wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

LATIHAN ISTILAH PI MPAK

Total questions: 61

Worksheet time: 31mins

Name
Class
Date
1.

Maksud ---------- ialah perhubungan antara manusia yang mempunyai perbezaan agama, budaya, adat resam dan bahasa.

a)

Hubungan antara kaum

b)

Perpecahan

c)

Kekayaan

d)

Kepelbagaian

2.

---------- ialah apabila seseorang membuat tanggapan yang tidak baik kepada orang lain tanpa usul periksa.

a)

Bersangka buruk

b)

Empati

c)

Kejujuran

d)

Kesopanan

3.

Orang yang mengusahakan sesuatu perusahaan atau seorang pengusaha digelar sebagai ----------.

a)

Usahawan

b)

Pekerja

c)

Pengurus

d)

Pelanggan

4.

Suatu pegangan membenarkan dengan hati, mengaku dengan lisan dan mengamalkan dengan perbuatan adalah maksud ------.

a)

Iman

b)

Islam

c)

Ihsan

d)

Taqwa

5.

Hadis yang diriwayatkan oleh sejumlah perawi atau sanad yang ramai ialah ----------.

a)

Mutawatir

b)

Mursal

c)

Ahad

d)

Mawdu'

6.

-------ialah menghilangkan nyawa haiwan daratan yang halal dimakan dengan memutuskan urat halkum dan urat merih menggunakan alat yang tajam disertai niat kerana Allah.

a)

Sembelihan

b)

Penyajian

c)

Penyimpanan

d)

Pengawetan

7.

Menyembelih binatang al-an’am pada Hari Raya Aidiladha dan hari tasyrik merujuk maksud -------.

a)

Korban

b)

Aqiqah

c)

Sedekah

d)

Nazar

8.

---------- adalah haiwan yang diternak dan berkaki empat.

a)

Al-An'am

b)

Al-Baqarah

c)

Al-Fil

d)

Al-Asad

9.

Saluran pernafasan yang bermula dari hidung atau mulut hingga ke paru-paru adalah maksud ------.

a)

Halkum

b)

makanan

c)

Usus

d)

Aorta

10.

---------- bermaksud saluran pemakanan.

a)

merih

b)

Trakea

c)

Bronkus

d)

Duodenum

11.

---------- adalah merujuk kepada penyembelihan binatang al-an’am sempena kelahiran bayi sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT.

a)

Aqiqah

b)

Qurban

c)

Nazar

d)

Sedekah

12.

Mengunjungi Baitullah di Mekah pada bulan haji untuk mengerjakan ibadah tertentu mengikut syaratnya, merujuk kepada erti -------.

a)

Haji

b)

Umrah

c)

Zakat

d)

Puasa

13.

---------- ialah mengunjungi Baitullah di Mekah pada bila-bila masa untuk mengerjakan ibadah tertentu mengikut syarat-syaratnya.

a)

Umrah

b)

Haji

c)

Solat

d)

Zakat

14.

merujuk kepada keupayaan yang meliputi kewangan, kesihatan, masa, keamanan dan keizinan wali.

a)

Istita'ah

b)

Ihram

c)

Tawaf

d)

Sa'i

15.

------- ialah berada seketika di Padang Arafah bermula gelincir matahari pada 9 Zulhijjah.

a)

Wukuf

b)

Saie

c)

Tawaf

d)

Melontar Jamrah

16.

Berulang alik antara Bukit Safa ke Bukit Marwah sebanyak tujuh kali adalah merujuk maksud --------.

a)

Sa'i

b)

Tawaf

c)

Wukuf

d)

Melontar Jamrah

17.

Mengkellingi Kaabah sebanyak tujuh pusingan, bermula dan berakhir pada sudut hajarul aswad, adalah maksud _______.

a)

Tawaf

b)

Saie

c)

Ihram

d)

Tahallul

18.

_______ adalah maksud ketentuan masa untuk seseorang berniat ihram haji bermula 1 Syawal hingga sebelum terbit fajar pada 10 Zulhijjah.

a)

Miqat zamani

b)

Miqat Makani

c)

Masa Wukuf

d)

Masa Tawaf

19.

_______ ialah maksud kepada ketentuan tempat untuk seseorang berniat ihram haji atau umrah.

a)

Miqat Makani

b)

Miqat

c)

Tawaf

d)

Sa'i

20.

_______ iaitu keselarasan antara hati, ucapan dan perbuatan yang dilakukan kerana Allah SWT.

a)

jujur

b)

Riya'

c)

Takabbur

d)

Hasad

21.

Sifat berterima kasih kepada Allah SWT atas segala nikmat kurniaanNya dengan hati yang tulus dan reda, serta tidak menggunakan nikmat untuk melakukan maksiat. Pengertian ini merujuk sifat _______.

a)

Syukur

b)

Sabar

c)

Ikhlas

d)

Takabbur

22.

