NEW
Font size
WorksheetsEpistemologi- FIS
Total questions: 15
Worksheet time: 15mins
Apakah tiga syarat asas untuk menganggap sesuatu sebagai "ilmu" menurut
epistemologi?
A. Kepercayaan, logik, bukti
Kepercayaan, kebenaran, justifikasi
Pengalaman, akal, wahyu
D. Observasi, eksperimen, analisis
Mengapakah aliran empirisisme menolak perkara ghaib sebagai sumber ilmu?
Kerana perkara ghaib bertentangan dengan wahyu
Kerana perkara ghaib tidak dapat dibuktikan secara pancaindera
Kerana akal manusia terbatas
Kerana tradisi tidak mengiktirafnya
Mengapakah hukum akal dan hukum adat boleh bertentangan dalam isu
seperti "pendaratan di bulan"?
Hukum adat berubah mengikut pengalaman, hukum akal tetap
Hukum akal bergantung pada wahyu
Hukum adat lebih tinggi daripada akal
Pancaindera tidak boleh dipercayai
Konsep bebas nilai mula diterapkan dalam penghasilan dan penyelidikan ilmu di Barat menyebabkan semua pernyataan berikut KECUALI
Sekularisme - proses pemisahan ilmu pengetahuan dengan nilai agama
Empirisisme - kaedah perolehan ilmu berasaskan deria
Rasionalisme- akal satu-satunya sumber ilmu yang diyakini kebenarannya
Dogmatisme - kepercayaan penuh kepada autoriti agama tanpa soal
Jika seseorang mengatakan, "Pen kelihatan bengkok dalam air", kesilapan ini
disebabkan:
. Kegagalan akal
Pembiasan cahaya (faktor mencacatkan cerapan pancaindera)
. Kelemahan hukum adat
Pengaruh skeptisisme
Kewujudan Tuhan Yang Maha Berkuasa adalah sesuatu yang diyakini dan tidak dapat ditolak manakala adat dan budaya berdasarkan pengalaman pancaindera boleh berubah-ubah mengikut pengalaman manusia.
Yang manakah sumber perolehan ilmu TEPAT merujuk kenyataan tersebut
Hukum pragmatik
Hukum akal dan hukum adat
Ilham dan intuisi
Perkhabaran yang disepakati
"Piala Dunia FIFA telah diadakan pada tahun 2022 di Qatar."
Menurut teori apakah, kebenaran pernyataan ini ditentukan dengan membandingkannya dengan fakta di dunia nyata. Oleh itu, pernyataan itu bersesuaian dengan realiti, dan ia dianggap benar.
Teori Ilusi
Teori Pragmatik
Teori Koherens
Teori Koresponden
Pernyataan: "Teori pragmatik menolak ilmu yang tidak praktikal."
Nilaikan: Mengapa pernyataan ini relevan dalam konteks pendidikan
Malaysia?
Tidak relevan – semua ilmu berguna
Relevan – ilmu harus diaplikasikan untuk pembangunan negara
Hanya relevan untuk sains tulen
Bertentangan dengan FPK
Bagaimana anda mengaplikasikan teori koheren untuk menilai kebenaran isu
"media sosial menyebabkan polarisasi masyarakat"?
Menyelaraskan dengan pernyataan lain: "Media sosial mempercepat
penyebaran maklumat", "Maklumat palsu meningkatkan konflik"
Menguji dengan data statistik semata-mata
Merujuk wahyu agama
Menolak terus tanpa bukti
Pendekatan pragmatik, kebenaran terletak apa yang berlaku apabila kita berinteraksi dengannya dan bagaimana ia berfungsi dalam dunia nyata untuk memberi kesan yang bermanfaat.
Contoh yang manakah tepat merujuk pernyataan ini?
"Saya mengamalkan senaman setiap hari, kesihatan saya akan bertambah baik"
"Minum MILO anda jadi sihat dan kuat"
"Makan 7 biji kurma setiap hari, anda akan jadi genius"
"Makan ubat kurus ini, dalam masa 3 hari anda akan turun berat badan 10kg"
Menurut, Endang Saifuddin (1982), insan (sebagai makhluk) boleh mencari tiga aspek institusi kebenaran yang berpaksikan tauhid (keimanan) yang berikut, KECUALI
Sains
Falsafah
Wahyu agama
Pendapat peribadi
Menurut tradisi Islam, apakah sumber ilmu paling utama?
Akal
Pancaindera
Wahyu
Intuisi
Apakah perbezaan utama antara dogmatisme dan skeptisisme dalam epistemologi?
Dogmatisisme menerima pengetahuan berdasarkan autoriti dan tradisi tanpa soal, manakala skeptisisme meragui kemampuan manusia untuk mencapai pengetahuan yang pasti
Dogmatisisme menolak semua bentuk pengetahuan, manakala skeptisisme menerima pengetahuan yang sahih sahaja
Dogmatisisme menekankan penggunaan logik, manakala skeptisisme menekankan pengalaman empirik
Dogmatisisme memerlukan bukti saintifik, manakala skeptisisme menolak semua bukti
Bagaimanakah epistemologi mempengaruhi cara kita memahami dunia di sekitar kita?
Ia memberikan panduan untuk memperoleh pengetahuan yang sahih dan boleh dipercayai
Ia mengajarkan cara berinteraksi dengan alam sekitar
Ia memberi panduan untuk memilih pekerjaan yang sesuai
Ia menentukan kaedah untuk menilai moral manusia
Berikut merupakan penyataan tepat mengenai kegunaan epistemologi dalam kehidupan manusia KECUALI
Teori pengetahuan mempengaruhi peradaban manusia
Memahami cara dan arah manusia berfikir
Menyediakan kerangka dan pandangan alam untuk mencipta falasi
Mengatur semua aspek pengajian manusia
