Font size
WorksheetsMODUL KEWANGAN BERHEMAH
Total questions: 70
Worksheet time: 53mins
Apakah maksud inflasi?
Penurunan berterusan tahap harga umum
Peningkatan berterusan tahap harga umum
Penurunan nilai mata wang asing
Peningkatan kuasa beli wang
Apabila harga barang dan perkhidmatan menurun secara berterusan, keadaan ini disebut…
Inflasi
Reflasi
Deflasi
Stagflasi
Antara berikut, manakah contoh penggunaan e-wallet?
Membeli barang di pasar malam menggunakan wang tunai
Simpan wang di Tabung Haji
Mendeposit wang tunai di mesin ATM
Membayar di kedai menggunakan aplikasi Touch ‘n Go
Indeks Harga Pengguna (IHP) digunakan untuk…
Mengukur perubahan harga barangan dan perkhidmatan
Menentukan nilai eksport sesebuah negara
Mengukur tahap pendapatan isi rumah
Menentukan kadar tukaran wang asing
Bank Islam beroperasi berasaskan prinsip…
Mudharabah & Musyarakah
Riba
Faedah tetap
Konvensional
Pada tahun asas, bakul barang bernilai RM200. Pada tahun semasa, bakul barang yang sama bernilai RM250.
Hitung kadar inflasi.
(a)
Harga seunit beras pada bulan Januari ialah RM30. Pada bulan Jun, harga menurun kepada RM27.
Berapakah kadar deflasi (% penurunan harga)?
(a)
Ali ada baki RM120 dalam e-wallet. Dia membeli barangan runcit RM45.50, makanan RM32.40, dan tambah nilai kad pengangkutan RM25.
Berapakah baki e-wallet Ali selepas semua transaksi?
(a)
apakah nombor seterusnya dalam turutan nombor berikut?
481936237225455
diterbalikkan ialah
36545362153673
537
56865654324632
567
56865654323232
567
48438274372837
465
1. Berikut adalah penunjuk ekonomi kecuali
Indeks Harga Pengguna
Cukai Pendapatan
Kadar Pengangguran
Keluaran Dalam Negara Kasar
2. Inflasi tarikan perminataan berlaku disebabkan oleh
i) Peningkatan tingkat pendapatan pengguna
ii) Peningkatan dalam harga petroleum
iii) Pertambahan penawaran bekalan wang
iv) Penciptaan kredit yang pesat oleh bank perdagangan
i, ii dan iii
i, iii dan iv
ii, iii dan iv
Semua di atas
Pilih kenyataa yang benar berdasarkan rajah diberi.
i) Kadar inflasi di Malaysia mengalami kenaikan dari 2005 hingga 2015
ii) Kadar inflasi tertinggi di capai pada tahun 2008 iaitu 5.44%
iii) Kadar inflasi terendah dicatat pada tahun 2009 iaitu 0.58%
iv) Kenaikan dalam kadar inflasi disebabkan oleh krisis ekonomi dunia
i, ii dan iii
i, iii dan iv
ii, iii dan iv
Semua di atas
Berikut adalah situasi yang menyebabkan berlakunya Inflasi tolakan kos kecuali
Tuntutan kenaikan gaji oleh kesatuan sekerja
Penurunan harga petroleum
Peningkatan dalam kos pengangkutan
Bahan mentah semakin mahal
Inflasi 2-3% dapat mengurangkan kadar pengangguran
Betul
Salah
Bank pusat akan menurunkan kadar faedah bagi mengawal inflasi.
Betul
Salah
Berikut adalah kesan Inflasi tolakan kos terhadap eksport
i) Eksport menjadi lebih mahal
ii) Permintaan terhadap eksport negara bertambah
iii) Barang eksport kehilangan daya saing
i dan ii
i dan iii
ii dan iii
i ii dan iii
Inflasi menyebabkan kos sara hidup dan simpanan individu meningkat
Betul
Salah
Inflasi diimport merujuk kepada kenaikan tingkat harga umum apabila harga barang yang diimport dari luar negara meningkat.
Betul
Salah
Pasangan yang manakah betul bagi hubungan antara inflasi dan kos sara hidup?
