Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH TINGKATAN 4

Total questions: 100

Worksheet time: 3585secs

Name
Class
Date
1.

Ciri-ciri negara bangsa Alam Melayu terdiri daripada raja, undang-undang, wilayah pengaruh dan ______________

(Buku teks m/s 4)

a)

kedaulatan

b)

rakyat

c)

kerajaan

d)

agama

2.

Siapakah yang menguruskan perbendaharaan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka? (Buku teks m/s 9)

a)

Syahbandar

b)

Laksamana

c)

Penghulu Bendahari

d)

Bendahara

3.

Mengapakah rancangan penempatan semula Kampung Baru merenggangkan hubungan antara kaum?

a)

Ramai orang Cina memyertai komunis

b)

Penguasaan komunis terhadap Kampung Baru

c)

Orang Cina mendominasi penempatan Kampung Baru

d)

Orang Melayu tidak dibenarkan tinggal di penempatan Kampung Baru

4.

Bagaimanakah tindakan yang telah dilakukan oleh British untuk melaksanakan Perang Saraf di negara kita?

a)

Mengadakan lawatan

b)

Melaksanakan perintah berkurung

c)

Menawarkan tawaran pengampunan

d)

Mengadakan kempen Bulan Rakyat Melawan Penjajah

5.

Antara berikut merupakan kesan-kesan darurat dari aspek politik, kecuali

a)

pertambahan warganegara di Tanah Melayu

b)

mempercepat proses berkerajaan sendiri

c)

pembentukan Malayan Indian Congress

d)

pembentukan Malayan Chinese Association

6.

Semasa Rundingan Baling 1955, apakah tuntutan Tunku Abdul Rahman (wakil kerajaan) kepada Chin Peng (wakil PKM)? (pilih dua jawapan)

a)

Menyertai Parti Perikatan

b)

Menyerah diri

c)

Membubarkan Parti Komunis Malaya

d)

Memulangkan senjata

7.

Rancangan Kampung Baru : Penempatan semula penduduk di kawasan pinggir hutan ke kawasan petempatan baru.

Bagaimanakah keadaan di kampung tersebut? (pilih dua jawapan)

a)

Dilengkapi dengan senjata moden untuk tujuan pertahanan

b)

Dilengkapi dengan kemudahan asas

c)

Dipagari dengan kawat berduri

d)

Dikawal oleh Home Guard

8.

Antara langkah yang dilakukan oleh British untuk membasmi pengaruh komunis semasa penguatkuasaan Undang-undang Darurat ialah

a)

melindungi kepentingan Kaum Melayu dan Cina.

b)

menuntut kemerdekaan dalam masa terdekat.

c)

memindahkan penduduk ke petempatan baru

d)

menyediakan bantuan kepada penduduk

9.

Apakah pasukan keselamatan yang mengawal kampung dan bertanggungjawab untuk menyekat pergerakan bekalan makanan, maklumat dan ubat-ubatan daripada jatuh ke tangan PKM?

a)

Sarawak Rangers

b)

Home Guard

c)

Auxiliary Police

d)

Special Constable

10.

Apakah yang dilakukan oleh pengganas komunis untuk melumpuhkan ekonomi Tanah Melayu semasa darurat? (pilih dua jawapan)

a)

Membakar ladang getah

b)

Mengugut orang ramai

c)

Memusnahkan rumah penduduk

d)

Menyerang kawasan lombong

11.

Apakah matlamat perjuangan pertubuhan Parti Komunis Malaya? (pilih dua jawapan)

a)

Menggulingkan penjajahan British

b)

Memonopoli kekayaan hasil bumi

c)

Menentang penjajah Jepun

d)

Menubuhkan Republik Komunis

12.

Mengapakah Parti Komunis Indonesia gagal dalam menyebarkan ideologi komunis dalam kalangan orang Melayu di Tanah Melayu?

a)

Komunis menggunakan kekerasan

b)

Komunis memperjuangkan persamaan taraf

c)

Komunis menafikan hak orang Melayu

d)

Orang Melayu menyerahkan hal pentadbiran kepada komunis

13.

Pengasas karya Communist Manifesto dan Das Kapital ialah (pilih dua jawapan)

a)

Richard Max

b)

Karl Max

c)

Friedrich Engels

d)

Friedrich Thomas

14.

