WorksheetsMPU CHAPTER 1
Total questions: 17
Worksheet time: 13mins
1. Pilih kenyataan yang TIDAK TEPAT berkaitan susur masa kolonial.
Bermula selepas tahun 1511
Merujuk kepada era penjajahan
Ditandai dengan kedatangan Portugis ke Timur
Membawa masuk peradaban dari seluruh pelusok dunia ke Tanah Melayu
2. Adat dan peraturan berkaitan kesopanan tingkah laku dalam kehidupan sosial atau profesyen tertentu merujuk kepada
Adat
Etiket
Adat resam
Adat istiadat
3. Menghulurkan tangan untuk bersalam ketika bertemu dengan orang yang lebih dewasa merupakan contoh
Adab
Etiket
Adat resam
Adat istiadat
4. Manakah antara berikut BUKAN kepentingan etika dan peradaban kepada sesebuah negara?
Meningkatkan ekonomi
Membina negara bangsa
Mewujudkan masyarakat yang saling menghormati
Mewujudkan masyarakat yang mempunyai keperibadian tinggi
5. Alat analisis untuk memahami masyarakat yang dikemukakan oleh C. Wright Mills pada tahun 1959 dipanggil
Globalisasi
Imaginasi Global
Imaginasi Sosiologi
Imaginasi Sosiolisasi
6. Sejarah berasal daripada istilah Yunani ‘histories’ yang bermaksud
Hikayat
Cerita rakyat
Koleksi antologi
Suatu kajian atau penyelidikan
7. Apakah yang dimaksudkan dengan biografi masyarakat?
Struktur sosial
Riwayat hidup atau kisah hidup seseorang
Rasa cinta akan negara dalam kalangan masyarakat
Proses sejarah yang mencorakkan pengalaman individu, keluarga, komuniti masyarakat
8. Keadaan masyarakat yang didasarkan kepada taraf kemajuan kebendaan dan perkembangan pemikiran dari segi sosial, budaya dan cara hidup merujuk kepada takrifan
Budaya
Budaya
Peradaban
Struktur sosial
9. Etika pada era ini telah terjelma dalam tingkah laku serta kehidupan seharian masyarakat dalam bentuk adab, adat resam dan adat istiadat.
Prakolonial
Zaman moden
Era globalisasi
Era pasca-kolonial
10. Peradaban ini dianggap sebagai dunia tanpa sempadan yang memungkinkan berlakunya interaksi dan jaringan perhubungan rentas benua.
Peradaban moden
Peradaban teknologi
Peradaban globalisasi
Peradaban pasca-kolonial
12. Mengapakah perbuatan yang melanggar etika harus diberi pengukuhan negatif atau denda?
Mengapakah perbuatan yang melanggar etika harus diberi pengukuhan negatif atau denda?
Mengelak daripada perbuatan yang sama diulang
Mewujudkan masyarakat yang takut pada pemerintah
Mewujudkan masyarakat yang menghormati orang tua
13. Standard etika yang dianggap berdiri sendiri dan boleh diaplikasikan kepada semua manusia tanpa mengira latar belakang merujuk kepada penghayatan etika kluster
Global
Negara
Komuniti
Masyarakat
14. Unsur peradaban bermula menerusi beberapa situasi berikut, KECUALI
Kewujudan institusi agama
Penghasilan teknologi tersusun rapi
Perkembangan sistem undang-undang
Pembahagian kerja yang semakin mudah
15. Sumber etika dan peradaban adalah seperti berikut, KECUALI?
Agama
Amalan Harian
Undang-undang
Peradaban lampau
16. Amin membawa buah tangan ketika bertandang ke rumah rakan sekelasnya. Perbuatan ini menunjukkan Amin seorang yang
Sopan
Beradab
Memahami etiket
Kuat bersedekah
17. Kerajaan Melayu Melaka merupakan sebuah empayar yang terkenal di peringkat antarabangsa. Perkara berikut merupakan contoh kehebatan kerajaan Melaka, KECUALI
Merupakan pengeksport emas utama dunia
Mempunyai undang-undang bertulis yang tersusun
Merupakan pusat pertemuan pedagang antarabangsa pada abad ke-15
Dikenali dengan jolokan Venice of the East kerana kepesatan pelabuhannya
18. Manakah antara berikut merupakan kronologi pembentukan susur masa etika dan peradaban yang paling tepat?
Pra-kolonial > Kolonial > Pasca-kolonial
Pasca-kolonial > Kolonial > Pra-kolonial
Kolonial > Pra-kolonial > Pasca-kolonial
Kolonial > Pasca-kolonial > Pra-kolonial
