wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENGATURCARAAN TAHUN 5

Total questions: 10

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud struktur kawalan jujukan?

a)

Arahan yang dilaksanakan berulang kali tanpa henti

b)

Arahan yang dilaksanakan mengikut turutan langkah demi langkah

c)

Arahan yang dilaksanakan hanya apabila syarat benar

d)

Arahan yang dilaksanakan secara rawak

2.

Antara berikut, manakah contoh struktur kawalan pilihan?

a)

Ulangi melangkah 10 kali

b)

Jika lampu hijau, jalan; jika merah, berhenti

c)

Menyusun kasut dari kiri ke kanan

d)

Menulis nama dalam senarai pelajar

3.

Apakah tujuan struktur kawalan ulangan?

a)

Untuk menyusun arahan supaya lebih pendek

b)

Untuk memastikan semua langkah dibuat sekali sahaja

c)

Untuk melaksanakan arahan berkali-kali sehingga syarat tertentu dipenuhi

d)

Untuk memilih satu jawapan daripada banyak pilihan

4.

Beza utama antara struktur kawalan jujukan dan pilihan ialah…

a)

Jujukan mengikut turutan, pilihan bergantung kepada syarat

b)

Jujukan lebih cepat, pilihan lebih lambat

c)

Jujukan hanya untuk ulangan, pilihan untuk semua arahan

d)

Jujukan guna pseudokod, pilihan guna carta alir

5.

Struktur kawalan ulangan biasanya digunakan apabila…

a)

Kita perlu membuat keputusan sekali sahaja

b)

Kita perlu melaksanakan arahan tanpa syarat

c)

Kita perlu mengulang sesuatu proses berkali-kali

d)

Kita tidak mahu membuat sebarang pilihan

6.

Apakah maksud carta alir dalam pengaturcaraan?

a)

Senarai nombor dan simbol matematik

b)

Lakaran bentuk simbol untuk menunjukkan turutan langkah penyelesaian masalah

c)

Teks ringkas untuk menerangkan kod

d)

Rajah seni yang menunjukkan gambar komputer

7.

Apakah perbezaan utama antara carta alir dan pseudokod?

a)

Carta alir guna rajah dan simbol, pseudokod guna ayat dan teks ringkas

b)

Carta alir guna komputer, pseudokod guna kertas sahaja

c)

Carta alir hanya untuk matematik, pseudokod untuk sains

d)

Carta alir lebih cepat, pseudokod lebih lambat

8.

Simbol berbentuk berlian dalam carta alir digunakan untuk menunjukkan…

a)

Mula atau tamat program

b)

Proses arahan

c)

Keputusan atau pilihan

d)

Aliran data

9.

Arahan "Ulangi langkah sehingga syarat tercapai" mewakili struktur kawalan…

a)

jujukan

b)

pilihan

c)

ulangan

d)

input

10.

Mengapakah pseudokod digunakan sebelum menulis atur cara sebenar?

a)

Untuk menggantikan kod komputer sepenuhnya

b)

Untuk membantu menulis atur cara dengan lebih mudah dan tersusun

c)

Untuk menghasilkan rajah yang cantik

d)

Untuk memastikan komputer tidak rosak