Mengapakag British mengharamkan pertububan Angkatan Pemuda Insaf (API) ?

a)

Menggunakan pendekatan radikal

b)

Menyokong perjuangan komunis

c)

Memperjuangkan hak rakyat

d)

Membuat tuntutan kemerdekaan

15.

Mengapakah UMNO ditubuhkan

a)

Mengambleng tenaga penuda sebagai penggerak

b)

Menuntut keadilan daripada pihak Jepun

c)

Menentang Malayan Union

16.

Malayan Chinese Association dipimpin oleh

a)

Khoo Kay Kim

b)

Tan Cheng Lock

c)

Dr David Loo

d)

Lim Kit Siang

17.

Parti Kebangsaan Melayu Malaya, PKMM dipimpin oleh pemimpin berikut. KECUALI

a)

Datu Patinggi

b)

Dr Burhanuddin al-Helmi

c)

Ahmad Boestaman

d)

Ishak Haji Muhammad

18.

Waadat bermaksud

(Buku teks m/s 13)

a)

peranan

b)

perjanjian

c)

larangan

d)

arahan

19.

Di bawah Undang-Undang Laut Melaka, siapakah yang akan menentukan jumlah cukai yang dikenakan terhadap penumpang?

(Buku teks m/s 11)

a)

Syahbandar

b)

Sultan

c)

Nakhoda

d)

Laksamana

20.

Tugas Syahbandar adalah mengutip cukai di ________________

(Buku teks m/s 9)

a)

Pelabuhan

b)

Kampung

c)

Sempadan

d)

Bukit

21.

Kawasan yang dikurniakan oleh Sultan Melaka kepada Pembesar Berempat dikenali sebagai

(Buku teks m/s 9)

a)

kawasan jajahan

b)

kawasan pentadbiran

c)

kawasan pegangan

d)

kawasan naungan

22.

Sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka dikenali sebagai

(Buku teks m/s 8)

a)

Pembesar Empat Lipatan

b)

Pembesar Lapan Lipatan

c)

Pembesar Enam Belas Lipatan

d)

Pembesar Tiga Puluh Dua Lipatan

23.

Wilayah taklukan adalah wilayah yang diperoleh melalui ______________.

(Buku teks m/s 7)

a)

perkahwinan

b)

persahabatan

c)

perdagangan

d)

peperangan

24.

Wilayah pengaruh Kesultanan Melayu Melaka merangkumi

Semenanjung Tanah Melayu dan ________________

(Buku teks m/s 7)

a)

Sabah dan Sarawak

b)

Siam

c)

Pantai Timur Sumatera

d)

Jawa Timur

25.

Rakyat Melaka terdiri daripada

(Buku teks m/s 6)

I. orang kaya

II. orang Melayu

III. Orang Laut

IV. orang dagang

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

26.

Antara berikut, yang manakah ciri-ciri negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka?

(Buku teks m/s 7)

I. Raja

II. Agama

III. Kerajaan

IV. Kedaulatan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

27.

Antara berikut yang manakah kerajaan awal Alam Melayu?

(Buku teks m/s 4)

I. Funan

II. Majapahit

III. Teluk Cam Ranh

IV. Segenting Kra

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

28.

Apakah fungsi Inskripsi Telaga Batu? (Buku teks m/s 4)

a)

Digunakan dalam upacara keagamaan

b)

Digunakan dalam upacara persetiaan

c)

Digunakan sebagai barang dagangan

d)

Digunakan untuk memahami undang-undang

29.

Raja Champa dikaitkan dengan _______________

(Buku teks m/s 4)

a)

Dewa Vishnu

b)

Dewa Siva

c)

Dewa Brahma

d)

Dewa Rama

30.

Nasionalisme di Burma (Myanmar) bermula apabila golongan Thakin menubuhkan Persatuan Belia Buddha pada tahun 106. Apakah matlamat penubuhan persatuan tersebut?

a)

Melancarkan revolusi.

b)

Mengekalkan tradisi Buddha.

c)

Memperjuangkan kemerdekaan.

d)

Membela nasib golongan pemuda.

31.

