WorksheetsLATIHAM BM TAHUN 5 (OBJEKTIF)
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Cikgu Fasya berasa ______ gembira apabila kami memenangi pertandingan debat peringkat daerah itu.
nian
betul
benar
sangat
Api lilin yang dinyalakannya di tepi tangkap itu ______ apabila ditiup angin.
susup-sasap
meliang-liuk
mundar-mandir
terpontang-panting
Pilih ayat yang betul.
Nurul masih sudah melengkapkan borang penyertaan dan borang kebenaran untuk mengikuti perkhemahan.
Kami sekeluarga sedang belum makan ketika Pak Long Asri sampai di rumah.
Riska dan keluarganya akan bercuti ke luar negara pada minggu lepas.
Raven belum pernah menjejakkan kakinya ke Sabah dan ke Sarawak.
Puan Rosiah dan suaminya bersyukur kerana ______ mereka berdua mengusahakan ladang tanaman herba kini membuahkan hasil yang lumayan.
air muka
jerih payah
muka tembok
dalam tangan
Kapal terbang yang dinaiki oleh ayah telah ______ di lapangan terbang sebentar tadi.
menetap
menderu
menjauh
mendarat
Pilih ayat yang betul.
Kita diseru untuk sentiasa mengutamakan kebersihan lalu kesihatan.
Kanak-kanak tidak boleh bermain di jalan raya tetapi keselamatan diri.
Keluarga Encik Karim masih terkejut agar kejadian tanah runtuh yang berlaku tadi.
Kita perlu menghubungi talian kecemasan jika berlaku kejadian yang tidak diingini.
"Cikgu Ilham berpesan agar ______ semua berkumpul di padang sebelum pukul 7:00 pagi," kata Hisyam kepada rakan sekelasnya.
dia
kita
kami
mereka
Orang ramai ______ agar sentiasa menjaga kebersihan kawasan rumah masing-masing untuk mengelakkan nyamuk Aedes membiak.
diseru
dipaksa
dikerah
dilarang
Pilih ayat yang betul.
Tolong jangan membuah sampah di merata-rata tempat.
Harap bertenang, pertandingan akan dimulakkan sebentar lagi.
Usah segan semua hadirin berdiri untuk sama-sama menyanyikan lagu "Negaraku".
Jemput sila duduk di tempat masing-masing ketika guru sedang mengajar di dalam kelas.
Rumah banglo yang tersergam indah di hujung kampung itu masih _______ berpenghuni.
akan
telah
sudah
belum
Kakak menyimpan ______ daripada kek hari lahirnya di dalam peti sejuk.
bahagikan
sebahagian
pembahagi
pembahagian
Pilih ayat yang betul.
Jururawat itu telah merawat luka pada telapak jarinya.
Ibu meminta adik mengemaskan bilik tidurnya yang berselarak.
Suaranya gemuruh ketika menyampaikan pidato di hadapan khalayak ramai.
Semua juadah yang dihidangkan semasa majlis kenduri itu semerbak rasanya.
Damia dan rakannya berasa ______ apabila lif yang dinaiki oleh mereka terhenti secara tiba-tiba.
malu
risau
teruja
kagum
Semua murid dinasihatkan agar memulakan senaman dengan aktiviti _______ badan.
pemanas
berpanas
kepanasan
pemanasan
Pilih ayat yang betul.
Bantuan awal persekolahan itu adalah untuk semua murid.
Pemenang pertandingan keceriaan kelas adalah kelas Tahun Lima Amanah.
Hadiah yang diterima oleh Luis sempena hari hadinya adalah sebuah jam tangan.
Nasi sotong bakar di Restoran Pak Hamis adalah makanan kegemaran mereka sekeluarga.
