wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

sains rayyan

Total questions: 140

Worksheet time: 2hrs 39mins

Name
Class
Date
1.
Menyatakan maksud Daya. 
a)
Merupakan tarikan atau tolakan yang bertindak ke atas sesuatu objek daya tarikan 
b)
Daya yang melawan gerakan pada dua permukaan yang bersentuhan 
c)
Kepantasan sesuatu objek bergerak dari satu tempat ketempat lain.
2.
Berdasarkan pilihan di bawah adalah kesan Daya terhadap objek KECUALI
a)
Daya mengubah bentuk objek
b)
Daya mengubah arah pergerakan objek
c)
Daya mengubah jisim objek
d)
Daya memberhentikan objek yang bergerak
3.
Berdasarkan pilihan di bawah adalah Ciri-ciri Daya KECUALI
a)
Tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa.
b)
Kesan daya boleh dilihat.
c)
Daya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasa.
4.
Nyatakan maksud Daya Geseran.
a)
Kecenderungan badan untuk mengekalkan keadaan rehat atau gerakan seragam kecuali oleh tentera luar.
b)
Suatu benda adalah gaya yang disebabkan oleh gravitasi berkaitan dengan massa benda tersebut.
c)
Merupakan daya yang menentang arah pergerakan objekunit bagi daya ialah Newton (N)
5.
Jawapan di bawah menyatakan KEBAIKAN Daya Geseran, KECUALI
a)
Menghasilkan haba
b)
Melajukan pergerakan objek
c)
Memegang objek
d)
Memperlahankan objek bergerak dan akhirnya berhenti
6.
Jawapan di bawah menyatakan KEBAIKAN Daya Geseran, KECUALI
a)
Menghasilkan haba
b)
Melajukan pergerakan objek
c)
Memegang objek
d)
Memperlahankan objek bergerak dan akhirnya berhenti
7.
Pilih keburukan Daya Geseran.
a)
Menghasilkan bunyi yang tidak diingini
b)
Membolehkan objek kekal pegun
c)
Menghasilkan haba
8.
Fatin ingin memindahkan sebuah kotak yang berat. Apakah cara yang paling sesuai untuk memudahkan Fatin?
a)
membasahkan permukaan kelasnya dengan air
b)
menyapu pelincir di bawah kotak itu
c)
menarik menggunakan tali
d)
menggunakan tali
9.
Geseran akan menjadi masalah kepada kita apabila geseran
a)
menyebabkan tayar menjadi haus
b)
menyebabkan kereta terbabas
c)
mengelakkan kita daripada tergelincir
d)
memperlahankan kereta yang bergerak
10.
Maklumat berikut menunjukkan dua aktiviti.
-memberus gigi
-menggergaji papan
Apakah daya yang terlibat dalam kedua-dua aktiviti ini?
a)
tarikan 
b)
tolakan
c)
tarikan dan tolakan 
d)
tarikan atau tolakan
11.
Antara aktiviti berikut, yang manakah menunjukkan daya dapat mengubah bentuk objek?
a)
Budak lelaki menendang bola
b)
penjaga gol menangkap bola
c)
Budak lelaki menekan tin aluminium
d)
Bola tenis dipukul ke arah lawan
12.

TARIKAN ialah.....

a)

Perbuatan membawa objek menjauhi kita.

b)

Perbuatan membawa objek mendekati kita.

c)

Perbuatan menarik-narik.

d)

Menolak antara satu sama lain

13.

Antara berikut yang manakah mempunyai geseran paling kecil?

a)

memperlahankan basikal yang bergerak

b)

berjalan di atas jubin yang licin

c)

memegang pensel

d)

mengasah pensel

14.

Daya tidak boleh........... namun kesannya ke atas objek dapat dilihat dan .............

a)

dilihat.....dirasai

b)

pegang.....dirasai

c)

dirasai....dipegang

d)

disentuh...dipegang

15.

TOLAKAN ialah.....

a)

Perbuatan menggerakkan objek mendekati kita.

b)

Perbuatan menggerakkan objek menjauhi kita.

c)

Perbuatan menolak objek.

d)

Perbuatan menarik kemudian menolak

16.
Apakah yang dimaksudkan dengan kelajuan?
a)
Ukuran cepat sesuatu objek bergerak
b)
Ukuran cepat atau lambat sesuatu objek bergerak
c)
Ukuran lambat sesuatu objek bergerak
d)
Ukuran masa kelajuan yang diambil
17.

Antara yang berikut, yang manakah bukan unit laju?

a)

sentimeter per saat

b)

kilometer per jam

c)

meter per saat

d)

kilowatt per jam

18.
Apakah faktor kelajuan sesuatu objek ?
a)
Jarak yang dilalui
b)
Masa yang diambil
c)
Jarak yang dilalui dan masa yang diambil
d)
Beza antara tempat
19.
Semua unit kelajuan di bawah adalah betul KECUALI
a)
 satu per kilogram
b)
sentimeter per saat
c)
meter per saat
d)
kilometer per jam
20.

