Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Soalan Keselamatan di Tempat Kerja 2

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Pilih langkah keselamatan yang perlu dipatuhi semasa bekerja dengan komponen elektrik.

a)

Menggunakan PPE yang sesuai

b)

Bekerja tanpa latihan keselamatan

c)

Mengabaikan prosedur kerja selamat

d)

Menyentuh komponen tanpa memeriksa bekalan elektrik

2.

Mengapakah penting untuk memeriksa alat pemasangan sebelum digunakan?

a)

Untuk mengurangkan kebergantungan kepada PPE

b)

Untuk memastikan alat tersebut boleh digunakan oleh semua pekerja

c)

Untuk meningkatkan kecekapan kerja dengan menggunakan alat yang mahal

d)

Untuk memastikan alat berada dalam keadaan baik dan selamat digunakan

3.

Seorang juruteknik ditugaskan untuk menggunakan peralatan pemasangan berat yang jarang digunakan. Sebelum memulakan kerja, beliau melakukan pemeriksaan menyeluruh terhadap alat tersebut dan menemui beberapa bolt yang longgar. Apakah kepentingan utama tindakan juruteknik tersebut dari segi keselamatan di tempat kerja?

a)

Memastikan setiap pekerja memakai PPE semasa bekerja

b)

Memastikan alat tersebut boleh digunakan oleh semua pekerja

c)

Mengurangkan keperluan penyelenggaraan berkala bagi peralatan

d)

Membantu mengesan sebarang kecacatan atau kerosakan sebelum digunakan

4.

Pilih peralatan yang digunakan untuk menyambungkan komponen elektrik melalui proses pematerian.

a)

Test pen

b)

Alat pateri

c)

Gerudi elektrik

d)

Pemutar skru elektrik

5.

Apakah fungsi utama sarung tangan penebat dari segi keselamatan dalam pemasangan elektrik?

a)

Menghalang tangan daripada berpeluh

b)

Mengurangkan geseran semasa bekerja

c)

Melindungi tangan daripada kejutan elektrik dan luka

d)

Meningkatkan cengkaman tangan ketika memegang komponen

6.

Bagaimana cara terbaik untuk menukar nombor perpuluhan ke nombor binari?

a)

Dengan menukar setiap digit perpuluhan kepada digit binari secara langsung

b)

Dengan menukar nombor perpuluhan ke heksadesimal dahulu sebelum binari

c)

Dengan menggunakan nombor perpuluhan sebagai nombor binari secara langsung

d)

Dengan membahagikan nombor perpuluhan dengan 2 secara berulang dan mencatatkan baki

7.

Tentukan kebenaran bagi jadual kebenaran untuk get OR apabila kedua-dua masukan adalah 1?

a)

0

b)

1

c)

Tidak dapat ditentukan

d)

Bergantung pada keadaan litar

8.

Tukarkan 255 dalam bentuk heksadesimal.

a)

FF

b)

255

c)

377

d)

11111111

9.

Pilih persamaan Boolean yang mewakili get AND.

a)

Y = A̅

b)

Y = A . B

c)

Y = A + B

d)

Y = A ⊕ B

10.

Mengapa sistem nombor binari digunakan dalam litar elektronik digital?

a)

Kerana ia lebih mudah dibaca oleh manusia

b)

Kerana ia menggunakan lebih banyak angka untuk mewakili nilai yang besar

c)

Kerana ia menggantikan semua sistem nombor lain dalam kehidupan seharian

d)

Kerana ia hanya menggunakan dua nombor, 0 dan 1, yang sesuai untuk litar elektronik

11.

Mengapakah miniature circuit breaker (mcb) perlu dipasang pada litar kawalan motor?

a)

Sebagai komponen dalaman motor untuk memulakan putaran motor

b)

Sebagai komponen bagi litar kawalan untuk menghidupkan (on) dan mematikan (off)

c)

Sebagai pemutus litar sekiranya terjadi beban lampau atau litar pintas pada motor

d)

Sebagai komponen bagi litar kawalan untuk putaran ke hadapan (forward) dan balikan (reverse)

12.

