wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kertas 1 Prinsip Perakaunan

Total questions: 40

Worksheet time: 24mins

Name
Class
Date
1.

Kedai Elektrik Sasa mengamalkan Q dalam perniagaannya.

Van telah direkod pada harga belian iaitu RM30 000 walaupun pada harga pasaran adalah RM15 000.

Apakah Q ?

a)

Ketekalan

b)

Prinsip Kos

c)

Kos manfaat

d)

Entiti Berasingan

2.

Antara berikut, manakah dokumen bukan sumber?

I Nota Serahan

II Pesanan Belian

III Makluman Debit

IV Baucar Pembayaran

a)

A I dan II

b)

B I dan III

c)

C II dan IV

d)

D III dan IV

3.

Encik Basir telah membawa masuk sebuah pendingin hawa peribadi untuk kegunaan perniagaan memandangkan cuaca yang panas sekarang. Manakah catatan bergu yang betul?

a)

A Lekapan(dt) Modal(kt)

b)

B Modal(dt)

Lekapan(kt)

c)

C Alatan pejabat(dt) Modal (kt)

d)

D Modal(dt)

Alatan pejabat(kt)

4.

Maklumat berikut diperoleh daripada Perniagaan Jerai pada 31 Disember 2023

Jualan 80 000

Belian 32 000

Pulangan keluar 230

Pulangan masuk 360

Inventori awal 14 600

Inventori akhir 24 500

Angkutan masuk 380

Berapakah untung kasar?

a)

A RM57 390

b)

B RM57 650

c)

C RM57 770

d)

D RM58 030

5.

Apakah tujuan Penyata Kedudukan Kewangan disediakan?

a)

A Mengetahui untung atau rugi bersih sesebuah perniagaan

b)

B Mengetahui untung atau rugi kasar sesebuah perniagaan

c)

C Menunjukkan semua hasil dan belanja perniagaan

d)

D Menunjukkan kedudukan kewangan perniagaan

6.

Pada 30 April 2024, kad inventori menunjukkan jumlah inventori akhir RM3 270. Manakah catatan yang betul?

a)

b)

c)

d)

7.

Apakah catatan jurnal bagi merekodkan insurans prabayar?

a)

A. Insurans (dt)

Insurans prabayar (Kt)

b)

B. Insurans prabayar(dt)

Insurans (kt)

c)

C. Insurans prabayar (dt)

Untung Rugi (kt)

d)

D. Untung rugi (dt)

Insuransprabayar(kt)

8.

Maklumat tambahan:

i) Seorang pelanggan didapati muflis dan hutangnya sebanyak RM800 dihapuskan sebagai hutang lapuk.

ii) Peruntukan hutang ragu diselaraskan kepada 5% daripada Akaun Belum Terima bersih.

Berapakah peruntukan hutang ragu yang direkodkan dalam Akaun Untung Rugi?

a)

A. RM945

b)

B.RM1 485

c)

C. RM1 525

d)

D. RM2 025

9.

Manakah menunjukkan kesilapan ketara?

a)

A. Jumlah jualan kredit bernilai RM6 000 tetapi direkodkan sebagai RM16 000

b)

B .Jualan tunai RM430 terlebih rekod sebanyak RM30 dalam Akaun Jualan dan Buku Tunai

c)

C. Belian barang niaga bernilai RM8 290 daripada Pembekal Bakar telah dicatat sebagai RM8 920 dalam kedua-dua akaun

d)

D. Belian barang niaga bernilai RM7 111 secara kredit daripada Pembekal Siti tidak direkodkan dalam mana-mana buku

10.

Jualan kepada Encik Adib RM2 002 tersalah rekod ke dalam akaun Encik Habib. Apakah jenis kesilapan tersebut?

a)

A. Kesilapan amaun

b)

B.Kesilapan prinsip

c)

C. Kesilapan komisen

d)

D.Kesilapan ketinggalan

11.

Perniagaan Muzaini memperoleh pulangan atas modal 16.3%. Manakah tafsiran yang betul?

a)

A Bagi setiap RM1 modal dilaburkan, untung kasar yang diperoleh ialah 16 sen

b)

B Bagi setiap RM1 modal dilaburkan, untung bersih yang diperoleh ialah 16 sen

c)

C Bagi setiap RM1 modal dilaburkan, untung kasar yang diperoleh ialah RM1.63

d)

D Bagi setiap RM1 modal dilaburkan, untung bersih yang diperoleh ialah RM1.63

12.

Antara berikut, manakah situasi rekod tak lengkap yang boleh berlaku dalam sesebuah perniagaan?

I Tiada kawalan tunai dalam perniagaan

II Tidak mengamalkan sistem catatan bergu

III Rekod-rekod perakaunan musnah dalam banjir

IV Peniaga tidak merancang perniagaan dengan baik

a)

A I dan II

b)

B I dan IV

c)

C II dan III

d)

D III dan IV

13.

