wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PAI Tingkatan 2

Total questions: 30

Worksheet time: 18mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah bukan merupakan hikmah solat Jumaat.

a)

Menzahirkan syiar Islam pada hari Jumaat

b)

Dapat mengeratkan silaturrahim sesama muslim

c)

Dapat bertanya khabar rakan semasa khutbah

d)

Mengetahui isu semasa

2.

Hadis Rasulullah SAW bermaksud : Solat berjamaah lebih afdal daripada solat berseorangan dengan 27 darjah.


Namun, pada masa kini terdapat banyak masjid yang besar tetapi bilangan jemaahnya semakin berkurangan.

Pada pendapat anda, mengapakah perkara ini terjadi?

a)

Mereka pergi ke surau di taman perumahan.

b)

Kerana kurang menghadiri majlis ilmu

c)

Mereka lebih selesa solat di rumah

d)

Solat bersendirian lebih khusyuk

3.

Berikut ialah syarat wajib solat jumaat, kecuali

a)

Musafir

b)

Sihat tubuh badan

c)

Baligh

d)

Berakal

4.

Apakah faktor penentangan Kaum Musyrikin terhadap dakwah Rasulullah SAW dalam aspek agama?

a)

Golongan bangsawan dan kaya tidak mahu kehilangan kuasa

b)

Mereka mengamalkan perhambaan dan menolak persamaan taraf.

c)

Mereka melihat Islam sebagai ancaman

d)

Mereka berpegang kuat dengan kepercayaan nenek moyang mereka

5.

Pilih pernyataan yang betul berkaitan strategi dakwah Rasulullah SAW

a)

Rasulullah SAW naik ke Bukit Safa untuk mengajak masyarakat Mekah beriman kepada Allah SWT.

b)

Rasulullah SAW meminta umat ISlam berhijrah ke Thaif untuk mencari tempat selamat kerana rajanya baik.

c)

Rasulullah SAW bertemu dengan kabilah-kabilah yang datang ke Mekah pada waktu malam untuk mengelakkan gangguan kafir Quraisy.

d)

Rasulullah SAW menjemput semua keluarga Bani Mutalib ke jamuan makan sebelum menyampaikan ajaran Islam.

6.

Pusat penyebaran Islam ketika berdakwah secara sulit ialah rumah _______________

a)

Ali bin Abi Talib

b)

Abu Bakar

c)

Al-Arqam bin Abi Al-Arqam

d)

Bilal bin Rabah

7.

Wanita pertama yang memeluk Islam ialah

a)

Saidatina Fatimah

b)

Saidatina Khadijah

c)

Saidatina Aisyah

d)

Saidatina Sumaiyah

8.

Dakwah secara sulit mengambil masa hampir __________ bulan

a)

satu

b)

dua

c)

tiga

d)

empat

9.

Nyatakan cara dakwah Rasulullah SAW di Mekah

a)

Secara sendiri

b)

Secara sulit

c)

Secara terang-terangan

d)

Secara paksaan

10.

Jiran ialah orang yang tinggal berdekatan dengan rumah kita meliputi _______ buah rumah dari setiap penjuru.

a)

30

b)

40

c)

50

d)

60

11.

Pilih pernyataan yang menerangkan bukan cara beradab terhadap ibu bapa.

a)

Menyayangi kedua-dua ibu bapa

b)

Menyanggahi percakapan ibu bapa

c)

Bersopan santun apabila bercakap dengan mereka.

d)

Selalu menziarahi ibu bapa apabila tinggal berasingan.

12.

Rasulullah SAW menjadikan masjid sebagai ___________.

a)

medan peperangan

b)

pusat Islam dan tumpuan masyarakat

c)

tempat ibadat semata-mata

d)

pusat memeterai perjanjian

13.

Masjid berasal daripada perkataan Arab, “sajada” yang bermaksud ___________.

a)

tempat sujud

b)

tempat solat

c)

tempat berkumpul

d)

tempat ekonomi

14.

• Malu bertanya kepada guru

• Malu menjadi imam solat

Pernyataan di atas merujuk __________.

a)

kepentingan sifat malu

b)

sifat malu yang dituntut

c)

contoh sifat malu Rasulullah SAW

d)

sifat malu yang dilarang

15.

