Font size
WorksheetsLATIH TUBI SAINS SUKAN UASA 2025
Total questions: 40
Worksheet time: 24mins
Rajah 1 menunjukkan aliran kepentingan sains sukan.
Apakah X dan Y?
X: Industri Sukan,
Y: Prestasi Sukan
X: Pencegahan Kecederaan,
Y: Kecergasan Fizikal
X: Sosiologi Sukan,
Y: Psikologi Sukan
X: Kecederaan Sukan, Y: Pengurusan Sukan
Antara berikut, yang manakah merupakan kepentingan sains sukan dalam aspek kesihatan?
Meningkatkan tahap penjagaan kesihatan ketika melakukan aktiviti kecergasan fizikal
Mengurangkan masa tidur
Meningkatkan tekanan darah
Mengurangkan pengambilan air
Sains sukan dapat meningkatkan ekonomi negara melalui:
Penghasilan peralatan sukan dan penganjuran sukan.
Pengurangan pelaburan dalam bidang sukan
Hasil daripada penjualan tiket dan penyiaran sukan
Pengurangan eksport produk sukan
Dasar Sukan Negara berkaitan dengan rajah 2.1 adalah:
Sukan untuk Semua
Sukan berprestasi Tinggi
Sukan Elit
Sukan untuk Kecemerlangan
Pilih satu sumbangan aktiviti dalam rajah 2.2 kepada individu yang terlibat.
Pembentukan sahsiah positif, meningkatkan keyakinan diri dan daya saing
Mengurangkan motivasi diri
Menyebabkan tekanan berlebihan
Menghalang perkembangan diri
Nyatakan dua perbandingan aktiviti Sukan Massa dan Sukan Elit berkaitan ciri-ciri yang diberikan.
Penyertaan: Sukan Massa - Terbuka kepada orang awam; Sukan Elit - Melibatkan atlet profesional. Tujuan: Sukan Massa - Untuk kesihatan dan sosial; Sukan Elit - Untuk pencapaian dan kejayaan sukan negara.
Penyertaan: Sukan Massa - Hanya untuk atlet profesional; Sukan Elit - Terbuka kepada orang awam. Tujuan: Sukan Massa - Untuk pencapaian sukan negara; Sukan Elit - Untuk kesihatan dan sosial.
Penyertaan: Sukan Massa - Melibatkan atlet profesional; Sukan Elit - Terbuka kepada pelajar sekolah sahaja. Tujuan: Sukan Massa - Untuk rekreasi; Sukan Elit - Untuk pendidikan.
Penyertaan: Sukan Massa- Terbuka kepada pelajar sekolah sahaja; Sukan Elit- Melibatkan orang awam. Tujuan: Sukan Massa - Untuk kejayaan sukan negara; Sukan Elit - Untuk rekreasi
Tubuh manusia terdiri daripada beberapa sistem yang membolehkan fisiologi tubuh dapat berfungsi bagi memenuhi keperluan aktiviti fizikal. a) Nyatakan contoh bahagian dalam sistem dan fungsi sistem yang berkaitan. Lengkapkan jadual berikut: | Sistem | Contoh Bahagian dalam sistem | Fungsi sistem | |----------|-----------------------------|---------------| | Endokrin | Pankreas, Pituitari | Mengawal atur dan menyelaras fungsi tubuh melalui hormon | | Rangka | __________ | __________ | Apakah jawapan yang paling tepat untuk mengisi bahagian yang kosong bagi sistem rangka?
Contoh Bahagian dalam sistem: Tulang, sendi; Fungsi sistem: Menyokong dan melindungi organ dalaman, membolehkan pergerakan badan
Contoh Bahagian dalam sistem: Jantung, arteri; Fungsi sistem: Mengangkut oksigen dan nutrien ke seluruh badan
Contoh Bahagian dalam sistem: Paru-paru, trakea; Fungsi sistem: Menyerap oksigen dan menyingkirkan karbon dioksida
Contoh Bahagian dalam sistem: Otak, saraf tunjang; Fungsi sistem: Mengawal dan menyelaras aktiviti badan
Kesan latihan berterusan terhadap hipertrofi jantung kepada atlet maraton ialah:
Pertambahan saiz ruang ventrikel kiri dan keupayaan jantung untuk mengepam darah meningkat.
Mengurangkan saiz jantung dan keupayaan mengepam darah.
Kadar nadi rehat menurun dan isipadu strok meningkat
Menyebabkan jantung menjadi lemah dan mudah letih.
Rajah 3 menunjukkan aktiviti 'pull-up'. Nyatakan jenis penguncupan otot biceps pada fasa X dan otot triseps pada fasa Y bagi atlet yang melakukan aktiviti 'pull-up' dalam rajah 3 di atas.
