wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

GEOGRAFI TINGKATAN 2 BAB1-10

Total questions: 100

Worksheet time: 1hrs 2mins

Name
Class
Date
1.

Jarak Kampung Mesra ke balai polis pada peta ialah 6 cm. Jika skala ialah 1:200 000, berapakah jarak sebenar Kampung Mesra ke balai polis?

a)

6

b)

10

c)

12

d)

3

2.

1 cm mewakili 5 km

Jika jarak jalan raya dalam peta ialah 6 cm, apakah jarak sebenar di Bumi?

a)

5 KM

b)

30 km

c)

10 km

d)

20 km

3.

Apakah yang dimaksudkan dengan skala?

a)

Dinyatakan dalam unit seperti meter atau kilometer

b)

Nisbah jarak di atas peta berbanding jarak sebenar

c)

Berdasarkan kos dan masa

d)

Ukuran jauh di antara satu tempat ke tempat yang lain

4.

Antara yang berikut, apakah unit digunakan untuk mengukur jarak mutlak?

I Jam

II Minit

III Meter

IV Kilometer

a)

III dan IV

b)

I dan II

c)

II dan III

d)

I dan IV

5.

Pilih barangan yang digunakan untuk mengukur jarak lurus dan jarak melengkung.


Pilih 2

a)

Benang putih

b)

Pembaris

c)

Jalur kertas

d)

Jangka tolok

6.

Berdasarkan skala 1 : 100 000, berapakah jarak sebenar jika jarak di atas peta ialah 3 cm?

a)

300 000 km

b)

300 km

c)

30 km

d)

3 km

7.

Jarak berdasarkan kos tambang perjalanan

a)

Jarak mutlak

b)

Jarak relatif

8.

Jarak yang diukur dalam unit meter atau kilometer dikenali sebagai

a)

Jarak relatif

b)

Jarak mutlak

9.

Pilih jenis skala yang digunakan dalam peta. Pilih 3

a)

Skala pecahan

b)

Skala lurus

c)

Pecahan wakilan

d)

Skala penyata

10.

Yang manakah berikut tentang jarak adalah benar? Pilih 2

a)

Contoh jarak mutlak = RM 66

b)

Contoh jarak relatif = 23 minit

c)

Jarak mutlak dinyatakan dalam unit meter atau kilometer

d)

Jarak relatif tetap dan tidak berubah

11.

Apakah maklumat yang terdapat di dalam peta topografi? Pilih 3

a)

Tajuk

b)

Petunjuk

c)

Bearing sudutan

d)

Simbol

12.

Kawasan hutan

Kawasan pertanian

Kawasan perlombongan

Kedudukan kawasan di atas sesuai dengan menggunakan

a)

rujukan grid 4 angka

b)

rujukan grid 6 angka

13.

Ciri pandang darat budaya yang terdapat di dalam peta ini ialah?

a)

sungai

b)

kontur

c)

paya bakau

d)

kilang

14.

R.R = simbol untuk

a)

Rehat dan rawat

b)

Rumah rehat

15.

Apakah ciri garisan timuran? Pilih 3

a)

Garisan grid yang dinomborkan

b)

Garisan yang dilukis secara menegak

c)

Garisan yang dilukis secara melintang

d)

Garisan yang menunjukkan kedudukan sesuatu tempat ke arah timur

16.

Untuk membaca rujukan grid

a)

Garisan timuran disebut dahulu diikuti garisan utaraan

b)

Garisan utaraan disebut dahulu diikuti garisan timuran

17.

Apakah maksud rujukan grid?

a)

Kombinasi antara latitud dan longitud

b)

Kombinasi antara nilai garisan timuran dan garisan utaraan

c)

Kombinasi antara lajur dan baris

18.

P.D simbol untuk?

a)

Pejabat Daerah

b)

Port Dickson

c)

Parit Daun

19.

Garisan grid yang dilukis secara melintang

a)

Garisan timuran

b)

Garisan Utaraan

20.

Apakah lokasi bagi Rujukan Grid 2389

a)

P

b)

Q

c)

R

21.

Berdasarkan Rajah 1, apakah pergerakan X?

a)

Pusingan bumi

b)

Pergerakan bumi

c)

Perjalanan bumi

d)

Putaran bumi

22.