Carta palang dalam rajah di bawah menunjukkan jarak yang dilalui oleh empat jenis objek dalam masa 60 saat.

Antara pernyataan berikut, yang manakah benar?

a)

Objek J lebih laju daripada objek K

b)

Objek M lebih laju daripada objek J

c)

Objek ​J dan M lebih laju daripada objek K

d)

Objek K dan L lebih laju daripada objek J dan M

21.

Antara haiwan berikut, yang manakah bergerak paling laju?

a)
b)
c)
d)
22.

Antara yang berikut, yang manakah melibatkan ukuran laju suatu objek yang bergerak?

a)

L sahaja

b)

J dan K

c)

J dan L

d)

K dan L

23.

Objek yang ___________ tidak mempunyai kelajuan.

a)

hidup

b)

bukan hidup

c)

bergerak

d)

pegun

24.
Apakah alat yang ditunjukkan di dalam gambar ?
a)
jam tangan
b)
jam digital
c)
jam sukan
d)
jam randik
25.
Objek yang bergerak mempunyai ________.
a)
jisim
b)
kelajuan
c)
jarak
d)
masa
26.
Apakah haiwan yang terpantas di dunia?
a)
Kuda
b)
Arnab
c)
Cheetah
d)
Harimau
27.

Satu aktiviti dijalankan untuk menentukan kelajuan larian beberapa orang murid. Antara langkah berikut, yang manakah tidak diperlukan?

a)

Tetapkan jarak yang akan dilalui oleh murid

b)

Ukur ketinggian dan berat badan setiap murid

c)

Tandakan garisan permulaan dan garisan penamat pada jarak yang ditetapkan

d)

Catat masa yang diambil untuk melalui jarak yang ditetapkan dengan jam randik

28.

Seekor tikus dapat bergerak sejauh 4 meter dalam masa 60 saat. Apakah unit kelajuan yang sesuai digunakan?

a)

m/s

b)

cm/s

c)

km/j

d)

km/m

29.

Jarak antara bandar P dan bandar Q ialah 300 km. Sebuah kereta mengambil masa 4 jam untuk bergerak dari bandar P ke bandar Q. Berapakah kelajuan kereta itu?

a)

60 km/j

b)

65 km/j

c)

70 km/j

d)

75 km/j

30.

Apakah formula mengira kelajuan?

a)

Kelajuan ×\times Masa

b)

Jarak ×\times Masa

c)

Masa ÷\div Jarak

d)

Jarak ÷\div Masa

31.

Faktor yang mempengaruhi kelajuan ialah

a)

Jarak dan masa

b)

Masa dan unit

c)

Jarak dan jenis objek

d)

Masa dan jisim

32.

Apakah unit kelajuan yang sesuai untuk haiwan berikut?

a)

km/s

b)

cm/s

c)

m/s

d)

m/m

33.

Papan ini sesuai diletak sekitar kawasan X.

Apakah kawasan X?

a)

Sekolah

b)

Taman awam

c)

Pasar raya

d)

Pejabat polis

34.

Antara bot berikut, yang manakah bergerak paling laju?

a)

Bot P yang bergerak sejauh 100 meter dalam masa 20 saat.

b)

Bot Q yang bergerak sejauh 90 meter dalam masa 20 saat.

c)

Bot R yang bergerak sejauh 80 meter dalam masa 20 saat.

d)

Bot S yang bergerak sejauh 70 meter dalam masa 20 saat.

35.

Sebuah kereta api mengambil masa 2 jam untuk bergerak sejauh 200 km. Berapakah kelajuannya?

a)

100 km/j

b)

180 km/j

c)

120 km/j

d)

80 km/j

36.

Kenapakah telur masin terasa sangat masin?

a)

Kerana disaluti tepung.

b)

Kerana disaluti cuka.

c)

Kerana disaluti gula.

d)

Kerana disaluti garam.

37.

Apakah maksud pengawetan?

a)

Proses mempercepatkan makanan menjadi rosak.

b)

Proses mengurangkan khasiat makanan.

c)

Proses melambatkan makanan menjadi rosak.

d)

Proses membuat makanan.

38.

Berikut adalah beberapa kaedah Pengawetan Makanan kecuali

a)

Pendinginan

b)

Penyejukbekuan

c)

Penyejukdinginan

d)

Pengeringan

39.

Apakah cara pengawetan yang sesuai bagi buah ini ?

a)

Penyejukbekuan

b)

Pelilinan

c)

Pemasinan

d)

Pengeringan

40.

