NEW
Font size
WorksheetsTugasan EDUP3133-Kuiz 2
Total questions: 60
Worksheet time: 3600secs
Apakah maksud Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence)?
Teknologi yang membolehkan mesin meniru proses kognitif manusia seperti pembelajaran, penaakulan, dan penyelesaian masalah
Teknologi yang membolehkan manusia mengawal mesin sepenuhnya melalui arahan suara sahaja
Teknologi yang membolehkan mesin berkomunikasi secara langsung dengan manusia tanpa sebarang had
Teknologi yang membolehkan mesin beroperasi tanpa memerlukan sebarang data atau maklumat
Apakah contoh aplikasi Kecerdasan Buatan dalam kehidupan seharian?
Pemilihan laluan trafik secara dinamik dalam aplikasi navigasi
Pengenalan wajah untuk membuka kunci telefon pintar
Pembantu maya seperti Siri dan Google Assistant
Pemprosesan transaksi kad kredit secara automatik
Apakah yang dimaksudkan dengan Realiti Terimbuh (Augmented Reality)?
Penggunaan teknologi untuk mencipta dunia maya yang bersaingan daripada realiti fizikal
Integrasi elemen digital ke dalam persekitaran dunia sebenar secara masa nyata
Gabungan antara realiti maya dan realiti campuran tanpa interaksi dengan dunia sebenar
Pengalaman maya sepenuhnya yang tidak melibatkan dunia sebenar
Aplikasi manakah yang menggunakan Realiti Terimbuh?
Google Translate dengan ciri kamera AR
Snapchat dengan penapis AR
Google Maps dengan ciri AR
Pokemon Go
Apakah perbezaan utama antara Realiti Maya (Virtual Reality) dan Realiti Terimbuh (Augmented Reality)?
Realiti Maya mencipta persekitaran sepenuhnya maya, manakala Realiti Terimbuh menambah elemen maya ke dunia sebenar
Realiti Terimbuh memerlukan penggunaan alat kawalan khas, Realiti Maya tidak
Realiti Maya membenarkan interaksi dengan objek fizikal, Realiti Terimbuh tidak
Realiti Maya hanya digunakan dalam bidang pendidikan, Realiti Terimbuh hanya untuk hiburan
Apakah itu Realiti Campuran (Mixed Reality)?
Penciptaan persekitaran maya sepenuhnya tanpa elemen dunia sebenar
Gabungan dunia sebenar dan maya yang berinteraksi secara langsung
Penggabungan objek maya ke dalam dunia sebenar dengan interaksi dua hala antara objek maya dan persekitaran fizikal
Integrasi unsur maya ke dalam dunia sebenar tanpa interaksi antara keduanya
Gamifikasi dalam pendidikan bermaksud:
Mengaplikasikan prinsip reka bentuk permainan untuk mencapai objektif pembelajaran
Menggunakan permainan digital semata-mata sebagai alat utama dalam pengajaran
Mengintegrasikan sistem ganjaran dan cabaran seperti dalam permainan ke dalam aktiviti pembelajaran
Menggunakan elemen permainan dalam proses pembelajaran untuk meningkatkan motivasi dan penglibatan pelajar
Apakah tujuan utama gamifikasi dalam pendidikan?
Meningkatkan pembelajaran kolaboratif dan persaingan sihat antara pelajar
Meningkatkan motivasi dan penglibatan pelajar
Menggalakkan pemikiran kritis melalui elemen permainan
Mengurangkan tekanan dan kebosanan dalam proses pembelajaran
Apakah itu Scratch dalam konteks pendidikan?
Persekitaran pengaturcaraan visual yang membolehkan pelajar membina projek interaktif seperti animasi dan permainan
Perisian simulasi matematik lanjutan untuk analisis data besar
Platform pengurusan pembelajaran berasaskan awan untuk kursus universiti
Alat penciptaan realiti maya untuk latihan industri
Bagaimanakah Scratch membantu pelajar dalam pembelajaran?
Mengurangkan kebergantungan kepada teknologi dalam pembelajaran
Menggalakkan pemikiran logik dan kreativiti melalui pembinaan projek interaktif
Menghapuskan keperluan untuk kolaborasi antara pelajar
Menggantikan keperluan untuk memahami konsep asas pengaturcaraan
Minecraft digunakan dalam pembelajaran untuk:
Mengurangkan keupayaan pelajar untuk berfikir secara kritis
Menerapkan konsep STEM melalui simulasi dan kolaborasi
Menggantikan sepenuhnya kaedah pengajaran tradisional
Membina dunia maya dan menyelesaikan masalah secara kreatif
Apakah kelebihan menggunakan Minecraft dalam pendidikan?