Butiran manakah tidak diambil kira bagi mengemas kini Buku Tunai sebelum Penyata Penyesuaian Bank disediakan?

a)

A Cek tak laku

b)

B Perintah sedia ada

c)

C Cek bulan sebelumnya

d)

D Penerimaan terlebih catat

14.

Antara berikut, yang manakah butiran penerimaan dalam Belanjawan Tunai?

I Utiliti

II Modal

III Modal Faedah atas pinjaman

IV Faedah atas simpanan

a)

A I dan III

b)

B I dan IV

c)

C II dan III

d)

D II dan IV

15.

Ali dan Babu ialah pekongsi dalam Perkongsian Allibu yang tidak mempunyai ikatan perkongsian. Bagaimanakah pembahagian untung atau rugi antara pekongsi mengikut Akta Perkongsian 1

a)

A Dibahagikan mengikut nisbah modal

b)

B Dibahagikan mengikut 1 : 2

c)

C Dibahagikan mengikut 2 : 3

d)

D Dibahagikan sama rata

16.

Manakah yang menerangkan ciri syer biasa ?

a)

A Kadar dividen tetap

b)

B Dividen bersifat timbun tambah (kumulatif)

c)

C Dividen diterima terlebih dahulu daripada saham keutamaan

d)

D Mempunyai hak mengundi untuk melantik lembaga pengarah syarikat

17.

Apakah sumber pendapatan utama bagi kelab dan persatuan?

a)

A Yuran masuk

b)

B Yuran keahlian

c)

C Yuran pendaftaran

d)

D Yuran pertandingan

18.

Apakah sejarah perakaunan yang berlaku pada abad ke-14?

a)

A Wujudnya perakaunan kos

b)

B Permulaan sistem catatan bergu

c)

C Penemuan rekod awal perakaunan

d)

D Wujud penggunaan piawaian asas perakaunan

19.

Maklumat yang berikut merujuk kepada Perniagaan Haliza.

Memulakan perniagaan menjual pastry pada 1 Mac 2023. Tempoh perakaunan berakhir setiap 6 bulan.

Manakah benar tentang tempoh perakaunan Perniagaan Haliza?

a)

A 1 Mac 2023 hingga 31 Julai 2023

b)

B 1 Mac 2023 hingga 31 Ogos 2023

c)

C 1 Mac 2023 hingga 30 September 2023

d)

D 1 Mac 2023 hingga 31 Januari 2024

20.

Apakah entiti perniagaan X?

a)

A Perkongsian

b)

B Milikan tunggal

c)

C Syarikat awam berhad

d)

D Syarikat sendirian berhad

21.

Berapakah diskaun tunai yang diperoleh sekiranya pembayaran dibuat pada 10 Julai 2024?

a)

A RM153

b)

B RM170

c)

C RM306

d)

D RM340

22.

Antara berikut, yang manakah menunjukkan fungsi Buku Catatan Pertama?

a)

A Menyemak ketepatan catatan bergu

b)

B Sebagai rujukan bagi urus niaga yang direkodkan

c)

C Merekodkan urus niaga sekurang-kurangnya dua akaun

d)

D Meminimumkan kesilapan dan ketinggalan catatan urus niaga

23.

Berapakah nilai rekupmen daripada Ketua Juruwang mengikut Sistem Panjar pada 1 September 2024?

a)

A RM75

b)

B RM125

c)

C RM130

d)

D RM200

24.

Maklumat berikut diperoleh daripada Chau Trading. 2023

RM

Jan 1 Baki kredit Lejar Belian 4 500

Dis 31 Bayaran kepada Akaun Belum Bayar 26 300

Diskaun diterima 1 800

Angkutan dikenakan 350

Baki debit Lejar Belian 230

Baki kredit Lejar Belian 16 850

Berapakah jumlah belian kredit?

a)

A RM26 300

b)

B RM36 270

c)

C RM37 430

d)

D RM39 870

25.

Tujuan penyediaan Akaun Perdagangan adalah untuk mengetahui.......

a)

A untung atau rugi kasar perniagaan

b)

B untung atau rugi bersih perniagaan

c)

C jumlah aset dan liabiliti perniagaan

d)

D jumlah hasil dan belanja perniagaan

26.

Maklumat berikut menunjukkan pembelian mesin oleh sebuah firma sepanjang tahun 2023.

RM

1 Januari 2023 1 800

30 April 2023 3 600

31 Disember 2023 4 800

Polisi firma memperuntukkan susut nilai pada kadar 20% setahun mengikut kaedah baki berkurangan.

Berapakah susut nilai bagi tahun berakhir 31 Disember 2023?

a)

A RM600

b)

B RM840

c)

C RM900

d)

D RM920

27.

Apakah Y?

a)

A Dividen

b)

B Cek tak laku

c)

C Pindahan kredit

d)

D Faedah atas simpanan

28.

Apakah rumus untuk menghitung Kos Prima?

a)

A Kos Buruh Langsung + Kos Overhed

b)

B Kos Bahan Langsung + Kos Buruh Langsung

c)

C Kos Buruh Langsung + Belanja Langsung + Kos Overhed

d)

D Kos Bahan Langsung + Kos Buruh Langsung + Belanja Langsung

29.