Fasa X: Penguncupan isotonik (konsentrik) Fasa Y: Penguncupan isotonik (esentrik)
Fasa X: Penguncupan isometrik Fasa Y: Penguncupan isotonik (konsentrik)
Fasa X: Penguncupan isotonik (esentrik) Fasa Y: Penguncupan isometrik
Fasa X: Penguncupan esentrik (otot akan memanjang)
Fasa Y: Penguncupan konsentrik (otot akan memendek)
Rajah 3 menunjukkan aktiviti 'pull-up'. Apakah jenis fiber otot yang terlibat semasa aksi bagi aktiviti dalam rajah 3 di atas dan berikan tiga cirinya.
Fiber Otot: Fiber otot jenis II (otot sentak cepat)
Ciri-ciri fiber Otot:
Saiz Fiber - Lebih besar,
Warna Fiber - Putih,
Jangka masa kerja - singkat
Fiber Otot: Fiber otot jenis I (otot sentak lambat)
Ciri-ciri fiber Otot: Mengecut dengan perlahan, tahan lama, kurang cepat letih
Fiber Otot: Fiber otot jenis II (otot sentak cepat)
Ciri-ciri fiber Otot: Menghasilkan tenaga rendah, sesuai untuk aktiviti berterusan
Fiber Otot: Fiber otot jenis II (otot sentak lambat)
Ciri-ciri fiber Otot: Mengecut dengan perlahan, sesuai untuk aktiviti ketahanan
Hukum Newton yang manakah digunakan pada fasa sedia seperti Rajah 4?
Hukum Newton Pertama
Hukum Newton Kedua
Hukum Newton Ketiga
Hukum Newton Keempat
Hormon manakah yang dirembeskan untuk mencetuskan gerak balas badan terhadap tekanan dan keadaan kecemasan dengan meningkatkan kadar denyutan jantung serta pernafasan atlet?
Adrenalina
Insulin
Testosteron
Estrogen
Pilih satu hormon yang dirembeskan oleh kelenjar pankreas dan fungsinya.
Insulin - Bertindak balas dengan glukosa di dalam darah untuk menukarkan glukosa kepada glikogen yang menjadi bahan
sebagai sumber tenaga
Adrenalin - Meningkatkan kadar denyutan jantung
Tiroksin - Mengawal kadar metabolisme
Estrogen - Mengawal ciri-ciri seks sekunder wanita
Rajah 5 menunjukkan sistem peredaran darah manusia. Namakan bahagian yang bertanda Q.
Ventrikel kiri
Atrium kanan
Ventrikel kanan
Atrium kiri
Apakah fungsi bahagian bertanda P?
Mengepam darah ke seluruh badan
Menyimpan oksigen dalam badan
Salur darah yang mengangkut darah yang kaya oksigen masuk ke atrium kiri dari paru-paru
Menapis bahan buangan dari darah
Rajah 5 menunjukkan sistem peredaran darah manusia. Terangkan apakah yang berlaku pada kitaran Y.
Darah yang kurang oksigen dipam ke paru-paru untuk mendapatkan oksigen.
Kitaran Sistemik adalah proses membawa darah yang kaya oksigen ke seluruh badan dan darah kurang oksigen kembali semula ke jantung
Darah yang kurang oksigen dipam ke otak untuk mendapatkan oksigen.
Darah yang kaya oksigen dipam ke jantung untuk mendapatkan oksigen.
Jadual 1 menunjukkan ciri-ciri sistem tenaga. Namakan sumber tenaga X.
Fosfokreatin
Glukosa
Asid lemak
Glikogen
Berikan satu contoh acara balapan yang menggunakan sistem tenaga Z.
Maraton atau larian jarak jauh seperti 3000m
Lompat tinggi
100 meter pecut
Lontar peluru
Nyatakan ciri sistem tenaga Y.
- tidak memerlukan oksigen dalam penghasilan tenaga
- jangka masa singkat kurang 10 saat
- dikenali sebagai sistem ATP-PC atau Sistem Fosfagen
- memerlukan kehadiran oksigen dalam penghasilan tenaga
- kehadiran oksigen menguraikan asid laktik dan menjana tenaga dari simpanan glikogen
- berlaku selepas 3 minit
- dipanggil sistem oksidatif
-tidak memerlukan oksigen dalam penghasilan tenaga
- dipanggil sistem tenaga asid laktik atau glikolisis anaerobik
- Sumber tenaga daripada karbohidrat yang disimpan sebagai glikogen dan glukosa dalam sel-sel otot dan hati
- memerlukan oksigen dalam penghasilan tenaga
- Sumber tenaga daripada karbohidrat, lemak & protien
- Dikenali sebagai sistem fosfat
Kinematik terbahagi kepada Linear dan Projektil.