Apakah cara pengawetan makanan yang ditunjukkan dalam gambar ?

a)

Pengetinan dan pembotolan

b)

Pendinginan

c)

Pemasinan

d)

Pendidihan

41.

Mikroorganisma akan menjadi TIDAK AKTIF apabila disimpan di dalam......

a)

peti sejuk

b)

bekas makanan

c)

mangkuk

d)

periuk

42.

Makanan di dalam gambar sesuai menggunakan kaedah pengawetan secara....

a)

Pendinginan

b)

Penyejukbekuan

c)

Pendinginbekuan

d)

Pempasteuran

43.

Makanan di dalam gambar sesuai menggunakan kaedah pengawetan secara....

a)

Pengeringan

b)

Pempasteuran

c)

Pendidihan

d)

Penyalaian

44.

Bagaimanakah cara untuk mengelakkan makanan di dalam gambar ini rosak?

a)

Penjerukan

b)

Pempasteuran

c)

pendinginan

d)

Penyejukbekuan

45.

Berapa suhu yang diperlukan semasa proses pendidihan?

a)

70˚C

b)

90˚C

c)

100˚C

d)

120˚C

46.

Apakah bahan-bahan asas yang perlu disediakan semasa proses penjerukan?

a)

Garam, larutan gula dan cuka.

b)

Garam dan gula sahaja.

c)

Garam dan cuka sahaja.

d)

Cuka sahaja.

47.

Apakah kaedah pengawetan yang sesuai bagi makanan jenis ini?

a)

pempasteuran

b)

pendidihan

c)

pelilinan

d)

pembungkusan vakum

48.

Antara berikut, manakah yang BENAR tentang pengawetan makanan?

a)

proses yang mempercepatkan proses hidup mikroorganisma

b)

proses untuk melambatkan poses hidup mikroorganisma

c)

makanan akan menjadi tahan lebih lama

d)

makanan akan cepat rosak

49.

Apakah kaedah pengawetan yang sesuai bagi buah ini?

a)

pemasinan

b)

pengeringan

c)

pelilinan

d)

pendinginan

50.

Mengapakah kaedah pendinginan dapat membuatkan makanan tahan lebih lama?

a)

suhu yang tinggi dapat membunuh kebanyakan mikroorganisma

b)

suhu yang rendah menyebabkan mikroorganisma tidak dapat aktif dan lambat bertumbuh

c)

keadaan brasid tidak sesuai bagi pertumbuhan mikroorganisma

d)

ketiadaan udara menyebabkan mikroorganisma mati

51.

Kaedah pengawetan ini memerlukan makanan dipanaskan sehingga suhu tertentu dan disejukkan dengan segera.

a)

Pendidihan

b)

Pendinginan

c)

Pembotolan dan pengetinan

d)

Pempasteuran

52.

Apakah contoh bahan sisa toksik?

a)

cecair bateri

b)

racun serangga

c)

najis

d)

asap kenderaan

53.

Daripada manakah sisa kumuh dan tinja?

a)

haiwan yang telah mati

b)

pokok yang telah mati

c)

urin dan tinja manusia

d)

urin dan tinja haiwan

54.

Simbol ini terdapat pada bekas bahan toksik. Apakah maksud simbol ini?

a)

mengandungi bahan buangan berasid dan boleh menghakis kulit dan logam

b)

mengandungi bahan mikroorganisma berbahaya

c)

mudah terbakar

d)

mengandungi bahan beracun dan menyebabkan jangkitan

55.

Apakah maksud bahan buangan?

a)

bahan yang terbiar

b)

bahan yang tidak boleh dimakan

c)

bahan yang terhasil daripada proses fotosintesis

d)

bahan yang tidak diperlukan lagi dan tidak mahu disimpan

56.

Hampas tebu adalah contoh sisa___________.

a)

toksik

b)

makanan

c)

bahan kumuh dan tinja

d)

plastik

57.

Contoh bahan terbiodegradasikan ialah.....

a)

sisa makanan

b)

kertas

c)

sisa toksik

d)

bahan kumuh dan tinja

58.

Apakah maksud bahan buangan terbiodegradasikan?

a)

bahan yang tidak boleh direputkan oleh mikroorganisama

b)

bahan yang boleh berubah sifat

c)

bahan yang boleh direputkan oleh mikroorganisma dan kembali menjadi nutrien di dalam tanah

d)

bahan yang telah tercemar

59.

Bahan yang manakah boleh mencemarkan alam sekitar kita?

a)

Bahan buangan terbiodegradasi

b)

Bahan buangan tidak terbiodegradasi

60.

