wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

F5 Soalan Pemahaman

Total questions: 60

Worksheet time: 1hrs 12mins

Name
Class
Date
1.

Warung Pak Abu terkenal dengan masakan kuey teow kerang yang menjadi kegemaran pelanggannya sehingga ada yang sanggup beratur panjang untuk menikmati masakan tersebut.

(a)  

2.

Murtabak hasil air tangan Chef Wan sangat popular ketika bulan Ramadan.

(a)  

3.

Bulan bahasa ini bertujuan untuk menggalakkan murid menggunakan bahasa dengan betul, sopan dan berhemah di kalangan murid.

(a)  

4.

Kami sekeluarga akan melawat kakak di Bandar raya Kuala Lumpur pada petang ini.

(a)  

5.

Perbincangan di dalam bilik mesyuarat itu mengambil masa yang panjang kerana terdapat lain-lain perkara yang dibincangkan oleh mereka.

(a)  

6.

Pegawai itu sedang mengedarkan kelendar percuma kepada para pelanggan yang berurusan di bank.

(a)  

7.

Kita harus mengurangkan pengambilan makanan yang mengandungi kolestrol yang tinggi sebagai langkah untuk menjaga kesihatan.

(a)  

8.

Pelancaran Program Bulan Bahasa 2019 telah dilaksanakan di 10 April 2019 yang lalu di Dewan SMK Bintulu.

(a)  

9.

Apakah persediaan-persediaan bagi seseorang murid dengan menempuh alam pekerjaan?

(a)  

10.
dua orang yang bersaudara tidak dapat dipisahkan oleh perselisihan 
a)
air dicencang tiada putus 
b)
seperti anjing dengan kucing 
c)
seperti kacang melupakan kulit 
d)
bagai isi dengan kuku 
11.
Jelaskan maksud peribahasa, "Bagai buluh ditarik songsang"?
a)
Seseorang yang mendapat harta pusaka yang banyak, tidak tahu menggunakan harta itu.
b)
Orang yang mendapat sesuatu barang yang disukai akan bersifat tamak dan tidak akan memberikan barang itu kepada orang lain.
c)
Orang yang tidak mahu mengikut perubahan masa, pada hal keadaan di sekelilingnya telah berubah.
d)
Menunjukkan kesukaran mempengaruhi seseorang atau sesuatu kumpulan mengikut seperti yang dikehendaki.
12.
Jelaskan maksud peribahasa  berikut:-
Ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya
a)
Makin kaya (berilmu) makin sombong
b)
Orang besar atau mulia tidak akan hilang atau jatuh martabatnya.apabila merendah diri
c)
Makin banyak ilmu atau makin tinggi pangkat makin merendah diri.
d)
Orang yang jahat, jika bergaul dengan orang yang baik-baik tidak akan berubah tabiatnya.
13.
Nyatakan jenis peribahasa bagi peribahasa berikut:-
"Seperti pungguk rindukan bulan"
a)
Bidalan
b)
Pepatah
c)
Simpulan bahasa
d)
Perumpamaan
14.
Antara peribahasa berikut yang manakah tergolong dalam peribahasa jenis Bidalan?
a)
 Bersatu teguh bercerai roboh
b)
Busuk macam bangkai
c)
 Sudah terhantuk baru tengadah
d)
Rambut sama hitam, hati lain-lain 
15.
tidak pernah bercerai, sangat cocok 
a)
bagai aur dengan tebing 
b)
bagai dakwat dengan kertas
c)
seperti anjing dengan kucing 
d)
seperti pahat dengan penukul 
16.
pendiam tetapi berfikir atau banyak pengetahuan
a)
ringan mulut 
b)
kata putus 
c)
diam-diam ubi 
d)
jaga mulut
17.
Nyatakan jenis peribahasa bagi peribahasa berikut:-
"Belum duduk, sudah belunjur".
a)
Simpulan Bahasa
b)
Pepatah
c)
Bidalan
d)
Perumpamaan
18.
Nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud peribahasa tersebut:
"Kedudukan tidak tetap atau tidak terjamin"
a)
Seperti kera mendapat bunga.
b)
Bagai duri dalam daging.
c)
Bagai kumbang putus tali
d)
Seperti abu di atas tunggul
19.
Nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud peribahasa tersebut:
"Kedudukan tidak tetap atau tidak terjamin"
a)
Seperti kera mendapat bunga.
b)
Bagai duri dalam daging.
c)
Bagai kumbang putus tali
d)
Seperti abu di atas tunggul
20.

Nyatakan peribahasa yang sama maksud dengan peribahasa di bawah.


kerana nila setitik, rosak susu sebelanga

a)

carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum jua

b)

banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam

c)

burung terbang dipipiskan lada

d)

seekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalit

21.

