula tetapi tidak boleh memegang jawatan melebihi
2 penggal berturut-turut
3 penggal berturut-turut
5 tahun sahaja
Seumur hidup
Ahli Dewan Negara yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong terdiri daripada tokoh
Politik sahaja
Politik, akademik, profesional dan pertubuhan
NGO sahaja
Mahkamah sahaja
Undang-undang yang digubal oleh Parlimen digelar
Perlembagaan
Rang Undang-Undang
Akta Parlimen
Ordinan
Fungsi Dewan Negara ialah
Menggubal dasar luar negara
Membahas dan meluluskan belanjawan
Menyemak semula rang undang-undang Dewan Rakyat
Melantik Perdana Menteri
Badan Eksekutif di Malaysia merujuk kepada
Badan yang menggubal undang-undang
Badan yang melaksanakan undang-undang
Badan yang mentafsir undang-undang
Badan yang menguatkuasakan perlembagaan
Ketua Badan Eksekutif Persekutuan ialah
Yang di-Pertuan Agong
Perdana Menteri
Kabinet
Majlis Raja-Raja
Siapakah ketua kerajaan di Malaysia?
Yang di-Pertuan Agong
Perdana Menteri
Speaker Dewan Rakyat
Ketua Hakim Negara
Yang di-Pertuan Agong melantik Perdana Menteri berdasarkan
Majoriti mudah di Dewan Negara
Majoriti mutlak di Dewan Rakyat
Seseorang yang mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat
Seseorang yang dipilih oleh Majlis Raja-Raja
Badan Eksekutif di peringkat negeri diketuai oleh
Sultan atau Yang di-Pertua Negeri
Perdana Menteri
Speaker Dewan Undangan Negeri
Kabinet Negeri
Ketua Kerajaan di peringkat negeri dikenali sebagai
Ketua Menteri / Menteri Besar
Speaker
Menteri Dalam Negeri
Pegawai Daerah
Siapakah yang melantik Jemaah Menteri?
Perdana Menteri
Yang di-Pertuan Agong
Speaker Dewan Rakyat
Majlis Raja-Raja
Fungsi utama Kabinet ialah
Menguatkuasakan undang-undang
Merangka dasar-dasar kerajaan
Mentafsir undang-undang
Menjaga keselamatan negara sahaja
Semua ahli Kabinet mestilah
Ahli Dewan Rakyat sahaja
Ahli Dewan Negara sahaja
Ahli Parlimen sama ada Dewan Rakyat atau Dewan Negara
Dipilih terus oleh rakyat
Antara berikut, yang manakah merupakan kuasa budi bicara YDPA?
Melantik Speaker
Melantik Perdana Menteri
Membubarkan Dewan Negara
Meluluskan bajet negara
Apakah maksud badan kehakiman?
Badan yang menggubal undang-undang
Badan yang melaksanakan dasar kerajaan
Badan yang mentafsir dan mengadili undang-undang
Badan yang menjaga keselamatan negara
Siapakah yang menjadi ketua badan kehakiman di Malaysia?
Peguam Negara
Ketua Polis Negara
Ketua Hakim Negara
Yang di-Pertuan Agong
Antara berikut, manakah mahkamah tertinggi di Malaysia?
Mahkamah Sesyen
Mahkamah Tinggi
Mahkamah Rayuan
Mahkamah Persekutuan
Mahkamah Rendah terdiri daripada
Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen
Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan
Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan
ribunal dan Mahkamah Tentera
Kes-kes perlembagaan hanya boleh diputuskan oleh
Mahkamah Rayuan
Mahkamah Sesyen
Mahkamah Persekutuan
Mahkamah Tinggi
Siapakah ketua Mahkamah Persekutuan?
Peguam Negara
Ketua Polis Negara
Ketua Hakim Negara
Presiden Mahkamah Rayuan
Mahkamah Persekutuan mempunyai kuasa muktamad dalam
Membicarakan kes bunuh sahaja
Mendengar rayuan terakhir daripada Mahkamah Rayuan
Melantik hakim-hakim Mahkamah Rendah
Menggubal undang-undang negeri
Mahkamah Persekutuan juga mempunyai kuasa untuk
Membicarakan semua kes sivil
Mendengar rayuan dalam kes pilihan raya Parlimen
Menguruskan pentadbiran kerajaan
Melantik hakim Mahkamah Syariah
Apakah bidang kuasa asal Mahkamah Persekutuan?
