Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Rukhsah Anugerah daripada Allah SWT

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Maksud bahasa bagi perkataan rukhsah ialah:

a)

Berat dan sukar

b)

Mudah dan ringan

c)

Kekal dan tetap

d)

Tak berubah

2.

Maksud istilah rukhsah dalam syariat Islam ialah:

a)

Kewajipan yang sentiasa

b)

Keringanan hukum yang disyariatkan oleh Allah SWT kepada seseorang yang mukallaf kerana keuzuran tertentu

c)

Larangan yang keras

d)

Had yang tinggi ditetapkan

3.

Antara berikut, yang bukan hikmah rukhsah ialah:

a)

Melaksanakan tanggungjawab agama ketika berada dalam kesulitan

b)

Merasakan Islam sebagai agama yang memudahkan

c)

Melaksanakan ibadat tanpa mengikut kemampuan

d)

Melaksanakan ibadat mengikut kemampuan masing-masing

4.

Maksud menyapu balutan ialah:

a)

Menanggalkan balutan luka

b)

Menyapu air ke atas pembalut luka bagi menggantikan wuduk supaya ibadat seperti solat boleh dilaksanakan

c)

Membuang balutan secara terus

d)

Membalut luka secara baru

5.

Hukum menyapu balutan ketika wuduk dan mandi wajib ialah:

a)

Sunat

b)

Makruh

c)

Wajib

d)

Haram

6.

Apabila sebahagian kecil anggota wuduk tidak boleh terkena air, pesakit perlu:

a)

Tayammum sahaja

b)

Berwuduk seperti biasa, apabila sampai ke anggota yang terluka sapu air ke atas luka itu, jika tidak boleh disapu jangan disapu

c)

Tidak perlu solat

d)

Meninggalkan wuduk

7.

Apabila sebahagian besar anggota wuduk seperti tangan, kepala dan kaki tidak boleh terkena air, maka pesakit perlu:

a)

Berwuduk seperti biasa

b)

Tayammum dan menunaikan solat

c)

Tidak solat

d)

Menunggu sehingga sembuh

8.

Apabila seluruh anggota wuduk tidak boleh terkena air, maka pesakit perlu:

a)

Berwuduk seperti biasa

b)

Membatalkan wuduk

c)

Mengangkat hadas dengan tayammum sahaja

d)

Tidak solat sehingga sembuh

9.

Salah satu contoh rukhsah dalam ibadat ialah:

a)

Puasa lengkap tanpa rehat

b)

Solat ketika sakit yang diberikan kepada pesakit yang tidak berkemampuan melaksanakan solat seperti biasa

c)

Wuduk tanpa air walaupun boleh air ada

d)

Melakukan ibadat tanpa syarat

10.

Maksud solat jamak ialah:

a)

Menunaikan solat sunat sahaja

b)

Menghimpun dua solat fardu dalam satu waktu

c)

Memberi sedekah selepas solat

d)

‘Mengqada’ solat lama

11.

Maksud solat qasar ialah:

a)

Memendekkan solat sunat

b)

Memajukan solat ke waktu lebih awal

c)

Memendekkan solat fardu empat rakaat kepada dua rakaat ketika musafir

d)

Mengganti solat telah tertinggal

12.

Syarat solat jamak dan qasar ialah:

a)

Jarak perjalanan sehala melebihi 81 kilometer

b)

Menginap lebih 7 malam di destinasi musafir

c)

Tidak mengetahui destinasi perjalanan

d)

Banyak melakukan maksiat

13.

Cara solat ketika sakit secara berdiri ialah:

a)

Tidak perlu takbiratul ihram

b)

Menundukkan badan sehingga dua tangan dapat mencapai lutut; jika tidak mampu boleh dengan isyarat kepala/mata/dalam hati

c)

Solat ditangguh hingga sembuh

d)

Hanya baca al-Fatihah

14.

Solat ketika sakit secara duduk dilakukan dengan:

a)

Duduk bersila atau di atas kerusi atau di tepi katil mengikut kemampuan

b)

Sentiasa berdiri walaupun sakit

c)

Tidak boleh membaca al-Fatihah

d)

Tidak perlu tasyahhud

15.

Solat ketika sakit secara mengiring dilakukan di atas:

a)

Rusuk kanan; jika tidak mampu, rusuk kiri

b)

Tidak perlu melihat kiblat

c)

Posisi lutut

d)

Hanya membaca dalam hati

16.

Solat ketika sakit secara menelentang dilakukan dengan:

a)

Isyarat tangan

b)

Isyarat kepala atau mata; jika tidak mampu, solat dilakukan dalam hati

c)

Berdiri seperti biasa

d)

Tidak perlu solat

17.

Solat pesakit yang tidak dapat menyempurnakan rukun solat disebut:

a)

Solat wajib penuh

b)

Solat ketika sakit

c)

Solat sunat sahaja

d)

Solat tidak sah

18.

Pesakit berbalut perlu:

a)

Berwuduk seperti biasa dan apabila sampai ke anggota yang berbalut, sapu air ke atas balutan

b)

Terus bertayammum tanpa berwuduk

c)

Tidak perlu solat sepanjang tempoh berbalut

d)

Qada solat selepas sembuh

19.

Maksud ‘keuzuran tertentu’ dalam maksud rukhsah ialah:

a)

Keadaan biasa tanpa halangan

b)

Keadaan yang menjadikan seseorang tidak mampu melaksanakan ibadat seperti biasa kerana sakit atau musafir

c)

Hanya untuk musafir sahaja

d)

Untuk orang yang malas

20.

Setelah kesakitan atau keuzuran yang membolehkan rukhsah berakhir, maka:

a)

Hukum asal ibadat tadi kekal seperti biasa

b)

Hukum tersebut terus dibenarkan selamanya

c)

Ibadat tidak perlu dilakukan lagi

d)

Hukum asal ibadat dibatalkan selamanya