Font size
WorksheetsKuiz Sains Tingkatan 1: Udara
Total questions: 25
Worksheet time: 25mins
Antara gas berikut, yang manakah disusun dalam urutan menurun mengikut peratusannya dalam udara?
Oksigen, nitrogen, karbon dioksida, gas nadir
Nitrogen, oksigen, karbon dioksida, gas nadir
Gas nadir, karbon dioksida, oksigen, nitrogen
Nitrogen, oksigen, gas nadir, karbon dioksida
Antara gas berikut, yang manakah menukarkan kertas litmus biru lembap kepada merah?
Oksigen
Nitrogen
Hidrogen
Karbon dioksida
Apakah yang dimaksudkan pembakaran?
Proses kimia yang tidak menghasilkan bahan baharu
Proses fizikal yang tidak menghasilkan bahan baharu
Proses fizikal yang berlaku apabila bahan api dibakar dalam udara dan menghasilkan tenaga haba, tenaga cahaya dan bahan baharu
Proses kimia yang berlaku apabila bahan api dibakar dalam udara dan menghasilkan tenaga haba, tenaga cahaya dan bahan baharu
Antara berikut, yang manakah syarat-syarat yang diperlukan untuk pembakaran?
Karbon dioksida
Bahan api
Oksigen
Cahaya
Antara berikut, yang manakah alat pemadam api bagi bahan pepejal mudah terbakar seperti kayu, kain dan kertas?
Air
Busa
Pasir kering
Karbon dioksida
Antara berikut, yang manakah amalan sikap berjaga-jaga untuk mengelakkan kebakaran?
Membuang puntung rokok ketika api masih menyala
Meletakkan bahan yang mudah terbakar jauh daripada api
Memasang terlalu banyak peralatan elektrik pada satu sumber elektrik
Menggunakan fius yang mempunyai kadar yang sangat tinggi daripada dihadkan
Antara berikut, yang manakah merupakan bahan pencemar udara?
Oksigen/ Oxygen
Nitrogen/ Nitrogen
Sulfur dioksida/ Sulphur dioxide
Klorofluorokarbon/ Chlorofluorocarbon
Antara berikut, yang manakah kesan penggunaan klorofluorokarbon (CFC)?
Mutasi
Bronkitis
Pemanasan global
Penipisan lapisan ozon
Antara berikut, yang manakah kesan pembebasan karbon monoksida?
Kematian
Kesan rumah hijau
Tanah menjadi berasid
Mengurangkan kecekapan darah untuk mengangkut oksigen
Antara berikut, yang manakah langkah-langkah mengawal pencemaran udara?
Menggunakan petrol berplumbum
Menggalakkan pembakaran terbuka
Menggunakan pengangkutan awam
Melarang aktiviti merokok di tempat awam
Antara berikut, yang manakah sifat udara?
Mempunyai jisim
Mempunyai rasa
Mempunyai warna
Tidak mempunyai bau
Mengapakah udara dikelaskan sebagai campuran?
Diasingkan melalui kaedah kimia
Ketumpatan udara adalah rendah
Zarah-zarah udara sukar untuk diasingkan
Diasingkan melalui Proses Penyulingan berperingkat
Apakah sifat udara yang digunakan dalam alat pemadam api itu?
Mempunyai bau busuk
Menyokong pembakaran
Menukarkan air kapur menjadi keruh
Menukarkan kertas litmus merah kepada biru
Sekiranya bahan itu terbakar, apakah kandungan yang perlu ada dalam alat pemadam api supaya dapat memadam kebakaran itu?
Pasir kering
Serbuk kering
Jika bahan-bahan tersebut terbakar, apakah kandungan yang diperlukan dalam pemadam api supaya api dapat dipadamkan?
Pasir kering
Serbuk kering
Air
Busa
Apakah bahan pencemar yang boleh menyebabkan seseorang sakit kepala?
Sulfur dioksida
Karbon dioksida
Karbon monoksida
Klorofluorokarbon
Antara berikut, pernyataan yang manakah benar?
Pengaratan besi berlaku akibat asap dan jelaga
Bangunan menjadi kotor kerana habuk dan jelaga
Klorofluorokarbon menyebab tanah kurang subur
Hujan asid mengurangkan cahaya matahari sampai ke Bumi
Apakah yang diperlukan untuk pembakaran?
Oksigen
Bahan api
Karbon dioksida
Nitrogen
Apakah jenis pemadam api yang sesuai digunakan untuk memadamkan api akibat pembakaran logam natrium?
Serbuk kering
Karbon dioksida
Busa
Air
Bagaimanakah kebakaran dapat dielakkan?
Meninggalkan tapak perkhemahan tanpa memastikan unggun api dipadamkan dengan sepenuhnya
Meletakkan ubat nyamuk berdekatan dengan kain langsir
Membiarkan kanak-kanak membakar sampah tanpa pengawasan orang dewasa
Memasang hanya satu peralatan elektrik pada sumber elektrik
Antara bahan berikut, yang manakah menyebabkan pencemaran udara?
Klorofluorokarbon
Sulfur dioksida
Nitrogen
Hidrogen
Apakah kesan penggunaan klorofluorokarbon?
Kesan rumah hijau
Hujan asid
Penipisan lapisan ozon
Jerebu
Antara pernyataan berikut, yang manakah tidak benar tentang pencemaran udara?
Hujan asid akan menyebabkan penyakit kulit.
Penggunaan racun serangga dalam pertanian boleh menyebabkan pemanasan global.
Klorofluorokarbon boleh menyebabkan penipisan lapisan ozon.
Kesan rumah hijau boleh menyebabkan kemarau yang berpanjangan.
Apakah yang dimaksudkan dengan pencemaran udara?
Pengurangan kualiti udara akibat bahan pencemar
Penggunaan bahan bakar yang lebih bersih
Peningkatan oksigen dalam udara
Proses semula jadi yang tidak mempengaruhi kesihatan
Apakah kesan jangka panjang daripada pencemaran udara terhadap kesihatan manusia?
Peningkatan risiko penyakit pernafasan
Pengurangan kadar kelahiran
Peningkatan tahap kecerdasan
Pengurangan kadar kematian
