NEW
Font size
WorksheetsLatihan Bidang Akhlak
Total questions: 15
Worksheet time: 30mins
Antara berikut merupakan tips mengawal kemarahan kecuali
melafazkan isti’azah
berdiam diri
berwuduk
tidur
Maksud pemaaf dari segi bahasa ialah
memaafkan dan melepaskan
melepaskan atau membebaskan
mengampunkan dan melepaskan
membebaskan dan memaafkan
Berikut merupakan adab dan cara memohon kemaafan
memaafkan kesalahan tanpa diminta
bersangka baik terhadap orang yang memohon maaf
bersegera memohon maaf
ikhlas memberi kemaafan
Antara berikut yang manakah contoh sifat qanaah Rasulullah SAW?
Berbaring di atas tikar daun
Memakan roti gandum halus sahaja
Berhenti makan apabila kenyang
Duduk di rumah yang sederhana
Berikut merupakan sifat qanaah kecuali
sentiasa bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah.
sentiasa sabar dan reda menerima ketentuan Allah.
hidup sederhana dan tidak boros.
sentiasa solat sunat setiap malam.
Hikmah bersifat qanaah ialah
rezeki menjadi sempit.
hidup tidak tenteram.
kemuliaan diri terpelihara.
selalu banding diri dengan orang kaya.
Antara berikut yang manakah contoh sifat syukur Rasulullah SAW?
Makan kurma dan air sahaja.
Bersedekah hanya apabila ada lebihan sahaja.
Berbaring di atas tikar daun tanpa alas.
Selalu solat malam sehingga kaki bengkak.
Cara bersyukur dengan hati ialah
memuji Allah dengan berzikir.
bersangka baik dengan Allah.
mengucapkan terima kasih kepada manusia.
memperbanyak amalan bersedekah.
Berikut merupakan ciri-ciri orang yang bersyukur kecuali
sentiasa berasa qanaah dengan kurniaan Allah.
menjadi seorang yang pemurah.
sentiasa bertawakkal kepada Allah.
tekun beribadah apabila mendapat nikmat.
Maksud komunikasi dari segi bahasa ialah
perantaraan.
percakapan.
perhubungan.
perbualan.
Berikut merupakan prinsip komunikasi dalam Islam kecuali
قولا سديدا
قولا كريما
قولا حكيما
قولا بليغا
Hikmah beradab terhadap masyarakat ialah
dapat bertukar-tukar pandangan.
melahirkan individu berakhlak mulia.
dipandang tinggi oleh masyarakat.
meningkatkan ilmu pengetahuan.
Berikut merupakan adab bermusafir kecuali
bermusafir dengan tujuan dan niat yang baik.
menunaikan solat sunat hajat sebelum bermusafir.
menyediakan bekalan secukupnya.
tidak meninggalkan solat fardu.
“Ahmad bermusafir dari Selangor ke Terengganu untuk berniaga di Ekspo Usahawan.”
Apakah hukum bermusafir bagi situasi di atas?
Wajib
Sunat
Harus
Makruh
“Nadia meminta izin ayah dan ibunya untuk mengikuti kawannya menonton konsert K-Pop.”
Apakah hukum bermusafir bagi situasi di atas?
Sunat
Harus
Makruh
Haram