Mengapakah nasionalisme di Thailand berbeza dengan negara-negara lain di Asia Tenggara?

a)

Menentang penjajahan.

b)

Menghalau kuasa asing.

c)

Mempertahankan kedaulatan negara.

d)

Melaksanakan pemerintahan demokrasi.

32.

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah memberi kesan terhadap pemerintahan beraja di Tanah Melayu.

Apakah kesan tersebut? (BT MS 136)

a)

Penubuhan Majlis Raja-raja

b)

Pelaksanaan sistem penasihat

33.

Apakah kepentingan Persekutuan Tanah Melayu 1948 dalam pembinaan negara dan bangsa

Malaysia? (BT MS 137)

I. Kewarganegaraan dilonggarkan

II. Melahirkan identiti bangsa Malayan Union

III. Hak mutlak memerintah negara yang berdaulat

IV. Sistem demokrasi berkonsepkan Raja Berperlembagaan

a)

II dan III

b)

III dan IV

34.

Antara yang berikut, manakah syarat kewarganegaraan secara kuat kuasa undang undang?

(BT MS 135)

a)

Lahir di luar negeri dan ayahnya mestilah rakyat Raja

b)

Bersetuju taat setia kepada Persekutuan Tanah Melayu

35.

Apakah kesan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 terhadap orang Melayu?( BT MS 136)

a)

Syarat kewarganegaraan dilonggarkan

b)

Kedudukan istimewa orang Melayu diiktiraf

36.

Gambar 2 di bawah menunjukkan Sir Edward Gent berucap selepas Raja-Raja Melayu menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 untuk mengembalikan

kedaulatan negara.


Apakah kepentingan mempertahankan kedaulatan negara pada masa kini? (BT MS 133)


I. Mengukuhkan ekonomi imigran

II. Mengekalkan perpaduan rakyat

III. Memelihara kemerdekaan negara

IV. Memastikan penguasaan orang Melayu

a)

I dan II

b)

II dan III

37.

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah dimeterai secara rasmi pada 1 Februari 1948.

Apakah ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948? (BT MS 134 – 135)

I. Gabungan sembilan buah negeri-negeri Melayu

II. Majlis Perundangan Persekutuan diketuai oleh Sultan

III. Rang undang-undang perlu mendapat perkenan pihak British

IV. Jus Soli hanya terbuka untuk rakyat Raja dan rakyat British

a)

II dan III

b)

III dan IV

38.

Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah ditubuhkan secara rasmi pada 1 Februari

1948 bagi menggantikan gagasan Malayan Union.

Apakah faktor-faktor pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948? (BT MS 132)


I. Bantahan orang Melayu

II. Sokongan pentadbir British

III. Bantahan golongan Imigran

IV. Cadangan Pesuruhjaya Tinggi British

a)

I dan II

b)

I dan IV

39.

Mengapakah gabungan PUTERA dan AMCJA menolak rangka Perjanjian Persekutuan

Tanah Melayu 1948? (BT MS 128)

a)

Enggan berkompromi dengan penjajah

b)

Jawatankuasa Kerja tidak diwakili semua kaum

40.

Gambar 1 di bawah menunjukkan Jawatankuasa Kerja yang ditubuhkan pada 25 Julai

1946.

Apakah tujuan jawatankuasa tersebut ditubuhkan? (BT MS 126)

a)

Menetukan tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu 1948

b)

Membincangkan asas Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948

41.

Maklumat berikut berkaitan keadaan masyarakat di Tanah Melayu?

Apakah nilai yang boleh diperolehi daripada perkara tersebut? BT-MS 137

a)

Bergading bahu menjayakan wawasan

b)

Berketrampilan dalam organisasi

42.

Jadual berikut berkaitan peristiwa yang berlaku di Tanah Melayu

Apakah kesannya kepada masyarakat? BT-MS 137

a)

Kedudukan orang Melayu terus dipelihara

b)

Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum

43.

Apakah kesan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu kepada orang bukan Melayu?

BT:MS 127/TP4

a)

Memelihara kebajikan

b)

Menjadi warganegara

44.

Nyatakan syarat kewarganegaraan secara pendaftaran yang terdapat dalam Persekutuan Tanah

Melayu 1948 ? BT MS-135

a)

Bermastautin selama 15 tahun daripada 20 tahun

b)

Bermastautin selama 18 tahun daripada 22 tahun

45.