Bahan plastik mengambil masa lebih daripada 200 tahun untuk mereput secara semulajadi. Ini bermakna plastik merupakan bahan___________________.

a)

terbiodegradasikan

b)

tidak terbiodegradasikan

61.

Sarah membuang sisa makanan dibelakang rumahnya.Selepas sebulan sisa makanan tersebut sudah tiada. Ini bermakna_________

a)

sisa makanan tersebut adalah daripada bahan tidak terbiodegradasikan

b)

sisa makanan tersebut adalah daripada bahan terbiodegradasikan

c)

sisa makanan tersebut sudah mereput kerana tindakan mikroorganisma

d)

sisa makanan tersebut telah diserap oleh matahari

62.

Bagaimanakah kita boleh memainkan peranan untuk memastikan kelestarian alam terjaga?

a)

menambah bilangan pokok

b)

mengurangkan penggunaan bahan terbiodegradasikan

c)

mengurangkan penggunaan bahan tidak terbiodegradasikan

d)

menambak laut bagi tujuan pembangunan

63.

Amin telah membuang dan menimbuskan kereta mainannya di dalam tanah di belakang rumahnya. 15 tahun kemudian sewaktu dia mengorek tanah di belakang rumahnya, dia terjumpa semula kereta mainan yang pernah dibuang olehnya dahulu dan masih dalam keadaan elok.


Mengapa kereta mainan tersebut masih elok lagi?

a)

Kerana tidak dirosakkan oleh adiknya

b)

kerana tidak terbiodegradasi oleh mikroorgnanisma

c)

kerana telah terbiodegradasi oleh mikroorfganisma

d)

kerana kereta mainan itu kuat

64.
Bau busuk yang dihasilkan daripada sisa makanan yang dibuang adalah disebabkan oleh ....
a)
tindakan mikroorganisma dalam proses pengecutan
b)
tindakan mikroorganisma dalam proses pengembangan
c)
tindakan mikroorganisma dalam proses pereputan
65.
Antara bahan buangan berikut, yang manakah boleh dilupuskan dengan cara menimbusnya di dalam tanah?
a)
Beg plastik
b)
Botol kaca
c)
Bekas polisterina
d)
Tulang haiwan dan sisa sayuran reput
66.
Sesetengah peladang akan membakar sisa pertaniannya sebelum memulakan penanaman yang baharu. Apakah kesan tindakan peladang ini?
a)
Tanah runtuh
b)
Banjir kilat
c)
Pencemaran udara
d)
Penularan wabak penyakit
67.
- Hujan asid
- Pencemaran udara
- Kejadian jerebu
Apakah punca bagi situasi yang disenaraikan di atas berlaku?
a)
Menanam bahan buangan ke dalam tanah
b)
Pelepasan asap dari kilang dan kenderaan
c)
Membuang sampah ke dalam sungai / sistem saliran
d)
Membuang bahan buangan mengikut jenis
68.
Kuala Lumpur merupakan salah satu bandar yang kerap dilanda banjir kilat. Apakah yang menyebabkan kejadian ini berlaku?
a)
Aliran sungai yang sangat deras menuju ke bandar
b)
Aliran air yang terhalang oleh timbunan sampah dalam longkang dan parit
c)
Hujan yang sangat lebat menyebabkan air sungai melimpah
d)
Jalan raya dibina di kawasan yang rendah dan mudah ditenggelami air
69.

Jumlah pesakit demam denggi semakin meningkat sepanjang bulan Julai hingga Ogos.

Antara yang berikut yang manakah boleh dikaitkan dengan perkara ini?

a)

Sisa makanan dibuang dan dilonggokkan di tepi jalan

b)

Kempen kitar semula tidak dijalankan

c)

Banyak tin kosong dan bekas makanan yang dibuang di merata-rata tempat

d)

Kempen kitar semula tidak dijalankan

70.

Puan Moana telah membeli sejenis barang yang memaparkan logo seperti di atas.

Apakah cara terbaik yang perlu dilakukan oleh Puan Moana apabila dia mahu membuang barang tersebut?

a)

Mebungkus barang tersebut di dalam plastik sebelum dibuang

b)

Menggunakan bekas tersebut utntuk kegunaan lain

c)

Membakar bahan tersebut

d)

Mengasingkan bahan itu untuk dikitar semula

71.

Apakah kesan situasi tersebut terhadap persekitaran?

P-Menyebarkan wabak penyakit

Q-Menyebabkan banjir kilat

R-Menyebabkan bau busuk

S-Hidupan akuatik akan mati

a)

P dan R

b)

Q dan R

c)

P dan S

d)

Q dan S

72.

Apakah yang menyebabkan fenomena gerhana bulan berlaku?

a)

Bumi, Bulan dan Matahari berada dalam garis lurus

b)

Bulan, Matahari dan Bumi berada dalam garis lurus

c)

Matahari, Bumi dan Bulan berada dalam garis lurus

d)

Bumi, Matahari dan Bulan berada dalam baris lurus

73.