Berdasarkan Rajah tersebut, apakah planet X?

a)

Musytari

b)

Zuhal

c)

Marikh

d)

Uranus

23.

Antara berikut, manakah yang benar tentang sistem suria?

I Planet yang paling hampir dengan matahari ialah Neptun

II Sistem suria terdiri daripada matahari dan 8 buah planet yang utama.

III Planet beredar mengelilingi matahari mengikut orbit masing-masing

IV Pergerakan bumi dalam sistem suria berlaku melalui tiga cara

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

24.

Antara berikut, manakah yang benar tentang putaran bumi?

a)

Satu putaran adalah selama 48 jam

b)

Bumi berputar adalah dari arah barat ke timur

c)

Kecondongan paksi bumi ketika ia berputar ialah 32½ ⁰

d)

Bumi berputar ikut arah pusingan jam

25.

Apakah kesan yang terjadi akibat putaran bumi?

I Pembiasan angin lazim

II Kejadian siang dan malam

III Kejadian pasang surut air sungai

IV Berlaku kejadian empat musim

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

26.

Apakah faktor yang menyebabkan berlakunya fenomena pasang surut air laut?

a)

Faktor kuasa tarikan elektromagnet

b)

Faktor oleh daya koriolis ketika bumi berputar pada paksinya

c)

Faktor kesan tarikan graviti antara bumi dengan bulan atau matahari

d)

Faktor kesan peredaran bumi mengikut orbitnya

27.

Berdasarkan Rajah tersebut, pada kedudukan manakah hemisfera utara bumi mengalami musim dingin?

a)

P

b)

Q

c)

R

d)

S

28.

Pada tarikh 21 Mac, kawasan hemisfera utara mengalami musim bunga. Apakah musim yang dialami oleh negara-negara di bahagian hemisfera selatan?

a)

Musim bunga

b)

Musim panas

c)

Musim luruh

d)

Musim sejuk

29.

Antara berikut, pernyataan manakah yang benar berkaitan sostis musim panas?

I Kutub utara mengalami 24 jam siang, manakala kutub selatan pula 24 jam malam bermula 21 Jun

II Fenomena ini berlaku bermula pada tarikh 22 Disember dan matahari pula berada tepat di atas garisan Khatulistiwa

III Hampir semua kawasan di bumi mengalami tempoh siang dan malam yang sama panjang

IV Matahari berada tegak di garisan sartan (23 ½ ⁰U) pada tempoh masa ini

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

30.

Berdasarkan Rajah tersebut, apakah yang berlaku di kawasan X ?

a)

Berlaku gerhana matahari penuh di bumi

b)

Bumi akan melindungi cahaya matahari dari terpancar ke bulan

c)

Bulan akan menjadi gelap kerana ditutupi oleh bayang-bayang bumi

d)

Berlaku gerhana matahari separa di bumi

31.

Pada kedudukan no III berlakunya kejadian musim luruh

a)

Betul

b)

Salah

32.

Apakah kejadian empat musim pada kedudukan no I

a)

Ekuinoks musim bunga

b)

Solstis musim panas

33.

Apakah jenis iklim di Malaysia?

a)

Iklim gurun panas

b)

Iklim Siberia

c)

Iklim Khatulistiwa

d)

Iklim Monsun Tropika

34.

Tandakan 2 jenis hujan yang berlaku di Malaysia?

a)

Hujan batu

b)

Hujan perolakan

c)

Hujan rintik

d)

Hujan bukit

35.

Apakah nama awan yang terbentuk sebelum menurunnya hujan perolakan?

a)

awan cirrus

b)

awan stratus

c)

awan nimbus

d)

awan kumulonimbus

36.

Hujan perolakan kebiasaannya turun dengan ....

a)

renyai dan pada awal pagi

b)

lebat pada waktu petang beserta dengan kilat dan petir

c)

lebat pada awal pagi diikuti kilat

d)

renyai pada waktu tengahari

37.

Hujan bukit turun di kawasan..

a)

Pinggir laut

b)

Tanah pamah

c)

Tanah tinggi

d)

Tanah tinggi yang menghadap udara lembap

38.

Tandakan negeri yang mengalami musim tengkujuh semasa kejadian Angin Monsun Timur Laut.

a)

Kelantan

b)

Terengganu

c)

Pahang

d)

Perak

e)

Sabah

39.

