wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ #KENTBENCIBULI

Total questions: 15

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Apakah definisi BULI yang paling tepat ?

a)

Perbuatan menyakiti orang lain hanya secara fizikal atau lisan di kawasan sekolah sahaja.

b)

Perbuatan menyebarkan khabar angin yang hanya melibatkan sekolah menengah.

c)

Perbuatan menyakiti orang lain secara fizikal, lisan, emosi, atau melalui media sosial

d)

Tindakan tatatertib yang direkodkan melalui Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM).

2.

Selain daripada SEKOLAH DAN UNIVERSITI, di manakah perbuatan buli juga dilaporkan berlaku?

a)

Hanya di institut pendidikan di bawah KPM.

b)

Di tempat kerja dan juga dunia siber

c)

Hanya di bawah pengawasan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).

d)

Di kawasan berisiko yang tidak mempunyai pemasangan CCTV

3.

Berapakah perbandingan jumlah kes buli yang direkodkan secara umum di Malaysia antara tahun 2023 dan 2022 seperti di dalam Poster yang telah disebarkan?

a)

2023 mencatatkan 3,883 kes, manakala 2022 mencatatkan 6,528 kes.

b)

Jumlah kes telah menurun dari 7,681 kes pada 2024 kepada 3,883 kes pada 2022.

c)

2023 mencatatkan 6,528 kes, berbanding 3,883 kes pada tahun 2022.

d)

2023 mencatatkan 5,689 kes, berbanding 1,992 kes pada tahun 2022.

4.

Apakah sistem rasmi yang digunakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk merekodkan kes buli di sekolah?

a)

mylink UPsK

b)

Hotline UPsK IPG KENT

c)

Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM)

d)

Sistem mata merit/dimerit di Institut Pendidkan KPM.

5.

Berdasarkan pecahan mengikut peringkat sekolah untuk tahun 2024, berapakah bilangan kes buli yang direkodkan di sekolah menengah di bawah KPM?

a)

7,681 kes.

b)

5,689 kes

c)

3,883 kes.

d)

1,992 kes.

6.

Tindakan memanggil nama buruk, mengejek, membuat komen yang menyakitkan hati, dan memberi ugutan dikategorikan di bawah jenis buli yang mana?

a)

Buli Fizikal.

b)

Buli Sosial.

c)

Buli Siber

d)

Buli Lisan.

7.

Apakah jenis buli yang melibatkan tindakan menyebarkan khabar angin, menimbulkan rasa malu, dan memulaukan individu?

a)

Buli Sosial.

b)

Buli Fizikal

c)

Buli Lisan.

d)

Buli Siber

8.

Apakah dua (2) contoh tindakan Buli Siber yang dinyatakan dalam poster poster yang telah disebarkan?

a)

Memukul dan menendang.

b)

Menyebarkan khabar angin dan memulaukan

c)

Memanggil nama buruk dan mengejek.

d)

Berkongsi foto/video yang memalukan dan menyamar sebagai orang lain dalam talian

9.

Apakah peranan utama yang perlu dimainkan oleh guru pelatih (bakal guru) berkaitan isu buli, khususnya dalam menunjukkan teladan?

a)

Memastikan keselamatan kampus diperkukuh dengan CCTV.

b)

Menjadi contoh teladan dengan mengawal emosi, menghormati rakan, dan mengelakkan sindiran.

c)

Hanya melaporkan kes buli yang melibatkan buli fizikal.

d)

Menggunakan saluran rasmi untuk memfailkan rayuan sahaja.

10.

Menurut statistik Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) bagi tahun 2022, berapa peratuskah kes buli dianggarkan berlaku di sekolah menengah?

a)

Lebih 50%.

b)

Lebih 60%

c)

Lebih 70%

d)

Kurang daripada 70%.

11.

Apakah budaya yang ditekankan oleh dokumen tersebut sebagai pendekatan menyeluruh untuk menangani isu buli?

a)

Budaya 'Toleransi Maksimum'.

b)

Budaya 'Pendekatan Kompromi'.

c)

Budaya ‘Zero Tolerance’ terhadap buli.

d)

Budaya 'Penyelesaian Konflik Individu'

12.

Di bawah strategi 'LANGKAH HENTIKAN BULI', bagaimanakah aspek keselamatan kampus diperkukuh?

a)

Dengan mengajar guru pelatih mengawal emosi.

b)

Dengan mewujudkan Garis Panduan Salah Laku Buli.

c)

Dengan peka kepada kawasan berisiko dan memanfaatkan pemasangan CCTV untuk pantauan

d)

dengan menyertai kempen kesedaran anti-buli secara berkala.

13.

Apakah salah satu tindakan yang disarankan bagi membina sahsiah dan komunikasi beretika bagi menangani buli?

a)

Menggunakan sistem SSDM secara meluas.

b)

Mengelakkan sindiran dan ugutan lisan

c)

Mengambil bahagian dalam ceramah, forum, dan aktiviti yang menanam nilai hormat dan empati.

d)

Mendaftarkan temujanji kaunseling melalui mylink UPsK

14.

Apakah nasihat utama yang diberikan berkaitan pelaporan kes buli?

a)

Hanya laporkan melalui Hotline UPsK jika buli itu adalah buli siber.

b)

Laporkan tanpa takut dan gunakan saluran rasmi jika terlihat atau menjadi mangsa buli

c)

Perlu mendapatkan kelulusan SUHAKAM sebelum melaporkan kes.

d)

Laporkan hanya jika kes itu melibatkan buli fizikal dan boleh dibuktikan dengan CCTV.

15.

Berapakah jumlah keseluruhan kes buli yang direkodkan di sekolah rendah di bawah KPM bagi tahun 2024?

a)

819 kes.

b)

1,992 kes.

c)

3,064 kes

d)

7,681 kes