Siapakah yang mengetuai pentadbiran kerajaan dalam Persekutuan Tanah Melayu 1948?

MS 132/TP2

a)

Residen Jeneral

b)

Pesuruhjaya Tinggi

46.

Antara berikut, negara manakah yang terlibat dalam merangka Piagam Atlantik?

BT:MS 133

I Britain

II Itali

III Perancis

IV Amerika Syarikat

a)

I dan II

b)

I dan IV

47.

Senarai berikut berkaitan peristiwa yang berlaku di Tanah Melayu? BT MS-132

Apakah kesan daripada peristiwa tersebut?

a)

Pemasyhuran Kemerdekaan dilakukan

b)

Pemansuhan Malayan Union 1946

48.

Maklumat berikut berkaitan dengan cadangan Perlembagaan Rakyat.

Apakah tujuannya? BT-MS 131

a)

Mengharapkan kerjasama rakyat

b)

Meminta menutup kedai

49.

Antara berikut, siapakah yang menjadi wakil UMNO dalam Jawatankuasa Kerja?

BT:MS 127

a)

Haji Megat Yunus

b)

Dato’ Hamzah Abdullah

50.

Apakah matlamat penubuhan Jawatankuasa Kerja dalam Persekutuan Tanah Melayu 1948? BT MS-126

a)

Membincangkan asas Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu

b)

Mencadangkan draf Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu

51.

Apakah peranan akhbar 'Utusan Sarawak' ?

a)

Untuk menyebarkan sokongan kepada pemerintahan British

b)

Menggunakan kritikan yang keras mengecam British

c)

Untuk menyebarkan tentangan mereka terhadap penyerahan Sarawak

d)

Menyekat Anthony Brooke memerintah Sarawak

52.

Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan Kumpulan Rukun 13?


I. Ditubuh secara sulit oleh pemimpin Pergerakan Pemuda Melayu (PPM)

II. Kumpulan awam yang ditubuhkan oleh Pergerakan Pemuda Melayu (PPM)

III. Mengatur demonstrasi menentang penyerahan Sarawak

IV. Menghapuskan pegawai tinggi British di Sibu

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

53.

Beliau mengetuai kaum ibu dengan mengadakan kempen kesedaran di rumah panjang. Siapakah tokoh yang dimaksudkan?

a)

Cikgu Ajibah Abol

b)

Dayang Fauziah

c)

Cikgu Lily Eberwein

d)

Hajah Sipah Tuanku Othman

54.

Pada Disember 1946, British mengeluarkan Peikeliling No.9/1946 (Circular No.9). Apakah fungsi pekeliling tersebut?

a)

Melarang pegawai awam menyertai gerakan anti penyerahan

b)

Menggalakkan pegawai awam untuk letak jawatan

c)

Menyeru pegawai awam untuk mengadakan demonstrasi

d)

Mengarah pegawai awam mengadakan persidangan

55.

Apakah dapatan tinjauan yang dilakukan oleh Gammans dan Reess Williams terhadap rakyat Sarawak?

I. Kebanyakan peribumi menyokong

II. Kebanyakan peribumi menentang

III. Orang Cina menyokong

IV. Orang Cina menentang

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

56.

Pilih tiga faktor penduduk menyokong penyerahan Sarawak kepada kerajaan British

a)

memajukan negari

b)

memajukan penduduk tempatan

c)

memberikan peluang pekerjaaan dalam perkhidmatan awam

d)

suka dengan pemerintahan British

57.

Disebalik penentangan terhadap penyerahan Sarawak,terdapat juga penduduk yang menyokong.Siapakah ketua yang menyertai kumpulan penyokong ini?

a)

Awang Ramli

b)

Bujang Suntong

c)

Datu Bandar Abang Haji

d)

Datu Amar Abang Haji Suleiman

58.

Namakan peristiwa pembunuhan Duncan Stewart

a)

Hari berdarah

b)

Tragedi berdarah

c)

Hari kematian

d)

Sungkit berdarah

59.

Siapakah yang membunuh Duncan Stewart?

a)

Awang Rambli

b)

Bujang Suntong

c)

Rosli Dhoby

d)

Johari Anang

60.