Bilakah gerhana bulan berlaku?

a)

siang

b)

malam

74.

Rajah di bawah menunjukkan fasa-fasa bulan. Pada fasa apakah gerhana bulan berlaku?

a)

1

b)

2

c)

3

d)

4

75.

Berdasarkan rajah fasa bulan di bawah, apakah fasa bulan pada kedudukan ke 3?

a)

anak bulan

b)

bulan separa

c)

bulan purnama

d)

bulan hampir purnama

76.

Bagaimanakah gerhana bulan berlaku?

a)

Bumi menghalang cahaya Matahari daripada sampai ke Bulan. Jadi Bulan ditutupi oleh bayang-bayang Bumi

b)

Bulan menghalang cahaya Matahari daripada sampai ke Bumi. Jadi Bumi ditutupi oleh bayang-bayang Bulan

c)

Bumi menghalang cahaya Matahari daripada sampai ke Bulan. Jadi Bumi ditutupi oleh bayang-bayang Bulan

d)

Bulan menghalang cahaya Matahari daripada sampai ke Bumi. Jadi Bulan ditutupi oleh bayang-bayang Bumi

77.

Mengapakah gerhana bulan hanya berlaku pada fasa bulan purnama?

a)

Bumi akan berada di antara Matahari dan Bulan semasa fasa bulan purnama.

b)

Bulan akan berada di antara Matahari dan Bumi semasa fasa bulan pernama

c)

Matahari akan berada di antara Bumi dan Bulan semasa fasa bulan purnama.

78.

Apakah maksud umbra?

a)

kawasan gelap sepenuhnya iaitu kawasan yang dihalang sepenuhnya daripada cahaya matahari

b)

kawasan gelap sepenuhnya iaitu kawasan yang dihalang oleh sebahagian sahaja daripada cahaya matahari

c)

kawasan gelap separa iaitu kawasan yang dihalang sepenuhnya daripada cahaya matahari

d)

kawasan gelap separa iaitu kawasan yang dihalang oleh sebahagian sahaja daripada cahaya matahari

79.

Apakah maksudnya penumbra?

a)

kawasan gelap sepenuhnya iaitu kawasan yang dihalang sepenuhnya daripada cahaya matahari

b)

kawasan gelap sepenuhnya iaitu kawasan yang dihalang oleh sebahagian sahaja daripada cahaya matahari

c)

kawasan gelap separa iaitu kawasan yang dihalang sepenuhnya daripada cahaya matahari

d)

kawasan gelap separa iaitu kawasan yang dihalang oleh sebahagian sahaja daripada cahaya matahari

80.

Bagaimanakah gerhana bulan separa berlaku?

a)

Apabila Bulan memasuki kawasan bayang-bayang Bumi yang lebih cerah (penumbra), Gerhana Bulan separa berlaku.

b)

Apabila Bumi memasuki kawasan bayang-bayang Bulan yang lebih cerah (penumbra), Gerhana Bulan separa berlaku.

c)

Apabila Bulan memasuki kawasan bayang-bayang Bumi yang lebih cerah (umbra), Gerhana Bulan separa berlaku.

d)

Apabila Bumi memasuki kawasan bayang-bayang Bulan yang lebih cerah (umbra), Gerhana Bulan separa berlaku.

81.

Mengapakah bulan tidak kelihatan gelap semasa gerhana bulan penuh tetapi kelihatan perang kemerahan?

a)

kesan serakan dan pembiasan cahaya apabila cahaya Matahari melalui atmosfera Bumi

b)

kesan serakan dan pantulan cahaya apabila cahaya Matahari melalui atmosfera Bumi

c)

kesan daripada cahaya bergerak lurus apabila cahaya Matahari melalui atmosfera Bumi

d)

kesan daripada cahaya terhalang oleh objek legap apabila cahaya Matahari melalui atmosfera Bumi

82.

Bilakah kejadian gerhana Matahari berlaku?

a)

siang

b)

malam

83.

Apakah yang menyebabkan fenomena gerhana Matahari berlaku?

a)

Bulan berada di antara Matahari dan Bumi pada satu garis lurus.

b)

Bumi berada di antara Matahari dan Bulan pada satu garis lurus.

c)

Matahari berada di antara Bulan dan Bumi pada satu garis lurus.

84.