Tandakan 2 jenis angin monsun di Malaysia.

a)

Angin Monsun Tenggara

b)

Angin Monsun Barat

c)

Angin Monsun Barat Daya

d)

Angin Monsun Timur Laut

40.

Namakan kawasan yang menerima hujan paling sedikit di Malaysia.

a)

Bukit Larut, Taiping, Perak.

b)

Shah Alam, Selangor.

c)

Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

d)

Larkin, Johor.

41.

Bahagian cerun yang terlindung dan menerima hujan yang sedikit dikenali sebagai apa?

a)

Kawasan tadahan hujan

b)

Kawasan lindungan hujan

c)

Kawasan hujan bukit

d)

Kawasan hujan perolakan

42.

Yang manakah ciri utama iklim Khatulistiwa?

a)

Suhu tinggi dan sekata

b)

Julat suhu tahunan besar

c)

Hujan turun sepanjang tahun

d)

Mengalami musim yang kering dan nyata

43.

Yang manakah antara berikut menerangkan ciri-ciri hujan di Malaysia?

a)

Jumlah hujan tahunan di Malaysia adalah kira-kira 2600 mm setahun.

b)

Taburan hujan adalah sekata.

c)

Hujan maksimum berlaku semasa peralihan monsun iaitu pada bulan April dan Oktober.

d)

Negara kita menerima hujan pada pertengahan tahun sahaja.

44.

*Bertiup dari bulan Mei hingga September

*Berasal dari Benua Australia

*Merentasi Lautan Hindi dan sampai ke Malaysia

*Hujan sederhana lebat kerana terhalang oleh tanah Sumatera


Berdasarkan penyataan berikut, apakah fenomena yang berlaku di Malaysia?

a)

Angin Sumatera

b)

Angin tempatan

c)

Angin Monsun Barat Daya

d)

Angin Monsun Timur Laut

45.

Pada musim tengkujuh, nelayan di pantai timur Semenanjung tidak dapat turun ke laut kerana laut bergelora. Apakah aktiviti yang mereka lakukan pada waktu itu?

a)

Aktiviti menjemur ikan

b)

Membaiki pukat dan jala

c)

Membuat produk kraftangan

d)

Menjahit pakaian sekolah

46.

Mengapakah nelayan di pantai barat Semenanjung dapat menjalankan aktiviti perikanan sepanjang tahun?

a)

Hujan lebat

b)

Pinggir laut yang cetek

c)

Pengaruh bayu laut dan bayu darat

d)

Terlindung daripada tiupan angin kencang

47.

Antara berikut, lebuh raya manakah yang menghubungkan kawasan pantai barat dengan kawasan pantai timur di Semenanjung Malaysia?

I Lebuhraya Persekutuan

II Lebuhraya Utara - Selatan

III Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak

IV Lebuhraya Timur - Barat

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

48.

Maklumat di bawah adalah merujuk kepada lebuhraya apa?


Salah satu projek infrastruktur terbesar negara yang menghubungkan kawasan pedalaman dengan bandar – bandar di Sabah dan Sarawak.

a)

Lebuhraya Pan Borneo

b)

Lebuhraya Kuala Krai – Gua Musang – Kuala Lipis

c)

Lebuhraya Pantai Timur

d)

Lebuhraya Tun Razak

49.

Bandar apakah yang menjadi stesen persimpangan antara pantai timur dengan pantai barat Semenanjung Malaysia bagi laluan pengangkutan kereta api?

a)

Ipoh

b)

Gemas

c)

Gua musang

d)

Kuala Lipis

50.

Berdasarkan Peta tersebut, pilih kombinasi yang betul antara lokasi dengan lapangan terbang antarabangsanya.

a)

P Lapangan terbang antarabangsa Kota Kinabalu

b)

Q Lapangan terbang antarabangsa Langkawi

c)

R Lapangan terbang antarabangsa Kuching

d)

S Lapangan terbang antarabangsa Senai

51.

Pelabuhan manakah di Malaysia yang dapat dikaitkan dengan pernyataan di bawah?


· Terminal kontena yang paling canggih di Malaysia.

· Mendapat pengiktirafan sebagai ‘Process Compliant Port / Terminal of The Year’ (2017) dari Global Port Forum.

a)

Pelabuhan Klang

b)

Pelabuhan Pulau Pinang

c)

Pelabuhan Kontena Teluk Sepanggar

d)

Pelabuhan Tanjung Pelepas

52.

