wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ HARI KEBANGSAAN & HARI KEMERDEKAAN

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud INTEGRITI?

a)

Keberanian menghadapi cabaran

b)

Sikap jujur dan berpegang pada prinsip moral

c)

Kemampuan mengawal emosi

d)

Semangat cintakan negara

2.

Antara berikut, yang manakah contoh amalan rasuah?

a)

Membayar cukai tepat pada masa

b)

Menyumbang kepada badan amal

c)

Memberi wang kepada pegawai untuk meluluskan permohonan

d)

Mengundi semasa pilihan raya

3.

Apakah kesan buruk rasuah kepada negara?

a)

Meningkatkan pelaburan asing

b)

Membina kepercayaan rakyat

c)

Melemahkan ekonomi dan sistem pentadbiran

d)

Meningkatkan perpaduan

4.

Apakah nama tema kemerdekaan Malaysia pada tahun 2025?

a)

Malaysia Madani : Rakyat Disopani

b)

Malaysia Madani : Rakyat Disantuni

c)

Malaysia Madani : Sayangi Malaysiaku

d)

Malaysia Madani : Malaysia Gemilang

5.

Berapakah Prinsip Rukun Negara Malaysia?

a)

7 Prinsip

b)

4 Prinsip

c)

5 Prinsip

d)

6 Prinsip

6.

Berapa kalikah laungan "MERDEKA!" dilaungkan semasa di Dataran Merdeka pada tahun 1957?

a)

3 kali

b)

5 kali

c)

10 kali

d)

7 kali

7.

Apakah peranan pelajar dalam memupuk integriti?

a)

Meniru semasa peperiksaan

b)

Menyembunyikan kesalahan rakan

c)

Menjalankan tanggungjawab dengan jujur

d)

Meninggalkan kelas tanpa izin

8.

SPRM ialah singkatan bagi:

a)

Sistem Pematuhan Rasuah Malaysia

b)

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

c)

Suruhanjaya Pengangkutan Rakyat Malaysia

d)

Sistem Pentadbiran Rakyat Malaysia

9.

Apakah yang berlaku pada jam 12 tengah malam pada 31 Ogos 1957?

a)

Dokumen kemerdekaan ditandatangani

b)

Rakyat berkumpul di Stadium Merdeka

c)

Perdana Menteri India tiba

d)

Bendera Malaysia dinaikkan

10.

Apakah yang diturunkan semasa pengisytiharan kemerdekaan?

a)

Bendera Malaysia

b)

Bendera Union Jack

c)

Bendera Thailand

d)

Bendera India

11.

Semasa rundingan kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman memilih jalan diplomasi berbanding perjuangan bersenjata. Apakah nilai integriti yang boleh kita pelajari daripada keputusan tersebut?

a)

Cepat dan mudah

b)

Bijaksana dan amanah

c)

Populariti dan kuasa

d)

Menang tanpa usaha

12.

“Takkan Melayu Hilang di Dunia” ialah kata-kata Hang Tuah. Bagaimanakah kata-kata ini boleh dikaitkan dengan konsep integriti dan jati diri bangsa?

a)

Mengajak kepada penguasaan ekonomi

b)

Menunjukkan pentingnya kekuatan fizikal

c)

Menekankan nilai kesetiaan, keberanian, dan maruah bangsa

d)

Hanya slogan semangat juang

13.

Apakah kesan jika pemimpin negara yang memperjuangkan kemerdekaan tidak mengamalkan integriti?

a)

Kemerdekaan tetap tercapai dengan mudah

b)

Rakyat hilang kepercayaan dan negara terdedah kepada penjajahan semula

c)

Negara lebih cepat membangun

d)

Rakyat tidak terlibat dalam perjuangan

14.

“Merdeka bukan sekadar bebas daripada penjajahan fizikal, tetapi juga penjajahan rasuah.” Apakah maksud kenyataan ini?

a)

Rakyat mesti bebas daripada pengaruh luar sahaja

b)

Rakyat perlu merdeka dari segi ekonomi dan politik sahaja

c)

Kebebasan sebenar tercapai apabila rakyat dan pemimpin menolak rasuah serta menegakkan integriti

d)

Merdeka bermaksud hidup senang tanpa cabaran

15.

Siapakah yang menyaksikan upacara pengisytiharan Merdeka selain Tunku Abdul Rahman?

a)

Duke of Gloucester

b)

Perdana Menteri Singapura

c)

Raja Arab Saudi

d)

Presiden Thailand

16.

Siapakah yang hadir semasa Hari Pengisytiharan Merdeka?

a)

Presiden Indonesia

b)

Perdana Menteri Singapura

c)

Raja Arab Saudi

d)

Perdana Menteri India

17.

Penjajahan pertama di Malaysia adalah?

a)

Penjajahan Belanda

b)

Penjajahan Portugis

c)

Penjajahan Jepun

d)

Penjajahan British

18.

Apakah slogan yang sesuai untuk kempen antirasuah?

a)

Rasuah Menyatukan Kita

b)

Integriti Harga Diri Bangsa

c)

Diam Itu Emas

d)

Jangan Tanya, Jangan Lapor

19.

Apakah akta utama di Malaysia yang berkaitan dengan pencegahan rasuah?

a)

Akta Keselamatan Negara 2001

b)

Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009

c)

Akta Rahsia Rasmi 1972

d)

Akta Perlembagaan Malaysia

20.

Siapakah antara tokoh berikut terkenal dengan integriti dalam sejarah Malaysia?

a)

Tun Teja

b)

Hang Tuah

c)

Tunku Abdul Rahman

d)

Mat Kilau