Inflasi meningkat, Kos sara hidup menurun
Inflasi meningkat, Kos sara hidup meningkat
Inflasi meningkat Kos sara hidup tidak nerubah
Inflasi menurun Kos sara hidup meningkat
Apakah kegunaan Indeks Harga Pengguna (IHP)?
mengukur kadar pertumbuhan ekonomi
mengukur imbangan pembayaran
mengukur kadar pengangguran
mengukur inflasi
Inflasi tarikan permintaan berlaku apabila
kos pengeluaran meningkat
harga barang inport meningkat
jumlah permintaan terhadap barang dan perkhidmatan melebihi jumlah penawaran
jumlah penawaran terhadap barang dan perkhidmatan melebihi jumlah permintaan
Siapakah yang akan melaksanakan dasar kewangan?
Pilih dua jawapan yang betul.
Bank Perdagangan
Bank Pusat
Bank Simpanan Nasional (BSN)
Bank Negara Malaysia
Puan Chong menyimpan sebanyak RM1200 di bank dengan kadar faedah sebanyak 3% bagi tempoh 2 tahun. Hitung jumlah simpanannya bagi tempoh 2 tahun tersebut
RM1350
RM1372
RM1250
RM1272
Puan Jamilah menyimpan RM20 000 dalam suatu akaun di sebuah bank dengan kadar faedah 3% setahun dan faedah dikompaunkan 4 bulan sekali. Tentukan jenis akaun Puan Jamilah.
Akaun simpanan
Akaun simpanan tetap
Akaun semasa
Akaun simpanan wadiah
kita boleh menyimpan didalam akaun berikut KECUALI :
Akaun Simpanan
Hartanah
Akaun Semasa
Akaun Simpanan Tetap
Gambar berikut menunjukkan, sejenis :
akaun
wang
cek
bank draf
Hitung jumlah faedah mudah yang berikut.
RM100 000 disimpan selama 3 tahun pada kadar faedah 4.5% setiap tahun.
13 500
13 050
15 300
15 500
Hitung jumlah simpanan yang akan diperoleh selepas 2 tahun dengan simpanan asal RM8 000 dan kadar faedah mudah tahunan 2%
RM 2 830
RM 8 230
RM 8 023
RM 8 320
Hitung nilai matang bagi simpanan RM15 000 untuk 5 tahun kadar faedah 3.5 % setahun, dikompaun setiap bulan
RM 17 468.14
RM 17 648.14
RM 17 864.14
RM 17 648.50
Pilih rumus bagi faedah kompaun
I = Prt
P = Irt
MV = P(1 + r/n) nt
MV = 1 (P + r/t )rt
Pilihrumus bagi faedah mudah
P = Irt
I = Prt
MV = P ( 1 + r/n )nt
MV = 1 ( P + r/n )nt
Simpanan terbahagi kepada......jenis
2
3
4
5
Contoh akaun simpanan ialah.......kecuali
Akaun simpanan
Akaun simpanan tetap
Akaun simpanan emas
Akaun simpanan semasa
Berikut adalah jenis pelaburan, kecuali
Saham
Rumah
Tanah
Kereta
Pelaburan yang manakah mempunyai risiko yang tinggi?
Saham syarikat
ASB
Hartanah
Simpanan tetap
1. Bilakah AKPK ditubuhkan?
Januari 2006
April 2006
Julai 2006
Namakan agensi kerajaan yang menubuhkan AKPK.
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
Bursa Malaysia Bhd
Bank Negara Malaysia
Berikut adalah perkhidmatan yang ditawarkan oleh AKPK kecuali:
Pendidikan Kewangan
Kaunseling Kewangan
Pinjaman dan Pelaburan
Apakah sumber perbelanjaan yang datang dengan kos ?
Dana Simpanan
Pinjaman/Kad Kredit
Duit gaji bulan semasa
Berapa jumlah faedah yang ditanggung jika sekiranya saya membuat pinjaman kereta sebanyak – RM30,000 dengan faedah 3% pa dan tempoh bayaran balik 5 tahun?
RM4,000
RM4,500
RM5,000
CCRIS adalah singkatan kepada….
Central Credit Report Information System
Central Credit Report, Investigation & Surveillance
a. Central Credit Reference Information System
Pinjaman Wang Berlesen terletak di bawah bidang kuasa….