Gelaran bagi Sayidatina Khadijah r.a. ialah _________.

a)

al-Humaira

b)

al-Thohirah

c)

az-Zahra

d)

as-Siddiqiah

16.

Antara sumbangan Sayidatina Fatimah r.a. ialah _________.

I pendorong Rasulullah SAW

II berkhidmat menguruskan keperluan harian Rasulullah SAW

III meriwayatkan 2210 hadis

IV pakar dalam pelbagai bidang

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

17.

Berikut ialah ciri kepimpinan Rasulullah SAW dalam bidang ketenteraan kecuali

a)

menubuhkan pasukan peronda

b)

mengetuai hampir kesemua peperangan

c)

menggunakan strategi perang yang sama

d)

memilih perdamaian berbanding perang

18.

Rasulullah SAW menjalankan dakwah secara sulit selama ________.

a)

3 tahun

b)

10 tahun

c)

13 tahun

d)

23 tahun

19.

Antara yang berikut, yang manakah bukan golongan yang diharuskan berbuka puasa.

a)

Orang yang terlalu lapar sehingga boleh membahayakan dirinya.

b)

Orang tua yang tidak mampu berpuasa.

c)

Musafir yang diharuskan syarak.

d)

Orang sakit yang tidak memudaratkan.

20.

Encik Zulkarnain berpuasa pada hari Isnin dan Khamis.

Apakah hukum berpuasa pada hari tersebut?

a)

Wajib

b)

Sunat

c)

Makruh

d)

Haram

21.

Antara yang berikut, yang manakah bukan rukun tayamum.

a)

Niat bertayamum

b)

Menyapu debu tanah ke muka

c)

Menyapu debu tanah ke tangan

d)

Menyapu debu tanah ke kaki

22.

Perempuan hanya boleh menjadi imam kepada __________ sahaja.

a)

lelaki

b)

perempuan

c)

ibu bapa

d)

ahli keluarga

23.

· Tidak sempat membaca al-Fatihah dengan sempurna bersama imam sebelum rukuk rakaat pertama

· Hendaklah sempurnakan rakaat yang tertinggal selepas imam memberi salam


Pernyataan di atas merujuk kepada makmum _________.

a)

muafik

b)

munafik

c)

masbuk

d)

mabuk

24.

Berikut ialah keistimewaan Al-Quran berbanding kitab samawi yang lain, kecuali

a)

terpelihara sehingga hari kiamat

b)

menasakhkan kitab-kitab terdahulu

c)

kandungannya lengkap dan menyeluruh

d)

menerangkan kandungan kitab-kitab terdahulu

25.

Kitab Zabur diturunkan dalam bahasa ________.

a)

Arab

b)

Ibrani

c)

Siryani

d)

Melayu

26.

Berikut merupakan bukti Allah bersifat Al-Qawiy.

I Manusia dianugerahkan kekuatan

II Allah memusnahkan umat terdahulu yang ingkar kepada-Nya

III Allah menentukan siang dan malam

IV Allah mengurniakan mukjizat kepada nabi dan rasul

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

27.

Pilih yang manakah bukan cara dan syarat bertaubat?

a)

Menyesal atas dosa yang dilakukan.

b)

Berhenti melakukan dosa.

c)

Banyak melakukan amal kebaikan.

d)

Berazam tidak akan mengulangi perbuatan dosa.

28.

Ayat di atas menerangkan cara Rasulullah SAW berdakwah.

Yang berikut ialah kesantunan Rasulullah SAW dalam berdakwah kecuali

a)

berazam dan bertawakal kepada Allah SWT.

b)

memohon keampunan untuk orang lain.

c)

bermesyuarat dengan para sahabat.

d)

membuat keputusan sendiri.

29.

Contoh pengurusan harta secara batil ialah _________.

a)

riba

b)

berhemah

c)

bekerja secara halal

d)

jual beli secara jujur

30.

Umat Islam yang berpecah belah akan menyebabkan ____________.

a)

negara berkembang pesat

b)

dakwah tidak dapat disebarkan

c)

masyarakat bertambah harmoni

d)

ekonomi negara meningkat