Apakah ciri-ciri pengangkutan awam dalam Foto tersebut?


I Bersifat mesra alam

II Dapat membantu mengurangkan kesesakan di jalan raya

III Mengangkut barangan pukal dengan cepat

IV Menghubungkan bandar dengan kawasan luar bandar

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

53.

Mengapakah penduduk disarankan menggunakan kereta hibrid?

a)

Bersifat mesra alam

b)

Kos harganya jauh lebih murah

c)

Dapat membantu mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas

d)

Dapat mengurangkan bilangan kenderaan di atas jalan raya

54.

Berdasarkan Rajah , apakah kepentingan X ?

a)

Menggalakkan kegiatan import dan eksport dengan negara luar

b)

Boleh menghubungkan Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak

c)

Meningkatkan darjah ketersampaian terutama di kawasan pedalaman

d)

Menyelesaikan masalah pencemaran udara di bandar

55.

1. Telekomunikasi bermaksud

a)

interaksi seorang diri

b)

interaksi secara bersemuka (face to face)

c)

interaksi secara dekat dan mudah

d)

interaksi jarak yang jauh antara penyampai dengan penerima

56.

2. Berikut adalah bukan antara kegunaan telefon pintar

a)

menonton siaran luar negara

b)

mengeluarkan wang tunai

c)

mempromosikan produk

d)

membayar bil telefon

57.

3. Berikut adalah tujuan MSC (Koridor Raya Multimedia) ditubuhkan.

a)

Menarik syarikat berteknologi tinggi untuk memajukan industri ICT Malaysia.

b)

Meluaskan jalur lebar ke serata pelosok negara.

c)

Menyediakan talian tetap dan memajukan industri telekomunikasi negara.

d)

Memperkasakan capaian internet dan infrastruktur telekomunikasi di seluruh negara

58.

4. Alat ini memaparkan maklumat dalam pelbagai bentuk seperti teks, grafik dan video

a)

internet

b)

komputer

c)

satelit

d)

televisyen

59.

5. Berikut adalah penggunaan alat telekomunikasi secara beretika

a)

Memasuki sistem informasi orang lain secara tidak sah

b)

Memberikan kata laluan dan kata nama kepada orang lain untuk masuk ke dalam sistem

c)

Mengenal pasti sumber maklumat dan kesahihan maklumat sebelum menyebarkannya dalam media sosial.

d)

Menggunakan alat telekomunikasi untuk melanggar hukum dan norma dalam masyarakat.

60.

6. Perkhidmatan tele-kesihatan ialah pesakit boleh diperiksa

a)

dari mana hendak ke mana

b)

dari dekat tanpa perlu menggunakan teknologi komunikasi

c)

dari jauh oleh bomoh dengan menggunakan teknologi sihir

d)

dari jauh oleh doktor pakar menggunakan teknologi komunikasi

61.

7. Telefon ini dikenali sebagai telefon selular atau telefon tanpa wayar mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1980-an.

a)

Telefon Bimbit

b)

Telefon

c)

Telefon Android

d)

Telefon Pintar

62.

8. Contoh penggunaan telekomunikasi yang tidak beretika ialah

a)

menyebarkan berita yang benar dan penting

b)

menggunakan ayat sopan untuk bertanya atau memberi pendapat

c)

mengemaskini status profil IG/ Facebook sekali-sekala.

d)

menyebarkan mesej berantai kerana takut bernasib malang

63.

9. Berikut adalah kesan telekomunikasi terhadap pembangunan negara kecuali

a)

pembesaran anak-anak yang positif

b)

mengesan bencana alam

c)

memberi peluang pekerjaan

d)

sistem pengangkutan yang cekap

64.

10. Berikut adalah antara lokasi stesen satelit bumi di Malaysia

a)

Wilayah Persekutuan

b)

Putrajaya

c)

Shah Alam

d)

Kuantan, Pahang

65.

Korea Utara mempunyai iklim Laurentia dengan jumlah hujan tahunan di antara 500mm hingga 1000mm.

Berdasarkan pernyataan di atas, Korea Utara merupakan zon....

a)

sejuk

b)

panas

c)

sejuk sederhana

d)

panas sederhana

66.

