WorksheetsSejauh Mana Kamu Prihatin?
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Rakan kamu kelihatan sedih dan termenung di kantin. Apa yang sepatutnya dilakukan?
Beri ruang, jangan ganggu.
Ajak berbual dan tanya khabar.
Ketawa bersama rakan lain.
Ambil gambar dan hantar ke kumpulan WhatsApp.
Kamu nampak rakan menangis selepas dimarahi guru. Kamu sepatutnya......
Tenangkan dia dengan kata semangat.
Biarkan dia sendiri.
Ceritakan kepada murid lain.
Marah, kerana tidak tahan melihat dia menangis.
Rakan sekelas sering diganggu oleh murid lain. Sekiranya saya melihat situasi ini, saya perlu....
Sertai kumpulan yang mengusiknya.
Laporkan kepada guru atau kaunselor.
Diam dan buat tidak tahu.
Menyindir secara bergurau.
Rakan baharu yang baru berpindah sekolah kelihatan malu untuk bergaul dan hanya duduk diam di penjuru kelas.
Apa langkah kecil yang boleh kamu ambil untuk membuatnya rasa diterima?
Biarkan dia membiasakan diri dahulu.
Ajak dia berbual dan sertai kumpulan kamu.
Tegur kerana tidak mahu bercakap.
Pandang tetapi tidak menegur.
Dalam sesi pembentangan, rakan kamu tersalah sebut jawapan dan kelas mula ketawakannya.
Apakah respon yang menunjukkan kamu seorang murid yang berempati?
Ikut ketawa bersama murid lain.
Menasihatkannya supaya tidak menjawab lagi.
Katakan bahawa semua orang boleh silap dan beri semangat kepadanya.
Diam sahaja tanpa membantu.
Rakan kamu berkongsi bahawa dia sering rasa tertekan kerana masalah di rumah.
Bagaimana kamu harus bertindak sebagai seorang sahabat yang prihatin?
Dengar dengan empati dan galakkan dia jumpa guru kaunseling.
Tukar topik kerana tidak mahu terlibat.
Suruh dia jangan fikir sangat
Ceritakan semula masalah itu kepada murid lain.
Di koridor sekolah, kamu nampak seorang rakan menjinjit banyak buku yang hampir jatuh.
Apakah tindakan spontan yang menunjukkan nilai prihatin?
Tolong membawakan sebahagian bukunya.
Pandang sahaja kerana kamu sedang tergesa-gesa.
Suruh dia berhenti membawa terlalu banyak buku.
Ketawa melihatnya kelam-kabut.
Dalam tugasan berkumpulan, seorang ahli kumpulan kamu tersilap menaip data dan menyebabkan markah berkurang.
Bagaimana cara terbaik untuk menangani kesilapan itu dengan matang?
Tegur dia dengan nada marah supaya lebih berhati-hati.
Betulkan dengan sopan dan bantu dia memahami semula.
Biarkan dan laporkan kepada guru.
Ejek kerana menjejaskan markah kumpulan
Kamu terlihat rakan menangis sendirian di belakang perpustakaan.
Apakah perkara pertama yang kamu boleh lakukan untuk menenangkan keadaan?
Tanya dengan lembut sama ada dia mahu berkongsi apa-apa.
Biarkan dia seorang diri.
Ceritakan kepada orang lain bahawa dia menangis.
Tegur supaya jangan terlalu sensitif.
Pasukan rumah kamu kalah dalam pertandingan sukan, dan rakan kamu yang menjadi ketua pasukan kelihatan kecewa dan menyalahkan diri sendiri.
Bagaimana kamu boleh memberi semangat kepadanya?
Katakan dia tidak pandai memimpin.
Ucap tahniah kepada pemenang tanpa menegurnya.
Beri kata semangat bahawa kalah bukan bererti gagal, dan dia sudah berusaha dengan baik.
Abaikan kerana bukan masalah kamu.
