Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

2025 TRIAL TERENGGANU

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

1 Mengapakah Kesultanan Melayu Melaka dikenali sebagai kerajaan yang unggul?

I Dilindungi kuasa besar

II Keupayaan pemerintah

III Berada di laluan strategik

IV Bantuan ketenteraan dari luar

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

2.
  1. 2 Apakah tugas Temenggung pada zaman Kesultanan Melayu Melaka?

a)

A. Mengetuai pentadbiran

b)

B. Menjaga keselamatan kota

c)

C. Mengutip cukai perdagangan

d)

D. Mengurus kewangan

3.

3 Raden Adjeng Kartini telah menulis dua buah karya berikut.

  • * HABIS GELAP TERBITLAH TERANG

  • * PENULISAN SEORANG PUTERI JAWA

    • Mengapakah karya tersebut dihasilkan?

a)

A. Ancaman imigran dalam pentadbiran

b)

B . Rakyat ditindas oleh penjajah

c)

C. Kritikan kelemahan pemerintah

d)

D. Kepesatan kegiatan perdagangan

4.

4 Mengapakah munculnya idea nasionalisme di negara kita?

a)

A. Peranan golongan intelek

b)

B. Sokongan pegawai pemerintah

c)

C. Kepelbagaian kegiatan ekonomi

d)

D. Kewujudan golongan bangsawan

5.
  1. 5. Apakah faktor yang mendorong tercetusnya Perang Dunia Pertama 1914?

a)

A. Percubaan kuasa besar menguasai wilayah Amerika

b)

B. Perjuangan mengekalkan kemerdekaan Eropah

c)

C. Pembunuhan pewaris takhta Austria-Hungary

d)

D. Pencerobohan wilayah taklukan Jerman

6.
  1. 6. Maklumat berikut berkaitan dengan fahaman ideologi politik.

Apakah X?

a)

A. Sosialisme

b)

B. Komunisme

c)

C. Fasisme

d)

D. Nazisme

7.

7 Mengapakah Persidangan Raja-raja Melayu pada April 1946 memutuskan untuk membawa kes Malayan Union ke Mahkamah Tinggi England?

a)

A . Menghalang British melanggar perjanjian

b)

B. Mengkritik pelaksanaan undang-undang Barat

c)

C. Memulihkan keamanan dan kepercayaan rakyat

d)

D. Mendesak dan memaksa Raja-raja Melayu

8.

8 Maklumat berikut berkaitan faktor penyerahan Sarawak kepada British

# Desakan kerajaan British

Apakah kesan tindakan tersebut?

a)

A. Pembesar tempatan mengetuai kerajaan

b)

B. Sarawak menjadi tanah jajahan British

c)

C. Kerjasama kaum dapat ditingkatkan

d)

D. Mendapat taraf pemerintahan sendiri

9.

9 Mengapakah tindakan Jawatankuasa Kerja tidak disenangi oleh golongan nasionalis Melayu radikal dan golongan bukan Melayu?

a)

A. Melibatkan wakil daripada pihak tertentu

b)

B. Menerima Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu

c)

C. Menghalang penganjuran hartal sebagai tanda bantahan

d)

D. Melambatkan proses pelaksanaan pilihan raya umum

10.

10 Apakah kesan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948?

I Kerakyatan jus soli dihapuskan

II Mewujudkan kerjasama kaum

III Membuka ruang kewarganegaraan

IV Rakyat bebas memilih pemimpin

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

11.

11 Maklumat berikut berkaitan dengan usaha British menangani ancaman komunis di Tanah Melayu

17 Jun 1948

Undang-Undang Darurat diisytiharkan

Apakah peristiwa yang menyebabkan undang-undang tersebut diisytiharkan?

a)

A. Pembukaan cawangan Parti Kuomintang

b)

B. Pembunuhan pengurus ladang Eropah

c)

C. Perubahan dasar pentadbiran British

d)

D. Penentangan Kesatuan Sekerja

12.

12 Gambar berikut menunjukkan Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman menandatangani penamatan Ordinan Peraturan-Peraturan Darurat 1948.

Apakah kesan zaman darurat terhadap negara kita?

I Mempercepat kemerdekaan

II Menanam semangat perjuangan

III Merangka sebuah perlembagaan

IV Meningkatkan kos perbelanjaan

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

13.

13 Rajah berikut berkaitan dengan Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956.

Apakah kepentingan penyata tersebut terhadap negara?

a)

A. Meningkatkan imej negara

b)

B. Mewujudkan kestabilan politik

c)

C. Membangunkan ekonomi rakyat

d)

D. Memupuk nilai kewarganegaraan

14.

14 Maklumat berikut berkaitan dengan penubuhan parti politik di Tanah Melayu.

Mengapakah parti tersebut ditubuhkan?