Apakah yang dimaksudkan dengan projektil?
Pergerakan jasad yang tersesar ke udara dan jatuh semula ke bumi yang dipengaruhi oleh daya tarikan graviti dan juga rintangan udara.
bergerak dengan kelajuan tetap tanpa sebarang daya
berputar di tempat yang sama tanpa bergerak
Arah projektil adalah berdasarkan satah sama ada menegak atau mendatar dan
berbentuk oblik atau parabola.
Antara berikut, yang manakah merupakan faktor yang boleh mempengaruhi kinematik projektil yang perlu atlet di rajah 7 aplikasikan untuk mencapai prestasi rejaman yang maksimum?
Sudut pelepasan
Kelajuan pelepasan
Kekuatan pelepasan
Ketinggian pelepasan
Kirakan halaju purata seorang atlet renang 50 meter yang berenang dengan catatannya masa ialah =25 saat. Diberi: halaju purata = (sesaran jasad) / (Masa yang diambil) = .......... ms-1
2 ms-1
0.5 ms-1
25 ms-1
1 ms-1
Rajah 8 menunjukkan pemain mengenakan daya ke atas bola yang pegun. Apakah hubungan antara inersia dan jisim?
Lebih besar jisim sesebuah objek, maka lebih besar inersianya
Semakin kecil jisim, semakin besar inersia.
Inersia tidak bergantung kepada jisim.
Jisim dan inersia tidak berkaitan.
Menguis bola adalah contoh penggunaan sistem tuas kelas ketiga.
Apakah kelebihan menggunakan sistem kelas ketiga tersebut?
dapat menguis bola dengan pergerakan yang pantas
pergerakan perlahan dalam julat yang kecil
dapat memberikan keseimbangan ketika menguis bola
dapat mengangkat beban yang besar
Rajah 8 menunjukkan pemain hoki sedang menguis bola. Pilih dua ciri daya yang membolehkan sesuatu objek bergerak daripada pegun apabila dikenakan daya.
Daya mempunyai magnitut dan arah
Daya sentiasa menyebabkan objek bergerak
Daya hanya wujud apabila objek bergerak
Daya dipengaruhi oleh titik aplikasi dan garisan tindakan
Pilih satu kemahiran sukan yang berdasarkan kriteria pengelasan kemahiran Z.
Menggelecek bola dalam bola sepak
Melompat tinggi dalam acara balapan
Membaling bola dalam boling
Memukul bola dalam tenis
Rajah 9 menunjukkan pengelasan kemahiran motor. Lengkapkan jadual berikut berdasarkan pengelasan kemahiran motor. Kemahiran: Smesy dalam Permainan Badminton
Permulaan dan pengakhiran lakuan: Kemahiran Bersiri, Rangsangan persekitaran: Kemahiran Terkawal
Permulaan dan pengakhiran lakuan: Kemahiran Motor Kasar
Rangsangan persekitaran: Kemahiran Bersiri
Permulaan dan pengakhiran lakuan: Kemahiran Diskrit Rangsangan persekitaran: Kemahiran Luar Kawal
Permulaan dan pengakhiran lakuan: Kemahiran Motor Halus,
Rangsangan persekitaran: Kemahiran Berterusan
Kemahiran mengelecek dalam bola sepak dikatakan pergerakan sekunder kerana:
melibatkan pergerakan asas yang digabungkan untuk tujuan tertentu.
merupakan pergerakan utama dalam bola sepak.
tidak memerlukan koordinasi antara anggota badan.
kemahiran yang dipelajari dan mempunyai objektif khusus
Maklumat berikut mengenai satu penganjuran kejohanan sukan. Namakan sistem pertandingan yang sesuai dan sebab sistem tersebut digunakan.
Sistem kalah mati kerana mempercepatkan penentuan pemenang.
Sistem liga 4 kumpulan kerana dapat memilih pemenang yang mutlak.
Sistem pusingan kerana hanya satu perlawanan dijalankan.
Sistem berkumpulan kerana tiada penyingkiran.
Mengapakah mesyuarat post-mortem perlu diadakan selepas selesai mengelola pertandingan?
Untuk menilai kelemahan dan kekuatan pengelolaan pertandingan
Untuk meraikan kejayaan pertandingan sahaja
Untuk membincangkan aktiviti selepas pertandingan
Untuk menentukan sejauh mana objektif pertandingan tercapai dan menggalakkan jawatankuasa membuat penambahbaikan proses pelaksanaan pertandingan pada masa akan datang
Antara berikut, yang manakah dua tugas utama seorang Setiausaha dalam pertandingan?
