WorksheetsKuiz Ayat Majmuk & Pengetahuan Am
Total questions: 30
Worksheet time: 16mins
Manakah ayat berikut yang merupakan ayat majmuk gabungan?
A. Saya membaca buku yang dibeli oleh abang.
B. Dia rajin belajar tetapi malas membuat ulang kaji.
C. Kami menunggu ketibaan tetamu di hadapan rumah.
D. Murid yang mendapat markah tertinggi diberi hadiah.
Ayat manakah menunjukkan hubungan sebab dan akibat?
A. Kami pulang awal kerana hujan turun dengan lebat.
B. Ali bersenam setiap pagi agar badannya sihat.
C. Dia bukan sahaja rajin malah berbudi bahasa.
D. Buku itu dibeli oleh ayah untuk adik.
Pilih ayat gabungan yang betul.
A. Mereka tidur kerana letih.
B. Mereka menyimpan wang atau berbelanja secara boros.
C. Mereka hendak makan tetapi lauk sudah habis.
D. Mereka membeli baju yang dijahit oleh nenek.
Kata hubung manakah sering digunakan dalam ayat majmuk gabungan?
A. yang
B. kerana
C. tetapi
D. apabila
Pilih ayat yang bukan ayat majmuk gabungan.
A. Dia ke sekolah dan saya ke pasar.
B. Amir rajin belajar tetapi malas bersukan.
C. Kami gembira kerana keputusan peperiksaan cemerlang.
D. Ibu membaca buku yang nipis itu.
Pilih ayat majmuk pancangan relatif.
A. Kami berlari kerana hujan turun dengan deras.
B. Pelajar yang rajin itu berjaya dalam peperiksaan.
C. Mereka pulang awal tetapi bas belum tiba.
D. Kami membaca buku atau menonton televisyen.
Ayat berikut ialah pancangan komplemen, kecuali …
A. Dia berharap agar hujannya reda.
B. Saya tahu bahawa kamu sudah berjaya.
C. Kami percaya dia seorang yang jujur.
D. Buku yang cantik itu milik guru.
Manakah contoh ayat majmuk pancangan keterangan?
A. Saya tahu bahawa dia akan datang.
B. Rumah yang cantik itu milik nenek.
C. Saya duduk di taman apabila hujan berhenti.
D. Saya percaya dia bercakap benar.
Pilih ayat pancangan relatif yang betul.
A. Saya menunggu sehingga dia datang.
B. Buku yang kamu pinjam itu mesti dipulangkan.
C. Saya tahu bahawa dia sakit.
D. Mereka bekerja keras agar hidup senang.
Ayat yang mengandungi klausa komplemen ialah …
A. Dia belajar di bilik apabila hujan turun.
B. Saya berharap supaya kamu berjaya.
C. Dia membeli baju yang dijual di pasar malam.
D. Kereta itu rosak kerana tayarnya pecah.
Apakah maksud ayat majmuk campuran?
A. Mengandungi dua ayat tunggal.
B. Mengandungi ayat gabungan sahaja.
C. Mengandungi ayat gabungan dan ayat pancangan.
D. Mengandungi dua ayat pasif.
Pilih ayat majmuk campuran.
A. Ali membaca buku yang dibeli oleh ayahnya kerana dia rajin.
B. Ayah pergi ke kedai dan membeli surat khabar.
C. Saya tahu bahawa kamu sudah sampai.
D. Mereka menonton televisyen atau tidur.
Antara berikut, yang manakah contoh ayat majmuk campuran?
A. Ibu memasak nasi, dan kami makan bersama-sama setelah ayah pulang.
B. Adik membeli pensel atau pen.
C. Ahmad rajin belajar tetapi malas bersukan.
D. Rumah yang besar itu sudah dijual.
Ayat manakah yang mengandungi gabungan + pancangan?