I Memelihara kepentingan penduduk

II Menuntut keadilan sosioekonomi

III Mencapai kemerdekaan negara

IV Menyatukan pelbagai kaum

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

15.

15 Peristiwa di atas dikaitkan dengan

a)

A. pembubaran Sistem Ahli

b)

B. penubuhan Suruhanjaya Pilihan Raya

c)

C. kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu

d)

D. keanggotaan Majlis Perundangan Persekutuan

16.

16 Tokoh berikut merupakan anggota kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu.

Apakah sumbangan beliau dalam kabinet tersebut?

a)

A. Memajukan pendidikan negara

b)

B. Membasmi kemiskinan rakyat

c)

C. Memantapkan sistem maklumat

d)

D. Meningkatkan mutu kesihatan

17.

17 Apakah Terma Rujukan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu?

a)

A. Penggabungan semua negeri di Tanah Melayu

b)

B. Pemberian kuasa mutlak kepada sultan

c)

C. Menghadkan kuasa kerajaan negeri

d)

D. Menjaga kedudukan istimewa orang Melayu

18.

18 Maklumat berikut berkaitan reaksi terhadao draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.

PARTI NEGARA MENOLAK KEWARGANEGARAAN YANG LONGGAR

Apakah tindakan yang dilakukan Parti Negara berkaitan isu tersebut?

a)

A. Mengadakan rundingan

b)

B. Menganjurkan kongres

c)

C. Melakukan demonstrasi

d)

D. Membentuk suruhanjaya

19.

19 Bagaimanakah kemerdekaan sesebuah negara dapat dikekalkan?

I Meninggalkan nilai-nilai tradisional bangsa

II Mengelakkan pengaruh luar yang negatif

III Menyumbang idea untuk keperluan bangsa

IV Meningkatkan usaha untuk kepentingan peribadi

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

20.

20 Maklumat berikut berkaitan dengan persediaan menyambut pemasyhuran kemerdekaan Tanah Melayu

# Jawatankuasa Persediaan Fizikal

# Jawatankuasa Sambutan

Apakah peranan kedua-dua jawatankuasa tersebut?

a)

A. Mendukung perlembagaan persekutuan

b)

B. Mempertahankan warisan bangsa

c)

C. Menonjolkan identiti negara

d)

C. Mematuhi dasar kerajaan

21.

21 Konsep kedaulatan tradisional merujuk kepada

a)

A. Raja memiliki kuasa tertinggi dalam pentadbiran

b)

B. Pengiktirafan badan antarabangsa terhadap negara

c)

C. Perkongsian kuasa antara badan-badan pemerintah

d)

D. Rakyat berhak menentukan hala tuju pentadbiran negara

22.

22 Apakah ciri negara yang berdaulat?

I. Kerajaan yang sistematik

II. Sempadan yang jelas

III. Rakyat berbilang kaum

IV. Mendapat naungan negara asing

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

23.

23 British telah memperkenalkan Charter of Justice yang diambil dari England pada tahun 1807

Mengapakah undang-undang tersebut diperkenalkan di Negeri-negeri Selat?

a)

A. Melindungi penduduk asal

b)

B. Menjamin kekuasaan pembesar

c)

C. Menjaga kepentingan pedagang

d)

D. Memperkukuh pasukan keselamatan

24.

24 Mengapakah perlembagaan penting terhadap sesebuah negara?

a)

A. Mengekalkan kuasa penuh kerajaan negeri

b)

B. Memberi kebebasan penuh kepada rakyat

c)

C. Mengekalkan kuasa mutlak raja-raja

d)

D. Menetapkan hala tuju pemerintahan negara

25.

25 Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen. Apakah hak rakyat dalam sistem tersebut?

a)

A. Melantik Yang di-Pertuan Agong

b)

B. Mengamalkan gaya hidup bebas

c)

C. Memiliki dua kewarganegaraan

d)

D. Memilih pemimpin negara

26.

26 Rajah berikut berkaitan dengan komponen Parlimen Malaysia.

Apakah X?

a)

A. Jemaah Menteri

b)

B. Dewan Rakyat

c)

C. Majlis Raja-Raja

d)

D. Badan Kehakiman

27.

27 Senarai Negeri memperuntukkan kuasa Kerajaan Negeri. Apakah perkara yang terletak dalam Senarai Negeri ?

a)

A. Pertahanan

b)

B. Pelajaran

c)

C. Pertanian dan Perhutanan

d)

D. Perubatan dan Kesihatan

28.

28 Gambar berikut menunjukkan suasana mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri.

Mengapakah mesyuarat tersebut dilaksanakan?

a)

A. Menyelaras undang-undang negara

b)

B. Menyelaras pelaksanaan dasar kerajaan

c)

C. Mengukuhkan kuasa Jemaah Menteri

d)

D. Melantik Ahli Dewan Undangan Negeri

29.