Nyatakan peribahasa yang sama maksud dengan peribahasa di bawah.


sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi

a)

lain dulang lain kakinya

b)

kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

c)

habis madu, sepah dibuang

d)

tiada rotan akar pun berguna

22.

Nyatakan peribahasa yang sama maksud dengan peribahasa di bawah.


burung terbang dipipiskan lada

a)

mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan

b)

menahan lukah di pergentingan

c)

lembu dogol jangan dibalun

d)

seperti cincin terlekat dijari

23.

Isi tempat kosong dalam petikan di bawah dengan peribahasa yang sesuai.


Penduduk kampung Seronok sentiasa menghadapi susah dan senang bersama-sama ibarat kata peribahasa ___________________

a)

hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah.

b)

ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk

c)

ulat lupa akan daun

d)

bagai dakwat dengan kertas

24.

Isi tempat kosong dalam petikan di bawah dengan peribahasa yang sesuai.


Walaupun Tan Sri Aliff kaya dan berpengaruh dalam masyarakat, namun beliau tetap merendah diri dan sering bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat bak kata peribahasa____________________

a)

ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk.

b)

bagai dakwat dengan kertas

c)

lain dulang lain kakinya

d)

tanduk bersendi gading

25.

Isi tempat kosong dalam petikan di bawah dengan peribahasa yang sesuai.


Sikap Marissa yang melupakan jasa ibu angkatnya tidak ubah seperti______________kerana dia sanggup melupakan ibu angkatnya apabila bertemu semula dengan ibu kandungnya.

a)

ulat lupa akan daun

b)

abu di atas tunggul

c)

cincin terlekat dijari

d)

gunting dalam lipatan

26.

Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan tatabahasa. Klik pada jawapan pilihan anda.


1. Kakak Rihanah menghidangkan goreng keledek untuk tetamu yang datang ke rumahnya pada petang tadi.

a)

keledek goreng

b)

menghidang

27.

Pilih ayat tunggal yang betul

a)

Saya suka membaca buku sambil mendengar radio

b)

Emak menanak nasi di dapur.

c)

Ayah seorang pegawai bank yang gemar memancing.

28.

Pilih ayat yang betul (jawapan boleh lebih daripada satu)

a)

Pembelajaran atas talian sangat efektif dalam situasi darurat.

b)

Beliau rela terkorban demi menjaga hati anak-anaknya.

c)

Promosi sempena cuti sekolah telah berlangsung bermula 1 April 2020.

29.

Pilih ayat yang betul (jawapan boleh lebih daripada satu)

a)

Pemandangan di Kampung Gurun Jerai begitu menarik kerana dihiasi sawah padi yang luas terbentang.

b)

Permandangan diKampung Gurun Jerai begitu indah dan permai.

c)

Hari Raya Aidilfitri disambut meriah setiap tahun.

30.

Pilih ayat aktif yang betul

a)

Pemuda itu menyalahkan dirinya kerana telah mengabaikan kesihatan ibunya.

b)

Keindahan kampung halamannya merupakan aset utama peningkatan kadar pelancongan ke kawasan tersebut.

31.

Pilih ayat aktif yang betul

a)

Lampu isyarat merah sengaja dilanggar oleh penunggang motorsikal tersebut.

b)

Penunggang motor tersebut sengaja melanggar lampu isyarat.

32.

Pilih ayat pasif yang betul

a)

Keramahan yang ditunjukkan oleh pasangan suami isteri begitu menyenangkan seluruh kampung.

b)

Seluruh kampung berasa senang dengan keramahan yang ditunjukkan oleh pasangan suami isteri itu.

33.

Pilih ayat pasif yang betul

a)

Kejayaannya menjadi buah mulut seluruh masyarakat di kawasan tempat tinggal mereka. .

b)

Menjadi buah mulut masyarakat di kawasan tempat tinggal mereka kejayaannya.

34.

Pilih ayat pasif yang betul

a)

Sepasang suami isteri telah ingkar arahan pegawai polis untuk kekal berada di rumah masing-masing.

b)

Ingkar arahan pegawai polis untuk kekal di rumah masing-masing sepasang suami isteri.

