NEW
Font size
WorksheetsBab 5 Sains Ting 4
Total questions: 12
Worksheet time: 6mins
Apakah unit asas pewarisan yang menentukan ciri-ciri individu?
Gen
DNA
Nukleus
Kromosom
Maklumat di bawah berkaitan dengan X. Struktur bebenang halus yang terdiri daripada asid nukleik dan protein. Apakah X?
Gen
DNA
Nukleus
Kromosom
Berapakah kromosom yang terdapat pada sel soma manusia?
42
44
46
48
Antara berikut, penyataan manakah yang betul tentang sel gamet manusia?
Mempunyai 46 kromosom
Terbentuk melalui proses mitosis
Membawa gen yang mengawal warna mata
Mengandungi separuh bilangan kromosom sel soma
Maklumat berikut menunjukkan satu proses dalam pembahagian sel.
-Sel anak mangandungi bilangan kromosom yang sama dengan sel induk
Antara berikut, yang manakah betul tentang proses itu?
Berlaku di organ pembiakan
Sel anak tidak seiras dengan sel induk
Genetik sel anak sama dengan sel induk
Sel induk menghasilkan empat sel anak
Antara berikut, proses pembahagian sel manakah yang berlaku di anter dan ovari pokok tomato?
Meiosis
Mutasi
Mitosis
Fotosintesis
Antara berikut, pasangan fasa dan proses yang manakah betul?
Metafasa (Metaphase) - Kromosom memendek dan menebal dan menjadi jelas kelihatan.
Profasa (Prophase) - Kromatid sampai ke kutub sel bertentangan. Membran nukleus dan nukleolus terbentuk semula.
Telofasa (Telophase) - Kromosom tersusun di satah khatulistiwa.
Anafasa (Anaphase) - Kromatid kembar berpisah dan bergerak ke kutub sel bertentangan.
Antara berikut, yang manakah genotip bagi seorang bayi perempuan?
44 + XY
44 + XX
22 + XY
22 + XX
Manakah antara berikut adalah trait resesif
Boleh menggulung lidah
Rambut kerinting
Cuping telinga melekap
Rambut hitam
Antara yang berikut, manakah betul tentang sindrom Down?
Mempunyai kromosom ke-21 yang berlebihan
Mempunyai 45 kromosom (44 + XO)
Mempunyai 47 kromosom (44 + XXY)
Mempunyai satu kromosom X yang berlebihan
Maklumat di bawah adalah tentang penyakit X. Penyakit ini disebabkan oleh gen resesif pada autosom. Mempunyai bentuk sel darah merah tidak normal. Apakah penyakit X?
Hemofilia
Talasemia
Anemia sel sabit
Albinisme
Antara berikut, yang manakah merupakan variasi selanjar?
Warna kulit
Kumpulan darah
Jenis cuping telinga
Jenis cap jari