Bank Negara Malaysia
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT)
Selain daripada individu, AKPK juga membantu para usahawan dan PKS melalui
Skim penyelesaian pembiayaan kecil
Skim bantuan pembiayaan kecil & sederhana
Skim bantuan dan pembiayaan mikro kredit
Kad manakah yang paling sesuai digunakan sekiranya hendak mengawal cara berbelanja?
Kad Kredit
Kad Caj
Kad Debit
My Kad
Berikut adalah tanda awal yang seseorang itu menghadapi masalah kewangan, KECUALI :
Sedikit atau tiada langsung simpanan
Seringkali membuat pengeluaran tunai
Mengharapkan gaji untuk menampung perbelanjaan bulanan
Hidup mengikut kemampuan
Manakah yang TIDAK BENAR berkenaan seseorang yang telah diisytiharkan bankrap:
Tidak boleh menjadi pengarah syarikat
Dilarang keluar negara tanpa kebenaran dari Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia
Tidak boleh bekerja di mana-mana organisasi
Tiada di atas
Penyataan yang manakah berkaitan dengan cukai tak langsung?
Encik Irsyad membayar duti setem apabila menandatangani surat perjanjian pembelian rumah
Syarikat Beauty Berhad membayar cukai sebanyak 28% daripada keuntungannya kepada kerajaan
Puan Salmah membayar tambahan 5% daripada jumlah harga makanan di restoren makanan segera
Petronas membayar 38% daripada jumlah pendapatan syarikat kepada kerajaan
Pemberian subsidi kepada pengeluar minyak masak menyebabkan
Harga kelapa sawit menurun
Penawaran minyak masak menurun
Permintaan minyak masak menurun
Kos pengeluaran minyak masak menurun
Penyataan manakah yang berkaiatan dengan cukai langsung ?
Koperasi Al Jannah Berhad membayar cukai keatas keuntunganya
Puan Aina membayar cukai kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Syarikat Maju Jaya Berhad dikenakan cukai jualan dan perkhidmatan
Syarikat Suria Berhad dikenakan denda kerana melanggar undang-undang
Apakah strategi kerajaan dalam melaksanakan belanjawan kurangan semasa ekonomi mengalami deflasi
Menurunkan kadar cukai
Mengetatkan syarat sewa beli
Menurun perbelanjaan kerajaan
Menjual surat jaminan kerajaan
Jumlah Hasil Negara : RM 30 bilion
Jumlah Perbelanjaan Negara : RM35 bilion
Berdasarkan Kewangan Kerajaan Persetukuan diatas, apakah jenis belanjawan diatas?
Belanjawan Defisit
Belanjawan Surplus
Belanjawan Lebihan
Belanjawan Seimbang
Antara berikut yang manakah cukan cukai langsung?
Cukai Pintu
Cukai Barang dan perkhidmatan
Cukai Pendapatan Koperasi
Cukai Keuntungan Hartanah
contoh yang manakah merupakan cukai tidak langsung?
cukai tanah
cukai pintu
duti eksais
duti setem
Antara berikut yang manakah berkaiatan dengan cukai langsung?
Encik Ali menjual rumah dengan harga RM300 000
Encik Chan membeli sebuah kereta import dari Jerman
Encik Izri membeli rokok buatan tempatan dan dikenakan cukai
Pekerja asing masuk ke dalam negara dan dikenakan cukai
SEMAKIN TINGGI PENDAPATAN, SEMAKIN TINGGI KADAR CUKAI
penyataan diatas merujuk kepada
duti eksport
cukai berkadar malar
cukai progresif
cukai regrasif
Terdapat dua jenis insurans, iaitu:
(pilih dua)
insurans hayat
insurans am
insuran pelbagai
Antara berikut, risiko manakah yang tidak dilindungi insurans?
Patah kaki akibat kemalangan
Kerugian semasa membuat pelaburan
Kematian akibat sakit tua
Beg bagasi hilang di lapangan terbang
Insurans adalah kontrak antara dua (2) pihak iaitu:
insurer dan takaful operator penanggung insurans dan pengendali takaful
pihak yang diinsurans dan peserta
penanggung insurans dan pemegang saham
penanggung insurans dan pihak yang diinsuranskan
Apakah TUJUAN wujudnya INSURANS?
bertujuan memindahkan risiko daripada individu kepada organisasi insurans.
bertujuan untuk mendapatkan keuntungan daripada ahli
bertujuan untuk menindas dan memeras ugut ahli