Kes bunuh
Kes melibatkan pertikaian antara negeri dan Persekutuan
Kes sivil bawah RM100,000
Kes jenayah kecil
Mahkamah Persekutuan mempunyai bidang kuasa nasihat yang bermaksud
Memberi pandangan kepada rakyat
Memberi nasihat kepada kerajaan negeri sahaja
Memberi nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong tentang tafsiran Perlembagaan
Memberi pandangan kepada parlimen tentang ekonomi
Keputusan Mahkamah Persekutuan adalah
Boleh dirayu ke Mahkamah Rayuan
Muktamad dan tidak boleh dirayu lagi
Tertakluk kepada kabinet
Boleh dibatalkan oleh Parlimen
Apakah fungsi utama Mahkamah Rayuan?
Membicarakan kes bunuh
Mendengar rayuan daripada Mahkamah Tinggi
Menggubal undang-undang
Menentukan bajet negara
Keputusan Mahkamah Rayuan boleh dirayu ke
Mahkamah Majistret
Mahkamah Sesyen
Mahkamah Tinggi
Mahkamah Persekutuan
Apakah salah satu bidang kuasa Mahkamah Rayuan?
Mendengar rayuan kes sivil daripada Mahkamah Tinggi
Mentafsir Perlembagaan Persekutuan
Menguruskan pilihan raya
Menggubal dasar kerajaan
Keputusan Mahkamah Rayuan
Tidak muktamad dan boleh dirayu ke Mahkamah Persekutuan
Muktamad dan tidak boleh dirayu lagi
Tertakluk kepada Parlimen
Hanya boleh dibatalkan oleh Agong
Mahkamah Rayuan tidak mempunyai bidang kuasa dalam
Kes sivil
Kes jenayah
Kes perlembagaan
Kes rayuan
Keputusan Mahkamah Rayuan boleh mengubah keputusan Mahkamah Tinggi jika
Mahkamah Rayuan menganggap berlaku kesilapan undang-undang atau fakta
Mahkamah Tinggi gagal menghantar laporan
Perdana Menteri mengarahkan
Peguam Negara menolak keputusan
Siapakah yang mengetuai Mahkamah Tinggi Malaya?
Ketua Hakim Negara
Presiden Mahkamah Rayuan
Hakim Besar Malaya
Peguam Negara
Siapakah yang mengetuai Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak?
Ketua Hakim Negara
Hakim Besar Sabah dan Sarawak
Presiden Mahkamah Rayuan
Peguam Negara
Mahkamah Tinggi boleh membicarakan kes sivil bernilai melebihi
RM50,000
RM100,000
RM500,000
RM1 juta
Mahkamah Tinggi mempunyai kuasa membicarakan kes jenayah yang boleh dihukum
Denda sahaja
Penjara tidak lebih 5 tahun
Hukuman mati atau penjara seumur hidup
Dikenakan bon jaminan sahaja
Apakah satu kuasa khas Mahkamah Tinggi?
Menggubal undang-undang negeri
Mendengar petisyen pilihan raya Parlimen dan Dewan Undangan Negeri
Menguruskan bajet negeri
Melantik hakim Mahkamah Rendah
Mahkamah Tinggi juga mempunyai bidang kuasa dalam hal-hal
Perkahwinan dan perceraian bukan Islam
Pendidikan negeri
Bajet persekutuan
Hal ehwal Islam
Berapa orang hakim minimum yang mendengar kes di Mahkamah Tinggi?
1
2
3
5
Mahkamah Tinggi boleh mengeluarkan writ habeas corpus untuk
Memanggil saksi sahaja
Membebaskan seseorang yang ditahan tanpa sah di sisi undang-undang
Menentukan bajet tahunan kerajaan
Menggubal undang-undang syariah