Mencatat minit mesyuarat dan mengurus surat-menyurat
Menilai peserta dan menyediakan hadiah
Menyediakan kertas kerja dan menyediakan tempat mesyuarat
Menjadi juri dan mengumumkan pemenang
Rajah 11 menunjukkan aktiviti sukan lontar peluru dan marathon. Nyatakan dua faktor yang mempengaruhi adaptasi latihan seorang atlet.
Ciri Fizikal dan Sukan Dominan
Faktor Persekitaran dan Ciri Genetik
Jantina dan Umur
Prinsip FITT dan Tahap Kecergasan Individu
Rajah 11 menunjukkan aktiviti sukan lontar peluru dan marathon. Jika atlet marathon menjalani latihan aerobik berterusan, menyebabkan berlakunya adaptasi di dalam sistem tubuh badan. Terangkan dua adaptasi kepada sistem kardiovaskular atlet tersebut.
Peningkatan kecekapan jantung mengepam darah ke seluruh badan dalam masa satu minit
Penurunan kadar denyutan jantung semasa rehat dan penurunan jumlah darah yang dipam.
Isipadu strok meningkat menyebabkan sel-sel seluruh badan mendapat oksigen yang secukupnya dalam kadar yang cepat
Pertambahan saiz jantung bagi menampung permintaan oksigen di seluruh badan dan kadar keluaran jantung meningkat
Bagaimana adaptasi berlaku kepada otot akibat kesan latihan?
Beberapa fungsi utama ATP sebagai sumber tenaga adalah untuk mensintesis komponen sel yang penting, kontraksi otot dan mengangkut bahan nutrien yang aktif untuk melintasi membran sel.
Menggunakan simpanan karbohidrat, protein dan lemak yang disimpan dalam otot sebagai sumber tenaga
Otot tidak mengalami sebarang perubahan.
Tenaga dari karbohidrat, protein dan lemak digunakan untuk membentuk sejumlah besar ATP. ATP tersebut digunakan sebagai sumber tenaga bagi kebanyakan fungsi sel tubuh badan.
Jelaskan ciri-ciri sistem tenaga yang digunakan oleh atlet lontar peluru?
Sistem tenaga anaerobik, menggunakan tenaga segera dan pantas tanpa memerlukan oksigen.
Sistem tenaga aerobik, menggunakan oksigen secara berterusan untuk menghasilkan tenaga.
Sistem tenaga fosfat, hanya digunakan untuk aktiviti berintensiti rendah dan jangka masa panjang.
Sistem Anaerobik Alaktik, tidak menggunakan oksigen dan jangka masa kurang dari 10 saat
Antara berikut, yang manakah merupakan dua faktor yang boleh mempengaruhi stabiliti bagi atlet tenis seperti dalam rajah 12?
Pusat graviti dan Garisan graviti
Luas tapak sokongan
Kecepatan angin dan suhu persekitaran
Jisim dan Geseran
Bagaimanakah kestabilan dapat dicapai oleh pemain tenis semasa membalas pukulan pihak lawan seperti dalam Rajah 12?
Lebih luas tapak sokongan akan jadi lebih stabil. Semakin besar saiz dan bentuk tapak sokongan sesuatu objek, maka kestabilan sesuatu objek itu akan turut meningkat
Jika geseran bertambah di antara dua permukaan, kestabilan akan meningkat.
Dengan mengangkat satu kaki semasa membalas pukulan.
Lebih rendah pusat graviti, maka lebih tinggi tahap kestabilannya
Berdasarkan Rajah 12, nyatakan dua Hukum Newton yang terlibat dalam aksi pemain tenis membalas pukulan pihak lawan?
Hukum Newton Pertama
- inersia pegun ( atlet berdiri secara pegun sewaktu menerima servis )
Hukum Newton Kedua
- Pergerakan bola meningkat selepas dipukul oleh atlet
Hukum Newton Ketiga
- Aksi ( pengerakan raket sewaktu memukul bola) manakala reaksi ( pergerakan bola yang berlaku sama ada sama magnitud daya atau sebaliknya )
Hukum Newton Kedua dan Hukum Graviti
Apakah kesan positif daripada penyertaan dalam aktiviti sukan kepada masyarakat?
Menghalang perkembangan kemahiran sosial
Menyebabkan peningkatan kadar kecederaan
Mengurangkan interaksi sosial
Meningkatkan kesihatan mental dan fizikal
Nyatakan satu contoh sukan yang memerlukan penggunaan sistem tenaga aerobik dan terangkan sebabnya.
Renang kerana ia melibatkan aktiviti berterusan yang memerlukan oksigen
Angkat berat kerana ia memerlukan kekuatan maksimum dalam jangka masa pendek
Sprinter kerana ia memerlukan kelajuan tinggi dalam jarak pendek
Hoki kerana ia melibatkan pergerakan pantas dan intensiti tinggi
