wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ANALISI KOMPONEN DSKP

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Apakah matlamat utama KSSM Asas Sains Komputer (ASK)?

a)

Menguasai teori komputer sahaja

b)

Melengkapkan murid dengan kemahiran pemikiran komputasional dan pengaturcaraan asas

c)

Menggunakan komputer untuk hiburan

d)

Menghafal kod dan algoritma

2.

Objektif ASK yang utama ialah:

a)

Menghafal fungsi komputer

b)

Menyusun dan mempersembahkan data atau idea secara logik dan sistematik

c)

Menyalin atur cara orang lain

d)

Mengetahui sejarah komputer

3.

ASK membantu murid mengesan dan membetulkan kesalahan algoritma menggunakan:

a)

Hafalan manual

b)

Pemikiran komputasional dan logik

c)

Kaedah cuba-jaya

d)

Penterjemahan bahasa pengaturcaraan

4.

Kerangka KSSM dibina berdasarkan enam tunjang utama, antaranya ialah:

a)

Komunikasi, Kerohanian, Kemanusiaan, Keterampilan Diri, Perkembangan Fizikal dan Estetika, serta Sains dan Teknologi

b)

Teknologi, Internet, Rangkaian, Media Sosial, Pengaturcaraan, dan Etika

c)

Kognitif, Afektif, Psikomotor, Emosi, Spiritual, dan Teknologi

d)

ICT, Sains, RBT, Matematik, Moral, dan Sivik

5.

Fokus utama kurikulum ASK ialah:

a)

Pembelajaran teori komputer klasik

b)

Pendedahan kepada reka bentuk laman sesawang sahaja

c)

Membentuk murid yang berfikirkan komputasional

d)

Menggunakan komputer untuk tugasan sekolah sahaja

6.

Antara bidang pembelajaran utama dalam ASK ialah Kecuali:

a)

Konsep Asas Pemikiran Komputasional

b)

Perwakilan Data

c)

Algoritma

d)

Sistem Rangkaian Komputer

7.

Kemahiran Abad ke-21 dalam ASK bertujuan untuk melahirkan murid yang:

a)

Bergantung kepada guru

b)

Pasif dan mengikut arahan

c)

Berfikir secara kritikal, kreatif dan berkolaborasi

d)

Fokus kepada keputusan peperiksaan

8.

Profil murid ASK yang berdaya tahan bermaksud:

a)

Tidak memerlukan bantuan rakan

b)

Mampu menghadapi kesukaran dan cabaran dengan kebijaksanaan dan empati

c)

Cepat menyerah apabila gagal

d)

Bergantung kepada guru sepenuhnya

9.

Dalam konteks KBAT, tahap Mencipta bermaksud:

a)

Menghafal pengetahuan sedia ada

b)

Menghasilkan idea atau produk yang baharu dan inovatif

c)

Membuat pertimbangan berdasarkan fakta

d)

Mengaplikasi konsep sedia ada tanpa penambahbaikan

10.

Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Inkuiri dalam ASK menekankan:

a)

Mengulangkaji nota guru

b)

Murid mengkaji masalah dari pelbagai sudut melalui siasatan dan analisis

c)

Guru memberi jawapan terus

d)

Hafalan pseudokod

11.

Antara strategi PdP berpusatkan murid yang disarankan dalam ASK ialah:

a)

Pembelajaran Berasaskan Projek dan Penyelesaian Masalah

b)

Ujian bertulis setiap minggu

c)

Hafalan nota algoritma

d)

Ceramah panjang oleh guru

12.

Elemen Merentas Kurikulum (EMK) yang diterapkan dalam ASK bukan termasuk:

a)

Kelestarian Alam Sekitar

b)

Nilai Murni

c)

Teknologi Maklumat dan Komunikasi

d)

Permainan Tradisional

13.

Nilai etika dan integriti digital dalam ASK ditekankan melalui:

a)

A. Tindakan bebas tanpa batasan di internet

b)

B. Akauntabiliti dan tanggungjawab terhadap tindakan dalam talian

c)

C. Berkongsi semua maklumat peribadi

d)

D. Tidak menghiraukan undang-undang siber

14.

Dalam pentaksiran ASK, murid dinilai berdasarkan:

a)

A. Pengetahuan, kemahiran dan nilai

b)

B. Peperiksaan akhir tahun sahaja

c)

C. Kehadiran ke makmal komputer

d)

D. Ujian hafalan

15.

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) menilai murid secara:

a)

Sekali setahun sahaja

b)

Berterusan, holistik dan merangkumi aspek kognitif, afektif dan psikomotor

c)

Berdasarkan markah ujian sahaja

d)

Tidak perlu laporan kepada ibu bapa

16.

Kaedah pentaksiran autentik dalam ASK bermaksud:

a)

Menilai murid menggunakan senarai semak semata-mata

b)

Menilai kemahiran dalam situasi sebenar seperti membina pseudokod atau carta alir

c)

Menilai sikap sahaja

d)

Menjalankan ujian hafalan istilah komputer

17.

Rukun Negara yang paling berkait dengan etika dalam ASK ialah:

a)

Kepercayaan kepada Tuhan

b)

Kesopanan dan Kesusilaan

c)

Kesetiaan kepada Raja dan Negara

d)

Kedaulatan Undang-Undang

18.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) bertujuan melahirkan insan yang:

a)

Seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani

b)

Mahir komputer semata-mata

c)

Berorientasikan peperiksaan

d)

Mengutamakan teknologi melebihi nilai

19.

Menurut Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997, kurikulum kebangsaan termasuk:

a)

Hanya kurikulum akademik

b)

Kurikulum dan kokurikulum yang merangkumi pengetahuan, kemahiran, nilai dan kepercayaan

c)

Aktiviti sukarela sahaja

d)

Pengajaran luar bilik darjah sahaja

20.

Elemen Keusahawanan dalam ASK diterapkan melalui:

a)

Hafalan definisi perniagaan

b)

Aktiviti yang memupuk sikap rajin, jujur, amanah dan kreatif dalam projek teknologi

c)

Pemasaran produk sebenar di sekolah

d)

Pengurusan akaun komputer semata-mata