Mengurangkan interaksi sosial dalam kalangan pelajar
Menyokong pembelajaran kolaboratif dan penyelesaian masalah
Meningkatkan motivasi pelajar melalui pembelajaran berasaskan permainan
Meningkatkan kemahiran kerjasama dan kreativiti
Apakah maksud Internet Kebendaan (Internet of Things, IoT)?
Penggunaan internet untuk mengakses maklumat secara manual oleh pengguna
Rangkaian peranti fizikal yang saling berhubung dan mampu mengumpul serta bertukar data melalui internet tanpa campur tangan manusia secara langsung
Proses menghubungkan hanya komputer dan telefon pintar ke internet untuk tujuan komunikasi
Sistem yang membolehkan manusia berinteraksi secara maya melalui media sosial sahaja
Contoh peranti yang menggunakan Internet Kebendaan ialah:
Peti sejuk pintar
Jam tangan pintar
Televisyen pintar
Pembantu suara pintar (seperti Google Home atau Amazon Echo)
Apakah itu Teknologi Cloud?
Penyimpanan dan akses data melalui internet
Penyimpanan data dalam rangkaian tempatan tanpa akses internet
Penggunaan pelayan jauh untuk memproses dan menyimpan data yang boleh diakses secara atas talian
Penyimpanan data dalam peranti mudah alih secara eksklusif
Big Data merujuk kepada:
Set data yang sangat besar, pelbagai, dan berkembang pesat yang memerlukan teknik analisis dan penyimpanan khusus
Data yang hanya digunakan untuk tujuan arkib dan tidak dianalisis
Data yang hanya boleh diproses menggunakan perisian asas seperti spreadsheet
Data yang terdiri daripada satu jenis sahaja dan tidak berubah-ubah
Revolusi Industri 4.0 menekankan penggunaan:
Teknologi maklumat, komunikasi, dan sistem siber-fizikal
Teknologi mekanikal dan elektrik tanpa integrasi digital
Teknologi digital, automasi, dan data besar
Penggunaan tenaga kerja manusia dengan bantuan mesin tradisional
Apakah impak utama perkembangan teknologi terkini terhadap pendidikan?
Meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar kerana bergantung seratus peratus kepada teknologi
Menghapuskan sepenuhnya peranan pendidik dalam proses pembelajaran
Memudahkan akses kepada maklumat dan pembelajaran secara interaktif serta memperkasa pembelajaran kendiri
Menggantikan sepenuhnya interaksi sosial dalam kalangan pelajar
Bagaimanakah teknologi terkini membantu pelajar kurang upaya?
Menyediakan alat bantu pembelajaran digital yang disesuaikan dengan keperluan individu
Menggantikan sepenuhnya peranan guru dalam pendidikan pelajar kurang upaya
Mengurangkan interaksi sosial dalam kalangan pelajar kurang upaya
Menghapuskan keperluan untuk penyesuaian kurikulum bagi pelajar kurang upaya
Apakah cabaran utama penggunaan teknologi terkini dalam pendidikan?
Jurang digital antara pelajar bandar dan luar bandar
Kos penyelenggaraan dan infrastruktur yang tinggi
Kebimbangan terhadap keselamatan data dan privasi pelajar
Kekurangan latihan profesional untuk guru dalam penggunaan teknologi
Apakah kelebihan utama penggunaan Big Data dalam pendidikan?
Membantu menganalisis prestasi pelajar secara lebih mendalam
Menggantikan sepenuhnya peranan guru dalam bilik darjah
Mengurangkan keperluan untuk penilaian berterusan
Membolehkan perancangan kurikulum yang lebih bersasar berdasarkan data
Teknologi Cloud membolehkan pelajar:
Menggantikan sepenuhnya keperluan interaksi dengan pensyarah
Mengakses bahan pembelajaran secara kolaboratif dan masa nyata dari pelbagai lokasi
Mengakses bahan pembelajaran hanya melalui peranti khusus di makmal komputer
Menyimpan data pembelajaran tanpa sebarang risiko keselamatan
Bagaimanakah Realiti Maya boleh digunakan dalam pendidikan?
Menggantikan semua kaedah pengajaran tradisional tanpa pengecualian
Menghapuskan sepenuhnya peranan guru dalam proses pembelajaran
Membawa pelajar ke persekitaran maya untuk pengalaman pembelajaran interaktif dan simulasi situasi dunia sebenar
Mengurangkan kebergantungan kepada bahan pembelajaran fizikal dan membolehkan pembelajaran kendiri yang lebih mendalam
Apakah kelebihan utama penggunaan Internet Kebendaan dalam pendidikan?