Maklumat berikut diperoleh daripada buku Kilang Minuman Jus Sedap pada 31 Ogos 2024.

▪ Kos berubah pengeluaran jus minuman sebotol RM4.50.

▪ Harga jualan jus minuman sebotol RM8.50.

▪ 15 000 botol jus minuman telah dipasarkan bagi mencapai sasaran keuntungan RM10 000.

Hitung Kos Tetap.

a)

A RM50 000

b)

B RM60 000

c)

C RM65 000

d)

D RM110 000

30.

Puan Melur seorang pembekal alat tulis telah menghantar barangan yang dipesan oleh pelanggan dengan nota serahan dan invois. Selepas beberapa hari kemudian, beliau mendapati bahawa invois tersebut terkurang caj.

Dokumen manakah yang perlu dihantar oleh Puan Melur kepada pelanggannya untuk membetulkan invois tersebut?

a)

A Nota Debit

b)

B Nota Kredit

c)

C Makluman Debit

d)

D Makluman Kredit

31.

Antara berikut, maklumat manakah boleh direkod ke dalam Buku Tunai Runcit?

I Ambilan barang niaga RM40

II Membeli dakwat pencetak RM50

III Membayar pos bungkusan RM30

IV Membayar upah pekerja RM300

a)

A I dan II

b)

B I dan IV

c)

C II dan III

d)

D II dan IV

32.

Dalam catatan penutupan, alat tulis yang belum digunakan akan dipindahkan ke

a)

A Penyata Kedudukan Kewang

b)

B Akaun Perdagangan

c)

C Akaun Untung Rugi

d)

D Akaun Bank

33.

Apakah yang dimaksudkan dengan peruntukan hutang ragu?

a)

A Hutang lapuk dihapuskan

b)

B Hutang lapuk yang akan dikutip

c)

C Hutang yang dianggarkan tidak dapat dikutip

d)

DHutang yang dikutip semula setelah dihapuskan

34.

Maklumat di bawah dipetik daripada Perniagaan Sufi mengenai mesin yang dimilikinya.

RM

Mesin (kos) 96 000

Susut nilai terkumpul 28 800

Berapakah harga pelupusan mesin tersebut jika pemilik perniagaan mengalami rugi atas pelupusan berjumlah RM 14 300.

a)

A RM52 900

b)

B RM67 200

c)

C RM81 500

d)

D RM81 700

35.

Maklumat yang berikut diambil daripada buku-buku Syarikat Ammar.

RM

Jualan tunai 50 400

Jualan kredit 68 000

Belian kredit 48 000

Inventori purata 22 000

Kos jualan 60 900

Akaun belum terima 6 800

Akaun belum bayar 4 700

Modal pada 1 Januari 2024 110 000

Hitung tempoh kutipan hutang Syarikat Ammar.

a)

A 34 hari

b)

B 36 hari

c)

C 37 hari

d)

D 49 hari

36.

Maklumat komisen belum terperoleh Encik Razak seperti berikut.

RM

1 Januari 2023 500

31 Disember 2023 340

Berapakah komisen diterima En. Razak untuk tahun 2023 jika nilai yang dibankkan sepanjang tempoh itu ialah RM6 230?

a)

A RM5 390

b)

B RM6 070

c)

C RM6 390

d)

D RM7 070

37.

Apakah P dan Q?

a)

A. P Lejar Am,

Q Lejar Subsidiari

b)

B. P Lejar Subsidiari

Q Lejar Am

c)

C. P Akaun perorangan

Q Akaun bukan perorangan

d)

D. P Akaun Bukan perorangan

Q Akaun perorangan

38.

Maklumat tambahan:

i) Seorang pelanggan didapati muflis dan baki hutangnya RM 300 kira sebagai hutang lapuk.

ii)Peruntukan hutang ragu diselaraskan pada kadar 2% atas Akaun Belum Terima

Apakah catatan pelarasan Peruntukan Hutang Ragu dalam Akaun Untung Rugi bagi tahun berakhir 30 Jun 2025

a)

A. Pertambahan Peruntukan Hutang Ragu RM156

b)

B. Pengurangan Peruntukan Hutang Ragu RM156

c)

C. Pertambahan Peruntukan Hutang Ragu RM806.

d)

D. Pengurangan Peruntukan Hutang Ragu RM806

39.

Maklumat berikut diperoleh daripada Pasar Raya Swift pada 1 April 2024.

Lengkapan (kos) RM60 000

Usia guna 8 Tahun

Nilai skrap RM2 000

Berapakah susut nilai lengkapan pada 3l Mac 2025?

a)

A. RM7 750

b)

B. RM7 5OO

c)

C. RM7 250

d)

D. RM 7 1OO

40.

Apakah maklumat penting untuk mengira keuntungan sesebuah perniagaan yang tidak menyimpan rekod dengan lengkap?

a)

A. Baki pinjaman bank

b)

B. Jumlah belanja pengiklanan

c)

C. Baki modal awal dan modal akhir

d)

D. Jumlah pelaburan jangka panjang