Apakah faktor penentangan penduduk terhadap penyerahan Sarawak

a)

tindakan itu bertentangan dengan Perlembagaan 1941

b)

Surat wasiat Charles Brooke di ketepikan

c)

Vyner Brooke tidaj pandai memerintah

d)

Vyner Brooke seorang yang zalim

61.

Apakah tugas yang telah diberikan kepada Gerard MacBryan?

a)

membuat tinjauan terhadap penduduk Sabah

b)

Mendapatkan persetujuan ketua tempatan Sarawak

c)

menghantar bantuan kepada penduduk

d)

menyertai bantahan terhadap Malayan Union

62.

Siapakah yang telah dihantar oleh kerajaan British untuk membuat tinjauan di Sarawak?

a)

Rees Williams

b)

Gammans

c)

Bertham Brooke

d)

George Henry Hall

63.

Mengapakah penduduk Sarawak menyokong penyerahan Sarawak?

a)

A. Memberi taraf kerakyatan

b)

B. Memulihkan kuasa pembesar

c)

C. Memperoleh hak keistimewaan

d)

D. Memajukan pembangunan negeri

64.

Terdapat penduduk Sarawak yang menyokong penyerahan Sarawak kepada British. Siapakah tokoh yang mengetuai kumpulan penyokong tersebut?

a)

i. Datu Amar Abang HAji Suleiman

b)

ii. Datu Patinggi Abang Haji Abdillah

c)

iii. Datu Patinggi Abang Abdul Ghafur

d)

iv. Datu Bandar Abang Haji Mustapha

65.

Bagaimanakah persatuan Pergerakan Pemuda Melayu (PKM) membantah penyerahan Sarawak kepada British?

a)

A. Mengadakan demonstrasi

b)

B. Menggunakan media cetak

c)

C. Menghantar surat bantahan

d)

D. Memulaukan lantikan Gabenor

66.

Maklumat berikut berkaitan dengan peristiwa di Sarawak.

" Seramai 409 orang kakitangan awam kerajaan Sarawak telah meletak jawatan pada 2 April 1947 sebagai tanda bantahan."


Apakah punca berlaku peristiwa tersebut?

a)

A. Kadar Gaji yang rendah

b)

B. Kegagalan kesatuan pekerja

c)

C. Pelantikan baru pegawai Barat

d)

D. Pengeluaran Surat Pekeliling No/9

67.

Maklumat berikut merujuk penentangan penduduk tempatan di Sarawak.

" Tindakan Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada British telah melanggar prinsip Kelapan dalam Perlembangaan 1941".


Apakah maksud melanggar perlembangaan tersebut?

a)

A. Pemberian kewarganegaraan secara jus soli

b)

B. Pembatalan hak keistimewaan orang Melayu

c)

C. Penyerahan hak pemerintahan kepada Sarawak

d)

D. Pengurangan kuasa pembesar peringkat wilayah

68.

Vyner Brooke mengalami masalah berikut semasa mentadbir Sarawak.

- Masalah kewangan

- Masalah pewarisan takhta

- Desakan kerajaan British


Bagaimanakah masalah tersebut diatasi?

a)

A. Pengenalan pelbagai sistem percukaian

b)

B. Sarawak diserahkan kepada kerajaan British

c)

C. Sistem pentadbiran ketenteraan diperketatkan

d)

D. Penyerahan kuasa kepada kerajaan tempatan

69.

Apakah semangat yang digunakan oleh rakyat Jepun semasa pemerintahan Meiji?

a)

Semangat Bushido

b)

Semnagat Nazisme

c)

Semangat Fasisme

d)

Semangat kamikaze

70.

Peristiwa Dahagi India adalah peristiwa yang membawa kepada nasionalisme di India. Apakah yang berlaku dalam peristiwa tersebut?

a)

Pembunuhan Maharaja India

b)

Pembunuhan pegawai British di Mumbai

c)

Penubuhan persatuan oleh Mahatma Gandhi

d)

Pemberontakan golongan Sepoi

71.

siapakah yang bertanggungjawab membawa gerakan Islah ke Tanah Melayu?

a)

Pelajar yang belajar di Barat

b)

Pemimpin pertengahan

c)

Pelajar lepasan Timur Tengah

d)

Pemimpin Mesir

72.

