WorksheetsPENGARATAN
Total questions: 25
Worksheet time: 18mins
Antara berikut, objek manakah TIDAK BERKARAT?
Paku
Kawat
Botol Plastik
Pagar Besi
Puan Amira mendapati sudu di dapur rumahnya telah berkarat. Apakah jenis bahan yang digunakan untuk membuat sudu itu?
Besi
Kaca
Apakah ciri-ciri objek berkarat? Pilih 3 jawapan.
Kasar
Cantik
Terdapat lapisan berwarna perang kemerahan
Rapuh
Apakah faktor-faktor bagi pengaratan? Pilih 2 jawapan.
Air
Minyak
Kalsium klorida kontang
Udara
Rajah menunjukkan susunan radas dalam suatu eksperimen untuk menyiasat faktor-faktor pengaratan. Antara pernyataan berikut, yang manakah BENAR berkaitan eksperimen itu?
Air yang dididihkan akan mempercepat proses pengaratan
Pengaratan tidak berlaku kerana paku besi itu tidak terdedah kepada udara
Selepas 3 hari, terdapat lapisan berwarna perang kemerahan pada permukaan paku besi itu
Minyak menghalang air daripada tersejat
Rajah menunjukkan paku besi yang disapu dengan minyak. Selepas dua minggu, didapati keadaan paku besi tidak berubah. Apakah INFERENS bagi pemerhatian ini?
Besi ialah objek tahan karat
Paku itu diperbuat daripada plastik
Paku besi disimpan di dalam laci yang gelap
Minyak menghalang paku besi daripada terdedah kepada air dan udara
Apakah cara terbaik untuk mencegah tin makanan daripada berkarat?
Mengecat
Menyadur dengan timah
Menyalut dengan plastik
Menyapu gris
Mengapakah penyangkut baju disalut dengan plastik?
Plastik dapat menghalang penyangkut baju daripada berkarat
Plastik dapat mencantikkan penyangkut baju
Plastik ialah penebat haba
Plastik tidak mudah patah
Bagaimanakah cara bagi mencegah rantai motosikal daripada pengaratan yang lebih teruk?
Tidak menggunakan motosikal itu
Menyalut rantai motosikal dengan plastik
Sentiasa membasuh rantai motosikal
Menyapu rantai motosikal dengan gris
Apakah fungsi kalsium klorida kontang di dalam tabung uji itu?
Mencantikkan paku besi
Menyerap kelembapan di dalam tabung uji
Membuat paku besi berkarat
sebagai hiasan
Antara paku besi berikut, yang manakah akan berkarat selepas seminggu?
Pilih 2 jawapan.
Apakah yang akan berlaku jika tangga tersebut dibiarkan berkarat?
Tangga kelihatan lebih cantik
Memudahkan orang ramai menggunakan tangga
Mengakibatkan kecederaan
Membolehkan pengguna memegang dengan lebih kuat
Rajah menunjukkan aktiviti mengecat pintu pagar besi. Mengapa pintu pagar besi perlu dicat? Pilih 2 jawapan.
Supaya pintu pagar besi tahan lama
Supaya pintu pagar besi kelihatan berwarna-warni
Meningkatkan kos penjagaan pintu pagar besi
Lapisan cat dapat menghalang air dan udara menyentuh permukaan besi
Rajah menunjukkan engsel pintu yang berkarat menyebabkan pintu sukar dibuka dan ditutup. Apakah cara terbaik untuk mengatasi masalah ini?
Menyalut dengan plastik
Mengecat
Sapu minyak pelincir
Menyadur dengan bahan tahan logam
Berikut ialah keburukan pengaratan KECUALI...
Menyebabkan kerosakan
Menjimatkan kos baik pulih
Objek kelihatan buruk
Membahayakan kesihatan
Rajah menunjukkan sekaki payung. Antara bahagian berlabel P,Q,R,S, yang manakah boleh berkarat?
P
Q
R
S
Menyadur ialah.....
proses menyapu gris pada permukaan besi
proses menyalut permukaan besi dengan plastik
proses mengikis permukaan besi menggunakan kertas pasir
proses melapisi permukaan besi dengan logam tahan karat
Tin makanan yang kemek mungkin menyebabkan logam sadurannya iaitu timah...
rosak
cantik
sedap
wangi
Air mendidih mengandungi UDARA.
BETUL
SALAH
Fahmi ingin pergi ke London selama 3 bulan. Apakah cara paling sesuai untuk memastikan pisau di rumahnya tidak berkarat selepas beliau pulang?
Menyapu dengan minyak masak
Mengecat
Rendam dalam air bergas
Menyalut dengan kertas aluminium
Apakah yang akan berlaku apabila sesuatu objek itu berkarat?
cantik dan bersih
berat objek berkurang, tahan lama dan tidak mudah rosak
berat objek bertambah, tidak tahan lama dan mudah rosak
lapisan permukaan menjadi merah
Mengapa kita tidak seharusnya membeli tin makanan yang sudah kemek?
lapisan cat telah tertanggal
lapisan timah tertanggal dan bercampur dengan makanan
makanan menjadi kurang sedap
kelihatan buruk
Antara berikut yang manakah penyakit disebabkan karat?
Kancing gigi
Anemia
Batuk kering
Demam denggi
Mengapakah paku besi di dalam tabung uji ini tidak berkarat?
kerana tiada udara
kerana tiada karbon dioksida
kerana tiada air
kerana tiada oksigen
Berikut ialah kepentingan pencegahan pengaratan, KECUALI...
Selamat digunakan
Kelihatan cantik dan tahan lama
Kurangkan kos penyelenggaraan
Membazirkan wang