Meletakkan sesuatu pada tempatnya adalah merujuk sifat _______.

a)

Adil

b)

Rajin

c)

Berani

d)

Jujur

23.

_______ bermaksud menyembah Allah SWT seolah-olah Allah SWT berada di hadapan kita.

a)

Ihsan

b)

Iman

c)

Islam

d)

Taqwa

24.

_______ adalah merujuk segala perkara yang dilarang oleh agama.

a)

Mungkar

b)

Halal

c)

Sunat

d)

Makruh

25.

Segala perkara kezaliman dan kedherakaan terhadap Allah SWT merupakan pengertian _______.

a)

Maksiat

b)

Baghi

c)

Syukur

d)

Tawakal

26.

Maksud _______ adalah segala pemberian sama ada dalam bentuk harta atau manfaat tertentu yang bertujuan untuk memperoleh sesuatu yang bukan haknya, atau menzalimi hak pihak lain.

a)

Rasuah

b)

Amanah

c)

Sogokan

d)

Hadiah

27.

Pengertian _______ ialah balasan buruk yang diberikan oleh Allah SWT kepada manusia kerana mengingkari suruhan-Nya atau melakukan larangan-Nya.

a)

Azab

b)

Pahala

c)

Rahmat

d)

Dosa

28.

Kesalahan yang tidak diberikan peruntukan hukuman yang tertentu di dunia dan amaran azab di akhirat, adalah maksud kepada _______.

a)

Dosa kecil

b)

Dosa besar

c)

Syirik

d)

Munafik

29.

Maksud _______ ialah pembersihan dan penyucian hati daripada dosa atau kembali mentaati perintah Allah SWT setelah menyesal kerana mengingkari perintah atau larangan-Nya.

a)

Taubat

b)

Hijrah

c)

Syirik

d)

Munafik

30.

_______ ialah kesalahan yang tidak diberikan peruntukan hukuman yang tertentu di dunia atau amaran azab di akhirat.

a)

Dosa kecil

b)

Dosa besar

c)

Syirik

d)

Munafik

31.

Satu Jemaah yang beriltizam kepada al-Qur'an dan sunnah mengikut pemahaman yang diajar oleh RasulLah SAW, merujuk kepada maksud _______.

a)

Ahlus Sunnah Wal Jamaah

b)

Syiah

c)

Khawarij

d)

Murji'ah

32.

_______ ialah orang yang hidup bersemuka secara langsung dan beriman.

a)

Sahabat

b)

Tabi'in

c)

Ulama

d)

Wali

33.

33. -------- iaitu seseorang yang tidak sempat hidup pada zaman Rasulullah SAW tetapi mereka hidup pada zaman sahabat Rasulullah SAW.

a)

Tabi'in

b)

Mujahidin

c)

Muhajirin

d)

Ansar

34.

34. -------- adalah merujuk kepada golongan yang merupakan anak didik para tabi'in.

a)

Tabi' Tabi'in

b)

Sahabat

c)

Tabi'in

d)

Ulama'

35.

Golongan penyokong sayidina Ali r.a yang berjuang menentang sayidina Muawiyah r.a tetapi tidak setuju dengan majlis Tahkim, adalah maksud kepada ----------.

a)

Syiah

b)

Khawarij

c)

Murji'ah

d)

Qadariyyah

36.

Sesuatu ilmu yang diajar dan disebarkan secara rahsia mahupun secara terang-terangan kepada orang lain yang menyimpang daripada ajaran Ahli Sunnah wal Jamaah, adalah maksud --------.

a)

Tarekat

b)

Fiqh

c)

Tauhid

d)

Ajaran sesat

37.

Golongan ------- ialah mereka yang mendukung cita-cita sayidina Ali r.a sebagai khalifah Rasulullah SAW. Mereka berpendapat hanya sayidina Ali r.a yang layak dilantik menjadi khalifah selepas kewafatan Rasulullah SAW.

a)

Syiah

b)

Sunni

c)

Khawarij

d)

Murji'ah

38.

Maksud ---------- ialah pertukaran barang dengan barang mengikut cara yang tertentu.

a)

Barter

b)

Jual beli

c)

Sewa

d)

Pinjam

39.

Maksud ------- merujuk kepada faedah atau pertambahan bayaran dalam urusan jual beli bertangguh, hutang piutang, pinjaman, pertukaran bahan makanan tertentu yang sama jenis dan juga mata wang.

a)

Riba

b)

Zakat

c)

Wakaf

d)

Sedekah

40.

Maksud -------- ialah lafaz persetujuan antara dua pihak, pemberi dan penerima atau disebut akad setuju.

a)

Ijab dan Qabul

b)

Wakaf

c)

Hibah

d)

Riba

41.