Apakah kejayaan yang dicapai oleh Dr. Sun Yat Sen?

a)

Menjadi perdana Menteri pertama

b)

Menumbangkan Dinasti Manchu

c)

Menjadi pengasas perjuangan anti Barat

d)

Menjadikan China sebagai kuasa besar ekonomi dunia

73.

Apakah isu yang digunakan di Burma untuk meningkatkan semangat nasionalisme?

a)

Bahasa

b)

kerakyatan

c)

penindasan British terhadap petani

d)

Isu kasut

74.

Adakah Aguinaldo yang bekerjasama dengan Amerika Syarikat dapat mengusir Sepanyol daripada Filipina?

a)

Ya

b)

Tidak

75.

Apakah nama asal bagi negara Myanmar

a)

Laos

b)

Malai

c)

Burma

76.

Kuasa Imperialis manakah yang telah menjajah Filipina?

a)

British

b)

Sepanyol

c)

Belanda

d)

Portugal

77.

Ho Chi Minh adalah tokoh nasionalisme di negara...

a)

Thailand

b)

China

c)

Vietnam

d)

Korea

78.

Soekarno adalah tokoh yang tersohor di Indonesia. Bagaimanakah cara perjuangannya?

a)

Secara radikal

b)

Melalui penulisan

c)

Melalui diplomasi

d)

Memeterai perjanjian dengan Belanda

79.

Raden Adjeng Kartini adalah seorang tokoh wanita di negaranya. Apakah sumbangan beliau?

a)

Memperjuang kemerdekaan

b)

Menuntut keadilan

c)

Membina sekolah

d)

Memperjuangkan hak wanita

80.

Apakah yang telah dilakukan oleh beliau di negaranya

a)

Menubuhkan pasukan Khas

b)

Membina empayar yang luas

c)

Memodenkan negaranya

d)

Mendapatkan kemerdekaan

81.

Apakah sumbangan beliau?

a)

Menubuhkan sekolah perempuan

b)

Menjadi wakil wanita di dalam pentadbiran

c)

Menganjurkan tabung derma pelajaran

d)

Menjadi penulis wanita pertama

82.

Siapakah nama pemimpin Kesatuan Melayu Muda?

a)

Dr. Burhanuddin al-Helmi

b)

Ibrahim Hj. Yaakob

c)

Za’ba

d)

Mohammad Eunos Abdullah

83.

Berikut adalah institusi yang ditubuhkan di Tanah Melayu sebelum merdeka kecuali

a)

Maktab Melayu Kuala Kangsar

b)

Kolej Perguruan Sultan Idris

c)

Madrasah al- Masyhur

d)

Universiti al-Azhar

84.

Apakah sumbangan Za’ba dalam kebangkitan nasionalisme di Tanah Melayu?

a)

Melalui penulisan untuk membangkitkan kesedaran

b)

Menolong orang Melayu mendapatkan petempatan

c)

Meningkatkan ekonomi orang Melayu

d)

Menubuhkan sekolah

85.

Gerakan Islah bertujuan...

a)

Memulihkan ekonomi orang Melayu

b)

Mahu Orang Islam hidup berpandukan Quran

c)

Memilih pemimpin yang berkelayakan

d)

Menuntut kemerdekaan daripada British

86.

Kesatuan Melayu Singapura ditubukan pada tahun 1926 bertujuan...

a)

Menuntut kemerdekaan

b)

Mahu orang Melayu menjadi pemimpin

c)

Memperjuangkan nasib orang Melayu

d)

Mahu ahlinya giat menulis

87.

Raja Mongkut memperkenalkan birokrasi Barat kerana...

a)

Menyaingi kuasa Barat

b)

Mengukuhkan kuasanya

c)

Mengekalkan kedaulatan negaranya

d)

Memantapkan kuasa Barat

88.

revolusi keagungan England 1688


kesan ke atas rakyat ialah...

a)

Kuasa raja di perkukuh

b)

Ideologi komunis terhalang

c)

Kuasa rakyat terjejas

d)

Kerajaan berperlembagaan ditegakkan

89.