Meningkatkan kebergantungan pelajar kepada teknologi tanpa kawalan
Memudahkan pemantauan dan pengurusan peranti pembelajaran secara masa nyata
Membolehkan analisis data pembelajaran untuk memperibadikan pengalaman pelajar
Mengurangkan keperluan interaksi antara pelajar dan guru
Apakah impak negatif penggunaan teknologi terkini dalam pendidikan?
Pengurangan kemahiran berfikir kritis akibat kebergantungan teknologi
Peningkatan risiko penipuan siber dan keselamatan data
Ketagihan gajet dan kurang interaksi sosial
Peningkatan jurang digital antara pelajar bandar dan luar bandar
Bagaimanakah guru boleh memanfaatkan gamifikasi dalam pengajaran?
Menggantikan sepenuhnya kaedah pengajaran tradisional dengan permainan digital tanpa integrasi kurikulum
Mengaplikasikan sistem ganjaran, lencana, dan papan kedudukan untuk mendorong persaingan sihat dalam kalangan pelajar
Mengurangkan interaksi antara pelajar dan guru dengan hanya menggunakan aplikasi permainan
Menggunakan elemen permainan untuk meningkatkan motivasi dan penglibatan pelajar dalam pembelajaran
Apakah ciri utama Revolusi Industri 4.0?
Penggunaan tenaga elektrik untuk pengeluaran secara besar-besaran
Integrasi teknologi siber-fizikal, automasi, dan penggunaan data besar dalam proses industri
Pengenalan sistem pengeluaran berasaskan air dan mekanikal
Penggunaan mesin wap secara meluas dalam pengeluaran barangan
Bagaimanakah perkembangan teknologi terkini boleh membantu pembelajaran sepanjang hayat?
Menyukarkan pelajar untuk menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi
Membolehkan pembelajaran fleksibel, kolaboratif, dan akses kepada sumber global secara masa nyata
Mengurangkan keupayaan pelajar untuk belajar secara kendiri
Menghadkan interaksi antara pelajar dan pendidik kepada kaedah tradisional sahaja
Apakah maksud pelajar sebagai warganegara digital?
Pelajar guna teknologi digital secara bertanggungjawab, beretika, faham hak dan tanggungjawab dalam keselamatan, privasi dan undang-undang siber
Pelajar guna teknologi digital hanya untuk sosial tanpa ambil kira peranan dalam ilmu dan kemahiran digital
Pelajar guna teknologi digital hanya untuk hiburan tanpa fikir implikasi sosial, undang-undang dan etika
Pelajar tidak terlibat dalam penggunaan teknologi digital
Antara berikut, yang manakah merupakan contoh etika penggunaan teknologi?
Mengakses data peribadi tanpa kebenaran
Guna perisian tidak berlesen
Sebar maklumat sulit tanpa kebenaran
Menghormati hak cipta dan dapatkan lesen sah
Apakah yang dimaksudkan dengan keselamatan dalam talian?
Melindungi data peribadi dan privasi daripada ancaman siber
Mengakses Wi-Fi awam tanpa perlindungan
Berkongsi kata laluan dengan orang lain
Mengabaikan kemas kini dan amaran keselamatan
Antara berikut, yang manakah cabaran utama dalam pengintegrasian teknologi dalam pendidikan?
Kecenderungan pelajar kepada pembelajaran tradisional
Sikap guru terhadap perubahan pedagogi dan budaya kerja
Kekurangan latihan profesional dan kemahiran digital pendidik
Keterbatasan infrastruktur digital dan akses sumber elektronik
Mengapakah literasi digital penting kepada pelajar masa kini?
Menilai, guna beretika, hasil maklumat digital secara kritis & bertanggungjawab
Ganti pembelajaran bersemuka dengan maya tanpa kira keberkesanan
Akses platform digital tanpa batasan etika/undang-undang
Bebas muat turun/sebar kandungan tanpa kira hak cipta/privasi
Apakah yang dimaksudkan dengan hak harta intelek dalam penggunaan teknologi?
