WorksheetsMinggu 8 Klausa
Total questions: 13
Worksheet time: 9mins
Kedudukan klausa dalam tatatingkat tatabahasa
paling tinggi
paling rendah
antara frasa dan ayat
antara frasa dan kata
Yang manakah benar tentang frasa
menjadi unsur dalam ayat
terbina daripada frasa
terdiri daripada subjek sahaja
terdiri daripada predikat sahaja
Berikut ialah ciri -ciri klausa kecuali
hanya boleh terdiri daripada satu subjek dan satu predikat
boleh terdiri daripada satu atau lebih subjek dan predikat
binaannya sama dengan ayat
dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan
buah mangga itu manis
Klausa di atas ialah klausa
bebas
tak bebas
ayat
klausa tak bebas ditandai dengan
kata hubung pancangan
kata bantu
kata sendi nama
kata adverba
Yang manakah klausa?
sampai ke utara
itu ibu tunggal
di tepi sungai
kereta paling canggih
Ayat yang manakah yang subjeknya mengandungi klausa sebagai penerang subjek?
Sungai di kampung itu masih belum tercemar.
Pejabat Pos di hujung jalan itu sudah dibuka.
Bangunan yang sedang dibina itu runtuh.
Kain batik buatan Terengganu tebal.
Klausa tak bebas+ klausa tak bebas
Yang manakah ayat yang binaannya seperti di atas?
Yang berbadan dua itu isteri pegawai.
Yang saya tunggu ialah yang berbaju biru itu.
Bahawa ibunya sedang sakit memang benar.
Kereta yang saya miliki sudah berusia lima tahun.
Kakak sulung saya dan ibu gadis itu berkawan baik sejak mereka bersekolah rendah lagi.
Yang manakah kalusa tak bebas dalam ayat di atas?
sejak mereka bersekolah rendah lagi
kakak saya dan ibu gadis itu
dan ibu gadis itu berkawan baik
berkawan baik sejak mereka bersekolah
Klausa yang manakah terdiri daripada tiga frasa?
kakinya terseliuh ketika dia terjatuh
saya menunggunya selama dua tahun
kereta putih itu terhenti kerana enjinnya rosak
wanita itu menyeberangi jalan dengan mendukung anaknya
Dalam ayat manakah klausa menjadi objek?
Saya membencinya kerana perangai buruknya.
Memang tidak dinafikan bahawa dia sudah tersesat jalan.
Mereka mengakui bahawa mereka masuk ke sini secara haram.
Yang membawa masalah kepada kita ialah selalu membangkang.
Klausa berfungsi sebagai pelengkap
Pihak berkuasa memaklumkan bahawa tol akan dimansuhkan dua tahun lagi.
Kami sekeluarga bercadang untuk mengembara ke negara Timur Tengah pada tahun hadapan.
Pak Mail mahu mengahwinkan anak lelaki bongsunya dengan anak gadis Pak Abu.
Ibu meminta kami agar sentiasa mengekalkan silaturahim sesaa adik-beradik.
Klausa berfungsi sebagai keterangan
Mereka mula bergerak pada awal pagi Isnin yang lalu.
Hujan lebat membanjiri jalan kampung selama beberapa hari.
Pemuda itu terjun ke laut untuk menyelamatkan mangsa karam.
Burung gagak itu turun di atas jalan beberapa kali dalam sejam.