Bagaimana soft starter membantu dalam operasi motor elektrik?

a)

Dengan menukar motor DC kepada motor AC secara automatik

b)

Dengan menghapuskan keperluan untuk penyelenggaraan motor

c)

Dengan membekalkan voltan maksimum secara serta-merta kepada motor

d)

Dengan mengawal peningkatan voltan secara perlahan-lahan untuk mengurangkan hentakan arus permulaan

13.

Seorang juruteknik mencadangkan kepada pengurus operasi supaya motor elektrik di dalam plant process diselenggara secara berkala. Apakah justifikasi terhadap cadangan tersebut?

a)

Supaya motor boleh digunakan tanpa had

b)

Supaya motor tidak memerlukan minyak pelincir

c)

Supaya motor boleh beroperasi lebih pantas daripada spesifikasi asal

d)

Supaya motor dapat beroperasi dengan efisien dan mengelakkan kegagalan sistem

14.

Apakah yang dimaksudkan dengan rintangan dalam litar elektrik?

a)

Kadar perubahan arus dalam litar

b)

Jumlah tenaga yang digunakan oleh litar

c)

Daya yang menyebabkan elektron bergerak dalam litar

d)

Ukuran sejauh mana komponen menentang aliran arus elektrik

15.

Mengapakah motor DC digunakan pada kren?

a)

Kerana ia lebih ringan daripada motor AC

b)

Kerana ia mempunyai kelajuan tetap yang tinggi

c)

Kerana ia tidak memerlukan sumber tenaga yang besar

d)

Kerana ia menghasilkan daya kilas (tork) yang tinggi pada arus rendah

16.

Namakan peranti yang boleh mengelakkan motor hidup dengan sendiri setelah berlaku kegagalan bekalan.

a)

Fius

b)

Contactor

c)

Pemutus litar

d)

Overload relay

17.

Mengapa pengujian kualiti penting dalam pemasangan sistem elektrik dan elektronik?

a)

Untuk mengurangkan keperluan pekerja dalam pemasangan

b)

Supaya pemasangan boleh dilakukan tanpa perlu pemeriksaan lanjut

c)

Supaya sistem dapat digunakan tanpa memerlukan prosedur keselamatan

18.

Apakah fungsi utama sistem automasi elektrik dan elektronik dalam industri?

a)

Menggantikan sepenuhnya tenaga manusia

b)

Mengurangkan penggunaan tenaga elektrik

c)

Menghapuskan keperluan penyelenggaraan peralatan

d)

Meningkatkan kecekapan operasi dan keselamatan sistem

19.

Seorang juruteknik telah menjalankan pemasangan sistem instrumentasi dan melakukan pemeriksaan terhadap semua sambungan serta komponen yang terlibat. Selepas itu, penyelia projek pula membuat semakan akhir sebelum sistem diserahkan untuk digunakan. Berdasarkan situasi ini, yang manakah tidak menggambarkan perbezaan sebenar antara job verification dan job approval?

a)

Job approval biasanya diberikan oleh penyelia projek, jurutera, atau inspektor keselamatan

b)

Job verification biasanya dilakukan oleh juruteknik yang membuat pemasangan tersebut

c)

Job verification ialah pemeriksaan terperinci terhadap setiap sambungan, komponen, dan aliran tenaga elektrik

d)

Job approval memberikan jaminan bahawa sistem yang dipasang selamat untuk digunakan dan memenuhi semua syarat yang ditetapkan

20.

Bagaimana pemasangan sistem elektrik yang baik dapat memastikan keselamatan pengguna?

a)

Dengan mengurangkan kos bahan yang digunakan

b)

Dengan memastikan pemeriksaan dan kelulusan pemasangan dilakukan oleh orang yang sama

c)

Dengan memastikan sambungan dan penebat dilakukan mengikut piawaian keselamatan

d)

Dengan menggunakan komponen elektrik yang mahal lantas tidak perlu melakukan ujian kualiti