35.
"hati-hati apabila berkawan dengan Murad.dia tu ........ Aku pernah melihat dia bersama-sama dengan mat rempit malam miunggu yang lalu."kata mak limah .
a)
laksana garam dengan asam 
b)
laksana pohon kayu tidak berbuah 
c)
laksana bunga dedap,merah warnanya berbau tidak
d)
ibarat ayam tiada kais tiada makan
36.
Berikan padanan jawapan yang betul untuk kesalahan tatabahasa berikut.
Gejala cetak rompak boleh lumpuhkan industri seni utamanya industri muzik  dan perfileman tanahair.
a)
melupuhkan...yang utama...tanah air
b)
melumpuhkan...terutamanya...tanah air
37.
perbuatan budak-budak tersebut bermain bola  di tepi jalan bagai......... 
a)
bagai berumah ditepi pantai 
b)
bagai abu di atas tunggul
c)
bagai ayam di sambar helang 
d)
bagai air di daun keladi
38.

Berikan peribahasa yang sesuai berdasarkan kepada maksud peribahasa " Menurut sahaja kehendak orang lain".

a)

Anjing menyalak tiada mengigit

b)

Seperti musang berbulu ayam

c)

Anjing ditepuk menjungkit ekor

d)

Seperti kerbau dicucuk hidung

39.

Berikan peribahasa yang tepat dengan maksud peribahasa "Orang yang kurang pandai, kalau ada kesungguhan mempelajari sesuatu lama-lama akan pandai juga".

a)

Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana maufakat.

b)

Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi

c)

Belakang parang jika diasah nescaya akan tajam

d)

Tidak memandang bulu, tidak melihat rupa

40.

Berikan maksud peribahasa "Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain".

a)

Melakukan sesuatu yang sukar, lama-kelamaan berjaya juga jika tekun melakukannya

b)

Manusia akan menjadi kuat jika bekerjasama/bersatu padu

c)

Sifat seseorang yang tidak jauh bezanya dengan sifat orang tuanya

d)

Mengikut adat di tempat orang dengan baik

41.

Kursus itu terbuka kepada __ sahaja yang berminat.

a)

apa-apa

b)

bila-bila

c)

siapa-siapa

d)

mana-mana

42.

Kata yang tak boleh berdiri dengan sendiri dan jika berdiri sendiri ia akan menjadi kata yang tiada makna.

a)

Kata Akar

b)

Kata Dasar

43.

Kata Terbitan Awalan

a)

jurulatih

b)

undian

c)

lelaki

d)

leretan

44.

Kata Terbitan Akhiran

a)

leretan

b)

belajar

c)

pengerusi

d)

perubahan

45.

Kata Terbitan Apitan

a)

menjadi

b)

sebelum

c)

kelebihan

d)

muzikal

46.

Kata Terbitan Awalan

a)

mengikut

b)

pilihan

c)

budiman

d)

disediakan

47.

Kata Terbitan Akhiran

a)

dipertandingkan

b)

gemilang

c)

lantunan

d)

bertiga

48.

Kata Terbitan Apitan

a)

gelanggang

b)

peralatan

c)

hadirin

d)

sebelum

49.

Kata Terbitan Awalan

a)

menganalisis

b)

mempunyai

c)

ucapkan

d)

perkataan

50.

Cik Sayang lebih cantik ______________Mirza Firza

a)

dari

b)

daripada

51.

Sila pilih 2 KATA MAJMUK.

a)

antarabangsa

b)

campur aduk

c)

ini

d)

murid

52.

Yang mana BUKAN Kata Majmuk

a)

setiausaha

b)

kerjasama

c)

luncur air

d)

sukan

53.

Sila pilih 2 KATA TUNGGAL daripada pilihan kata dibawah.

a)

pinggan

b)

badan air

c)

sukan

d)

selam skuba

54.

Rizal Restoran (Hukum DM)

a)

betul

b)

salah

55.

Pilih kata majmuk mantap.

a)

Kerjasama

b)

Makmal sains

c)

Kipas angin

56.

Berikut ialah Kata Tunggal KECUALI...

a)

Kerusi

b)

Tanggungjawab

c)

Sukan

d)

Sihat

57.

PILIH 3 KATA MAJMUK YANG DIEJA DENGAN BETUL.

a)

jawatankuasa

b)

suka rela

c)

gambar rajah

d)

tanda tangan

e)

warganegara

58.

4) Pilih contoh perkataan kata terbitan akhiran kata nama.

a)

besarkan, tidurkan

b)

pemakaian, perjalanan

c)

sasterawan, nasionalisme

d)

berlari, pelarian

59.

Yang manakah antara berikut merupakan kata ganda berentak bebas?

a)

kuih-muih

b)

saudara-mara

c)

gunung-ganang

d)

cerai-berai

60.

- Bernama

- tadika

- pawagam


Apakah jenis kata akronim di atas?

a)

Gabungan huruf awal perkataan dalam rangkai kata

b)

Gabungan huruf dan suku kata awal sejumlah perkataan

c)

Gabungan suku kata awal sejumlah perkataan

d)

Gabungan bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian lain perkataan yang mengikutinya