Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TRIAL SPM K1 KUALA LUMPUR 2025 (S1-S40)

Total questions: 40

Worksheet time: 3hrs 20mins

Name
Class
Date
1.

Seorang pelajar ingin menjalankan eksperimen yang melibatkan bahan kimia yang mudah meruap.

Apakah peralatan perlindungan diri yang paling sesuai digunakan di makmal?

a)

Kebuk wasap

b)

Pembilas mata

c)

Penyiram kecemasan

d)

Kabinet aliran laminar

2.

Apakah contoh bahan buangan yang boleh dibuang ke dalam singki?

a)

Alkali pH 10

b)

Pelarut organik

c)

Cat minyak

d)

Asid pH 6

3.

Apakah situasi yang menyebabkan seseorang perlu diberikan bantuan kecemasan Heimlich Manoeuver?

a)

Tidak bernafas

b)

Tidak boleh batuk

c)

Tiada denyutan nadi

d)

Tiada respons mangsa

4.

Rajah 1 menunjukkan bacaan tekanan darah seorang lelaki dewasa semasa berehat.

Apakah kategori tekanan darah lelaki tersebut?

a)

Normal

b)

Optimum

c)

Tekanan darah tinggi tahap 1

d)

Tekanan darah tinggi tahap 2

5.

Seorang lelaki mempunyai jisim badan sebanyak 72 kg dan ketinggian 1.65 m. Apakah Indeks Jisim Badannya (BMI)?

a)

0.02 kg/m^2

b)

0.04kg/m20.04 kg/m^2

c)

26.45 kg/m^2

d)

43.64 kg/m^2

6.

Yang manakah antara berikut adalah salah satu daripada Konsep 5R?

a)

Pemulangan

b)

Tolak

c)

Sekatan

d)

Rombakan

7.

Peningkatan jumlah kenderaan di negara M telah mengakibatkan peningkatan suhu persekitaran yang mendadak. Antara berikut, tindakan apakah yang harus diambil untuk mengatasi masalah ini?

a)

Menggalakkan pemilikan kenderaan

b)

Mengurangkan penggunaan kenderaan gas asli

c)

Menyediakan rebat tinggi untuk pembelian kenderaan elektrik

d)

Meningkatkan kenderaan yang menggunakan metil ester asid lemak

8.

Rajah 2 menunjukkan satu mod pengangkutan hijau untuk menangani isu-isu sosio-saintifik dalam sektor pengangkutan.

Berdasarkan Rajah 2, apakah kesan mod pengangkutan hijau terhadap alam sekitar?

a)

Kurangkan tapk tangan karbon

b)

Maksimumkan jejak kaki karbon

c)

Menambah pembakaran bahan api fosil

d)

Kurangkan pelepasan gas rumah hijau

9.

Antara berikut, manakah contoh trait resesif dalam manusia?

a)

Warna mata coklat

b)

Rambut hitam

c)

Cuping telinga bebas

d)

Rambut lurus

10.

Rajah 3 menunjukkan kariotip bagi sejenis penyakit genetik.

Apakah nama penyakit genetik tersebut?

a)

Sindrom Down

b)

Sindrom Turner

c)

Sindrom Klinefelter

d)

Sindrom Cri du chat

11.

Antara berikut, pernyataan manakah yang benar tentang organisma termodifikasi genetik atau GMO?

a)

Mengekalkan ciri-ciri sel induk

b)

Menggunakan proses persilangan tradisional

c)

Menggabungkan gen haiwan dengan gen kulat

d)

Menggabungkan gen tumbuhan dengan gen bakteria

12.

Rajah 4 menunjukkan haiwan yang sedang bergerak.

Bagaimana haiwan itu dapat memastikan bahawa badannya tidak jatuh semasa berdiri?

a)

Meluruskan badan untuk seimbang

b)

Menurunkan badan untuk lebih stabil

c)

Menongkat ekornya untuk menambah luas tapak

d)

Mengangkat ekornya untuk mengurangkan tekanan

13.

