WorksheetsBAHASA MELAYU
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Pernyataan yang manakah benar tentang fungsi lidah dalam penghasilan bunyi-bunyi bahasa?
Sebagai artikulator
Sebagai penentu bunyi bersuara
Sebagai penentu arah laluan udara
Sebagai petunjuk bagi penentuan jenis vokal
Perkataan manakah yang mengandungi konsonan rangkap?
Eksport
Inggeris
Intelektual
Kemenyan
Yang manakah pasangan kata yang kedua-duanya mengandungi diftong?
Muafakat, pantau
Dawai, kalau
Kain, kulai
Peroi, taut
Pasangan kata manakah kedua-duanya mengandungi vokal rangkap?
Hairan, aura
Pulau, santai
Laut, cair
Lain, baik
Yang manakah ciri diftong?
Dua vokal berturutan membentuk dua suku kata.
Berlaku geluncuran lidah semasa penyebutannya.
Berlaku sekatan udara semasa penghasilannya
Terkategori sebagi bunyi bersuara
Yang manakah perkataan mengandungi diftong?
Baiki
Sertai
Materai
Aiskrim
Yang manakah perkataan yang dalam penyebutannya terdapat bunyi hentian glotis?
mogok
masak
vaksin
karbon
Yang manakah frasa yang menggunakan penulisan singkatan dengan betul?
Parti WPX
Negara USA
Gelaran Ph.D
Seri Suria Sdn Bhd
Yang manakah kumpulan fonem yang terhasil pada daerah artikulasi lelangit lembut dengan pita suara digetarkan
[m, n, g]
[p, t, k]
[g, x, ɣ]
[d, n, z]
Yang manakah padanan yang betul antara perkataan dengan penyukuan kata
Pengasih = peng-a-sih
melawat = me-la-wat
pengajar = pe-ang-jar
keluarga = kel-uar-ga
Yang manakah kata majmuk umum yang dieja dengan betul?
bagai mana
perikemanusiaan
dinihari
kadang kala
Yang manakah penulisan yang betul bagi kata nama majmuk yang ditulis terpisah dan perlu digandakan?
pengetua-pengetua kolej
pelancong-pelancong asing
ketua pengarah-ketua pengarah
hospital kerajaan-hospital kerajaan
Yang manakah ayat yang ditulis dengan menggunakan tanda baca yang betul?
Emak saudara Ramesh menetap di Pengkalan Hulu; Perak.
Jumlah perkataan dalam esei itu hendaklah tidak banyak; hanya lebih kurang 300 patah perkataan.
Penyanyi terkenal pada tahun 1960-an telah menghembuskan nafas terakhirnya petang tadi.
Encik Kamarulzaman A,M,N ialah pengetua sekolah kami yang banyak membantu kami mencapai kejayaan yang cemerlang
Yang manakah pernyataan yang benar tentang penggunaan tanda petik?
Untuk menunjukkan kata pinjaman
Untuk menunjukkan bahagian atau unit bagi sesuatu.
Untuk menuliskan simbol bagi sesuatu huruf dan perkataan.
Untuk memperlihatkan judul sesuatu buku, hasil karya dan sebagainya.
Yang manakas frasa yang menggunakan tanda sempang (-) dengan betul?
nilai PNGK-nya
khidmat dail-terus
kumpulan pro-demokrasi
peserta ke-empat puluh lima
Yang manakah perkataan mengandungi suku kata yang berpolakan struktur KV-KV
sapu
angkat
maut
beras
Yang manakah pasangan kata yang menggunakan tanda sempang dengan betul?
Lintang-pukang, kuih-muih
Sampah-sarap, mundar-mandir
Alat-alat tulis, barcampur-aduk
Guru besar-guru besar, jentik-jentik
Yang manakah padanan yang betul tentang keterangan bagi bunyi konsonan dan bunyi vokal bahasa melayu?
A
B
C
D
Yang manakah rajah keadaan bibir bagi menghasilkan bunyi vokal /u/?
A
B
C
D
Q dan R ialah
gigi-gusi, gusi
glotis, gigi-gusi
gusi, dua bibir
dua bibir, glotis
