NEW
Font size
WorksheetsQUIZ ARDUINO
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Apakah maksud IDE dalam Arduino IDE?
A. Integrated Development Environment
B. Integrated Device Editor
C. Input Data Encoder
D. Internal Digital Engine
Arduino digunakan untuk mengawal peranti seperti:
A. Hanya komputer riba
B. Motor, LED dan buzzer
C. Skrin monitor
D. Kamera dan pencetak
Apakah fungsi utama mikropengawal pada papan Arduino?
A. Menyimpan data sementara
B. Menghantar kuasa kepada sensor
C. Memproses semua arahan dan isyarat
D. Menyambung papan ke internet
Pin input/output pada Arduino digunakan untuk?
A. Memuat naik kod
B. Menyambung sensor dan peranti luaran
C. Menghidupkan butang reset
D. Menyimpan data EEPROM
Bahagian void setup() dalam kod Arduino berfungsi untuk?
A. Menjalankan arahan berulang-ulang
B. Menetapkan konfigurasi awal sekali sahaja
C. Menyimpan semua fungsi utama
D. Mengawal sensor input
Fungsi port USB pada papan Arduino ialah:
A. Menyimpan data projek
B. Menyambung kepada Internet
C. Memuat naik kod dan bekalkan kuasa
D. Mengawal motor DC
Apakah kelebihan utama menggunakan Arduino dalam pembelajaran elektronik?
A. Mudah dipelajari dan cepat dibina
B. Sukar difahami oleh pemula
C. Kod pengaturcaraan sangat kompleks
D. Tidak boleh disambung dengan sensor
Apakah contoh projek asas Arduino yang melibatkan input digital?
A. Lampu LED berkelip
B. Lampu isyarat automatik
C. Penggera bunyi
D. Butang kawal LED
Antara berikut, yang manakah bukan fungsi utama Arduino dalam pembelajaran?
A. Membina sistem automatik
B. Mengawal peranti elektronik
C. Menyimpan dokumen komputer
D. Membantu memahami asas pengaturcaraan
Apakah fungsi pin 3.3V dan 5V pada papan Arduino?
A. Untuk menghantar data digital
B. Sebagai pin bekalan kuasa kepada komponen luaran
C. Untuk mengukur voltan daripada sensor
D. Sebagai pin input analog
Arduino Uno menggunakan cip jenis:
A. ATmega328
B. ATmega16
C. PIC16F877A
D. Intel 8086
Berapa jumlah pin digital yang terdapat pada papan Arduino Uno?
A. 10
B. 12
C. 14
D. 16
Perisian(software) yang digunakan untuk menulis dan memuat naik kod ke Arduino dikenali sebagai:
A. Arduino IDE
B. Microsoft Visual Studio
C. Proteus
D. TinkerCAD
Fungsi pin analog pada Arduino ialah untuk:
A. Menghantar isyarat digital sahaj
B. Membaca nilai berubah (analog)
C. Menyambung ke port USB
D. Menghidupkan LED on-board
Apakah makna PWM dalam konteks pin Arduino?
A. Power With Module
B. Pulse Width Modulation
C. Parallel Wire Management
D. Program Write Mode
Isyarat digital hanya mempunyai dua keadaan iaitu:
A. Tinggi dan rendah (ON dan OFF)
B. Besar dan kecil
C. Cepat dan perlahan
D. Panas dan sejuk
Apakah maksud “Input” pada papan Arduino?
A. Isyarat atau data yang diterima oleh Arduino daripada sensor atau suis
B. Isyarat yang dihantar oleh Arduino ke motor
C. Isyarat bunyi yang dihasilkan oleh pembesar suara
D. Isyarat daripada komputer ke LED
Apakah maksud “Output” dalam sistem Arduino?
A. Isyarat yang diterima dari pengguna
B. Isyarat yang dihantar oleh Arduino ke komponen seperti LED atau buzzer
C. Isyarat dari sumber kuasa
D. Isyarat yang dibaca oleh sensor
Antara berikut, yang manakah merupakan contoh komponen input kepada Arduino?
A. LED
B. Buzzer
C. LDR Sensor (Light Dependent Resistor Sensor)
D. Relay
Antara berikut, yang manakah merupakan contoh output yang dikawal oleh Arduino?
A. Potentiometer
B. Push Button
C. Sensor PIR
D. LED
