WorksheetsSoalan Pengeluaran Ekonomi
Total questions: 12
Worksheet time: 6mins
Apakah maksud pengeluaran?
Proses menggunakan output untuk menghasilkan input
Proses menggabungkan faktor pengeluaran untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan
Proses menukar kos tetap kepada kos berubah
Proses meningkatkan keuntungan firma
Antara berikut, yang manakah merupakan contoh input tetap?
Tepung gandum
Gula
Mesin
Pekerja sambilan
Jangka masa pendek merujuk kepada suatu tempoh apabila …
Semua input adalah tetap
Semua input adalah berubah
Sekurang-kurangnya satu input adalah tetap
Firma tidak menggunakan input
Dalam contoh kilang roti, menambah pekerja dan bahan mentah tanpa menambah saiz kilang menunjukkan …
Jangka panjang
Jangka pendek
Kos marginal
Pulangan berkurangan
Apakah yang dimaksudkan dengan fungsi pengeluaran jangka pendek?
Hubungan antara input tetap dengan output
Hubungan antara input berubah dengan output apabila input tetap diberikan
Hubungan antara semua input dengan kos pengeluaran
Hubungan antara keuntungan dengan output
Apakah maksud keluaran purata?
Keluaran tambahan yang diperoleh apabila menambah satu unit buruh
Jumlah keluaran dibahagikan dengan bilangan buruh yang digunakan
Jumlah keluaran maksimum yang boleh dihasilkan oleh mesin
Perubahan dalam kos apabila output bertambah
Apakah maksud keluaran marginal?
Jumlah keluaran keseluruhan yang dihasilkan oleh firma
Purata keluaran yang dihasilkan oleh setiap pekerja
Perubahan dalam jumlah keluaran akibat penambahan satu unit buruh
Jumlah keluaran yang dihasilkan oleh mesin sahaja
Apakah yang dimaksudkan dengan kos tetap?
Bayaran yang dilakukan terhadap input tetap seperti mesin dan bangunan
Bayaran yang berubah mengikut jumlah buruh yang digunakan
Kos tambahan apabila output bertambah
Kos yang tidak wujud dalam jangka masa pendek
Apakah yang dimaksudkan dengan kos berubah?
Kos yang tetap walaupun output bertambah
Kos yang berubah mengikut tahap penggunaan input berubah seperti buruh dan bahan mentah
Kos yang dikenakan ke atas penggunaan mesin dan bangunan
Kos tambahan bagi setiap unit keluaran
Jumlah kos ditakrifkan sebagai …
Kos tetap sahaja
Kos berubah sahaja
Kos tetap ditambah dengan kos berubah
Kos marginal ditambah dengan kos purata
Apakah yang dimaksudkan dengan kos purata?
Kos tambahan untuk menghasilkan satu unit keluaran
Kos seunit keluaran iaitu jumlah kos dibahagi dengan jumlah keluaran
Kos yang kekal sama walaupun pengeluaran bertambah
Kos penggunaan buruh sahaja
Apakah yang dimaksudkan dengan kos marginal?
Kos keseluruhan dalam proses pengeluaran
Kos purata yang dikira untuk setiap unit keluaran
Perubahan dalam jumlah kos akibat perubahan satu unit keluaran
Kos penggunaan mesin dalam jangka panjang