Hak menyalin, ubah suai, edarkan karya orang lain tanpa batasan undang-undang
Hak eksklusif miliki, kawal, lindungi ciptaan sendiri daripada penggunaan tanpa kebenaran
Hak memadam, ubah atau akses data peribadi orang lain tanpa persetujuan
Hak mutlak akses, muat turun, guna semua maklumat digital tanpa kira hak cipta atau privasi
Plagiat boleh dielakkan dengan cara berikut, kecuali:
Parafrasa & sitasi tepat ikut gaya akademik
Salin bulat-bulat tanpa atribusi
Senaraikan semua sumber rujukan dengan konsisten
Pastikan maklumat dari sumber sahih & relevan
Undang-undang siber bertujuan untuk:
Membenarkan akses tanpa kawalan kepada data peribadi
Menggalakkan maklumat palsu dan penipuan digital
Melindungi privasi, keselamatan data, dan integriti pengguna dalam talian
Mengurangkan penggunaan teknologi maklumat dan menghalang inovasi
Antara berikut, yang manakah merupakan cabaran bagi pelajar berkeperluan pendidikan khas dalam pengintegrasian teknologi?
Kekurangan motivasi guna teknologi sebagai alat pembelajaran
Keterbatasan akses peranti/perisian mesra pengguna dan sokongan pembelajaran sesuai
Beban tugasan dalam talian yang kompleks dan perlukan pengurusan masa
Ketiadaan guru pakar dalam pedagogi teknologi pendidikan khas
Sokongan organisasi dalam pengintegrasian teknologi merujuk kepada:
Pelajar belajar sendiri tanpa teknologi atau bimbingan institusi
Ibu bapa beli peranti tanpa rujuk polisi sekolah
Sekolah sediakan infrastruktur, latihan, dan dasar untuk sokong teknologi dalam pendidikan
Guru mengajar tanpa teknologi atau sokongan organisasi
Apakah tindakan yang boleh diambil untuk melindungi kerahsiaan maklumat pelajar?
Mendedahkan maklumat pelajar secara terbuka tanpa kebenaran
Guna perisian tidak sah/tidak dikemas kini
Dasar data ketat, enkripsi, dan pengesahan berbilang faktor
Mengabaikan protokol keselamatan siber
Antara berikut, yang manakah bukan cabaran pengintegrasian teknologi dalam pendidikan?
Keterbatasan infrastruktur teknologi di institusi pendidikan
Tahap literasi digital dan motivasi pelajar yang rendah
Pembangunan profesional berterusan untuk pendidik dan pentadbir
Kekurangan dasar institusi yang menyokong inovasi teknologi
Mengapakah etika penting dalam penggunaan teknologi di sekolah?
Penggunaan teknologi secara beretika dan bertanggungjawab
Membenarkan plagiat tanpa kebenaran
Mendedahkan data peribadi secara terbuka
Mengehadkan penggunaan teknologi dalam pembelajaran
Apakah contoh undang-undang siber yang perlu dipatuhi oleh pelajar?
Akta Pemajuan Perumahan 1966
Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
Akta Perdagangan Antarabangsa 2010
Akta Pengangkutan Jalan 1987
Bagaimanakah pelajar boleh memastikan keselamatan dalam talian?
Menggunakan kata laluan yang mudah diteka
Tidak berkongsi maklumat peribadi, guna pengesahan dua faktor, dan pastikan sambungan internet selamat
Abaikan kemas kini dan tidak guna antivirus
Membuka lampiran e-mel tanpa semak sumber dan muat turun perisian dari laman tidak diketahui
Apakah kepentingan latihan kemahiran kepada guru dalam pengintegrasian teknologi?
Guru boleh guna teknologi secara efektif, kreatif dan inovatif dalam pengajaran berpusatkan pelajar
Guru kekal guna kaedah tradisional tanpa perlu sesuaikan dengan teknologi
Guru elak cabaran penggunaan teknologi di kelas
Guru hanya guna bahan bercetak seperti buku teks
Antara berikut, yang manakah bukan peranan pelajar sebagai warganegara digital?
Melindungi data peribadi dari risiko siber
Mengamalkan etika & tanggungjawab teknologi
Mengedar maklumat tidak sahih
Menghormati privasi digital & patuh undang-undang data
Bagaimanakah organisasi boleh membantu pengintegrasian teknologi untuk pelajar berkeperluan khas?
Mengabaikan keperluan teknologi pelajar berkeperluan khas.
Menyediakan peranti, perisian adaptif, dan latihan berdasarkan keperluan individu.
Mengehadkan akses kepada teknologi dan alat bantu.
Melarang penggunaan teknologi oleh pelajar berkeperluan khas.
Apakah risiko utama jika pelajar tidak mengamalkan keselamatan dalam talian?
Mendapat akses kepada maklumat berbahaya atau tidak sah
Menggunakan teknologi tanpa etika dan keselamatan
Memperluas rangkaian sosial tanpa kawalan privasi
Maklumat peribadi terdedah kepada eksploitasi dan risiko penipuan atau serangan siber
Mengapakah penyebaran maklumat palsu di internet perlu dielakkan?