Maksud -------- ialah barang atau wang yang diberikan kepada seseorang untuk sementara waktu dan perlu dikembalikan.

a)

Pinjaman

b)

Hadiah

c)

Sumbangan

d)

Belanja

42.

Dalam istilah Fiqh Islami, pinjaman barang di sebut -------- dan pinjaman dalam bentuk wang disebut --------.

a)

Ariyah, Qard

b)

Qard, Ariyah

c)

Murabahah, Wadiah

d)

Ijarah, Mudharabah

43.

43. -------- ialah orang yang telah akil baligh dan diwajibkan mematuhi hukum-hukum Islam.

a)

Mukallaf

b)

Musafir

c)

Muallaf

d)

Munafik

44.

Akad yang menggunakan lafaz nikah atau lafaz-lafaz lain yang memberikan makna nikah yang menghalalkan lelaki dan perempuan melakukan persetubuhan ialah maksud ----------.

a)

perkahwinan

b)

Wali

c)

Saksi

d)

Mahar

45.

45. “Aku nikahkan engkau dengan anak perempuanku (nama pengantin) dengan mas kahwin RM200 tunai” Merupakan contoh lafaz --------.

a)

Ijab

b)

Qabul

c)

Talak

d)

Sighah

46.

46. “Aku terima nikah (nama pengantin perempuan) dengan mas kahwin RM 200 tunai.” Merupakan contoh lafaz --------.

a)

Qabul

b)

Ijab

c)

Syahadah

d)

Talak

47.

Maksud -------- ialah merungkaikan ikatan perkahwinan dengan lafaz talak, cerai atau yang mengandungi makna kedua-duanya.

a)

talak

b)

nikah

c)

rujuk

d)

khulu'

48.

Maksud tempoh larangan berkahwin yang patut dipatuhi oleh isteri selepas bercerai atau kematian suami.

a)

iddah

b)

mahram

c)

khulu'

d)

talak

49.

Suami mengambil kembali isteri yang telah diceraiakn ke pangkuannya, merujuk kepada maksud --------

a)

rujuk

b)

talak

c)

khulu'

d)

fasakh

50.

“Sekiranya awak keluar dari rumah ini, saya ceraikan awak dengan talak satu”. Contoh lafaz ini ialah -------------

a)

talak taklik

b)

talak raj'i

c)

talak bain

d)

talak kinayah

51.

“Kembalilah engkau semula ke rumah bapamu” atau “kita sudah tiada apa-apa lagi selepas ini”. Contoh lafaz ini ialah

a)

talak kinayah

b)

talak raj'i

c)

talak bain

d)

talak mu'allaq

52.

“Aku ceraikan engkau” atau “ Aku talakkan engkau” . Contoh lafaz ini ialah -------------

a)

talak soreh

b)

talak kinayah

c)

talak raj'i

d)

talak bain

53.

-------- ialah idah yang membolehkan suami merujuk kembali isterinya ( talak satu atau dua ).

a)

iddah raj'ie

b)

iddah bain sughra

c)

iddah wafat

d)

iddah bain kubra

54.

-------- ialah idah yang tidak membolehkan bekas suami merujuk kembali isterinya kecuali dengan akad yang baharu.

a)

iddah bain

b)

iddah rajie

c)

iddah wafat

d)

iddah talaq satu

55.

Sifat merendah diri, tidak angkuh serta patuh kepada perintah Allah SWT, adalah merujuk kepada maksud --------

a)

tawaduk

b)

ujub

c)

riya'

d)

takabbur

56.

Maksud ------------ ialah usaha-usaha yang dilakukan untuk mendapat sumber penghidupan yang menepati kehendak Islam.

a)

ikhtiar

b)

hibah

c)

mencari rezeki halal

d)

gharar

57.

Maksud ------ ialah amalan-amalan soleh yang tidak dikuasai oleh kemewahan dan keseronokan dunia.

a)

zuhud

b)

riya'

c)

takabbur

d)

hasad

58.

Penguasaan sepenuhnya terhadap sesuatu, adalah maksud --------

a)

monopoli

b)

sementara

c)

terhad

d)

separa

59.

--------- ialah golongan umat Islam generasi terdahulu yang hidup dalam kurun pertama hingga kurun ketiga hijrah atau sehingga kurun kelima hijrah.

a)

salaf

b)

khawarij

c)

muktazilah

d)

salafus salaf

60.

Maksud -------- ialah mereka yang mempunyai hubungan darah daging seperti ibubapa, adik beradik, saudara – mara.

a)

muhrim

b)

musafir

c)

kaum kerabat

d)

imam

61.

-------- ialah seseorang yang boleh menikahkan pengantin perempuan seperti datuk, bapa, abang, adik lelaki.

a)

wali

b)

imam

c)

saksi

d)

pengantin