Antara berikut yang manakah memberikan sokongan kepada tumbuhan tidak berkayu di atas tanah?

a)

Akar jangkang

b)

Kesegahan sel

c)

Tisu aerenkima

d)

Batang berongga

14.

Apakah jenis ubat yang membuat seseorang mengantuk dan kurang cemas?

a)

Penenang

b)

Perangsang

c)

Inhalan

d)

Halusinogen

15.

Apakah nombor proton bagi elemen P?

a)

2

b)

6

c)

8

d)

16

16.

Logam manakah yang digunakan untuk menghasilkan gangsa?

a)

Zink

b)

Kuprum

c)

Karbon

d)

Besi

17.

Berdasarkan Rajah 6, apakah kesimpulan yang boleh diambil daripada graf tersebut?

a)

Perubatan moden adalah pilihan utama pesakit.

b)

Pesakit lebih suka bergantung kepada perubatan tradisional.

c)

Perubatan tradisional digunakan lebih daripada rawatan lain.

d)

Perubatan pelengkap digunakan dua kali ganda berbanding perubatan tradisional.

18.

Apakah kesan pengambilan makanan ini terhadap kesihatan badan?

a)

Mengurangkan kadar pencernaan supaya badan lebih sihat

b)

Menyediakan nutrien utama untuk pertumbuhan normal

c)

Mencegah radikal bebas daripada merosakkan sel

d)

Membekalkan radikal bebas untuk mempercepatkan metabolisme

19.

Apakah nilai pecutan graviti di permukaan bumi?

a)

10 m

b)

10 s

c)

10 m s^-1

d)

10 m s^-2

20.

Kemalangan yang berlaku di loji tenaga nuklear seperti Chernobyl (1986) dan Fukushima (2011) telah mengakibatkan pencemaran radiasi yang teruk.

Berdasarkan maklumat di atas, apakah risiko utama kemalangan loji tenaga nuklear kepada genetik manusia?

a)

Kes leukemia yang meningkat

b)

Peningkatan pesakit katarak

c)

Kelahiran pramatang dan cacat fizikal

d)

Mangsa mengalami kehilangan rambut yang teruk

21.

Apakah kumpulan mikroorganisma yang terlibat dalam sistem pencernaan haiwan?

a)

Virus

b)

Fungi

c)

Bakteria

d)

Protozoa

22.

Antara berikut, apakah rawatan untuk pneumonia?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

23.

Rajah 8 menunjukkan menu sarapan seorang wanita.

Berdasarkan Rajah 8, apakah fungsi bahagian yang dilabel X?

a)

Elakkan sembelit

b)

Membina sel baru

c)

Menyediakan tenaga

d)

Menjaga suhu badan

24.

Antara yang berikut, apakah proses yang menukarkan ion nitrat dalam tanah kepada gas nitrogen di udara?

a)

Kilat

b)

Penitritan

c)

Pendenitritan

d)

Penguraian

25.

Diagram 9 menunjukkan beberapa usaha yang dilakukan dalam sektor pertanian di Malaysia.

Berdasarkan Rajah 9, apakah tujuan usaha tersebut?

a)

Menggunakan teknologi moden

b)

Pengurusan tanah yang efisien

c)

Memperbaiki kualiti baka yang digunakan

d)

Penggunaan tanah dan sumber air yang optimum

26.

Rahim mengalami cirit-birit dan muntah selepas makan makanan dalam tin yang dibeli dari kedai runcit.

Antara yang berikut, maklumat manakah yang perlu diberi perhatian untuk mengelakkan mengalami situasi di atas?

a)

Tarikh luput

b)

Akuan pemakanan

c)

Arahan penyimpanan

d)

Maklumat pengeluaran

27.

Antara yang berikut, apakah langkah-langkah tapak tangan karbon untuk pengurusan sisa yang cekap?

a)

Gunakan simen

b)

Gunakan panel solar

c)

Guna semula produk

d)

Menggunakan bateri boleh cas semula

28.

