NEW
Font size
WorksheetsSOALAN BAHASA MELAYU KERTAS 1
Total questions: 20
Worksheet time: 13mins
Tukang kebun itu sedang ________ lalang di belakang bangunan sekolah.
mengerat
menebas
mencabut
memangkas
Puan Mariah ________ pisang berangan itu sehingga hancur untuk membuat lepat.
menguli
melanyak
melenyek
menggaul
Tugu Negara merupakan monumen yang dibina untuk menghargai _______ perajurit negara yang mempertahankan kedaulatan negara.
pejuang
berjuang
perjuangan
memperjuangkan
"Ampun, Tuanku. _______ akan melaksanakan perintah Tuanku dengan segera." Kata Tun Perak kepada Baginda Sultan.
Aku
Patik
Saya
Beta
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
I. Ayah mencuci keretanya agar kelihatan segar.
II. Pucuk paku yang dijual di pasar tani sungguh segar.
III. Badan saya yang panas berasa segar selepas mandi.
IV. Kenangan manis bersama arwah datuk masih segar dalam ingatanku.
I dan II sahaja
III dan IV sahaja
I, II dan III sahaja
II, III dan IV sahaja
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
I. Sambal ikan bilis itu agak pedas.
II. Teguran nenekitu amat pedas namun ada kebaikannya.
III. Buah mangga muda yang dipetik oleh Fahmi pedas kerana belum masak.
IV. Alif yang demam panas tidak berselera untuk makan kerana tekaknya berasa pedas.
I dan II sahaja
III dan IV sahaja
I, II dan III sahaja
II, III dan IV sahaja
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
I. Ruang bilik itu agak ketat untuk saya.
II. Arman menutup botol minuman itu hingga ketat.
III. Baju Melayu yang dipakai oleh Abang Iman agak ketat.
IV. Pintu masuk ke Istana Negara dikawal dengan ketat sekali.
I dan II sahaja
III dan IV sahaja
I, II dan III sahaja
II, III dan IV sahaja
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
I. Sup daging itu masih hangat.
II. Program amal itu mendapat sambutan yang hangat.
III. Berita tentang penculikan itu masih hangat diperkatakan
IV. Firdaus minum air kosong selepas berjoging kerana hangat.
I dan II sahaja
III dan IV sahaja
I, II dan III sahaja
II, III dan IV sahaja
Pilih sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan pilih D jika tiada kesalahan.
Mak Cik Munah mengurut-urut tangan kanannya berulang-ulang kali kerana berasa lenguh.
mengurut tangan kanannya berulang kali
mengurut-urut tangan kanannya ulang kali
berulang-ulang kali mengurut-urut tangan kanannya
mengurut-urut tangan kanannya berulang-ulang kali
Pilih sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan pilih D jika tiada kesalahan.
Kejayaan murid-murid di dalam pelajaran bergantung kepada usaha dan teknik pembelajaran yang berkesan.
dalam pelajaran bergantung dengan
dalam pelajaran bergantung kepada
di dalam pelajaran bergantung pada
di dalam pelajaran bergantung kepada
Pilih sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan pilih D jika tiada kesalahan.
Perjanjian persefahaman di antara kedua-dua negara itu telah ditandatangani oleh Perdana Menteri masing-masing.
dalam kedua-dua negara
antara kedua-dua negara
antara di kedua-dua negara
di antara kedua-dua negara
Pilih sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan pilih D jika tiada kesalahan.
Separuh gajinya telah digunakan untuk membeli keperluan keluarganya.
Separuh daripada gajinya
Separuh pada gajinya
Sesetengah gajinya
Separuh gajinya
Pilih sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan pilih D jika tiada kesalahan.
Buku skrap tentang bangunan bersejarah itu telah mereka siapkan semalam.
akan mereka siapkan
mereka telah siapkan
telah disiapkan oleh mereka
telah mereka siapkan
Pilih sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan pilih D jika tiada kesalahan.
Pihak sekolah akan mengambil tindakan tegas terhadap murid-murid yang terlibat dalam gejala buli.
bagi murid-murid
pada murid-murid
dengan murid-murid
terhadap murid-murid
Pilih ayat-ayat yang betul.
I. Munir dan rakan-rakannya berkejar-kejaran di padang.
II. Ayah membelikan abang sebuah komputer riba dan telefon pintar.
III. Pihak kerajaan sedaya upaya berusaha untuk mengatasi masalah ini.
IV. Kehadiran para hadirin dimeriahkan lagi majlis hari ini.
I dan II sahaja
III dan IV sahaja
I, II dan III sahaja
II, III dan IV sahaja
Pilih ayat-ayat yang betul.
I. Jejari ikan yang enak ini dihasilkan dari isi ikan tilapia.
II. Sila jangan berbuat bising semasa di dalam perpustakaan.
III. Wah, pokok durian yang ditanam oleh datuk berbuah lebat!
IV. Kursus keusahawanan itu diadakan untuk melahirkan para usahawan yang berjaya.
I dan II sahaja
III dan IV sahaja
I, II dan III sahaja
II, III dan IV sahaja
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.
Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri dapat memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum.
Perpaduan kaum dapat dipupuk dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum melalui Rumah Terbuka Raya Aidilfitri
Masyarakat yang berbilang kaum bersatu padu menganjurkan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri
Masyarakat yang berbilang kaum meraikan hari raya semasa Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri
Perpaduan dapat dipupuk dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum melalui Rumah Terbuka Raya Aidilfitri sahaja
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.
Orang ramai digalakkan memakai pelitup muka ketika berada di tempat awam bagi mencegah penularan penyakit berjangkit.
Untuk mencegah penularan penyakit berjangkit, orang ramai digalakkan memakai pelitup muka ketika berada di tempat awam
Kebanyakan orang memakai pelitup muka semasa berada di tempat awam kerana takut akan penularan penyakit berjangkit
Ketika mencegah penularan penyakit berjangkit, orang ramai yang berada di tempat awam dikehendaki memakai pelitup muka
Semasa berada di tempat awam, orang ramai dipakaikan pelitup muka untuk mencegah penularan penyakit berjangkit
Zarif tidak menyangka bahawa sahabat karib yang dipercayainya selama ini telah menipu dirinya.
Pernyataan di atas sesuai dengan peribahasa yang berikut kecuali
api dalam sekam
retak menanti belah
musuh dalam selimut
gunting dalam lipatan
Encik Kamal pulang dan berkhidmat di tanah air setelah hampir sepuluh tahun beliau berkhidmat di luar negara sebagai ahli perniagaan.
Pernyataan di atas sesuai dengan peribahasa yang berikut kecuali
bagai sireh pulang ke gagang
bagai belut pulang ke lumpur
bagai ikan pulang ke lubuk
bagai itik pulang petang