Apakah kegunaan lemak haiwan yang diburu oleh orang Siberia Utara?

a)

Digunakan untuk membuat kayak

b)

Digunakan untuk memanaskan iglu

c)

Digunakan untuk membuat rangka khemah

d)

Digunakan untuk menyalakan pelita

67.

Maklumat di bawah adalah mengenai kegiatan yang dijalankan pengaruh daripada iklim Laurentia.

- Penangkapan ikan adalah untuk pasaran tempatan dan luar negara-

Bilakah masa yang sesuai untuk menjalankan kegiatan di atas?

a)

Musim sejuk dan musim luruh

b)

Musim sejuk dan musim bunga

c)

Musim panas dan musim luruh

d)

Musim panas dan musim bunga

68.

Graf di atas menunjukkan suhu dan hujan tahunan di suatu negara.

Antara berikut, yang manakah ciri iklim bagi graf di atas?

a)

Julat suhu tahunan besar

b)

Hujan turun sepanjang tahun

c)

Suhu sederhaa panas dan singkat

d)

Jumlah hujan tahunan kurang daripada 250 mm

69.

Apakah faktor-faktor yang menggalakkan tanaman gandum, kentang, sayur-sayuran dan buah-buahan di Dataran Manchuria, China?

a)

Jumlah hujan tahunan kira-kira 1000 mm

b)

Jumlah hujan tahunan melebihi 1000 mm

c)

suhu sederhana panas, iaitu antara 16 °\degree C hingga 18 °\degree C

d)

suhu musim panas 20 °\degree C dan suhu musim sejuk 10 °\degree C

70.

Pilih pernyataan yang tepat tentang jenis dan ciri-ciri iklim.

a)

Tundra - Mengalami musim panas yang panjang dan melampau

b)

Laurentia - Mengalami 4 musim

c)

China - Mengalami 2 musim

d)

Gurun panas - Panas dan lembap sepanjang tahun

71.

Apakah haiwan yang diternak di kawasan iklim China?

a)

Unta

b)

Ayam

c)

Lembu

d)

Biri-biri

72.

Apakah kegiatan ekonomi yang sesuai dijalankan di kawasan beriklim Tundra?

a)

Menanam padi dan gandum

b)

Menanam gandum dan kentang

c)

Menangkap ikan paus dan salmon

d)

Menternak unta, kentang, biri-biri dan lembu

73.

Apakah faktor yang mempengaruhi masyarakat Jepun menggunakan perkhidmatan Shinkansen?

a)

Menepati masa

b)

Tambang murah

c)

Duti import yang rendah

d)

Pengangkutan lain terhad

74.

Pilih pernyataan yang berkaitan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai?

a)

Terletak pada laluan perdagangan di dunia

b)

Hab penerbangan yang terbesar di dunia

c)

Lapangan terbang terbaik di dunia

d)

Terdiri daripada tiga terminal

75.

Negara Jepun terkenal dengan kereta api berkelajuan tinggi yang digelar sebagai

(a)  

76.

Pengangkutan di Asia boleh dibahagi kepada tiga jenis, iaitu;

a)

Pengangkutan darat

b)

Pengangkutan awam

c)

Pengangkutan udara

d)

Pengangkutan air

77.

Lapangan terbang yang tersibuk di Asia,🛬 ialah;

a)

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2, Malaysia

b)

Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, Tokyo Jepun

c)

Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong

d)

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai

78.

Dimanakah terletaknya pelabuhan antarabangsa yang terbesar, moden dan terkini di Asia?🚢

a)

Dubai

b)

Jepun

c)

Hong Kong

d)

Malaysia

79.

Kebaikan menggunakan kereta api berkelajuan tinggi ialah;

a)

Dapat berjumpa ramai orang

b)

Dapat menggunakan teknologi canggih

c)

Tidak mencemarkan alam sekitar

d)

Dapat mengurangkan gempa bumi di Jepun

80.

Masalah utama di kawasan berhampiran lapangan terbang ialah;

a)

Terlalu ramai orang

b)

Jalan raya lenggang

c)

Pencemaran bunyi

d)

Dapat membeli belah dengan baik

81.

Keselamatan penumpang yang menggunakan Shinkansen ialah dari segi faktor bencana alam ialah;

a)

Gempa bumi

b)

Kemalangan jalan raya

c)

Kesesakan lalu lintas

82.