Bagaimanakah fenomena gerhana Matahari boleh berlaku?

a)

Bumi menghalang cahaya matahari daripada sampai ke Bulan. Jadi Bumi ditutupi oleh bayang-bayang Bulan

b)

Bulan menghalang cahaya matahari daripada sampai ke Bumi. Jadi Bumi ditutupi oleh bayang-bayang Bulan

c)

Bumi menghalang cahaya matahari daripada sampai ke Bulan. Jadi Bulan ditutupi oleh bayang-bayang Bumi

d)

Bulan menghalang cahaya matahari daripada sampai ke Bumi. Jadi Bulan ditutupi oleh bayang-bayang Bumi

85.

Rajah di bawah menunjukkab suatu eksperimen. Apabila lampu dipasang, suatu bayang-bayang terbentuk pada permukaan glob. Mengapa?

a)

Glob adalah objek legap, jadi cahaya tidak boleh menembusinya

b)

Bola ialah objek legap, jadi cahaya tidak dapat menembusinya

c)

Glob ialah objek lutsinar, jadi cahaya dapat menembusinya

d)

Bola ialah objek lutsinar, jadi cahaya dapat menembusinya

86.

Apakah yang akan berlaku di kawasan yang mengalami fenomena gerhana Matahari?

a)

Suasana menjadi gelap seketika

b)

Suhu kawasan tersebut menurun

c)

Haiwan menjadi kelam kabut

d)

Air laut menjadi surut

87.

Rajah di bawah menunjukkan satu fenomena. Mengapakah suhu di Bumi menurun seketika sewaktu fenomena ini berlaku?

a)

Bumi lebih jauh dari Matahari

b)

Awan mendung sedang berlaku ketika itu

c)

Bumi kurang menerima cahaya matahari pada ketika itu

d)

Bulan memantulkan cahaya matahari ke Bumi

88.

Mengapakah fenomena gerhana matahari hanya boleh dilihat di kawasan yang kecil sahaja di permukaan Bumi?

a)

Saiz Bulan lebih kecil berbanding Matahari, maka bayang-bayang Bulan yang terbentuk adalah kecil dan tidak dapat menutupi keseluruhan Bumi

b)

Saiz Bumi lebih kecil berbanding Matahari, maka bayang-bayang Bumi yang terbentuk adalah kecil dan tidak dapat menutupi keseluruhan Bulan

c)

Saiz Bulan lebih kecil berbanding Matahari, maka bayang-bayang Bumi yang terbentuk adalah kecil dan tidak dapat menutupi keseluruhan Bulan

89.

Rajah di bawah menunjukkan fasa-fasa bulan. Pada fasa apakah gerhana matahari berlaku?

a)

anak bulan

b)

bulan sabit

c)

bulan separa

d)

bulan purnama

90.

Semasa berlaku gerhana matahari penuh, Matahari kelihatan seperti bulatan gelap yang dikelilingi oleh gegelang cerah yang dinamakan sebagai ____________

a)

korina

b)

korona

c)

umbra

d)

penumbra

91.

Mengapakah tempoh kejadian gerhana matahari lebih singkat berbanding tempoh kejadian gerhana bulan?

a)

bayang-bayang Bulan kecil sahaja semasa gerhana matahari berlaku berbanding bayang-bayang Bumi semasa kejadian gerhana bulan

b)

bayang-bayang Bumi kecil sahaja semasa gerhana matahari berlaku berbanding bayang-bayang Bulan semasa kejadian gerhana bulan

c)

bayang-bayang Bulan kecil sahaja semasa gerhana bulan berlaku berbanding bayang-bayang Bumi semasa kejadian gerhana matahari

d)

bayang-bayang Bumi kecil sahaja semasa gerhana bulan berlaku berbanding bayang-bayang Bumi semasa kejadian gerhana matahari

92.

Pilih penyataan yang betul mengenai sifat-sifat cahaya yang berkaitan dengan kejadian gerhana

a)

cahaya boleh dibiaskan

b)

cahaya boleh dipantulkan

c)

cahaya bergerak lurus

d)

cahaya tidak boleh menembusi objek legap

93.

Pusat bagi Sistem Suria ialah

The center of the Solar System is

a)
Bintang
b)
Bulan
c)
Bumi
d)
Matahari
94.

Namakan galaksi di mana Sistem Suria berada

Name the galaxy in which the Solar System is located

a)
Andromeda
b)
Galaksi 87
c)
Bima Sakti
95.

Antara berikut yang manakah paling besar ?

Which of the following is the largest?

a)
Alam Semesta
b)
Galaksi
c)
Sistem suria
96.

Sistem Suria kita terletak dalam galaksi

Our Solar System is located in a galaxy

a)

Andromeda

b)

Bima Sakti

97.

Antara berikut, yang manakah BUKAN himpunan objek yang terdapat dalam galaksi?

Which of the following is NOT a collection of object found in galaxies?

a)

Debu

b)

Air

c)

Bintang

d)

Gas

98.

Galaksi Bina sakti Dan Andromeda ialah contoh bagi galaksi...