29 Pegawai berikut mencadangkan idea pembentukan Malaysia

- Lord Brassey - Sir Gerald Tampler

Mengapakah mereka mencadangkan pembentukan Malaysia?

I. Memanfaatkan potensi ekonomi

II. Memastikan keselamatan wilayah

III. Menghalang kemasukan imigran

IV. Membendung ancaman komunis

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

30.

30 Pada September 1962, referendum telah diadakan di Singapura. Mengapakah referendum tersebut diadakan?

a)

A. Membendung ancaman komunis

b)

B. Meningkatkan taraf hidup peribumi

c)

C. Mengkaji kuasa autonomi laporan Suruhanjaya Cobbold

d)

D. Menyatakan bentuk pilihan Singapura menyertai Malaysia

31.

31 Terdapat cabaran yang dihadapi oleh kerajaan selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963. Apakah cabaran tersebut?

I . Perpaduan kaum

II. Pembangunan dan ekonomi

III. Kekurangan bahan mentah

IV. Ketiadaan pemimpin yang berwibawa

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

32.

32 Apakah kesan slogan tersebut terhadap kerajaan Persekutuan

Malaysian Malaysia ==> Lee Kuan Yew

a)

A. Penyingkiran Brunei

b)

B. Pemisahan Singapura

c)

C. Penambahan cukai eksais

d)

D. Persetujuan negara serantau

33.

33 Perkara berikut berkaitan dengan cadangan aktiviti kokurikulum dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979

# Kegiatan persatuan

# Unit beruniform

# Sukan dan permainan

Mengapakah aktiviti kokurikulum diberi tumpuan?

a)

A. Memupuk perpaduan kaum

b)

B. Melahirkan atlet bertaraf dunia

c)

C. Mempelbagai aliran persekolahan

d)

D. Meningkatkan kemahiran teknologi

34.

34 Apakah matlamat penubuhan Rukun Negara?

I Mencipta masyarakat yang adil

II Menjamin hak kebebasan rakyat

III Memperkasa semangat kenegerian

IV Membentuk masyarakat demokratik

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

35.

35 Rancangan Buku Hijau peringkat kebangsaan telah dilancarkan oleh Tun Abdul Razak bin Hussein pada 20 Disember 1974.

Mengapakah Rancangan Buku Hijau diperkenalkan?

a)

A. Mempercepatkan pembangunan wilayah

b)

B. Menambah pengeluaran makanan

c)

C. Membuka peluang pekerjaan

d)

D. Memajukan industri desa

36.

36 Maklumat berikut berkaitan dengan langkah penyusunan semula modal saham dalam sektor korporat di bawah Dasar Pembangunan Negara (DPN)

Meningkatkan saham kaum bumiputera sekurang-kurangnya mencapai 30 % dalam pemilikan, penguasaan dan pengurusan sektor moden.

Apakah strategi yang dilaksanakan bagi mencapai matlamat tersebut?

a)

A. Latihan intensif

b)

B. Pemberian tander

c)

C. Kerjasama agensi

d)

D. Program penswastaan

37.

37 Pada tahun 1963, Pertubuhan Malaysia, Filipina dan Indonesia (MAPHILINDO) telah ditubuhkan.

Apakah tujuan penubuhan tersebut?

a)

A. Menjaga keharmonian serantau

b)

B. Meningkatkan ekonomi dagangan

c)

C. Menggalakkan semangat kesukanan

d)

D. Memperkukuh kebudayaan nusantara

38.

38 Malaysia menjadi perantara bagi menyelesaikan konflik Iran-Iraq dalam konteks pertubuhan OIC.

Apakah kesan daripada pelibatan Malaysia dalam isu tersebut?

a)

A. Pengumuman genjatan senjata

b)

B. Pengukuhan keselamatan global

c)

C. Pembentukan negara demokrasi

d)

D. Penguatkuasaan undang-undang

39.

39 Berikut ialah negara-negara yang terlibat dalam isu tuntutan Kepulauan Spartly yang terletak di Laut China Selatan

# Malaysia # China # Vietnam # Brunei # Filipina

Apakah asas yang menjadi tuntutan negara-negara tersebut terhadap Kepulauan Sparthly?

a)

A. Kesuburan tanah

b)

B. Keluasan wilayah

c)

C. Kedudukan geostrategik

d)

D. Keindahan alam semulajadi

40.

40 Berikut ialah persidangan yang telah disertai oleh Malaysia dalam menangani isu pelepasan gas rumah hijau.

Apakah persetujuan yang telah dicapai dalam persidangan tersebut?

a)

A. Mencipta senjata biologi

b)

B. Meneruskan penjualan baja kimia

c)

C. Meningkatkan pembangunan fizikal

d)

D. Menggalakkan penggunaan tenaga baharu