Bagaimanakah ciri-ciri geografi mempengaruhi kemajuan Pelabuhan Hong Kong?

a)

Terlindung, dasar laut yang dalam dan menjadi laluan utama ke Laut China Selatan.

b)

Terdedah dan berhampiran gunung ganang yang tinggi.

c)

Berhampiran garisan Khatulistiwa

d)

Jauh daripada lingkaran gunung berapi dan gempa bumi

83.

Apakah maksud pemanasan global?

a)

suhu bumi semakin menurun secara pantas

b)

suhu atmosfera bumi meningkat secara berterusan

84.

Apakah faktor utama yang menyebabkan pemanasan global?

a)

Penggunaan kereta hibrid

b)

Penrindustrian yang pesat

85.

Antara faktor semula jadi yang menyebabkan pemanasan global ialah...

a)

Penerimaan pancaran matahari belebihan

b)

putaran bumi

86.

Aktiviti manusia dalam gambar di bawah membebaskan gas... ............yang menyumbang kepada pemanasan global.

a)

metana

b)

sulfur oksida

87.

Apakah contoh gas rumah hijau?

a)

Oksigen

b)

Hidrogen

c)

Helium

d)

CFC

88.

Faktor aktiviti manusia yang menyebabkan pemanasan global ialah ...

a)

aktivit pertanian secara besar-besaran menggunakan baja kimia.

b)

penerimaan cahaya matahari yang berlebihan.

c)

kebakaran hutan secara semula jadi.

d)

letusan gunung berapi.

89.

Pembakaran terbuka adalah penyumbang kepada gas ...

a)

karbon dioksida

b)

karbon monoksida

c)

nitrogen dioksida

d)

sulfur dioksida

90.

Apakah kegiatan manusia yang menyebabkan berlakunya pemanasan global?

a)

Penyahutanan

b)

Pembinaan empangan

c)

Penggunaan tenaga suria

d)

Mewartakan hutan simpan

91.

Apakah yang berlaku jika berlakunya peningkatan gas karbon dioksida dalam udara?

a)

Kesan rumah hijau

b)

Hujan perolakan

c)

Ribut taufan

d)

Jerebu

92.

Gambar rajah menunjukkan

a)

Kesan rumah hijau

b)

Pulau Haba

93.

Antara ciri produk teknologi hijau ialah

I meminimumkan kemerosotan alam sekitar

II menggunakan bahan api fosil

III tidak boleh dikitar semula

IV kadar pembebasan gas rumah hijau rendah



C. II dan III

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

94.

Contoh produk teknologi hijau.

I Bekas polistrena

II Petrol plumbum

III Kereta hibrid

IV Beg plastik biodegradasi

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

95.

Antara yang berikut, yang manakah amalan berkonsepkan teknologi hijau?

I Menanam pokok di sekeliling rumah

II Amalan 5R

III Gunakan produk degradasi

IV Penggunaan peralatan pakai buang

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

96.

Apakah kepentingan teknologi hijau?

I Mengurangkan nilai aset

II Meningkatkan suhu setempat

III Meningkatkan kualiti hidup

IV Mempromosikan kecekapan guna tenaga

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

97.

Apakah maksud produk biodegradasi?

a)

A. Produk yang dapat diuraikan secara semula jadi

b)

B. Produk yang dapat direputkan melalui tindakan kimia

c)

C. Produk yang melalui penguraian sebatian yang kompleks

d)

D. Produk yang dihasilkan proses biologi

98.

Antara yang berikut, yang manakah tenaga yang berasaskan sumber semula jadi?

I Tenaga angin

II Tenaga suria

III Tenaga terma

IV Tenaga bahan api

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

99.

Apakah kepentingan teknologi hijau dari segi sosial?

a)

A. Meningkatkan produktiviti

b)

B. Meningkatkan kualiti hidup

c)

C. Mengurangkan pelepasan gas karbon

d)

D. Mengurangkan kebergantungan kepada tenaga tidak boleh diperbaharui

100.

Apakah faktor utama yang mempengaruhi pengenalan teknologi hijau?

a)

A. Pemanasan global

b)

B. Kos sumber tenaga yang tinggi

c)

C. Keadaan udara yang semakin sejuk

d)

D. Kekurangan tumbuh-tumbuhan hijau