The Milky Way Galaxy And Andromeda are examples of galaxies...

a)

Elips

b)

Berpilin

c)

Tidak seragam

99.

Manakah berikut galaksi elips?

Which of the following is an elliptical galaxy?

a)
b)
c)
d)
100.

Bima Sakti Berada di galaksi

The Milky Way is in the galaxy

a)

Tidak seragam

b)

Berpilin

101.

Sekiranya sistem suria kita diameter nya adalah sebatang pencil, diameter untuk galaksi bima sakti ialah

If our solar system is the diameter of a pencil, the diameter of the Milky Way galaxy is

a)

sebesar pinggan

b)

sebesar mangkuk

c)

sebesar gelanggang badminton

d)

sebesar padang bolasepak

102.

Dimanakah kedudukan sistem suria kita berada

Where is the position of our solar system?

a)

Ditengah galaksi bima sakti

b)

Ditepi galaksi bima sakti

c)

Di atas galaksi bima sakti

103.

Mengapakah galaksi Bima Sakti dikenali sebagai juga sebagai Milky way

Why is the Galaksi Bima sakti known as the Milky way?

a)

Berupa tumpahan minyak dilangit malam

b)

Berupa tumpahan air dilangit malam

c)

Berupa tumpahan susu dilangit malam

d)

Berupa tumpahan acid dilangit malam

104.

Berikut adalah contoh jenis galaksi KECUALI

Here are examples of EXCEPT galaxy types

a)

Galaksi Berpilin

b)

Galaksi Elips

c)

Galaksi Tidak sekata

d)

Galaksi muka ko diat

105.

Apakah nama alat yang digunakan oleh ahli astronomi untuk melihat Galaksi

What is the name of the instrument used by astronomers to view the Galaxy?

a)

Teleskop Angkasa Alon

b)

Teleskop Angkasa Boba

c)

Teleskop Angkasa Hubble

d)

Teleskop Angkasa Nyan

106.

Diagkasa terdapat

Space is available

a)

Ratusan Galaksi

b)

Ribuan Galaksi

c)

Jutaan Galaksi

d)

Berbilion Galaksi

107.

Apakah yang dimaksudkan dengan galaksi?

What does galaxy mean?

a)

Galaksi ialah suatu sistem yang merangkumi berjuta-juta bintang

b)

Galaksi ialah suatu sistem yang merangkumi berjuta-juta bintang, gas, debu dan jirim lain

c)

Galaksi ialah suatu sistem yang merangkumi gas dan debu

d)

Galaksi ialah suatu sistem yang merangkumi matahari, bumi dan bulan.

108.

Nyatakan bentuk-bentuk yang terdapat pada struktur dalam rajah di atas.

State the shapes found in the structure in the diagram above.

a)

hemisfera, kon, selinder

b)

hemisfera, kuboid, selinder

c)

sfera, kubus, kon

d)

sfera, piramid, selinder

109.

Which of the following factors will affect the stability of object?

Antara faktor berikut, yang manakah akan mempengaruhi kestabilan objek?

a)

the height

Ketinggian

b)

the material used

bahan yang digunakan

c)

the base area and the height

luas tapak dan ketinggian

110.

Apakah yang dimaksudkan dengan struktur yang stabil?

What is meant by stable structure?

a)

struktur yang tidak mudah tumbang

structure that does not topple over easily

b)

struktur dibina menggunakan konkrit

structure built using concrete

c)

struktur yang tinggi

high structure

111.

kenapa kereta sebelah kanan lebih stabil?

why is the car on the right more stable?

a)

Pusat jisimnya lebih tinggi

Its centre of mass is higher

b)

Tapaknya lebih luas

The base is wider

c)

ia mempunyai ketinggian yang lebih

it has more height

d)

semua di atas

all of the above

112.

Model yang manakah akan jatuh paling akhir apabila papan itu diangkat ?

Which model will fall the last when the plank is lifted ?

a)

Model X

b)

Model Y

c)

Model Z

113.

P - Jenis bahan yang digunakan

Q- Jisim struktur

R- Bagaimana struktur diletakkan

S-Warna struktur

P - Types of materials used

Q- The mass of the structure

R- How the structure is placed

S-The colour of the structure

Antara faktor berikut, yang manakah akan mempengaruhi kekuatan struktur?

Which of the following factors will affecr the strength of a structure?

a)

P and S

b)

P and R

c)

R and S

d)

R and Q

114.

Antara bahan berikut, yang manakah sesuai untuk membina rumah?

Which of the following materials is suitable to building a house?

a)

kayu dan kaca

wood and glass

b)

simen dan kayu

cement and wood

c)

bata, simen dan keluli

bricks, cement and steel

115.