Menimbulkan kekeliruan, panik sosial dan menjejaskan reputasi
Mempercepat penularan maklumat tanpa penapisan sahih
Merangsang pemikiran kritis pelajar universiti
Mendorong pelajar meniru kerja akademik tanpa integriti
Apakah cabaran utama bagi pelajar berlainan kebolehan akademik dalam penggunaan teknologi?
Semua pelajar mempunyai literasi digital yang sama
Jurang kefahaman, kemahiran digital, dan akses peranti/internet
Semua pelajar memilih pembelajaran digital berbanding tradisional
Latihan tambahan tidak diperlukan kerana semua sudah mahir
Bagaimanakah pelajar boleh mengelakkan plagiat dalam tugasan mereka?
Mengambil maklumat tanpa menyatakan rujukan
Parafrasa, sintesis idea, dan beri rujukan yang betul
Sembunyi atau manipulasi maklumat sumber
Menyalin bulat-bulat tanpa parafrasa atau analisis
Apakah peranan utama guru dalam pengintegrasian teknologi di sekolah?
Mengabaikan perkembangan teknologi pendidikan
Menggalakkan pelajar meniru tanpa etika
Membimbing pelajar guna teknologi secara beretika dan selamat
Menghalang pelajar akses sumber digital
Antara berikut, yang manakah bukan cabaran dari segi sokongan organisasi dalam pengintegrasian teknologi?
Kekurangan staf IT berkemahiran
Peruntukan kewangan terhad
Keterbatasan infrastruktur digital
Program pembangunan profesional berterusan
Mengapakah penting untuk melindungi hak harta intelek dalam dunia digital?
Karya digital boleh diedar tanpa sekatan undang-undang atau etika
Semua orang boleh meniru dan guna karya orang lain tanpa kebenaran
Karya kekal tersembunyi dan tidak boleh diakses umum
Pencipta dapat pengiktirafan undang-undang dan ganjaran ekonomi, galak inovasi digital
Apakah tindakan yang boleh diambil oleh pelajar untuk meningkatkan literasi digital mereka?
Menyertai kursus, seminar, atau projek digital
Menggunakan teknologi untuk rekreasi dan permainan
Menggunakan teknologi dalam tugasan akademik sahaja
Memerhatikan perkembangan teknologi terkini
Bagaimanakah organisasi boleh memastikan infrastruktur teknologi mencukupi di sekolah?
Melabur dalam peralatan moden, rangkaian laju, dan sokongan teknikal berterusan
Menghadkan keperluan kepada penggunaan teknologi penting sahaja
Menggunakan peralatan dan perisian yang sedia ada
Hadkan penggunaan internet untuk aktiviti pengajaran
Apakah kesan negatif jika pelajar tidak mengamalkan etika penggunaan teknologi?
Pembelajaran tidak kondusif akibat salah guna maklumat digital
Pelanggaran privasi, maklumat palsu, integriti akademik terjejas
Pelajar menilai maklumat secara kritis tanpa bimbingan
Keselamatan siber institusi sentiasa terjamin
Antara berikut, yang manakah merupakan contoh cabaran infrastruktur teknologi di sekolah?
Semua warga sekolah terima latihan perisian pendidikan
Pelajar bermotivasi guna platform digital
Guru mengintegrasi teknologi terkini dalam pengajaran
Jalur lebar terhad & rangkaian internet tidak stabil di luar bandar
Mengapakah penting untuk menyediakan latihan kemahiran kepada pelajar berkeperluan khas dalam penggunaan teknologi?
Dapat kuasai teknologi secara berdikari, tingkat kebergantungan kendiri dan setara rakan sebaya
Hanya bergantung pada guru tanpa membina keupayaan sendiri
Tidak terdedah kepada inovasi teknologi yang boleh meningkatkan kualiti hidup
Tidak perlu adaptasi teknologi dalam pembelajaran dan kehidupan
Antara berikut, yang manakah merupakan contoh aplikasi Realiti Maya dalam pendidikan?
Google Classroom
Google Expeditions VR
Microsoft Word
Apakah langkah terbaik untuk memastikan keselamatan data peribadi pelajar dalam talian?
Menggunakan kata laluan yang mudah diingat dan ringkas
Menyimpan kata laluan di dalam buku catatan peribadi
Melakukan kemas kini perisian keselamatan sekali sekala
Mengaktifkan pengesahan dua faktor dan tidak berkongsi maklumat peribadi secara terbuka