Apakah contoh aktiviti manusia yang menyumbang kepada peningkatan kandungan gas karbon dioksida di dalam udara?

a)

Menanam pokok

b)

Membakar sampah

c)

Naik pengangkutan awam

d)

Menggunakan kereta elektrik

29.

Rajah 10 menunjukkan contoh reaksi yang berlaku semasa musim perayaan.

Berdasarkan Rajah 10, apakah reaksi yang terlibat?

a)

Penguraian

b)

Peneutralan

c)

Pembakaran

d)

Pencahayaan

30.

Sekumpulan pelajar menjalankan eksperimen yang mengkaji tindak balas antara logam magnesium dan asid hidroklorik.

Antara graf berikut, yang manakah mewakili hasil eksperimen tersebut?

a)

Graf A

b)

Graf B

c)

Graf C

d)

Graf D

31.

Antara berikut, yang manakah adalah sumber tenaga boleh diperbaharui?

a)

Biojisim

b)

Petroleum

c)

Gas asli

d)

Arang batu

32.

Antara bahan berikut, yang manakah adalah contoh lemak?

a)

Telur

b)

Kentang

c)

Kacang soya

d)

Kacang tanah

33.

Rajah 11 menunjukkan satu langkah dalam tindakan molekul sabun terhadap kotoran berminyak pada permukaan kain.

Berdasarkan Rajah 11, apakah peranan bahagian yang dilabel X dan Y?

a)

X: Larut dalam pelarut organik; Y: Larut dalam petrol

b)

X: Larut dalam petrol; Y: Larut dalam pelarut organik

c)

X: Larut dalam minyak; Y: Larut dalam air

d)

X: Larut dalam air; Y: Larut dalam minyak

34.

Rajah 12.1 dan 12.2 menunjukkan eksperimen elektrolisis sejenis sebatian ion.

Pernyataan manakah yang betul?

a)

Pepejal argentum nitrat nmempunyai ion yang bergerak bebas

b)

Leburan argentum nitrat tidak mempunyai ion yang bergerak bebas

c)

Pepejal argentum nitrat mengalirkan arus elektrik

d)

Leburan argentum nitrat mengalirkan arus elektrik

35.

Antara berikut, yang manakah merupakan komponen sel kimia ringkas?

a)

Penggunaan sel kering

b)

Elektrod logam yang sama

c)

Larutan kuprum (II) sulfat

d)

Pepejal kuprum (II) sulfat

36.

Rajah 13 menunjukkan kanta dan rajah sinar yang membentuk imej di sisi bertentangan kanta.

Berdasarkan Rajah 13, apakah ciri imej tersebut?

a)

Dikecilkan

b)

Nyata

c)

Tegak

d)

Infiniti

37.

Seorang pelajar menggunakan kamera DSLR untuk menangkap pemandangan di sebuah pulau tetapi imej yang dihasilkan hanya menunjukkan sebahagian daripada pemandangan yang diingini.

Apakah langkah yang harus diambil untuk mengatasi masalah ini?

a)

Menambah panjang fokus kanta

b)

Mengurangkan panjang fokus kanta

c)

Mengurangkan jarak antara kamera dan pulau

d)

Menambah jarak antara kamera dan pulau

38.

Rajah 14 menunjukkan sistem jack hidraulik. Luas piston M adalah 5 cm25\,\text{cm}^2 , luas piston P adalah 20 cm220\,\text{cm}^2 , dan daya input pada piston M adalah 25 N25\,\text{N} . Apakah daya yang dikenakan oleh piston P?

a)

10 N

b)

100 N

c)

125 N

d)

200 N

39.

Apakah jenis orbit bagi satelit yang bergerak mengelilingi bumi pada satah khatulistiwa?

a)

Orbit Geopegun

b)

Orbit Tinggi Bumi

c)

Orbit Rendah Bumi

d)

Orbit Sederhana Bumi

40.

Apakah maklumat yang diperolehi dari Sistem Penentu Sejagat (GPS)?

a)

Lokasi

b)

Bunyi

c)

Cuaca

d)

Objek