Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu STPM SEM 1

Total questions: 30

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Apakah kajian tentang fonetik artikulator?

a)

meneliti sifat-sifat atau ciri-ciri fizikal bunyi bahasa yang dihasilkan

b)

mengenal fungsi organ atau alat pertuturan pertuturan manusia dan cara penghasilannya

c)

mengenalpasti cara bunyi bahasa yang dilafazkan diterima oleh pendengar

d)

mengenal sifat fizikal bunyi bahasa yang dihasilkan

2.

berapakah huruf dalam Bahasa Melayu yang ditulis dalam bentuk tulisan Romawi?

a)

26

b)

25

c)

6

d)

30

3.

Terdapat 4 jenis Artikulasi Tambahan/Sertaan iaitu Nasalisasi, Labialisasi, Palatalisasi

dan .......................................?

a)

Penyisipan Schwa

b)

Digraf

c)

Penglotisan

d)

Asimilasi

4.

Cabang linguistik atau ilmu yang mengkaji bunyi-bunyi bahasa merupakan maksud bagi ...............?

a)

Alofon

b)

Fonetik

c)

Fon

d)

Fonemik

5.

Terdapat 3 jenis Proses Fonologi iaitu Perubahan, Pengguguran dan .......................?

a)

Penyengauan

b)

Hentian Glotis

c)

Penyisipan

d)

Pelelangitkerasan

6.

Terdapat 7 Alat Pertuturan Pasif kecuali

a)

Mulut

b)

Rahang

c)

Lidah

d)

Bibir

7.

Pilih Digraf yang betul :

a)

gh

b)

kh

c)

sy

d)

ng

8.

Penyisipan Schwa (e-pepet) merupakan satu proses yang menyisipkan apabila perkataan bersuku

kata tunggal menerima imbuhan awalan.

Pilih perkataan yang betul :

a)

Pembunuh

b)

Penamaan

c)

Mengelap

d)

Berenang

9.

Pilih jenis bentuk Pola Keselarasan Vokal dengan betul

a)

bentuk sehala

b)

bentuk setara

c)

bentuk ketara

d)

bentuk timbul balik

10.

Pilih Akronim Nama Khas yang betul

a)

MARA

b)

Tadika

c)

Kejora

d)

Petronas

11.

Pilih Suku Kata Tertutup dengan betul

a)

Sakti

b)

Laman

c)

Malu

d)

Sinar

12.

2 Konsonan Lelangit Lembut ialah :

a)

k

b)

g

c)

i

d)

c

13.

Terdapat 3 jenis Diftong iaitu ai , oi dan ...................?

a)

aj

b)

am

c)

aw

d)

au

14.

Pilih Vokal Rangkap yang betul :

a)

Baik

b)

Lari

c)

Maaf

d)

Salam

15.

letupan lelangit lembut tak bersuara + vokal depan luas +

letusan lelangit keras tak bersuara + vokal depan sempit +

letupan dua bibir tak bersuara

a)

Kacip

b)

Kawan

c)

Kalut

d)

Karat

16.

________________ ialah daerah atau titik artikulasi yang tidak boleh digerakkkan semasa penghasilan bunyi bahasa.

a)

alat artikulasi

b)

alat pertuturan aktif

c)

alat pertuturan pasif

d)

anak tekak

17.

Bunyi vokal Bahasa Melayu mempunyai _________________________.

a)

ciri kelantangan dan kepanjangan

b)

enam bunyi vokal asli

c)

penyukuan kata berasaskan vokal

d)

tiga bahagian iaitu vokal depan , vokal tengah dan vokal belakang

18.

Terdapat tiga proses penyisipan iaitu proses penyisipan geluncuran, _______________ & proses penyisipan.

a)

proses asimilasi

b)

penyisipan glotis

c)

proses nasalisasi

d)

proses pengguguran

19.

Apakah bentuk pola keselarasan vokal bagi ( e-a ) ?

a)

bentuk sehala

b)

bentuk ketara

c)

bentuk setara

d)

bentuk timbal balik

20.

urutan atau rentetan dua bunyi vokal yang mempunyai satu puncak kelantangan.

Merujuk kepada definisi atau maksud bagi...

a)

digraf

b)

vokal rangkap

c)

diftong

d)

konsonan rangkap

21.

________ ialah sebutan yang digunakan dalam situasi formal atau rasmi.

a)

sebutan vokal

b)

sebutan baku

c)

sebutan konsonan

d)

sebutan formal

22.

Digunakan sebelum sesuatu senarai atau butiran tentang sesuatu.

Merujuk kepada tanda bacaan bagi..

a)

tanda koma

b)

tanda noktah bertindih

c)

tanda koma bernoktah

d)

tanda koma

23.

Apakah nama penuh bagi singkatan DYMM?

a)

Duri Yang Maha Mulia

b)

Dato' Yang Maha Mulia

c)

Duli Yang Maha Mulia

d)

Dilema Yang Mampu Mencipta

24.

• pita suara tak bergetar.

• lelangit lembut dinaikkan untuk

menutup rongga hidung.

• belakang lidah dinaikkan

menghampiri lelangit lembut

• udara yang dikeluarkan melalui

rongga mulut mengalami geseran

disebabkan sempitan pada lelangit

lembut.

Apakah lambang huruf bagi cara penghasilan di atas?

a)

/x/

b)

/z/

c)

/f/

d)

/q/

25.

____________ merujuk kepada lambang yang mewakili bunyi dalam sistem tulisan dan ejaan sesuatu bahasa.

a)

fonem

b)

alofon

c)

fon

d)

huruf

26.

Berapakah alat pertuturan pasif yang terdapat dalam Bahasa Melayu?

a)

11

b)

6

c)

8

d)

7

27.

______________ merupakan kebolehgantian satu bunyi dengan bunyi yang lain dalam persekitaran tertentu tanpa mengubah makna perkataan.

a)

variasi bebas

b)

alofon

c)

fonem

d)

pasangan minimal

28.

Berapakah digraf yang terdapat dalam Bahasa Melayu?

a)

5

b)

6

c)

4

d)

7

29.

Apakah nama bagi kedudukan huruf [o]?

a)

vokal belakang sempit

b)

vokal belakang separuh luas

c)

vokal belakang luas

d)

vokal belakang separuh sempit

30.

nyatakan alat pertuturan bagi nombor 8 :

a)

epiglotis

b)

pita suara

c)

akar lidah

d)

anak tekak