NEW
Font size
WorksheetsNAZTB 2
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
Cikgu Saiful mendesak Nizam supaya menceritakan perkara sebenar kes buli yang berlaku kepadanya.
Pilih perkataan sinonim bagi mendesak.
merayu
merungut
memaksa
menyuruh
“Tolong kutip sampah yang bertaburan itu,” kata Cikgu Razman kepada murid-muridnya.
Pilih perkataan antonim bagi kutip.
angkat
buang
pungut
campak
Datuk Atan __________ buah rambutan yang masak menggunakan sebatang galah.
memetik
mengait
mengangkat
membuang
Kakak membeli ____________________ majalah di kedai buku itu.
senaskhah
sebuah
sehelai
sekeping
Puan Suraya memasukkan beberapa _________ daun kari ke dalam masakannya.
batang
urat
cebis
helai
"Siapakah ____________________ pertandingan masakan pada Hari Kebangsaan itu ?" tanya Datin Hamidah.
pengelola
kelolaan
mengelola
pengelolaan
Pak Tam sudah berusia lanjut. ___________, dia masih turun ke laut untuk menangkap ikan.
Namun demikian
Di samping itu
Tambahan pula
Walhal
Puan Salina membeli beberapa ___________ serai di pasar pagi tadi.
kaki
papan
batang
rumpun
Pendengar berasa terhibur dengan celoteh _______________ radio itu setiap pagi.
juruhebah
jurubahasa
juruacara
jurucakap
Suzana merupakan anak tunggal Encik Said. Dia diberikan sepenuh kasih sayang ibarat _______________________.
bulan jatuh ke riba
cincin dengan permata
air dicencang tiada putus
menatang minyak yang penuh
Beberapa ____________ pisang nangka di kebun Pak Wan sudah tua.
biji
sisir
sikat
tandan
"Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran"
Kita janganlah lekas marah dan terlalu mengikut _________. , nanti kita juga yang akan menyesal.
darah gemuruh
darah daging
darah muda
darah dingin
Pemandu teksi itu tidak sanggup ................ dengan penumpangnya yang kurang sopan.
berhati batu
berhati perut
bertegur sapa
bertikam lidah
Sejak tamat sekolah, kerjanya cuma ................... di rumah. Dia sedikitpun tidak mahu berusaha mencari kerja.
makan angin
memilih bulu
makan tidur
bermain mata
Nakhoda mengarahkan anak-anak kapalnya _______________ sauh yang berat itu di muara
menghulurkan
melontarkan
melabuhkan
meletakkan
Hakisan tanah dapat dielakkan jika _______________ hutan dikawal oleh pihak kerajaan.
penerokaan
pembasmian
pembersihan
penghapusan
Beberapa orang _________________ sedang menggayakan fesyen rekaan yang terkini di atas pentas.
Bantal yang lama tersimpan di dalam almari tu berbau_____________.
hancing
hapak
tengik
hanyir
Mak Timah _______________ beras menggunakan nyiru untuk mengasingkan padi yang hampa.
menapis
menampi
melantun
menimbang
Chin Yee berasa ______________________ apabila melihat ke bawah dari atas menara itu.
gayat
seram
hairan
kusut
Raja Ahmad dan ayahanda _________________ akan pergi memburu di hutan pada pagi esok.
beta
patik
baginda
tuanku
_____________________ itu memberikan layanan yang mesra kepada penumpang.
Pramuniaga
Pragawati
Pramugari
Pramusaji
Pak Saad menggunakan ______________ jala untuk menangkap ikan di sungai.
sekaki
sebuah
sehelai
serawan