Model jambatan manakah yang lebih kuat?

Which bridge model is more stronger?

a)

Model R

b)

Model S

c)

Model T

116.

Yang manakah BUKAN faktor yang mempengaruhi kekuatan struktur?

Which is NOT the factor that affect the strength of a structure?

a)

Jenis bahan yang digunakan

type of materials used

b)

bentuk struktur

shape of structure

c)

Luas tapak

size of base area

117.

Kejutan akibat gempa bumi menyebabkan lebih berbahaya kepada bangunan yang lebih tinggi berbanding dengan bangunan yang lebih rendah kerana ....................

The shock due to an earthquake causes more harm to higher compared to lower buildings becauses ....................

a)

struktur yang lebih tinggi kurang stabil

higher structures are less stable

b)

struktur yang lebih tinggi boleh menyebabkan lebih banyak kejutan

higher structures can causes more shock

c)

struktur yang lebih rendah tidak stabil

lower structures are not stable

d)

operasi menyelamat lebih sukar di bangunan yang lebih tinggi

rescue operations are more difficult on higher buildings

118.

Kebanyakan bangunan diperbuat daripada konkrit kerana...

Most buildings are made of concrete because...

a)

kosnya lebih murah

the cost is cheaper

b)

konkrit mudah didapati

concrete is easy to find

c)

kekuatannya

its strength

d)

bentuknya yang berbeza

of its different shapes

119.

Kestabilan berkurangan apabila pusat graviti meningkat

Stability decreases as the centre of gravity rises

a)

betul

true

b)

salah

false

120.

Antara kereta di bawah yang manakah lebih stabil?

Which one of the cars below has the GREATER stability?

a)
b)
121.
JAWIKAN  : 
FORENSIK
a)
فورينسيک
b)
فورينتيک
c)
ڤوليتيک
d)
فوريستاتيک
122.
JAWIKAN  : 
KES
a)
کيم
b)
کيس
c)
کيک
d)
کي س
123.
JAWIKAN  : 
ANALISIS
a)
انا والحروف
b)
اندالوسيا
c)
اناليسيس
d)
انتارا
124.
JAWIKAN  : 
SAINS
a)
ساءينس
b)
ساءيڠ
c)
ساءيڠ س
d)
ساءين س
125.
JAWIKAN  : 
RADIOLOGI
a)
راديولوݢي
b)
راديو
c)
رمبوتن
d)
رمباي
126.
JAWIKAN  : 
KLINIKAL
a)
کليمک س
b)
کلينيکل
c)
کلينيک سواستا
d)
کلينيکن
127.
JAWIKAN  : 
HISTOLOGI
a)
حيستولوݢي
b)
هيستوري
c)
ريستورن
d)
هيستولوݢي
128.
JAWIKAN  : 
OBJEK
a)
اوبجيکتيف
b)
اوبجيک
c)
اوبسيس
d)
اوبور
129.
JAWIKAN  : 
SAINTIFIK
a)
ساءينتيس
b)
ساءين س تولين
c)
ساءيڠن
d)
ساءينتيفيک
130.
JAWIKAN  : 
KIMIA
a)
کميجا
b)
کيميا
c)
کريتا
d)
کورا-کورا
131.

RUMIKAN : ;

تيليكومونيكاسي

a)

TELLEKOMUNIKASI

b)

TALEKOMUNISI

c)

TELEKOMUNIKASI

d)

TILIKOMUNIKASI

132.

RUMIKAN :

ايرواڠكاس

a)

AROANGKASA

b)

EROANGKASA

c)

AEROANGKASA

d)

AIROANGKASA

133.
RUMIKAN : 
ڤرودوک
a)
PRODUK
b)
PERODUK
c)
PERUMPAMAAN
d)
PERUMAHAN
134.
RUMIKAN : 
تيليفون
a)
TELEFON
b)
TELEGRAM
c)
WHATSUP
d)
WECHAT
135.
RUMIKAN : 
چيڤ
a)
CAN
b)
CAP
c)
CEP
d)
CIP
136.

RUMIKAN :

اونيۏرسيتي

a)

UNIVERSITI

b)

UGANDA

c)

UNGKAPAN

d)

UNIVERSAL

137.
RUMIKAN : 
اسيد
a)
ARKED
b)
ANYAMAN
c)
ASTAGA
d)
ASID
138.
RUMIKAN : 
سامڤل
a)
SEMPEL
b)
SAMPEL
c)
STEM
d)
SETEM
139.

RUMIKAN :

ۏيرتوال

a)

VARTUAL

b)

VIRTUAL

c)

VIRATUAL

d)

VIRTUL

140.

RUMIKAN

ميكرو

a)

MIRO

b)

MIKRO

c)

MAKRO

d)

MIKROW