NEW
Font size
WorksheetsBm Pragmatik
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Konsep pragmatik merujuk kajian tentang
makna perkataan dan frasa dalam sesuatu bahasa
makna perkataan dan frasa serta fungsinya dalam ayat
makna ujaran berdasarkan penggunaanya dalam ayat
makna ujaran berdasarkan konteks budaya masyarakat
Walaupun Mansur telah dihukum, dendam Zainal terhadap orang yang menyebabkan kematian anaknya itu tidak juga hilang. Situasi yang dialami Zainal menepati peribahasa X
Peribahasa X ialah..................
bagai kaca jatuh ke batu
nyamuk mati gatal tak lepas
bagai limau masam sebelah
masak di luar mentah di dalam
Yang manakah yang menepati konsep pepatah?
I Ke tengah boleh, ke tepi pun boleh
II Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali
III Terenang-renang tak hanyut, terapung-apung tak timbul
IV Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata emas padahnya
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Encik Razak membina rumah di kawasan itu tanpa mematuhi peraturan tertentu yang telah ditetapkan, antaranya termasuklah menyediakan pelan rumah dan meminta kelulusan daripada pihak majlis daerah terlebih dahulu.
Situasi di atas sesuai dengan peribahasa
ikan di hulu tuba di hilir
jejak selut kaki terbenam
cicir dipungut hilang dicari
ada tangga tetapi memanjat tiang
Yang manakah tidak menepati kiasan berangkap?
Tak tumbuh tak melata
Gendang gendut tali kecapi
Hajat hati nak peluk gunung
Dahulu parang sekarang besi
Yang manakah padanan yang tidak betul antara kiasan yang berhuruf condong dengan jenisnya?
Penyakit orang baik yang dihidapi Pak Dol, kini beransur pulih.
=Kiasan pemanis
Wajarlah Mail dikatakan kutu embun kerana apabila keluar rumah, dia selalu pulang lewat tengah malam.
= kiasan terus
Kini, banyak kawan rapatnya melarikan diri setelah mengetahui kehidupan Zaki berselaput oleh hutang.
= kiasan berbunga
Dalam keadaan nyawa-nyawa ikan, mangsa bencana itu sempat memohon maaf kepada orang di sekelilingnya.
= Kiasan berkacau
Merajuk pada yang kasih,
Manja kepada yang sayang,
Meminta kepada yang ada,
Berkaul kepada yang keramat.
Rangkap di atas menepati ciri
bidalan
pepatah
perbilangan
kata-kata hikmat
Yang manakah yang bukan perbilangan?
Lemah melapis, manusia mati bernama.
Datang nampak muka, Besar jangan disangka bapa.
Kayu mati berpunggur, Condong menumpang.
Kecil jangan disangka anak, Pergi nampak belakang.
-Susunan kata yang menghadapkan dua fikiran yang bertentangan atau seolah-olah bertentangan.
-Kebanyakan bentuk ini terdapat dalam peribahasa.
Yang manakah yang bukan ragam bahasa di atas?
Makan hati berulan jantung
Membuat mahu menuras tidak
Dekat tak tercapai jauh tak berantara
Kokok berderai-derai ekor bergelumang tahi
Yang manakah panggilan rasmi yang betul?
Yang Mulia Ku Halim bin Ku Zahid, Pengarah Syarikat Maju Bhd.
Yang Berbahagia Dato' Tengku Sarif bin Tengku Anuar, ADUN X
Yang Berhormat Mulia Haji Wan Abu Bakar bin Wan Ibrahim, Senator
Yang Mulia Raja Alias bin Raja Husin, Naib Pengerusi Majlis Belia Daerah Y