A. Mereka bermain di taman apabila cuaca baik.
B. Ibu memasak lauk yang sedap itu lalu kami makan bersama.
C. Dia membeli baju yang cantik itu.
D. Saya tahu bahawa mereka sudah pergi.
Pilih ayat majmuk campuran yang betul.
A. Ali membaca buku dan saya membaca akhbar.
B. Mereka berharap supaya guru memahami masalah mereka lalu memberikan nasihat.
C. Dia datang tetapi tidak membawa hadiah.
D. Buku itu ditulis oleh penulis terkenal.
Antara berikut, yang manakah ayat majmuk berpasangan?
A. Bukan sahaja Ali rajin, malah dia sopan santun.
B. Ibu membeli sayur lalu memasaknya.
C. Saya tahu bahawa kamu akan berjaya.
D. Adik membaca buku yang dipinjam dari perpustakaan.
Pilih ayat majmuk berpasangan yang betul.
A. Sama ada kamu datang ataupun tidak, majlis tetap berjalan.
B. Dia belajar di sekolah dan saya di rumah.
C. Saya menunggu sehingga hujan berhenti.
D. Mereka makan selepas pulang sekolah.
Ayat berikut menunjukkan bentuk berpasangan, kecuali …
A. Semakin hari semakin sibuk.
B. Baik ayah mahupun ibu hadir ke majlis itu.
C. Mereka belajar kerana mahu berjaya.
D. Entah siapa entah di mana dia berada.
Kata hubung berikut digunakan dalam ayat majmuk berpasangan, kecuali …
A. bukan sahaja … malah …
B. baik … mahupun …
C. sama ada … ataupun …
D. apabila … maka …
Pilih ayat majmuk berpasangan yang lengkap.
A. Sama ada dia datang atau dia tidak hadir.
B. Baik guru mahupun murid sama-sama bergotong-royong.
C. Semakin dia belajar.
D. Entah siapa datang.
Apakah nama batu permata yang merujuk warna baju yang dipakai oleh cikgu Khir? (Jawapan anda hendaklah ditulis menggunakan HURUF BESAR)
(a)
Berapakah orang murid 4PD3 berstatus "murid harian"?
A. 5 orang
B. 6 orang
C. 7 orang
D. 8 orang
Apakah rumah sukan yang disertai oleh guru kelas anda?
A. Emerald
B. Topaz
C. Ruby
D. Sapphire
Siapakah nama Guru Kanan Mata Pelajaran Bidang Bahasa SMTTJ? (Sila tulis nama penuh beliau sahaja tanpa nama bapa beliau)
(a)
Apakah nama gelaran bagi surau STTJ?
A. al-Rayyan
B. al-Raudah
C. al-Amin
D. al-Hayyan
Berapakah bilangan kelas keseluruhan berdasarkan kursus yang ditawarkan di STTJ?
A. 19 kelas
B. 20 kelas
C. 21 kelas
D. 22 kelas
Siapakah guru yang menjawat jawatan Ketua Panitia Bahasa Melayu STTJ?
A. Harison Binti Mohd Hassan
B. Mohd Akhir bin Abd Jalil
C. Siti Fauziah Binti Abd Aziz
D. Mohd Za'Im Bin Sulaiman
Tuliskan moto penuh STTJ (Guna HURUF BESAR)
(a)
STTJ SEKOLAH KAMI
BAGAIKAN PELITA ILMU
MELALUI TEKNOLOGI
BERGERAK MAJU
Di atas ialah lirik lagu STTJ, berdasarkan pengetahuan bahasa anda, sila nyatakan penggunaan kata kerja tak transitif dalam lirik berkenaan.
(a)
STTJ YANG TERCINTA
JASAMU TAKKAN KU LUPA
WALAU DIMANA PUN JUA
MAJU DAN JAYA
Berdasarkan lirik lagu sekolah di atas, sila tuliskan contoh penggunaan kata hubung relatif? (Jawapan dalam HURUF BESAR)
(a)