Apakah iktibar daripada penubuhan CLC ? m/s 177

a)

persefahaman antara pemimpin kaum

b)

muafakat dan toleransi penting untuk wujudkan keharmonian

c)

penyelesaian masalah melalui perundingan

d)

berani menentang musuh

90.

Namakan pemimpin yang cadangkan penubuhan Sistem Ahli ?

a)

Tunku Abdul Rahman

b)

Dato Onn Jaafar

c)

EEC Thuraisingham

d)

Tan Cheng Lock

91.

Antara tokoh dibawah siapa yang di lantik sebagai 'AHLI'?

a)

EEC Thuraisingam

b)

Dr Lee Tiang Keng

c)

Tan Cheng Lock

d)

Dato Onn

92.

Apakah kepentingan Sistem Ahli ke Arah kemerdekaan ? m/s 179

a)

Menyediakan asas penting untuk melatih orang tempatan ke arah berkerajaan sendiri

b)

Merupakan proses memupuk perpaduan kaum

c)

Memberikan pendedahan kepada penduuk tempatan

d)

Menentukan kemerdekaan mendapat sokongan semua penduduk

93.

“Menekankan kepentingan sekolah rendah untuk membina satu rupa bangsa penduduk yang menganggap Tanah Melayu sebagai tempat tinggal yang kekal dan tumpuan taat setia” Penyataan ini adalah latar belakang

a)

Laporan Fenn-Wu 1951

b)

Laporan Barnes 1951

c)

Ordinan Pelajaran 1952

d)

Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956

94.

Apakah kesan system persekolahan yang menggunakan bahasa pengantar dan kurikulum yang berlainan?

(Buku teks m/s 180)

a)

Menyatupadukan rakyat berbilang kaum

b)

Membolehkan rakyat menguasai pelbagai bahasa

c)

Menimbulkan jurang perbezaan ekonomi dan sosial antara rakyat berbilang kaum

d)

membawa kepada rusuhan kaum antara rakyat

95.

Apakah maksud sekolah vernakular?

(Buku teks m/s 180)

a)

Sekolah yang menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar

b)

Sekolah yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar

c)

Sekolah yang menggunakan bahasa isyarat

d)

Sekolah yang menggunakan lebih daripada tiga bahasa sebagai bahasa pengantar

96.

Apakah maksud Sistem Ahli?

(Buku teks m/s 178)

a)

Sistem yang mengkaji semula pendidikan di Tanah Melayu

b)

Sistem yang menetapkan syarat-syarat kewarganegaraan PersekutuanTanah Melayu

c)

Sistem yang melatih penduduk tempatan menerajui pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu

d)

Sistem yang menjalankan pilihan raya pada peringkat majlis bandaran

97.

Apakah cadangan Jawatankuasa Pelajaran? m/s 183

a)

Sekolah Umum (rendah) menggunakan Bahasa Melayu

b)

Sekolaj Jenis Umum(rendah) menggunakan bahasa Inggeris,bahasa Cina atau bahasa Tamil

c)

Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dijadikan mata pelajaran wajib di semua sekolah

d)

Bahasa Mandarin wajib di semua sekolah rendah

98.

Laporan Barnes mencadangkan Bahasa Melayu digunakan di

a)

Sekolah rendah

b)

Sekolah Tamil

c)

Sekolah menengah

d)

Semua sekolah British

99.

10. Siapakah yang mengetuai rundingan kemerdekaan Tanah Melayu?

a)

A. Ibrahim Haji Yaakob

b)

B. Dr. Burhanuddin al-Helmi

c)

C. Ahmad Boestamam

d)

D. Tunku Abdul Rahman

100.

Maklumat berikut berkaitan usaha UNTUK mengekalkan kemerdekaan negara.

PADA TAHUN 1957 TERMENTERAI PERJANJIAN ANGLO MALAYAN DEFENCE AGREEMENT (AMDA)

Mengapakah Persekutuan Tazah Melayu menandatangani PERJANJIAN tersebut?

a)

A. Mendapatkan latihan pertahanan

b)

B. Mengeratkan hubungan diplomatik

c)

C. Memerlukan bantu an ketenteraan

d)

D. Memperoleh kepakaran teknologi persenjataan